Friday, 8 January 2021

The Penthouse : War in Life review.




 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha

Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak sabar nak tunggu Season II. 

        Haa semua orang kata cerita ni mirip Sky Castle, tak pun ada sikit The World of married couple. Ada juga orang kata macam cerita Graceful Family (tapi yang ni aku tak tengok lagi lah). Haa betul la tu mirip sky castle, cuma ada beza fokus kat situ which is sky castle, mereka lagakan anak siapa dapat masuk SNU, dalam penthouse mereka lagakan anak siapa paling champion jadi classical singer. Sure ni lebih best sebab nyanyi, kalau study sampai masuk U tu dah biasa jugak lah. Amazed la tengok mereka nyanyi yang high pitch tu kan, betul-betul pandai ka? Hehe. Lepas tu kalau kat Penthouse ni dua orang ja surirumah, 3 orang tu bekerja. Kat sini lebih banyak profession, ada bussinessman, lawyer, doctor and pengetua sekolah haha. Eh kira pengetua la kan Chan seo jin tu. Tapi dalam ni ada twins jugak, cuma twins lelaki dan perempuan. Seok hoon dan seok kyung. 


        Entalah nak review macam mana, tapi awal episode agak slow sikit la sebab aku first tengok macam alaa tak minat la, sekali dah trending aku gi tengok ep 5 kalau tak silap, eh macam best so pegi la tengok dari episode 1 ulang balik bagi faham sikit haha! Aku paling suka watak Shim Su Ryeon dalam cerita ni, dia watak yang baik suka aku nak sebut "beauty with brain". Cantik sangat, baik dan penyayangnya mashaAllah sangat, macam mana dia boleh sayang sangat kat anak walaupun sakit seumur hidup, lepas tu ada anak tiri kembar yang tiba-tiba tak suka dia, lepas tu tau pulak anak dia tertukar, and anak kandung dia .... (tengok la sendiri). Power of mother love kan, penyayang betul dia. Untung anak dapat mak macam dia (dalam drama kahkah). Dia bijak sangat mengendalikan masalah, dan dia tak biar "orang baik dipijak kepala" yeah! This part aku paling salute. And aku suka friendship dia dengan Oh yoon hee, walaupun kawan dia betrayed, dia tetap nak lindungi kawan dia hingga..... (tengok laa sana taknak spoiled). Berapa kali tah aku kesat air mata last episode tu. Kenapa Si JDT tu tak bersyukur haa dapat isteri macam SSR. Anak kembar dia pun sama gak, dah hilang baru menyesal. Eh. 

         Okay la aku nak bagi pesanan sikit kat makpak luar sana (yang mungkin ada ciri-ciri makpak dalam penthouse haha) :

  • Pantau lah mental health anak anda, sebelum tu pantau juga mental health anda kerana jika anda tidak stabil, akan turun lah ke anak anak (macam Seo Jin and Eun byeol) 
  • Kenali kemampuan dan impian anak, let them grow happily (and of course kalau anak happy anda pasti happy juga!)
  • Bagi anak peluang kejar impian mereka, jangan tetapkan hala tuju luar kemampuan mereka, paling penting don't push over the limit!
  • Sayangilah anak kena pada cara, yes parents will do anything for their children, but buat dengan cara yang bagus, baik dan tak bagi bad effect in future. (Don't kill, don't lie, don't bribe) 
  • Biar anak bersaing secara sihat, jangan main kotor lah. 
  • Nasihat anak jika ada buat kesilapan, jangan terus nak cover sebab malu. Anda yang mencorakkan peribadi anak anda.
Aku ada baca satu post orang jumpa kat Tik Tok. aku pun tertarik dengan kata-kata seorang mak ni , 
"My child never ask to be born, but I owe them a good life" 
Wow tak wow? So anak tu tanggungjawab parents, amanah dari Allah. andalah yang mencorakkan anak anak anda, bagaimana anak anda sekarang adalah hasil didikan dan asuhan anda. Nilailah diri melalui anak anda. :) 

        Selain tu, cerita ni banyak sangat plot twist. Selalunya aku dapat agak, tapi plot cerita ni aku agak semua salah! Hampeh betul hahaha. Memang unexpected betul lah. Memang sakit hati tengok tapi dah kau memang suka layan kdrama, layan ja lah! Sebenarnya ada bagusnya layan benda macam ni kalau hidup kau rasa macam smooth ja tak ada apa apa masalah, biar emosi bekerja sikit, marah, sedih, happy, dan semua lah! Tak lah bosan sangat. Ataupun kalau apa yang kau lalui tu berkaitan dengan kisah penthouse ni lagi best! Macam dapat family macam ni, atau jenis makpak cenggini adoila. Layan ja lah, sekali sekala sambil layan sambil melepaskan bebanan, why not? Biar orang nampak kita beremosi sebab layan cerita ni, tapi sebenarnya kita sedang melepaskan bebanan yang ada pada diri, dipendam sendiri. Eh jauh kau ni haha maaf! hihi. 

        Dari cerita ni jugak la aku baru tau yang budak budak kat Korea memang dah biasa dengan budaya buli, patutlah drama kalau ada budak sekolah ja mesti ada kes buli. Kesian betul, tu pun salah satu punca daripada parents. Mostly anak anak yang membuli ni kalau kita tanya, rata-rata memang tak cukup kasih sayang dan perhatian daripada parents, sebab tu mereka buat sesuatu supaya makpak mereka TENGOK mereka, perhati mereka, bagi nasihat dan teguran serta kasih sayang, tapi mostly memang kena balik lah aduh kesian, dapat pulak makpak strict nak mampus! Jadi anak pun satu, jangan la suruh makpak korang cover kesalahan pulak, jangan jadikan makpak kaya ada kuasa , korang boleh buat sukahati, shame of you! Kalau sayang makpak, jadilah anak yang baik, saling memahami situasi each other dan saling melindungi dan menghormati, ceh poyo nya ayat. Tapi betul lah. Jangan nak kurang ajar sangat melainkan keadaan darurat. ;)

        Hmm overall, aku rasa cerita ni tentang cabaran hidup dunia zaman sekarang, dengan kuasa, pangkat, harta dan anak anak menjadikan seseorang tu tamak, selfish, bersaing secara kotor. Memang tak sihat betul gaya hidup mereka. Kebahagiaan kah yang mereka cari kalau macam tu caranya? Aku pun seriau tengok dengan tamaknya terhadap harta, sanggup membunuh, sanggup cover kesalahan atau kelemahan anak demi menjaga maruah keluarga, tak kisah pun mental health anak, perasaan dan jiwa anak anak. Full of toxic vibes, korang jangan follow tau! Buang yang keruh ambil yang jernih, yang baik ambik jadi pedoman, yang buruk jadikan pengajaran! 

Haa tu ja la. Last but not least, I cannot move on, I am #shimsuryeonteam 
Semoga season II boleh tengok dia berlakon lagi, please? Haha. 

See you soon on season II ! 

 

Sky Castle Drama review

 Assalamualaikum dan hai gais!

I'm back with new content. Aku nak review sikit cerita Sky Castle, sebuah drama korea.

Macam biasa, spoiler alert. Aku unmarried, not really fresh graduated, and belum ada kerja tetap. 

Takpa, aku bagi diclaimer awal ja hehe. :)

Drama ni tema dia family of course, also school, friendship, mystery, psychologycal and neighbourhoods. Mula-mula aku ingat cerita ni sama macam The world of married couple, rupanya tak. Tak ada scene curang-curang pun cuma lebih kepada kehidupan satu group sky castle residents ni. mungkin group ni rapat sebab rumah mereka dekat-dekat, sebelah menyebelah. mungkin boleh kata satu lorong lah. overall, aku rasa cerita ni mengisahkan how a parents raise their children, to be focus on acedemic studies. 

Bila kau tengok drama ni, mereka adalah golongan pasangan yang mempunyai pekerjaan yang bagus, iaitu jurusan medik dan undang-undang, doktor and law school professor. semua dah ada anak, and anak mereka ada yang middle school and high school (semua senior kat sekolah masing-masing). Nak diceritanya aku sedih, kesian plus rasa marah dengan semua pasangan tu sebab cara mereka mendidik anak, dan mereka melaga-lagakan anak mereka , siapa paling pandai dan berlumba nak masukkan anak ke university no 1 Korea, Seoul National University (SNU) untuk ambik medik. Sinopsisnya ada empat perempuan ni, mereka tinggal kat perumahan orang kaya yang hanya didiami oleh doktor dan professor sahaja, dan mereka semua dah ada anak dan semua nak anak mereka masuk SNU, tapi tiba-tiba satu hari salah sorang dari 4 perempuan tu bunuh diri dan keluarganya berpindah, diganti dengan keluarga doktor baru. Jadi kisahnya, perempuan keluarga baru ni menyelidik masalah anak-anak yang ada study coach yang sangat misteri. 

okay sebelum tu aku cerita, fam Sung hye ada 3 orang anak, kakak dapat masuk Havard, yang twins tengah last year high school and bapa mereka law school professor, dia lulusan law. Family Suh Jin, suami doktor, berjawatan tinggi dalam hospital board, dia orang biasa yang menyamar ada keluarga background baik parents di US, anak dia dua orang, sorang high school and sorang middle school. Lepas tu family Jin Hee, dia housewife and suami pun doktor, ada anak seorang middle school. Family Myung Joo pula, suami pun doktor, dia houswife, and ada anak sorang dah dapat masuk SNU. semua isteri dalam ni memang housewife, lepas tu myung joo bunuh diri dan family dia berpindah, diganti dengan fam Sue Im. Suami dia pun doktor dan ada sorang anak, anak tiri dia. 

