Tuesday 2 June 2020

Are Your Social Media Healthy?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Disclaimer : Penulisan kali ini berbentuk formal sedikit.
Saya nak sampaikan beberapa ilmu yang saya dah pelajari dan ada 
pengalaman tentangnya, semoga anda sudi membaca dan 
agar bermanfaat kepada anda hendaknya. 

Saya nak berkongsi tentang tajuk ataupun isu di dalam thesis saya
(erm saya sebut saja thesis, sebab istilah pendidikan dekat Indonesia
"skripsi", saya lulusan ijazah sarjana muda, mungkin boleh 
disamakan dengan "Final Year Project" ? Betul tak?) 

Tajuk thesis saya adalah "Kaunseling Usrah dalam menangani 
perilaku Cyberbullying Ikatan Mahasiswa Negeri Sarawak 
(IKWANS) Surabaya. IKWANS ini adalah satu persatuan 
anak Sarawak yang belajar di Surabaya, Indonesia. 
Kami belajar di sebuah universiti islam, 
Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSA).
Saya ajak beberapa orang kawan saya daripada persatuan ini
untuk jadi client dalam penelitian yang saya lakukan. 
Boleh tengok dekat sini untuk thesis saya : 
Disclaimer : Thesis ni mix bahasa melayu dan bahasa indonesia hehe.

Nak cerita sikit, saya dapat idea buat tajuk ini sebab suasana media sosial 
di Malaysia, yang secara kasar ataupun boleh kata majoriti pengguna media 
sosial kat sini belum menggunakan media sosial dengan sebaiknya, subjektif
kan word "sebaiknya" tu. Tapi saya highlightkan budaya buli di siber. 
Saya perhatikan ramai yang suka membuli di media sosial dan ramai juga
yang dibuli, bukan sekadar dibuli tetapi juga dikecam, dihina, di "bash" 
ramai-ramai, dikomen dengan kasar dan negatif dan sebagainya. Jadi, saya 
rasa ada baiknya saya cuba meneliti lebih mendalam tentang isu ini, 
mungkin jika berjaya dan accepted, saya boleh share dengan netizen 
tentang ini. Alhamdulillah proposal penelitian ini diterima dan ianya 
menarik minat pensyarah penguji dan akhirnya thesis ini lulus setelah 
dibentangkan (presented) hanya perlu diperbaiki beberapa perkara. 

Saya juga nak ambil kesempatan ini nak promote kempen anti buli siber
yang pernah dilakukan oleh artis terkenal yang kita pasti tahu tentangnya, 
Nur Neelofa dan rakan-rakan artis. Mereka telah menjayakan sebuah kempen
yang sangat bagus, ada mesej yang disampaikan melalui talk, 
press conference, lagu dan video. Kempen tersebut bertemakan 
"Sebar fakta bukan dusta" dan "Aku bersamamu".
Kempen ini stabil, adil sebab ada mesej untuk pembuli dan mangsa buli.
boleh tengok dekat sini :

Edisi Artist prihatin : Kempen Hans Isaac..Akhir Buli Cyber ...

Boleh tengok press conference Neelofa dekat link ini :


Ada mesej melalui video boleh tengok kat sini :


Ada juga satu lagu yang sampaikan mesej yang sama , tengok link :


Kalau dari penelitian aku siber buli ni sebenarnya definisnya ke 
kanak-kanak dan remaja sahaja, sama seperti buli biasa / buli tradisional.
Tetapi tidak dapat dinafikan, zaman sekarang bukan hanya remaja 
yang membuli tetapi juga orang dewasa dan orang dewasa membuli
di siber (alam maya) melalui akaun social media yang dimiliki. 
Atau mungkin saya yang belum jumpa definisi siber buli yang pelakunya
adalah orang dewasa secara umum. Kalau fikir secara logik mengikut penelitian
yang saya dapat, kerja membuli ini sebenarnya kerja anak-anak, remaja.
Bila orang dewasa yang lebih banyak membuli di siber, apa dah jadi?

