Friday, 28 November 2014

Mukhayyam Raudhah I

Assalamualaikum ..
its been so long since the last update!
well, now holidays start and I also start to update ..
kaifahalukunna? - apa khabar anda sekalian ?
inshaAllah semua dalam lindungan dan iman yang mantap!

mukhayyam? woah, this is the first mukhayyam i've attend..
mukhayyam macam kem dan ada pengisian yang tertentu :)
bermalam di sesuatu tempat dan jalankan banyak aktiviti motivasi dan ukkhuwah..
we've been there, Bintulu Mardiah Beach Resort for 2days and a night !
well, this is not report but just a diary of Raudhah's First Mukhayyam.

24 Nov 2014
9am - Kami bertolak dari Raudhah ke Mardiah Beach Resort guna 2 trip van..
van yang kedua agak lambat dan sempat melayan kerenah seorang budak kecil yang bermain
di hadapan Raudhah(asrama) .. menguji kesabaran juga dalam menunggu dan melayan
kerenah anak kecil itu.

9:30 am - Alhamdulillah sampai di destinasi yang ingin ditujui. Pemandangan sangat indah
dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, cewah! Kelihatan beberapa 'challet' yang unik,
pondok-pondok dan sebuah rumah bercorak minangkabau , kepunyaan pemilik resort.
Kolam dan tasik mengindah suasana.. sebuah kantin kecil sederhana.
jongkang-jongket , buaian memeriah suasana..
subhanallah indah laut dan langit ciptaan Allah!

10:30am - Pembukaan kem dengan 'set kompas' oleh warden tercinta. Kami diajak untuk
memperbetulkan niat sebelum melaksanakan segala aktiviti dan kami mulakan dengan ummul furqan
Alfatihah untuk meminta keberkatan.. Usai daripada itu, 'ice breaking' pemecah sunyi..
Walaupun sudah 9 bulan kenal, sesi taa'ruf masih dijalankan. Game 'selimut tetangga'
menceriakan suasana apabila kedua kumpulan perlu meneka nama, tarikh lahir,asal,suara dan
banyak lagi setelah diperlihatkan ahli kumpulan lawan. Betapa kuatnya ikatan ukkhuwah sehingga
suara yang dibuat-buat dapat dicam oleh rakan kumpulan lawan.. subhanallah pertalian ukkhuwahnya
cukup kuat! semua permainan, ada menang kalahnya.. yang menang bersyukur, yang kalah tidak
patah semangat! slot diakhiri dengan solat Dhuha.

12:30am - Zuhur berjemaah dan makan tengah hari dimulai.. makan juga berjemaah mengikut kumpulan
yang ditetapkan. Indahnya makan berjemaah di dalam satu talam yang sama dapat merapatkan lagi
ukkhuwah fillah sesama diri. Saling mengingati untuk tidak membazir dan mengamal sunnah nabi.

2:00pm - Treasure Hunt bermula.. wah, terik matahari memanas bumi tapi alhamdulillah ada angin pantai
yang menyejukkan. kerjasama sangat penting masa ni, dan kesungguhan tu pun perlu ada semata-mata
nak mencari clue untuk semua soalan. Kesabaran diuji apabila ada clue yang tak sepadan dengan tempat yang kami jumpa.. huuuhh, letih berlari sana-sini akhirnya dapat kumpul kesemua enam soalan.
Masa untuk jawab soalan, soalan semuanya dalam skop sirah dan of course ISK, and i low in it -_-
nak mintak clue dari warden, dia taknak kasi aaa...
okay aktiviti ends with Asar berjemaah..

4:30pm - Seterusnya game galah panjang! Err, game ni bukan setakat nak lepas dari halangan je,
setiap halangan (orang) tu ada tanda.. tandanya adalah husnudzon, matang, pegi usrah, rajin, mujahadah dan banyak lagi (tak sempat tengok semua) .. Haa, adakah halangan itu yang menyebabkan kami dapat atau tidak meneruskan pelajaran ke indonesia?? Honestly, I dislike this game.. Part kumpulan pertama jadi penghalang, tinggal sorang je yang masih terperangkap dan akhirnya dia dapat "sponsor" untuk terus ke Indonesia! Tapiiii, part kumpulan kedua menjadi penghalang, pertarungan jadi semakin sengit.. i know i am not sure to be there with them further study and suddenly seorang hamba Allah berkata-kata membuatkan saya rasa down.. kata-kata dari bahagian tepi lagi membuatkan zuuppp! at last saya terkorban halangan pertama mungkin sebab terburu-buru. Eh, macam betul je.. memang dah terlepas batch yang pertama! this game really made me feel so down.. jangan lupa, setiap game ada moral value nya sendiri.. tapi, bagi mereka game ni pembakar semangat dan pencabar mereka! tidak bagi saya sebab keadaan sangat berbeza.. huhu.