Dalam cerita ni, mungkin Sue Im and suami dia lah yang paling bagus or okay didikan kepada anak. mereka tak push and bagi pressure kat anak-anak untuk study. Apart from hanya study saja, makanan yang sihat juga penting untuk bantu mereka focus dan bertenaga. snack mereka pun buah buahan, jus buah, mungkin ada jus vitamin dipack untuk diminum instant. Makanan sihat saja tak cukup, belaian kasih sayang jangan sekali dilupakan. Bukan sekadar perlu dimanja, tetapi sentuhan belaian yang layak diperolehi oleh semua yang bergelar anak walaupun mereka sedang membesar. Quality time bersama keluarga juga penting, bukan hanya sekadar makan di meja makan bersama, tetapi bergembira bersama, melakukan aktiviti bersama, berbual bersama atau mungkin bercuti bersama. Social skill juga harus diasah, kalau hanya focus belajar saja, belajar lagi dengan private tutor/home school, tak bersosial dengan orang sekeliling pun tiada guna. Kecergasan diri anak-anak juga perlu diambil berat, bahagikan masa untuk bermain, bersenam dan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan (jangan berada di bilik belajar sahaja! dan paling penting adalah, PILLOW TALK. talk asking if they are okay, adakah mereka menghadapi sebarang kesulitan, masalah di sekolah atau di rumah, atau bersama kawan. Tanya kabar walaupun setiap hari jumpa, tanya pendapat, jangan hanya memberi arahan, seperti hamba suruhan. Selami jiwa anak-anak, jika masih kecil memang perlu didik, apabila sudah besar dijadikan kawan. Treat children how we want to be treated. 

Yalah, ada jenis ibu bapa berlumba nak anak dapat semua A, dapat no 1 di dalam kelas, dapat jadi top student, dapat masuk university. Ibu bapa perlu menyelidik kemampuan anak masing-masing, jangan terkejar sangat dengan orang sekeliling yang dah berjaya atau sama-sama berlumba. Oh my God, anak nak dilaga-lagakan, nak dibanding-bandingkan. Kalau anak tak pandai, tak mampu, mereka tak boleh jadi anak ka? That is all because of GREED AND EGO. Disebabkan ketamakan ibu bapa nak perfect, anak jadi mangsa. kalau anak mampu, tak apalah. bagaimana kalau anak tak mampu? of course akan affects mental health mereka. Ada ibu bapa yang datang dari keluarga yang kurang berada/ kurang senang, sebab taknak anak mereka dapat nasib sama macam mereka, jadi mereka pun push anak-anak untuk hidup lebih baik di masa depan dengan hanya memaksa untuk belajar, masuk univerity, baru dapat kerja bagus! Eh jangan tak tahu, ada juga ibu bapa yang bila anak mereka tak mampu/ tak memiliki karakter yang baik, mereka mula push anak-anak dan claim mereka daripada keluarga bagus dan kerja yang elok, anak-anak pun wajib ikut cara mereka dan kerja mereka! Kah, peraturan siapakah ini? undang-undang mana pula dipakai mengatakan wajib mengikuti jejak mereka? third generation of doctor macam dalam drama ni. Huh, kesian cucu jadi mangsa, ya nenek pun ambik kisah dalam hala tuju cucu! Ada jenis ibu bapa malu kalau anak mereka tak perform dalam akedemik, apabila malu bukan mau membantu, malah mengherdik menghina anak sendiri dan mengagung anak orang lain yang lebih bagus, kah ibu bapa jenis apakah ini? Even anak autistic, kalau kita cari bakat dia, memang ada sesuatu yang dia mahir, apatah lagi anak yang normal. Akedemik bukanlah segalanya, bukan berjaya akedemik sahaja yang boleh bagi mereka gaji, boleh naikkan nama mereka. Kalau mereka tak mampu dalam akedemik, cuba cari bakat yang lain. Ada anak suka melukis dan lukisan dia cantik, itu pun satu kejayaan. Ada anak yang pandai menyayi, hantar ke sekolah seni tambahkan, asahkan bakat sehingga menjadi seorang penyanyi terkenal, berjaya juga kan? Ada anak suka berjual, hantar la pergi sekolah bisnes, mana tau suatu hari dia memilik syarikatnya tersendiri, berjaya juga kan? Ada anak dihantar ke sekolah agama, jangan di downgrade hanya kerana mereka tak ambil silibus standard, tetapi merekalah yang lebih dekat dengan Tuhan dan biah mereka terjaga, anda tak bahagia kah? 

Melalui pemerhatian aku, anak-anak yang ada ibu bapa STRICT ni selalunya mereka hormat ibu bapa mereka, bukan hormat kerana sayang, tetapi hormat kerana "Takut". Be honest, did you enjoy being a strict parent, that your child are afraid to you? Are you enjoying torture your kids with what you order them to (always have to follow your rules and order without any objection)? Did you enjoy being strict? Aku rasa kan, anak-anak yang ada ibu bapa strict ni, semakin dia takut , semakin banyak benda dia buat tanpa pengetahuan ibu bapa. Macam dalam drama ni, Se Ri sebenarnya tak masuk Havard tapi menyamar saja dan dia buat benda yang dia suka tanpa pengetahuan keluarganya. Mereka akan berani menipu dan jika tidak dikawal, mereka akan menjadi lebih liar di luar, obedient in front of you. Did you enjoy this? When you are too strict, kids will be afraid to talk to you, to have your opinions, no, to voice their opinions, afraid to get your permissions and even to tell their problems to you. Anda terlalu strict sampai anda tak mengenali anak sendiri, anda tak beri ruang untuk grow, anda mengongkong mereka, anda tak beri mereka explore alam luar dan dapatkan sebanyaknya pengalaman, YES pengalaman juga salah satu benda penting dalam pertumbuhan atau didikan untuk anak-anak. Nak main tak boleh, nak keluar dengan kawan tak boleh, nak pergi program luar tak boleh, nak ikut aktiviti sekolah yang bermalam tak boleh, nak hadiah tak kasi, bagitau sakit pun kena marah, bagitau ada masalah atau mengadu pun dimarah. What? Jika apa yang anak inginkan, yang harusnya mereka dapatkan daripada ibu bapa, tetapi mereka tak dapat.... jangan hairan kalau mereka mencarinya di luar. Cari dari kawan, cari dari boyfriend atau girlfriend, cari abang atau kakak angkat atau guru atau senior yang boleh jaga mereka lebih baik daripada ibu bapa. Kalau ibu bapa tak percaya anak, anak pun tak percaya ibu bapa, no wonders they will search for strangers trust. Dalam drama ni Yeh Suh lebih trust Coach Kim daripada mak dia sendiri. Hatta dalam keadaan yang teruk sekalipun, mak bapak ni tetap suruh anak focus study, bayangkan ada kawan meninggal and kawan kena tangkap polis kerana dituduh padahal innocent, boleh mak bapa tu kata jangan fikir pasal tu, kamu dah final year, fokus belajar! belajar! belajar! nak gila aku tengok cerita ni haha. and you know, when your child dare to say i will kill you in anger, you should be afraid but wise. sebab there must be something wrong. jangan bila anak dah merajuk, nak lari dari rumah baru kita sedar. jangan anak dah mengamuk baru kita nak sedar. benda boleh buat secara tenang, kenapa nak tunggu air mendidih? benda boleh ubah dari awal, kenapa nak tunggu nasi dah jadi bubur? tak, kau tahu tak walaupun anak tu dah mengamuk, mengadu yang dia depress, stress boleh lagi bapa kata anak tak kenang budi lah, mak kata aku kan suruh study je, kenapa sampai macam ni? Ya Allah, aku takut ni salah satu punca orang muda sekarang banyak kena depression. Kenalilah anak anda, kalau sayang belailah, gunalah cara yang betul. bila anak dah menipu, baru nak kecewa, padahal kita yang menempah kekecewaan tu. 