Ada beberapa artis yang saya tahu dibuli di siber, dikecam dan dikomen
dengan bahasa yang kasar dan tidak beradab. Ada juga netizen (masyarakat
umum) yang menjadi mangsa buli siber, dengan kesalahan atau fitnah 
yang tersebar. Saya perhati ramai netizen yang suka mengulas apa sahaja 
isu baru yang muncul, terkadang ada yang mengulas dengan baik dan positif, 
tetapi tak kurang banyak juga yang mengulas dengan hinaan dan kejian, 
memalukan mangsa dan boleh mengganggu kesihatan mental mangsa buli.
Ya siapa tahu mangsa tu tertekan, rasa nak bunuh diri, putus asa dengan hidup,
atau dibuang kerja/kontrak, atau disisih keluarga? Who knows that? 
Sebab kita tak berada di tempat mangsa, netizen selalu mengulas tanpa 
memikirkan kesannya kepada diri mangsa, keluarga dan orang sekeliling mangsa. 
Terkadang ada yang sanggup buat akaun palsu semata-mata nak kecam atau 
komen sesuatu isu/ orang yang sedang diviralkan. Terlebih ramai juga yang 
tak pasti sesuatu berita itu sahih atau tidak tetapi tetap sahaja mahu berkongsi 
(share dan viral) di social media masing-masing sehingga berita tersebar 
dengan cepat ke seluruh negara bahkan ada yang sampai ke luar negara. 
Kalau anda perasan, boleh tahan banyak juga page atau group berita-berita
sensasi yang akan mengulas setiap isu yang timbul dan ulasan mereka 
belum tentu sahih 100% ! Berita Awani boleh diubah jadi Berita AwatNi? , 
salah satu contoh. 

Di dalam penelitian saya, saya menggunakan langkah "usrah" sebagai terapi 
untuk memulihkan sikap suka membuli di siber. Maksudnya terapi 
atau method yang saya gunakan banyak kepada islami, dekatkan diri dengan 
Allah, banyakkan amalan harian, beri pemahaman tentang buli siber, apa efeknya,
apa keburukannya, macam mana nak perbaiki diri, ajak muhasabah dan beribadah.
Sebab perkara buli ini selalunya terjadi tanpa kita sedar. Saya suka nak highlight, 
buli siber ni kita buat BERULANG-KALI, KITA MENYAKITI MANGSA,
MANGSA RASA TERGANGGU (MENTAL, EMOSI). 

Cyberbullying ini adalah perbuatan yang hampir sama seperti buli nyata iaitu
intimidation, pelecehan dan perlakuan yang ingin menjatuhkan atau menghina 
seseorang secara berulang-ulang menggunakan perangkat teknologi zaman 
sekarang seperti laptop dan telefon bimbit iaitu melalui internet dan media sosial
seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya. 

Cyberbullying ada 7 jenis : 

1. Flaming (meluah kemarahan)
Ramai orang suka meluahkan perasaan dia di media sosial, terutama apabila
dia marah atau geram atau sedih terhadap seseorang atau sekumpulan manusia.
Perkara ni pun boleh jadi salah satu aktiviti buli siber bila yang kita luahkan tu 
adalah aib orang dan apabila kita share di media sosial, pastilah aib orang tersebut
tersebar luas dan dia mendapat malu akibat perbuatan kita. ya, you can say 
sukahati dia lah, dia punya account bukan you. Ya, you choose :) Kalau hari ni 
kita sebar aib orang, tak mungkin tak terjadi suatu hari nanti perkara tu terjadi
kat kita pulak, nauzubillah. Belajar lah kawal emosi, jika beremosi jauhkan diri 
daripada social media anda, belajar untuk mengurus stress dan emosi. 
Terkadang, ada juga netizen yang akan kecam kita balik bila kita luahkan 
kemarahan di media sosial, kan tak pasal-pasal kita kena balik hehe, baik 
tak perlu post or share di media sosial , lebih selamat, anda terjaga. 

2. Harrasment (gangguan)
Ada orang mengganggu menggunakan akaun media sosial, dia tak pergi 
kacau face to face , tetapi dia kacau di alam maya sebab kalau dalam 
alam maya, dia tak payah sebut pun mangsa boleh terasa, dia rasa dia 
selamat sebab ganggu dalam alam maya, bukan di dunia nyata, kalau dunia 
nyata pasti akan diambil tindakan. Tapi sebenarnya jenayah siber juga 
boleh dilaporkan, boleh diambil tindakan juga. 

3. Denigration (fitnah)
Deny, menafikan kebenaran. sebar fitnah , fitnah adalah sesuatu perkara
yang tidak benar tetapi disebarkan sehingga ramai orang percaya. 
Kalau dalam islam, tahu tak dosa fitnah ni lebih besar dari dosa membunuh, 
sebab apa? Sebab kalau kau bunuh orang, dia mati terus. 
Tetapi kalau kau fitnah orang, dia masih hidup, dia terpaksa melalui hidupnya
dengan perasaan malu, takut dan tertekan sehingga boleh terjadi depression 
dan akhirnya boleh mendorong untuk berputus asa dengan hidup (bunuh diri).
Mungkin tak semua kes difitnah akan jadi macam ni, ada saja jenis orang
yang kuat dapat lawan, dapat survive, tetapi pasti juga ada yang tak dapat
nak survive. 

4. Impersonation (menyamar)
Ini lagi parah, sanggup buat akaun palsu untuk membuli, menghina dan 
mengecam orang lain di media sosial. Nak buat jahat, tetapi menyamar, 
nampak sangat keyboard warrior, takut di dunia nyata tetapi hebat di 
alam maya. 