Usai galah panjang, ada yang mengambil kesempatan bermain air pantai, duduk menghirup udara segar, dan berborak riang. Aku hanya duduk di atas lori yang tak bergerak. Angin bertiup lembut dan ombak sederhana kuat. I feel the calmness even my mind full of questions.. I feel want to cry because i can't handle the feeling of .. don't know how to describe. Tiba-tiba ada yang menyapa, duduk di sebelah. "Oh no, don't show her"
Maghrib maghrib!

9:00pm - Pengisian Ini Peranan Kita (IPK) daripada Ustaz M. Noor. Everyone restless and sleepy including me.. Nasib ada sahabat sebelah, kurang la ngantok. Pengisian yang agak berat untuk difahami fan diterima bagi mereka yang masih fresh dalam tarbiyah. Dalam kesunyian , ada seorang yang sangat teruja dan bersemangat , semoga Allah memegang hatinya untuk islam amiin! :) dalam pengisian ni, kita dapat lihat perbezaan zaman demi zaman dan kita dapat samakan zaman sekarang dengan zaman yang mana...? Nak tahu, joinla IPK hehe >_<

11:00pm- Pengisian tamat dengan video. Semua kelihatan mengantuk dan letih tahap 99.99% . Tilam-tilam diserbu oleh mereka. Tepat jam 12, suasana menjadi sunyi. Saya ibarat penjaga malam sebab memang tak dapat tido, terlelap sekjap buka mata balik. -_- kalau bermalam tempat baru memang imsomnia la jawabnya. Kedengaran bunyi ombak dan hujan, membuatkan diri ini suka berimaginasi, heii makin lah tak dapat lelap. Sejuk. Rasa di kampung. Tenang. sunyi hanya bunyi kipas dan ombak pantai.

25 Nov 2014
4:30am - Qiamullail dan Subuh. Selepas subuh berjemaah, Al Mathurat seperti biasa dan diteruskan dengan pengisian oleh Mama. Pengisian menekankan tentang proses penciptaan manusia dan manusia ini sebenarnya hebat dan berjaya! Sambil dengar pengisian, sambil minum teh dicelup roti Hup Seng heheh :D
Di akhir slot pengisian, Mama minta kami menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri sebagai AKU JANJI untuk memperbaiki kelemahan dalam masa cuti panjang ini nanti. Nampak macam senang, tapi hakikatnya sukar nak ubah. Mesti ada mujahadah dan keinginan yang kuat!

7:30am - Riadhah pagi bermula. Saya sebagai ketua lead mereka senaman dan joggging. Time macam ni jugak nak morning call alamak! Haha selepas jogging, acara lari berpasangan. emm, tak tahulan suasana macam mana tapi yang penting memang kedengaran suara riuh . Selepas tu aktiviti 'cat & dog' . Permainan ni best! Saya jadi yang pertama. Tiba giliran yang lain, ada yang sepantas kilat, ada yang tersembam terguling jatuh dan tertangkap! Haha, dan ada yang sangat berdendam, suasana menjadi tegang. Akhirnya mati juga, kesian salah tempat .. Selepas tu, aktiviti isi air dalam botol. botol itu ibarat otak, dan air yang diisi ibarat ilmu dan hafalan! Kami perlu mengharungi sebatang aliran air sungai yang berwarna agak coklat untuk mengambil air dan mengisinya ke dalam botol di seberang sana. Suasana agak ceria . Ada yang air penuh di tangan dan berjaya memasukkannya ke dalam botol, ada pula yang sampai di botol, air dah tak ada! Haha
Setelah dibincangkan moral value of the game, kami diberi masa untuk bermain air dannnn salah seorang yang sedang duduk di dalam air diserang bertalu-talu! Tanda barakhirnya aktiviti untuk hari ini. Target kami untuk menarik warden masuk ke air sangat tidak berjaya. Huh! Diri ini yang pada mulanya tidak mahu bermain air akhirnya basah juga -_- Ditikam pulak dengan pasir oleh pendengki!

12:15pm - Zuhur berjemaah dan makan tengah hari. usai ISOMA, pengisian terakhir dan penutupan daripada Mama. Kami disiarkan video berkenaan kehidupan di Surabaya dan aktiviti-aktiviti kami sepanjang di Resort Mardiah. Setelah berkemas untuk pulang, penantian agak lama menunggu van untuk pulang ke asrama. Kami mengambil port masing-masing untuk memanfaat sisa-sisa masa kami di resort ini. Sempat saya dan seorang teman mengukir sesuatu di pasir sebagai kenangan buat Raudhah.