cerita tentang apa yang misteri, ya memang misteri sampailah terjawab satu persatu persoalan. coach Kim yang dulu dia orang yang pandai la jugak tapi ada saingan, and dia ada anak "genius-born", lepas tu dia ada mslh dgn husband sampai nak cerai, dia sengaja rosakkan brek kereta supaya suami dia eksiden, tapi tak tahu pulak suami dia angkut anak mereka sekali menyebabkan anak dia coma dan tak dapat jadi seperti dulu, anak dia lepas coma jadi anak istimewa. Dia menyesal, sedih yang teramat dan sangat terkesan kerana anak dia yang genius yang dia banggakan dah tak seperti dulu. Jadi, dia kerja sebagai coach anak-anak orang kaya yang nak sangat anak mereka masuk SNU. Jadi coach yang sangat strict, obses kepada kesempurnaan seorang anak, sampai boleh control mind anak murid yang dia bimbing tu, dia boleh buat apa saja asalkan anak yang dibimbing dia tu berjaya masuk SNU, dah berapa orang jadi mangsa. Nampak kejam, macam psycho tapi kesian sebab dia surely ada mental disorder yang menyebabkan dia jadi macam tu. How sad. Semoga kita dijauhkan daripada situasi seperti itu. 
Dia tak dapat terima anak dia yang genius tu dah tak normal dan dia obses nak membimbing anak orang lain sampai dapat apa yang mereka target. Young Jae kehilangan mak, Yeh Suh kehilangan musuh dan crush jadi mangsa akibat perbuatan coach ni. 

Tapi aku puas hati juga tengok jalan cerita drama ni, macam mana nak kata eh? Banyak la pengajaran walaupun kita rasa sakit hati tengok mereka buat anak macam tu. Memang akhirnya mereka semua dapat berubah, dapat buka minda dan hati untuk terima kenyataan dan menurunkan ego untuk cuba memahami situasi yang berlaku. Jadi ibu bapa, tak lari dari kesilapan, begitu juga jadi anak. Ibu bapa juga tak lari dari tamak, ego, selfish dan rasa diri paling tinggi terhadap anak sampai bila anak suarakan pendapat, semua tak boleh nak terima. Dia saja yang betul, dia saja yang berhak memberi arahan, dan arahannya harus dipatuhi, dalam cerita ni isteri pun jadi mangsa keadaan sebenarnya, pressure comes from the head of the family. Jadi ibu bapa rasanya kena keep in mind, anak anak akan mencontohi kita. jika kita strict sangat, kita tak tanya pun perasaan anak, atau tak berbincang minta pendapat anak, macam tu la nanti anak kita tak fikir perasaan kita, anak kita tak bincang dengan kita pun tiba-tiba buat keputusan sendiri, lepas tu melenting padahal kita yang tunjuk mereka macam tu. Kalau kita tak pernah nak fikir perasaan anak, kita rasa kita perlu dihormati dan anak perlu dengar cakap tanpa membantah, nanti jangan hairan kalau anak kita tiba-tiba selfish, tak fikir perasaan orang sekeliling dia dan dia hanya tunduk dan akur apa sahaja ajakan temannya, sebab dia dah biasa menurut segala perintah tanpa membantah, dia tak dapat nak cakap tak kepada kawan, kalau kawan ajak buat perkara elok bagusla, kalau kawan tu ajak buat perkara tak elok dan dia tak dapat nak cakap tak nak, tak boleh, HOW? atau lebih mengerikan bila anak ada rasa nak balas dendam terhadap pressure yang dia lalui... macam Young Jae kata nak putuskan hubungan keluarga dan lari dari rumah. The very first step nak tau bila dia mula membalas adalah dengan rebel, follow your wrong step and potray it back to you, and you was like "kenapa macam ni? Siapa ajar?" macam Se Ri yang menyatakan bahawa yang sebenarnya fail adalah bapa dia, bukan dia. bapa dia fail sebab jadikan Se ri macam tu, tapi Se ri menang sebab berjaya buat bapa dia kecewa. Semua anak-anak dalam cerita ni bermasalah kecuali Woo Joo ja budak baik tapi dituduh membunuh kawan. Soo Han pun budak baik tapi dia stress sikit dengan mak dia, jadi dia pun lari nak bagi mak dia sedar, tapi tak dahsyat sangat, yang paling dahsyat dalam cerita ni kisah Se ri, twins tu and Yeh Suh, Yeh Bin pun ada tapi sama macam Soo Han masih budak kan, nak merajuk lari lepas tu nak cari orang luar sebab tak dapat dari keluarga sendiri. Aku bengang betul dengan teori pyramid bapa si twins tu, dah bagus dia sendiri ajar anak tapi cara dia mashaAllah sangat, ngeri. Kesian muda-muda lagi dah obses nak kejayaan, nak dapat nama, tu semua daripada ibu bapa yang nak sangat anak-anak masuk SNU. Damn they are too harsh on their children. 

tengok aa sendiri. kbai :D

Wednesday, 15 July 2020

Review Sequel Stigma, Karma & Dilemma

Assalamualaikum dan Hai everyone! 
As usual, SPOILER ALERT!!!!! 

Review pambaca kan mestilah review setelah membaca :)
Tapi actually ada ja jenis yang nak tengok review dulu baru nak baca hee.

Alhamdulillah I've read all the books, 
one in e-book, second and third book are physical books. 
Actually ada physical book stigma tapi dah hadiahkan untuk seorang sahabat. :)

Alhamdulillah, tahniah Muharikah! berjaya buat novel sequel yang mantul gitu!
(Baca : mantap betul begitu) haha! Buku ni laris dan akan ada novel sambungan 
"Iman Life Care" huu tashabarrrnyerrrr. Goodluck Kak Aisyah!

Okay back to review, I'll start with Stigma.
Ya , stigma buku mengisahkan tentang LGBT, their life, how they "terjebak" 
dengan nafsu songsang, how people's stigma towards this group and the most 
important is HOW THEY STRUGGLE TO FIND WAY OUT FROM THE
DARK LIFE. I believe that everyone have their own story and their own
reasons why they fell into the feelings. Dan saya rasa dan percaya juga 
bahawa setiap orang akan ada trigger atau punca yang buat mereka melakukan 
dosa tersebut. Seperti dosa-dosa yang lain juga, pasti ada faktor yang 
mempengaruhi ataupun trauma terdahulu. We didn't live in their struggle, 
so please don't judge them but help them. And most important is, if you want 
to change, please seek help from a person that you truly trust. Dan apabila ada 
golongan macam ni datang kat korang and ask for help, please help! Don't ignore, 
don't judge and appreciate them (because they trust you), keep their secret 
and please lend a helping hand! Aku yakin benda nak berubah ni susah kalau
nak buat sorang, macam kita juga pasti ada sisi jahiliah, jadi bila kita nak berubah
dan melakukan hijrah, kita harus ada seseorang atau beberapa orang untuk support
kita punya hijrah, dan jangan lupa solat taubat dicipta untuk manusia seluruhnya, 
Allah juga setia menanti serangan doa kita yang bertubi-tubi tak pernah putus asa!
Kalau ada orang kata buku ni boleh trigger nafsu songsang hmmm,
tapi sebenarnya dalam buku ni, cerita jugak tentang bad effects of LGBT, 
such as HIV and AIDS and lead to depression when one can't stand the stigma 
of LGBT and struggle to make change. I hope that they will find person who 
can help them (beside Allah ikr) to find the way out of this feelings. 
Overall, buku "STIGMA" ni sebenarnya nak betulkan balik mindset kita terhadap 
sesuatu. Stigma lah yang sering buat orang susah nak berubah, susah nak 
cari pertolongan, susah nak beranikan diri dapatkan rawatan atau nasihat pakar,
taknak bergaul dengan golongan lain hanya kerana stigma masyarakat. 
Korang pun, janganlah geli kalau aku cakap aku suka sequel ni sebab kisah 
tentang LGBT, aku bukan suka LGBT tu tapi aku suka jalan cerita, macam 
mana Muharikah menyampaikan ibrah dan nasihat serta how people can help
them to change. Thats it. Don't judge a book by its name , or genre , or theme. ;)
Dan aku nak juga highlightkan, even yang nampak berdakwah, berukkhuwah, 
ikut segala program islami, pun tak terlepas daripada permainan syaitan ni. 
Selagi yang namanya manusia, Allah pasti akan uji, syaitan pasti akan hasut!
Lagi kuat kita nak dekat dengan Allah lagi hebat ujian Allah bagi, tak lain 
untuk meningkatkan darjat kita, tingkatkan keimanan kita dan He knows that 
we can bear the trials He gaves us, anything. 