5. Outing & trickery (curi data pribadi)
Ini jenis orang yang suka ambil data peribadi seseorang tanpa izin, 
ambil gambar, ambil nombor telefon, ambil akaun (hack) , atau mungkin 
kita boleh relate dengan budaya suka buat "parody" , ada ja isu terus nak 
buat parody, parody yang saya tengok selalunya pasti akan memalukan 
orang yang ada dalam sesuatu isu tu. Contohnya kes mask bocor Aliff Syukri, 
dibuat banyak video parady berkenaan isu tersebut. 
(Sebuah parodi ialah karya yang dicipta untuk meniru, mempermainkan
 keseronokan, atau mengulas mengenai karya asal baik dari segi subjek
 disentuh, pengarang, gaya, atau sasaran lain dengan cara satira (sindiran) atau 
peniruan secara ironis.)

6. Exclusion (pulaukan orang)
Jenis ni pun ada juga orang buat, contohnya macam dalam group whatsapp, 
bila orang ni kita tak berkenan dengannya, maka kita pun buang dia daripada
group tersebut tanpa memberitahunya. Bukan itu sahaja, malah kita suruh orang
lain supaya jangan layan dia, jangan hubungi dia. 

7. Cyber stalking (ganggu sampai mangsa ketakutan)
Jenis macam ni yang suka stalk, intai orang lain punya akaun social media, 
buat gangguan sampai mangsa rasa intens, tertekan dan terganggu, boleh 
jadi mangsa diserang anxiety disebabkan gangguan macam ni. 

Boleh rujuk thesis untuk keterangan lebih lanjut. 

Ada juga istilah-istilah tak lah baru sangat, tapi baru lah juga 5 atau 10 
tahun sebelum ini kan? Hehe.
1) Viral - viral ni berasal dari kata virus, jadi kalau kita viralkan sesuatu isu, 
dia jadi macam virus covid-19 yang merebak secara cepat dan pantas sangat!
Betul tak? Apatah lagi kalau benda viral tu perkara aib, kesalahan lagi cepat 
lah dia viral, daripada kebaikan dan kejujuran.
2) Trolling - trolling ni macam provokasi, sengaja nak buat orang berdebat
atau berselisih dalam dunia maya. Sengaja nak ganggu orang, buat orang dapat
malu, buat orang rasa nak marah.

Saya nak bagi kefahaman dengan anda tentang cyberbully, dalam masa sama 
saya juga nak ingatkan benda ni sebenarnya dah ada dalam Alquran. 
Cuba check .

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum 
yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari 
mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan
(mengolok-olokkan) perempuan yang lain, (karena) boleh jadi perempuan 
(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok.

Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil 
dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) 
yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka 
mereka itulah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! 
Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, 
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada 
di antara kamu yang menggunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara
kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu 
merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima 
tobat, Maha Penyayang.” 
Surah Al-Hujurat 49 : 11-12.

Jangan saling kecam-mengecam, jangan saling memberi gelaran buruk 
dengan orang lain, jangan bersangka buruk, jump to conclusion, 
judge sukahati, jangan sengaja mencari kesalahan orang lain, aib kita 
Allah tutup syukur sangat, jangan mengumpat dan mengutuk orang, 
macam makan daging orang, ya Allah senang nya bagi peringatan, 
semoga diri ini juga dijauhkan daripada penyakit-penyakit hati ini. 

Disclaimer : Maaf la kalau aku punya bahasa mix dengan Bahasa Indonesia :D

Terkadang saya rasa rimas juga nak scroll social media sekarang, 
sebab dimana-mana ada saja terjadi siber buli ini, ada yang sangat suka 
mengecam orang, nak komen guna bahasa kesat, tak sopan tak beradab, 
bahkan pesakit positif pun dikecam ya Allah, sudahlah sakit kena kecam lagi, 
sah-sah mental dan emosi terganggu, bukan pesakit itu sahaja jadi mangsa, 
tetapi keluarga pesakit juga terasa.

Kadang rasa macam social media sekarang banyak yang negatif daripada positif,
macam Neelofa kata tu. Huhu kadang saya rasa macam diri tak sihat bila setiap
hari buka social media, macam dalam satu program IMAN tahun lepas, 
great content matter! Kita kena bijak memilih content yang kita akan baca
setiap hari, kita kena tapis siapa yang kita follow, apa genre yang kita follow
supaya bila kita buka social media, kita dijauhkan daripada budaya buli siber, 
kecam mengecam dan spill the tea. Haa baru ingat istilah baru ni, budaya suka
spill the tea (buka dan sebar aib) orang. Ya Allah, saya kadang sedih tengok budaya ni, 
budaya yang semua benda dia nak ulas, semua isu dia mesti follow, budaya
suka sebar aib , buka kesalahan orang yang aslinya tertutup, astaghfirullahalazim.