Ini bukan diari semata, tetapi ini untuk dijadikan memori.
Dalam susah senang hidup di resort yang serba baru ini dikongsi bersama.
Bekalan air dan elektrik yang kadang terputus menguji kesabaran.
Ikatan ukkhuwah tetap terbina dan dimantapkan.
Motivasi untuk diri sentiasa diberikan.
Semangat untuk terus berjuang dan mencari ilmu sentiasa dikobarkan.
Ingatan untuk sentiasa dekat kepada Ilahi pasti disebutkan.
Akhirnya, ianya akan melahirkan orang-orang yang berguna pada masa depan, inshaAllah!

semoga mukhayyam akan datang memantapkan lagi jati diri insan-insan yang disayangi :)

"Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik" "
Yusuf : 108


 separuh dari ahli Raudhah :)


well, thats it. Bintulu got resort already :) 

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agat kamu mendapat rahmat "
Hujurat : 10

Till we meet again Mardiah Beach Resort! 
Happy holidays sahabat Raudhah dan warden disayangi :) 
-aman-
keep in touch !

Sunday, 2 November 2014

It's just like holding a glass!

Assalamualaikum..

Lama tak update baru blog ni..
inshaAllah akan update tentang amanah..
amanah? wah, easy to be said but hard to handle it , I think ..

Dalam menjadi seorang yang diberi amanah ni, bukannya senang.
senang cerita jadi ketua lah..
nak jadi ketua, besar tanggungjawabnya, apatah lagi bila orang bagi amanah
tu kat kita, means , we are the right person to be trust, to handle a big group!
banyak hak-hak yang perlu ditunaikan..
dan banyak jugalah kritikan dan tomahan yang perlu diterima,
dan seharusnya setiap kritikan itu membina dan dijadikan alat untuk
memperbaiki diri..

Dalam konteks hidup sebumbung dan dalam biah solehah ini...
kadang-kadang agak sukar kerana kita..
" nahnu dua't qabla kulli syaiie "
kita adalah dai'e sebelum segala sesuatu..
Haa, jadi jadi ketua ni , dia kena jadi role model, kena jadi contoh..
bila nak nasihat ataupun tegur sesuatu hal, dia yang dulu kena settle,
dia yang dulu kena buat dan dia kena jugak buat sesuatu dengan sempurna dan sungguh-sungguh..
kerana pada mata mereka, ketua yang dipilih sepatutnya sempurna dari segala konteks
eh asal muka penyek sangat??

Jadi ketua bukan senang, apatah lagi yang kita ketuai itu adalah mad'u- mad'u
yang baru nak berjinak dalam tarbiyah.. masih banyak yang mereka kena belajar
dan mereka masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dalam suasana solehah dan tarbiyah..
memanglah, ramai orang, banyaklah ragam.. banyaklah perbezaan..
jadi, why not kita raikan perbezaan itu, untuk jadi lebih harmoni..
bukannya merendahkan sesama, bukannya mengumpat dan mengherdik bila salah..
bukannya terus menghukum tanpa menyelidik..
bukannya terus memulau dan hidup berpuak!
eh kenapa tunduk kepala???

Ingat senang nak jadi ketua?
Jadi ketua kena tunjuk akhlak super saia..
jadi ketua kena matang dalam segala hal..
jadi ketua kena aqidah yang top
jadi ketua kena ibadah yang mantap
jadi ketua kena..... yalah.. contoh.. contoh..
jadi ketua kena berani.. tak kisah apa orang akan cakap,
tak kisah apa orang akan buat, yang penting..
tanggungjawab terlaksana dan Allah redha..
gulp!
Allah redha? ...
eh asal macam basah ni??

of course bila kita terpilih di antara sebaya dan setaraf (sama-sama pelajar)
dengan kita, pasti akan ada yang tidak puas hati..
pasti akan ada yang mencari salah ketua..
pasti akan ada yang cakap belakang..
tapi ...
pasti akan ada juga yang mempertahankan..
pasti akan ada yang memahami dan cuba membantu..
pasti akan ada yang terus memberi sokongan..

fainnama'al u'sri yusro
innama'al u'sri yusro
surely with difficulty is ease
with difficulty is surely ease

menjadi ketua dalam biah solehah ini penting..
seperti seorang daie dengan mad'u..
jadi, pandanglah mad'u mu dengan pandangan kasih sayang
sentiasa husnudzon dan berlapang dada..
tunailah hak-hak mereka dan berlaku adil
banyakkan muayashah dan sentiasa update niat
inshaAllah, Allah permudahkan ..
ingat, segala sesuatu di dunia ni Allah dah tentukan..
mesti ada hikmah kenapa Allah pilih kita untuk mengetuai sesuatu kumpulan.
ambillah kritikan sebagai ujian dan pujian sebagai pembangkit semangat! 

last but not least..
"And from among you there should be a party who invite to good and enjoin what is
right and forbid the wrong, and these it is that shall be successful"

-Al-Emran : 104-

 

eh, ni macam curhat je.. 
okaybai aman~

Review Sequel Stigma, Karma & Dilemma

Assalamualaikum dan Hai everyone!  As usual, SPOILER ALERT!!!!!  Review pambaca kan mestilah review setelah membaca :) Tapi actually ada ja ...