Let's go to karma. Aduh yang ni dah start sedih. 
Dalam kisah karma ni, lebih kepada kehidupan seorang pekerja, seorang yang 
dah berhijrah dan meninggalkan masa lalu. Daripada life bekerja, pasti ada ujian
tersendiri and I really like this sequel sebab rasa tengok drama korea haha pasal
doktor dan kesihatan kan, cumanya tak ada scene bedah-bedah hehe, cuma 
ada scene cardiac arrest, penyakit kronik, penyakit berjangkit and shows how
tough, a life of a doctor especially dekat wad penyakit berjangkit , sama la macam
covid 19 sekarang, their life is at stake helping others to survive! May Allah bless 
them. Dan sebenarnya dari dulu dah tahu, karma ni tak ada dalam islam. 
Semua adalah bukan kebetulan tetapi perancangan Allah, qadha dan qadr.
Kita selalu dengar orang kata kita merancang, jangan lupa Allah 
juga merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik. 
Dalam karma ni nampakla , adakah pernikahan Iman syahirah tu karma?
Sebab Allah temukan dia dengan seorang suami yang pada masa lalu juga sama 
seperti Iman Syahirah dan lebih parah lagi kerana menghidap penyakit HIV. 
Ya Allah besar dugaan bila dah berubah, dah nak cuba meluruskan nafsu (being straight)
tetapi akhirnya suami menjauh, rupanya suami juga seorang yang dah berubah 
dan sudah berjaya jatuh cinta pada yang selayaknya tetapi dugaan HIV menghalang
cinta mereka berputik dengan mekar. Allahu. From their story I learn that benarlah 
firman Allah dalam Surah An-Nur :26, Allah akan bagi pasangan yang sama macam kita, 
jadi kalau kita nak yang baik, kita kena usahalah untuk jadi baik. Tapi bukan bermaksud
saya katakan Iman jahat dapat Faris jahat, bagi saya I see from Iman yang berubah
dapat Faris yang berubah juga :') So that, they can accept each others after knowing 
each others old story. Eh tapi Faris tak tahu pun kisah Iman hehe. 
Rasa macam best je ending love story mereka walaupun sedih, rasa suci. I hope that
daripada penceritaan love story mereka tu boleh menjadi salah satu asbab golongan 
LGBT berubah dan yakin mereka berhak dapat jodoh yang selayaknya, amiin :)
Percayalah it can be cured, dengan azam yang tinggi. 

Third, for Dilemma. Part ni lagi la sedih T_T
Dalam kisah ni aku yakin Iman dan Aleph tengah struggle nak keep on being straight.
And alhamdulillah they finaly shows us the true friendship, bestnya dapat bestfriend 
sama support ecah other, forgive each other walaupun mistake yang besar,
and accept each others eventhough they have own weakness, 
understand each others too. Bless friendship, aku rindu lah nak rasa apa tu manisnya 
ukkhuwah, I am very longing to that feelings, the feelings that Allah the only one can 
give, based on His loves. Kalau benar persahabatan lahir daripada kasih sayang kerana
Allah, maka akan lahirlah persahabatan yang jujur dan ikhlas. Ah, aku rindu :(
Kembali kepada kisah Iman Syahirah pada awal novel, adakah itu yang dinamakan 
"toxic positivity" sebab Iman keep on showing that she's okay but deep inside she 
needs someone to help her. She refuse any help because she want to endure it alone, 
and does not want others to feel the same as her. But in everyone opinions, she 
really needs to grief, she needs to share her sadness to someone that she trust, 
to ease her burden. Alhamdulillah setelah suicidal thought, ada someone yang setia
bersama agar menjadi support terkuat untuk Iman. Like I said above, please seek 
help if you think you can't endure it yourself. Manusia ni makhluk sosial, kalau 
tak bersosial pasti menjadi suatu yang merisaukan. It's okay to be not okay, it's okay 
to express your feelings, it's okay to grief after loss, it's really okay! And it's okay 
too to move on :) Sama jugak macam kes Ilana, suicidal attempt sebab rasa bersalah
dan mengalami kesan penceraian dan pemergian ahli keluarga. Seek help or at least, 
find someone to express your feelings. 
Pergantungan kepada Allah tu sering kita lupa saat pelbagai dugaan
menimpa, kita kadang lupa yang mengatur seluruh alam adalah Allah, yang berhak
memberikan apa yang kita inginkan dan perlukan adalah Allah, mintalah pada Allah.
Dan yang maha menyatukan hati manusia juga adalah Allah.
Bagaimana kita nak diberi peluang untuk membetulkan kesilapan kita, 
begitu juga kita harus memberikan peluang kepada orang lain untuk memperbaiki 
kesilapan mereka. Nak berubah itu fitrah, cuma act of action untuk berubah tergantung
kepada diri individu masing-masing. I love the ending, Iman dan Aleph tetap 
bersahabat, Shahrizal dah berubah, Iman dapat move on, Aleph pun dah macam 
boleh ada minat kat lelaki, dan Iman ada impian untuk buat sesuatu yang bermanfaat
untuk ummah. Jadi single tak semestinya tak bahagia ;) EH! 

fav miaw jadi model.

acane nak baca ni miawwww. 



So secara keseluruhannya, novel ni best! Banyak pengajaran yang kita dapat daripada 
kisah-kisah watak dalam novel terutama Iman Syahirah. Jangan pernah putus asa 
untuk berubah! Jangan terlalu risaukan masa depan, serahkan pada Allah, do the 
things we love while we can :) Jangan terlalu ikutkan mindset even ada orang dah 
beri penjelasan/ilmu baharu, try to adapt and be more rational and open minded but wise.
kurangi menghukum orang atas dosa yang dilakukan, insafi diri atas dosa yang dilakukan
dan segera bertaubat jika timbul keinginan untuk berubah. 

Banyak sebenarnya nak cerita tapi nanti korang taknak baca >_< hehe. 

- Tak ada orang baik yang tak ada masa silam,
dan tak ada orang jahat yang tak ada masa depan - 

psst!!! kalau korang nak baca, boleh order melalui saya :)



Friday, 3 July 2020

Selamat Tinggal Purnama : Reader's review

Hai Assalamualaikum.
Hari ni saya nak share review selepas tamat membaca "STP" strain 1&2.
Alhamdulillah untuk Strain  1 saya ambik masa 3 (ke 2 hari jugak, lupa ah)
hari habiskan sebab banyak benda nak buat jugak, and Strain 2 saya 
habiskan dua hari ja haha!
Laju kan, I'm not ulat buku yet (that means this books are really awesome)

DISCLAIMER: MAAF, NAK CAKAP SAYA NAK REVIEW MUNGKIN 
ADA SPOILER SIKIT, JADI KALAU AWAK BELUM BACA BUKU TU, 
DIPERSILAKAN UNTUK BACA DAHULU SEBELUM MENERUSKAN
PEMBACAAN REVIEW NI, JANGAN CAKAP HAKAK TAK PAYUNG!

Hehe, semoga dengan review ni, boleh tolong Teme dan IMAN lariskan jualan
sebab well, the books are really sending great contents, to be exact great 
storyline!!! (Haa tepok!) p/s: Kalau beli through saya pun boleh!!!

Okay back to our point, diclaimer sekali lagi, ni my side of view ja tau!
My review is on how I understand the contents and what did I get from it. :)
Maybe will be different from yours, no offends. 

Bagi aku kan, cerita ni memang betul, eh macam mana nak cakap..
Cerita ni sebenarnya menunjukkan realiti dunia hiburan dan media sekarang.
Tak kisah la media sosial ke atau media press, media berita sekalipun.
Inilah realiti yang kita terpaksa telan pada akhir zaman ni. 
Its a bit "sarcasm" but thats the truth. 

Saya baca dengan penuh emosi, paling beremosi Strain kedua. 
Marah, geram, sedih, kesian, sedikit gembira. Marah tu sampai.....emm.
istighfar...Sedih tu sampai berkaca jugalah mata, jap tisu mana??