Ada juga istilah baru saya dengar dan faham, palatao (serba tahu tetapi belum 
tentu benar dan sahih). Kadanga ada juga netizen jenis palatao ni, confident level
dia tinggi betul nak mengecam orang, bagi bad comments macam dia tahu semua 
benda padahal tak. Hati-hati lah ketika kita terima sesuatu berita, atau dengar 
sesuatu isu, periksa dahulu kesahihan, kalau tak pasti, tanya jangan terus sebar.
kalau kita nak tanya pun, jangan terus share perkara tu, tapi kita buat la post 
baru tanya, adakah benda ni sahih? Kalau boleh bila kita dengar sesuatu berita, 
kita sepatutnya tahu dah dekat akaun social media kita, kita percaya siapa, 
atau senang kata kalau boleh biarlah berita tu daripada trusted source. contohnya 
macam berita di tv, daripada kementerian, daripada pihak polis, daripada 
seorang doctor, daripada seorang yang kita tahu dia takkan sebar benda sukahati.
Please beware, dalam Alquran pun ada ingatkan bila kita dengar sesuatu berita, 
periksalah kesahihannya dahulu. 


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
 membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, 
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak 
diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan 
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Surah al-Hujurat (6)

boleh baca dekat link ni tentang tabayyun (periksa kesahihan) oleh mufti negara :



Saya tak tahu nak tulis apa lagi, tapi saya akan cuba summarize kan apa yang 
saya nak sampaikan melalui tajuk blog , sihat tak media sosial kita?

1. Jauhkan diri daripada media sosial jika anda sedang marah dan beremosi.
2. Jika menerima sesuatu berita, ataupun fakta baru, periksa dahulu kebenaran 
dan kesahihannya sebelum menyebar (viral) kepada masyarakat supaya tidak 
terjadi fitnah. 
3. Jangan suka mengadu domba, menambah bara api di media sosial untuk membuli
seseorang atau sekumpulan manusia, berkata baik atau diam sahaja. 
4. Pilih dan tapis siapa dan apa yang kita follow, great content matters! Anda yang 
memilih apa yang anda akan baca, terima setiap hari dan semua yang anda baca 
dan terima akan membentuk cara fikir dan pribadi anda (lama-lama boleh terjebak, 
atau lama-lama boleh terikut-ikut jika kita tak mahir kawal).
5. Jauhi budaya parody perkara aib dan memalukan, budaya spill the tea membuka 
dan menyebar aib orang, budaya trolling menyindir dan menimbulkan perselisihan.
6. Jauhi diri daripada menjadi salah seorang yang melakukan aktiviti membuli di 
alam siber tanpa sedar (walaupun kita like ja, atau kita komen saja, atau kita share saja, 
anda rasa anda tak buat buli, anda tak pakai kata kesat atau tak sopan tetapi......
yang "saja" tu kalau 1000 orang berfikiran macam anda, boleh jadi jugak buli tu!
7. Sebar apa yang benar, bukan fitnah dan dusta. Tolong berfikir dua kali sebelum 
nak komen, nak share atau nak post sesuatu di media sosial anda, biar anda menjadi
pengguna media sosial yang bijak! 
8. Jaga tutur kata dan bahasa di media sosial, jadilah contoh terbaik untuk orang lain.
9. Kalau ada masalah dengan seseorang, jangan gunakan media sosial. Sebaiknya 
berjumpa di dunia nyata dan cuba selesaikan secara baik, atau jika mahu menegur, 
tegurlah secara pribadi, itu lebih baik bagi penegur dan yang ditegur. Biarlah orang 
yang ahli sahaja yang boleh mengulas tentang sesuatu isu seperti mufti negara dan 
ahli bidang yang berkaitan dengan isu. Dan cukuplah kalau dah sorang bagi nasihat, 
tak payah semua nak bagi nasihat, apatah lagi nasihat dalam bentuk kecaman, 
percayalah manusia tu fitrahnya sukakan kebaikan, kalau ditegur dengan baik dan hikmah, 
inshaAllah lama-lama dia akan terima dan berubah, dan ingat hati kita Allah yang pegang.
10. Anda tak wajib untuk tengok media sosial anda setiap hari, kalau anda rasa 
media sosial anda banyak sisi negatif daripada positif, berhentilah sejenak. Cuba 
anda tutup untuk seminggu, anda pasti akan rasa kebaikannya. We choose what 
we want , we ourselve that can help ourselve. It's okay not to have a social media account.

Semoga media sosial kita akan sembuh lepas ni. :)
Kalau ada yang salah, saya menunggu perbaikan. 

Salam sayang. 






No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...