Mungkin dalam ni tak tekankan masalah depression, sebab kalau tak silap 
lah, kalau cakap tentang mental health orang akan terus kaitkan dengan 
depression, ya betul tapi mental disorder ni banyak cabangnya. salah satu
nya psycopath! Saya boleh agak dia psychopath tapi tak terbayang dia 
hidup dalam pesona palsu yang sangat dahsyat, pity her. :(
Tau tak mula aku ingatkan Eric tu yang jahat sebab dok pujuk-pujuk 
Latif tukar syarikat rakaman, rupanya Omar ya Allah. 
Aku sedih sampai berkaca mata tu memang part jalan hidup Latif.
One thing I want to highlight is, try to get help or try to share your 
problems to someone, at least one person that you really trust!
Jangan biar diri anda sendiri yang mengalami fasa perit , lonely.
No! kita ni manusia , makhluk sosial. Kalaupun kita dah mengadu kat Allah, 
kita still perlu seorang manusia untuk bantu atau at least know what
we endure, cukup sorang then okay, dah cukup okay sangat. 
sebab seorang tu boleh menyelamatkan, inshaAllah. Kesian betul 
kat Latif T_T. I feel disapointed bila dia ambil keputusan tak share
pun benda penting dengan soulmate dia, she's the only one yang dia
boleh rely on, trust and hope. Sebenarnya Latif tu la yang ada simptoms
depression, tapi dia dengan cara ambil dadah sebagai penenang,
as we know typical depression yang lain adalah self-harm, commit suicide
and do everything alone, without anyone's help or company (ada yang
lain jugak la)

Kalau nak review tentang friendship dalam ni, memang best. 
Friendship yang setia, trust each other and willing to sacrifice!
Siapa yang dah baca tahulah macam mana, kalau Teme tulis tentang 
friendship mesti best! Kesian seorang sahabat berkorban nyawa untuk
Latif, dan Latif juga seorang kawan yang sangat mulia hatinya, kan?
Sampai kena pijak-pijak sebab baik sangat. 

Hidup popular ni memang susah, tapi orang still suka.
Some people need/loves fame and wealth.
Aku dah lepas baca buku ni, kesian tengok artis popular sekarang, 
ada ja masalah yang berlaku dalam buku ni berlaku dalam realiti kehidupan.
And ada yang ambil keputusan berbeza, ada yang terus stop.
Ada yang menyendiri, sembunyi daripada kehidupan popular, 
ada yang avoid all of media sosial just to have a healty life.
Betul lah tu, once you dah mulakan langkah dalam kehidupan popular ni, 
you can't step back! 

Cuma nak cakap kat sini, artis still manusia. kita peminat juga manusia.
Dah kalau sesama manusia, jangan harapkan manusia lain sempurna maksum,
there is no one perfect in this dunya. Except our Prophet Muhammad SAW.
If we struggle to be perfect, we will tired and frust.
Then, we just have to be better day by day, better than yesterday. Sederhana.
Jangan paksa diri untuk jadi sempurna, dan jangan memaksa orang untuk 
jadi sempurna. This kills people slowly if you never want to accept weakness, 
or kesilapan. Berpadalah kalau minat/idolakan orang especially artis. 
Sebab kalau kita terlebih sangat, once orang tu buat salah kita akan kecewa.
Sebenarnya kitalah yang mengecewakan diri sendiri!
In other side of views, jangan terlalu bagi harapan tinggi dekat manusia 
walau berbakat/berpotensi pun mereka. Because in the end, we were human being.
Tak lari dari kesilapan dan kelemahan. Berpada juga untuk memberi harapan.

But one thing that I really didn't expect is (maybe this too happens in life),
cerita ni langsung tak ada kaitkan hubungan dengan Allah. Tak ada nak berdoa, 
tak ada shows solat taubat ke, atau solat tahajjud ke sebab dah berada pada 
tahap nak putus asa dengan hidup. At this point, people always search for Him, 
but not in this story. hehe. Just ada cakap pasal islam sebagai agama Latif,
zina dan dadah sahaja. Mungkin begitulah nanti, bila zaman dah semakin maju,
hanya orang-orang yang asing masih mengamalkan islam secara sempurna,
hatta undang-undang dunia pun tak dititikberatkan, apalagi undang-undang islam.
Malah, persepsi manusia yang boleh MEMBUNUH manusia lain! 
(They are so sick!) Aku yang jadi takut bila baca, sebab perkara macam ni
sedikit sebanyak dah berlaku, cuma kita tak adalah kolar tu kan. 
Maybe, Teme wants to bring up justice or awareness for cyberbullying cases!
Ya, kalau anda perasan dalam ni banyak kes cyberbully, mental bullying also!
And cyberbullying cases among popular people memang boleh affects mental 
health, and may lead to suicide and death. Mungkin ada yang kita rasa dia kebal
dengan kritikan, isu panas dan fitnah, tetapi di sebalik tabir siapa yang tahu kan. 

Oh ya almost forgot, pasal kolar-kolar ni teringat cerita What happen to Monday
tapi tu tentang limitation of human being in that country, but dalam cerita STP 
kolar menunjukkan level seseorang, dari hitam sampailah bersinar. 
Kesiannya kolar hitam, bagaikan hukuman mandatory. Tak ada banyak masa nak 
melakukan perubahan, kalau tak maut menjemput. Kolar macam ni menyebabkan
manusia jadi tamak dan sanggup buat apa saja untuk hidup, dan hidup senang. 
Ya memang lah, banyak duit boleh bahagia kata kebanyakan orang. 
Tetapi sebenarnya kebahagiaan yang macam tu sementara ja Allah bagi. 
Apa yang kita dah prepare untuk bawa sekali ke akhirat kalau kita mati nanti?
Mana boleh bawa pangkat tinggi, kolar sinar, harta yang banyak alahaii.. :(
Tetapi ada  3 benda yang kita boleh try collect and simpan macam saham 
untuk akhirat nanti, ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan amal jariah
sepanjang hidup. Begitulah jalan cerita ni bila hidup tak bergantung kepada 
Allah, rasa kosong sangat, rasa sia-sia, rasa tak perlu hidup. How sad it will be.

Hmm rasanya so far tu ja lah nak review. mungkin anda ada point of view 
masing-masing. If you don't mind to share, just comment!
Semoga setiap pembaca mendapat ibrah (lesson learnt) daripada kisah 
Latif Purnama!! 

Congratulations Teme Abdullah on this brilliant storyline and genre!!
And congratulations to IMAN team dah berjaya publish and sending all
books pre order to it's owner :) 

And congratulations to me and all readers yang dah baca! Hehe.

from 10, I'll give 8 star for this books!!! 
Satu kurang sebab Allah yang punya kesempurnaan, 
satu lagi manusia tak akan pernah sempurna (Teme kan tak suka orang puji lebih lebih!)

Thanks dah baca!!! 
Semoga ada manfaat!


Jangan lupa like FB: Khalil's Journey Books 🤗






Saturday, 13 June 2020

Kenapa Aku pilih Imanshoppe ?

Assalamualaikum dan Hai :)

Kali ini aku nak kongsikan kenapa aku memilih buku-buku dari Imanshoppe 
atau lebih aku suka buku-buku Iman Publication?

Emm sebenarnya aku tak berapa ingat aku dapat tau kedai ni dari siapa, 
tapi kalau tak silap dari zaman aku mula-mula join tarbiah, of course
daripada naqibah dan kakak-kakak usrah. Mungkin... dulu aku bermula 
dengan koleksia Majalah Jom, waktu tu masih siri berbelas rasanya, lepas
tu aku lost count haha. Apa yang aku ingat jugak, ada seorang sahabat
yang bagi aku buku Hamasah As-Syabab, karya Afiq Sazlan yang diterbitkan
oleh Iman Publication juga. I like that book, thanks sis! Tu mungkin 
first buku Iman yang aku miliki, rasanya lah kalau tengok koleksi buku-buku
Iman yang aku ada sekarang. Lepas tu mungkin diikuti dengan buku kanvas
Muharikah tapi bukan penerbit Iman, buku tu diterbitkan oleh deenprints, 
yang ni pun penerbitan buku islamik yang trending sewaktu itu hehe. 
and as you know time tu la aku kenal dengan yang nama penanya Muharikah.
Kak Aisyah, dia penulis dan founder IMAN. Dia juga seorang doktor, tapi 
aku tak sure doktor bidang apa tapi tinggi juga lah tahap pendidikan beliau. 

Lepas tu aku sendiri beli buku Lagenda Budak Usrah. Best buku tu rasa macam
jadi buku rujukan usrah haha, ada satu benda dalam tu aku betul-betul buat 
tapi aku buat dalam keadaan merisaukan orang hehe sorry. Tapi alhamdulillah 
aku pulih daripada panduan itu :) Tak lama lepas tu aku dah suka dengan Imanshoppe
ni, eh aku rasa sebelum tu buku Terbang tapi berjalan by Afiq Sazlan la, baru 
buku lagenda ni. Menarik penangan Afiq Sazlan haha. After that aku beli buku 
tarbiah (Sayonara Jahiliyah and Dudel Tarbiyah). Mungkin lepas tu aku beli Sedangkan kiblat pun 
berubah by Inspector Saahab. Tapi tak habis baca lagi hehe. Lepas tu barulah 
aku kenal buku-buku lain Muharikah (semua aku ada kecuali Dilema ni tunggu
masa nak beli), buku-buku Mato and Raudhatul Hifza 
(Hiatus and Detour), kenal Mato dari sahabat yang bagi buku tadi juga, lepas 
tu kenal Teme Abdullah dari sahabat sama batch, and terus follow buku Teme
dari Pelukis Jalanan sampai Selamat Tinggal Purnama (tapi STP ni belum 
sampai T_T) sabar! Kita orang Sarawak kena sabar sikit kan, hehe. Alahai
Poslaju. Haa lepas tu buku Denyut nadi dakwah sahabat baik aku bagi, tapi 
belum baca ya Allah teruknya haha sorry, akan dibaca jangan risau. 


Okay tu secara ringkasnya macam mana saya kenal Imanshoppe ni. 
Lama nak tunggu kedai kat sini jual buku-buku imanshopee tau. 
So time tu rasa macam koleksi buku sangat berharga! Hehe.

Kembali kepada kenapa aku pilih Imanshoppe, Iman Publication.
(Based on buku-buku yang aku dah baca , dan pengalaman bersama mereka)

1- Sebab aku yakin buku keluaran penerbitan ni adalah buku-buku 
terbaik, intinya berkualiti dan banyak mesej baik yang disampaikan. 
Macam mana eh nak kata? Walaupun kedai ni kedai islamik, tetapi 
buku-buku nya tak lah terlalu berat untuk dibaca umum (umum : yang 
belum terbiasa dengan dakwah dan tarbiyah). Sesuai dibaca oleh sesiapa 
sahaja. Jadi korang jangan lah rasa macam ala kedai buku agama, tapi 
buku-buku kat situ mcm buku-buku yang lain jugak, ada novel juga, 
ada komik juga cuma ceritanya mungkin berbeza dan banyak buku motivasi
yang best! Aku ada bukti, macam buku-buku Teme Abdullah, sapa yang follow
buku-buku dia betul kan buku dia tak heavy and tak terlalu islamik atau agama
sangat? *kenyitmata* Bila mereka kata misi mereka adalah menyampaikan 
"Great Contents Matter" betul-betul lah mereka mementingkan kualiti 
content sesuatu buku. 

2- Sebab aku dah kenal founder dia, yang dah jadi idola aku. Tak ada lah taksub 
sangat, tapi aku amazed la dengan dia. Aku pernah jumpa Kak Aisyah ni 
dekat hometown aku sendiri, hehe. Waktu tu pun dah inspired sangat dari dia.
Bayangkan lah dia punya multitask tu perghhh, macam superwoman.
Dia seorang doktor, dia juga menulis buku, dia juga berusaha keras untuk 
syarikatnya (IMAN) kira businesswoman juga lah kan? dan dia juga pendakwah!
Wah, siapa tak kagum? Aku yang free ni masih terkial-kial nak stabilkan semua 
tu, apalagi menulis, impian dari dulu nak buat buku sendiri dan kalau boleh under
penerbitan Iman Publication, moga-moga suatu hari nanti inshaAllah! Bila kau 
dah kenal orang kuatnya, pastilah kau akan support apa yang dia buat, dan orang 
sekelilingnya buat iaitu support buku-buku dan program yang mereka buat :)

3- Layanan. Aku suka sangat layanan yang mereka bagi. Tak pernah aku rasa nak 
condemn family Iman ni sebab rasanya tak ada yang salah (part aku lah, tak tau 
kalau pengalaman orang lain hehe). Kalau follow ig atau twitter mereka, 
macam positive vibes ja semua, worth to be followed. Bukan Iman Publication 
saja, tapi penulis-penulis nya juga. Alamak sorry aku belum kenal mereka 
punya staff, tapi aku pernah pergi satu program mereka akhir tahun lepas. 
Aku tak pernah pergi Imanshoppe tau sebab aku orang Sarawak, jarang pergi 
area sana. Tapi once hari tu hati aku terdetik kuat nak pergi jugak, sebab tu ja 
masa yang sesuai (sebab stranded dekat KL urus visa belajar kat Indo , 
mata tengok atas) haha. So aku pergi la tanya kat twitter Iman, boleh tak bagi 
petunjuk macam mana nak pergi sana naik KTM (kalau naik KTM takla 
rasa jauh sangat kihkihkih) tapi kalau aku cerita kat orang mesti mereka 
terkejut dan akan cakap "jauhnya awak berjalan!" Like I Care hehe impian kot!
Lepas tu Kak Iman pun reply dan aku betul betul sampai kat kedai tu
(Wah Allah ja tau betapa aku happy) , lepas tu penjaga kedai pun layan baik ja, 
siap tanya dari mana, and aku ajak bergambar pun dia ON! Lepas tu kan 
aku jadi amazed gila sampai aku tak tau nak beli buku apa, rambang mata haha!
Aku pun beli la buku Letters to God, karya Norhafsah Hamid, tak habis baca 
(icon monyet tutup kedua mata) lepas tu penjaga kedai tu ajak pergi program tu.
"Great Contents Matter" . Eh aku baru buka balik archieve story haha gigih tu, 
program Lepak bersama Iman, ya Allah pelupanya aku haha.  Aku pun cakap la, 
emm tengok la nanti sebab program tu kat Subang, WORQ. Tu satu lagi tempat 
aku kena tanya direction, tau tak mereka buat video tunjuk arah tau, exactly 
and aku tak sesat, sebab aku perasan ada seorang perempuan aku agak dia 
nak pergi tempat yang sama tapi dia membelok ke sana, aku yakin jadi aku 
tak ikut dia :D akhirnya jumpa jugak aku dia kat situ. Waktu ni aku dengan 
gigihnya dah decide nak pergi jugak, sebab mungkin ni ja rezeki aku dapat 
join, dengan beg beratnya aku pergi sana, tah macam aku sorang la pakai 
beg galas macam traveller backpacker tapi takla besar sangat macam mat salleh!
Aku alone, tapi aku tak rasa alone sangat sebab dorang saling menyapa ;) 
Best tau program tu, apalagi dapat sign dari penulis fav, dapat bergambar 
dengan kak Aisyah Muharikah <3
Eh sorry tershare pengalaman pulak. 


4- Aku suka IMAN ni sebab dia macam buat bond dengan pembaca dan pembeli.
Bukan setakat jual buku saja, tapi mereka anjurkan program-program jugak, 
dekat kedai tu selalu ada event. Macam lepak bersama IMAN, sesi sharing 
dengan penulis, workshop melukis kalau tak silap, sharing dengan jemputan 
pun ada. Dorang pun ada buat program agen and dropship, aku lah tu salah 
satu dropship. :) Layanan untuk orang-orang yang jadi dropship ni pun mantap!
Aku suka tengok mereka (staff staff) kalau la IMAN tu dekat, aku nak apply
kerja kat situ! Hehe.


5- Buku-buku hasil IMAN la yang buat aku rajin membaca. Aku takla ulat buku 
sangat, tapi buku-buku IMAN Publication la salah satu yang buat aku suka
membaca , sebab buku-buku dia kena ngan jiwa aku. hehe. Ada jugak buku-buku
yang lain aku suka, macam Penerbitan Wahai, Muassis dan yang lain. Penulis
favaourite aku pun ramai dalam IMAN. Jadi kalau aku yang tak ulat buku 
boleh minat baca buku ni, korang kena cuba lah baca buku-buku keluaran IMAN.

6- Oh aku lupa IMAN ada youtube channel juga, tapi aku belum pernah follow lagi.
Dan semenjak PKP, IMAN ada buat seminar melalui web, video call. namanya 
IMAN+ webinar. Esok ada satu bersama penulisnya Norhafsah Hamid. Mereka buat
apa saja bukan hanya untuk jana ekonomi syarikat saja tetapi nak sebarkan great 
contents matter untuk orang ramai. Aku percaya mereka boleh pergi jauh dan maju
lagi, dengar dengar Muharikah nak buat sesuatu lagi, aku lupa apa, jap tengok twitter
haha! nak buat novel seterusnya tentang Iman Lifecare. Wah, semoga dimudahkan!

So tu la sebab kenapa aku memilih Imanshoppe :) 
Semoga manfaat daripada great contents matter, bukan hanya aku yang dapat.
Tapi semoga korang pun merasainya sekali, jadi beli lah buku-buku imanshoppe 
dari saya! hehe

tengok fb : Khalil's Journey Books 

Tuesday, 2 June 2020

Are Your Social Media Healthy?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Disclaimer : Penulisan kali ini berbentuk formal sedikit.
Saya nak sampaikan beberapa ilmu yang saya dah pelajari dan ada 
pengalaman tentangnya, semoga anda sudi membaca dan 
agar bermanfaat kepada anda hendaknya. 

Saya nak berkongsi tentang tajuk ataupun isu di dalam thesis saya
(erm saya sebut saja thesis, sebab istilah pendidikan dekat Indonesia
"skripsi", saya lulusan ijazah sarjana muda, mungkin boleh 
disamakan dengan "Final Year Project" ? Betul tak?) 

Tajuk thesis saya adalah "Kaunseling Usrah dalam menangani 
perilaku Cyberbullying Ikatan Mahasiswa Negeri Sarawak 
(IKWANS) Surabaya. IKWANS ini adalah satu persatuan 
anak Sarawak yang belajar di Surabaya, Indonesia. 
Kami belajar di sebuah universiti islam, 
Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSA).
Saya ajak beberapa orang kawan saya daripada persatuan ini
untuk jadi client dalam penelitian yang saya lakukan. 
Boleh tengok dekat sini untuk thesis saya : 
Disclaimer : Thesis ni mix bahasa melayu dan bahasa indonesia hehe.

Nak cerita sikit, saya dapat idea buat tajuk ini sebab suasana media sosial 
di Malaysia, yang secara kasar ataupun boleh kata majoriti pengguna media 
sosial kat sini belum menggunakan media sosial dengan sebaiknya, subjektif
kan word "sebaiknya" tu. Tapi saya highlightkan budaya buli di siber. 
Saya perhatikan ramai yang suka membuli di media sosial dan ramai juga
yang dibuli, bukan sekadar dibuli tetapi juga dikecam, dihina, di "bash" 
ramai-ramai, dikomen dengan kasar dan negatif dan sebagainya. Jadi, saya 
rasa ada baiknya saya cuba meneliti lebih mendalam tentang isu ini, 
mungkin jika berjaya dan accepted, saya boleh share dengan netizen 
tentang ini. Alhamdulillah proposal penelitian ini diterima dan ianya 
menarik minat pensyarah penguji dan akhirnya thesis ini lulus setelah 
dibentangkan (presented) hanya perlu diperbaiki beberapa perkara. 

Friday, 29 May 2020

Tribute to Ramadhan 1441H

Assalamualaikum , 
Taqabbalallahu minna waminkum, syiamana wa syiamakum, 
kullu 'Am wa antum bi khair. Masih seminggu Syawal kan. 

Ada lagi 3 minggu, boleh buat puasa 6. Tak berterusan pun tak apa :)
Puasa 6 dulu, baru qadha' puasa pun okay boh! ;) 

Apa kabar ibadah anda, amalan anda dah seminggu Ramadhan tinggalkan 
kita? Semoga sentiasa istiqamah, walaupun berkurang tetapi berterusan. 

Blog kali ni pada bulan Syawal, pasti nak buat tribute untuk Ramadhan
paling special tahun ni kan hehe. 

Kalau untuk aku, Ramadhan dalam pkp dan pkpb ni sangat special.
Bak kata ustazah dalam Forum Perdana tadi, kita ada banyak sangat 
masa "me time" dengan Allah, betul tak? setuju tak? 

Ya aku akui, kalau sebelum ni, aku mungkin masih belajar, kadang letih 
malam terawikh kat rumah saja, baca Alquran pun setakat yang mampu 
tak sampai satu juz. Tak pun, busy dengan aktiviti di rumah tah pape haha.
Tapi Ramadhan kali ni, aku mula rasa risau juga tau sebab bagi aku dulu 
kalau terawikh kat masjid baru ada feel Ramadhan. Tu la point paling 
penting untuk naikkan semangat dan keimanan aku cewah poyo betul.
Haa tapi untuk Ramadhan dalam pkp, mana boleh pergi masjid! 
Aku risau jadi timbul idea (pastinya ilham daripada Allah) untuk buat 
satu group sharing sessions, so aku ajak la kawan-kawan aku masuk aku 6 orang.
Aku pilih yang memang aku yakin mereka boleh bagi komitmen, dan aku 
percaya mereka akan sambut baik ajakan aku ini (pastilah juga ini ajakan 
oleh Allah yang memegang hati manusia ;) dan ini juga pasti pilihan Dia )
Dalam group tu aku tanya persetujuan mereka dahulu sebelum aku add masuk
group, aku survey tanya sorang-sorang, ada sorang ja yang undur diri awal
sebab dia tak yakin boleh komit, but guess what, I'm not sad but I am happy 
that she also share banyak benda kat twitter, whatsapp status and facebook dia.
Alhamdulillah mungkin dia dapat komit yang itu ja, yang lain dia mungkin 
buat ikut goals dia. semoga Allah berkati sharing kamu sahabat <3

Oh sambung, dalam group tu kami ada goals.
Aku memang set kan goals supaya kami jelas dan mampu buat (terjangkau lah, possible 
to be done hehe) kami kena share anything asalkan bermanfaat setiap jam 10 malam.
Nak cerita, ya Allah aku tak sangka sharing mereka ni memang bagus gila!
Ada yang kita tak pernah tau, ada yang kita selalu pandang enteng padahal kita
buat salah tau! Ada yang menusuk kalbu, berair mata apabila baca dengan hati. 
Fuhh aku ingatkan sekadar share resipi makanan ke, review buku ke atau motivational
quotes ke atau video apa apa lah, rupanya lebih lagi dari tu! Even better than 
I imagined mashaAllah tabarakallah... aku jadi segan pulak sebab aku share yang
beshe-beshe ja. Hehe

Second goals is one day one juz, tapi kami target 20juz ja sebab kan perempuan period
takut tak terkejar. Aku sendiri kalau nak tahu, aku tak pernah nak ikut ODOJ ni, sebab
aku tau aku tak rajin (kuat) baca Alquran. So kami update la setiap malam tu juga, kami 
berjaya tak baca satu juz pada hari tu, ada ja kadang kami tak habis sambung esoknya :) 
Tapi kan korang percaya tak, huaa I wanna cry, I managed to khatam the last day T_T 
Ya Allah aku tak sangka aku mampu sebenarnya, tambah dengan semangat bersama 
group "Ramadhan Kareem" ni. Bila aku ajak, aku bear in mind "kau dah ajak orang kau
kena buat baik-baik tau, kena capai target!" dan kawan yang lain pun macam tu jugak, 
mereka kata ada group ni rasa macam push jugak , push dalam erti kata positive, ada 
rasa tanggungjawab nak baca Alquran tu, kalau tak habis satu juz tu rasa bersalah , 
alhamdulillah aku percaya tu sebenarnya rasa yang Allah hadirkan supaya kita bersemangat
terus manambah amalan di bulan Ramadhan lebih dariapada biasa ;) ada kawan aku sorang 
dah share awal yang dia pun sama kurang baca Alquran, atau memang tak sekuat orang lain
dapat senang one day one juz, we're in same boat babe :D alhamdulillah we managed to 
achieve our goals! aku yakin semua dah lepas target, alhamdulillah ya Allah.
Entahlah dari aku bfg, aku nak cuba rajin baca Alquran balik tu, nak tau cara? Haha
aku pergi ambik rehal dan mushaf Alquran yang aku guna waktu zaman budak-budak 
dulu belajar ngaji dengan ustaz yang datang rumah. Tak tahu lah, cara tu memang bagi 
aku semangat nak baca Alquran, mungkin ada benarnya orang kata baca guna mushaf 
ni feel dia lebih sikit daripada baca dekat Alquran terjemahan atau dekat fon punya, kan?
Ada juga aku dengar sebaya aku cakap mak mereka dah khatam awal dari mereka, 
ya Allah malunya kita orang muda ni tak laju macam makcik pakcik :(


Third goal, kami akan update zikir istighfar 100 kali sehari. Rasa macam banyak kan, tapi
kalau korang bahagikan setiap satu solat wajib baca 20 kali pun dah cukup hehe. Jadi 
alhamdulillah zikir ni semua senang buat, semoga dah jadi biasa mulut kita untuk dibasahkan
dengan zikir istighfar ni sebab kita boleh kata setiap hari ada ja silap atau dosa kecil yang
kita buat tanpa sedar. zikir lah selalu, aku kadang lepas solat terus doa ja, tapi bila ada goal
yang ni, at least sebelum atau selepas aku doa aku selitkan zikir ni 30 kali. Biar lebih 
asalkan tak kurang, aku kalau nak cakap ikhlas atau tak, betul-betul hayati atau tak zikir 
ni, aku rasa tu Allah ja dapat nilai. Even nak kata diri sendiri ikhlas, pun macam tak tahu 
aku ni ikhlas ke tak sebenarnya. Takpa, kita buat ja. ikhlas atau tak tu luar kawalan kita, 
macam puasa juga, biar Allah saja yang nilai. Kalau bab zikir ni aku tak nampak sangat
apa hasil atau effectnya, tapi aku percaya ada cuma aku yang tak sedar hehe. Mungkin 
dekat orang lain dapat melembutkan hati, tundukkan diri depan Allah dan mengaku atas 
kesalahan dan dosa yang dilakukan, macam mendorong diri untuk bertaubat. Kita manusia, 
memang tak lepas dari dosa dan kesilapan, kelalaian. Aku dok selalu ulang kan, sebab 
aku tau kita memang tak mudah lepas dari benda ni, aku ajak korang amalkan istighfar 
setiap selepas solat, banyakkan dari biasa sedangkan Rasulullah yang maksum pun 
isitghfar 100 kali "salahkah aku nak jadi hamba yang bersyukur?" kata baginda, ya Allah
apalagi kita yang manusia biasa. Aku amazed dengar ada orang cuba buat 1000 kali sehari, 
walaweh! Tu lagi best. Kalau mampu apa tunggu lagi?!

Fourth goal, kami buat sharing session via video call (Google Hangout) dan ajak someone
untuk bagi sharing, once a week. Ya Allah alhamdulillah you helped us to fulfill all those 
four in a month! Kami dapat ajak dan buat sharing via VC empat kali, walaupun yang ni 
ada seorang ahli tak dapat join sebab line kat kampung dia tak okay, tapi kami akan share
balik kat dia melalui tulisan dan audio haha, at least dia dapat jugak inti sharing tu! 
Ada jugak kawan yang lain tak dapat join pada sharing vc atas sebab tertentu, tetapi vc tetap
jalan dan mereka pun tetap dapat inti sharing tu. First sharing tentang perang Badar, second
tentang syukur dan redha, third tentang kita dengan Alquran dan last but not least, tentang
solat, sedekah (zakat) dan sabar. Perang Badar tu seperti yang kita tau terjadi waktu Ramadhan,
tak semua yang kita rancang, akan terjadi lancar ja. Kita jangan lupa Allah juga merancang, 
Allah rancang mereka bertempur dengan bilangan musuh yang lebih banyak dan Allah 
bantu , sweet kan Dia bagi rasa ngantuk, bagi hujan renyai rasa sejuk, bagi rehat sebelum 
berperang. Dari kisah syukur dan redha tu, aku paling terkesan bila pakcik tu cakap lebih
kurang macam ni la "kenapa kita nak sedih kalau Allah dah kata tu memang bukan rezeki kita?"
Ya Allah we always questioning why me ya Allah, why this very hard trials you gave me? 
T_T siapalah kita nak menolak ketentuan Ilahi . Syukur lah selalu, dan belajar redha. 
Daripada share tentang Alquran tu dipetik dari buku seni berfikir yang hilang, kita sebenarnya
sangat kurang berinteraksi dengan Alquran, kita tak jadikan Alquran manual kehidupan kita, 
jadi lepas ni kita kena buat Alquran jadi bff kita yang setiap hari kita nak baca, kita nak 
belajar tadabbur dan ambil manfaat daripadanya. Dan yang terakhir kami ni baru dapat tau 
yang bayar zakat tu walaupun kau belum kerja, kau boleh bayar sendiri tapi make sure 
duit tu sumber yang halal. Kalau nak bayar sendiri boleh mintak izin ayah cakap ayah saya 
ada duit, saya nak mula bayar zakat sendiri, boleh kan yah? Mesti ayah bangga kat korang 
haha, kami gelak sebab semua baru tahu. Untuk vc terakhir ni kami dapat nama baru, haha! 
Geng gerak khas sebab akak tu tanya siapa je geng gerak khas ni, yalah sebab korang 
macam khas sangat :D  Alhamdulillah aku yakin Allah tak hantar orang
saja-saja nak bagi sharing tapi memang nak sampaikan sesuatu kepada kami, nak sentuh
kembali hati-hati kami ni terutama aku, yang dah lama lemau.

Alhamdulillah selain tu, apa yang aku suka waktu Ramadhan adalah, keluarga aku akan
makan satu meja pada waktu yang sama, sebab kalau waktu biasa mak makan dengan bapak, 
aku makan dengan kakak, sekali adik , kadang abang join. tak sama waktu makan. atau kadang
kalau dah lapar dan penat lepas masak terus makan haha! Waktu Ramadhan jugak alhamdulillah
kami masih dapat solat terawih jemaah, macam-macam pengalaman jemaah 
kat rumah, alamak aku rindu T_T jap tisu mana? Ya lah aku appreciate sangat 
masa macam ni sebab aku tahu I was not born in "so religious" family,
aku bersyukur sangat ya Allah. Dua benda ni paling aku suka dan syukur sangat, thankyou Allah ;) 

Dan pagi raya pun kami berpeluang solat jemaah alhamdulillah, I managed to follow all 
the sunnah alhamdulillah. mandi sunah, sarapan, solat sunat aidilfitri, bermaafan bervideo call
dengan abang yang tengah kuarantin nak turun laut, kakak yang tak dapat balik rentas negeri 
tanpa sebab munasabah. Alhamdulillah Allah kirim rasa syukur dan bahagia. Tak lupa doakan 
keselamatan juga kepada kakak ipar yang dah sarat mengandung, tak lama lagi jadi imoo 
(baca : aunty) yeay!
hehe doakan. 

Balik kepada group "Ramadhan Kareem" ya Allah aku takkan lupa kenangan Ramadhan 
during MCO ni, kita risau tak semangat tetapi Allah bagi diluar jangkauan ya Allah alhamdulillah.
Aku rasa nak nangis ja bila kenang komitmen mereka T_T they are so kind, yet very 
supportive and inspired me :) semoga Allah berkati segala usaha dan amalan kalian, 
semoga kalian menjadi saksi perjuangan kita untuk menjadi individu muslim yang lebih baik 
dan menjadi sahabat sorga untuk aku ;) terima kasih, jazakunallahu khairan katsiira 
geng gerak khas Ramadhan Kareem ! Aku tak sangka sangat Allah bagi ilham, bagi pinjam 
makhluk baik dan kirimkan penyampai sharing yang best-best semua! Special thanks to Allah, 
to them also , ana uhibbuki fillah abadan abada. semoga dapat bertemu dan berjuang lagi di
Ramadhan akan datang, amiin ya Rabb!

Oh aku lupa, aku ada dua lagi goals yang aku berjaya buat. wah penat dah jap. sambung esok :D
okay, meh sambung haha.
First goals aku, aku tetiba dapat idea nak contact sorang bff aku yang memang dah 3 tahun 
lost contact. So before Ramadhan start, aku dah senarai nama-nama orang yang aku 
akan contact dalam bulan Ramadhan. Ada 30 hari means ada 30 orang! hehe
tapi aku ada hari tak da contact orang, just at the end of month, I make sure to contact 
all 30 persons. Tak kisah la siapa, kawan aku ke, naqibah aku ke, atau lecturer aku ...
Nak jadi cerita, tak semua pun balas chat aku ni haha sobs. aku memang pilih yang dah 
lama aku tak contact tanya khabar more than 2months ada yang paling lama tu la 3years, 
tup tup dah beranak dia haha kawin dia pun aku tak tahu teruknya aku haha. 
Ada yang sekadar jawab salam, haha ada yang lambat respon tersenyum jugak aku, 
ada yang memang excited gila nak bercerita dengan aku, ya Allah I've appreciate it so much!
And, ada juga berkaitan post aku yang 
aku cuba contact dia, nak cakap yang aku maafkan dia alhamdulillah dia balas :) 
dan aku juga ada cuba contact orang yang aku nak minta maaf, tapi tak kesampaian :D
issokay hehe, tapi mostly I'm happy to contact all of them, like I'm happy too when 
someone ask me too . Aku rasa bahagia bila orang happy aku kembali tanya kabar mereka.
rindu tu tak dapat nak cakap, lagi-lagi yang pernah rapat kan. 
ada sorang special tanya kabar siap bagi video, alhamdulillah walaupun aku tak 
mengharap balasan dari dia tapi dia balas juga katanya nak menyempurnakan aidilfitri
bermaafan seperti standard nya hari kemenangan itu cewah :D 
Kalau korang baca ni, dan korang rasa aku ada chat korang tetibe bulan ni, haa
korang lah masuk list aku tu !

Second goals yang berjaya jugak adalah aku aim update blog ramadhan series.
sama macam vc, once a week kena update blog. sebab nak aktif balik menulis kan, 
susah jadi penulis buku, kita jadi penulis aktif blog pun boleh!!! 
semoga Allah berkati tulisan aku dan bermanfaat untuk yang baca :)
terima kasih tau dah baca tulisan aku yang marhaen ni hehe 

And last but not least, I am blessed too, dapat dengar crush punya 
tadabbur alkahfi, haha aku tak missed satu pun, cuma aku tak on time dia live.
alhamdulillah dapat jugak ilmu, kalau rajin aku buat mind map ringkasan tadabbur
alkahfi hehe. 

baiklah, sekain saja untuk tribute Ramadhan 1441H, very special Ramadhan
yet we always complaint it will be less because tak dapat pergi masjid, tak ada 
bazaar, tak dapat beraya sakan haha. tak dapat nak iftar jamaie, iftar dengan kawan kawan.
tapi kita pakat buat masak sedap sedap cuba menu baru hoyeahhh!

Semoga bermanfaat hendaknya .





The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...