Tuesday 12 May 2020

Part II : Ada apa dengan Az-Zumar , ayat 53?

Assalamualaikum, hari ni nak sambung part ii 
daripada blog entry hypnoQuran semalam. 
Ada apa pada ayat 53 az-zumar?

okay, aku bagi korang dengar yang versi panjang sikit, sikit ja. 
Haih insert video ni masih error. bagi link ja lah. 


okay, kembali kepada ayat 53 Az-zumar :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap 
diri mereka sendiri! Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, 
Maha Penyayang.'"

Kalau yang dah biasa dengar ayat ni disampaikan dalam mana-mana talk, dia tahulah
kelembutan, kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. 
Look, He uses the phrase "ya i'badi" wahai hamba-hambaKu, maksudnya Dia panggil 
semua hambaNya, tak kisah lah yang baik, yang beriman, yang taat, yang buat dosa,
yang ingkar, semuanya. with only one soothing word, "Ya i'badi" Ya Allah, lembutnya...
Dia tak panggil secara kasar sebab kita dah buat banyak dosa, tak...
Dia tak benci kita, tapi dia tunggu kita untuk bertaubat. 
Daripada post Inche Gabbana, contoh la kalau makpak yang anaknya nakal, 
pasti mak dia akan kata "ni anak hang la ni, nakal sungguh!"
pasti pak dia kata "anak aku tak ada seteruk ni!"
atau kalau kita gaduh dengan sahabat, pasti kita kata "aku takkan maafkan kau 
sampai bila-bila! Aku takdak kawan macam hang!" 
amboi amboi, kasarnya. tapi Allah tak macam tu... T_T
Walaupun banyak mana dosa kita dah buat, teruk mana pun kita hanyut dalam dosa tu,
Dia tetap panggil "Ya i'badi, wahai hamba-hambaKu" Allah.... 

Kedua, Allah tak kata ehhh hambaKu yang berdosa, dengar sini! Haa tak, Allah tak 
panggil macam tu, Allah Maha lembut. Dia lah yang paling lembut dalam bertutur. 
I mean bertutur melalui wahyu - Alquran. 
Tapi Dia panggil dengan sebaik mungkin, sebab nak kita dekat, kembali kepada dia.
Dia pujuk kita tahu tak? Dia panggil, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas
terhadap diri mereka....." bahasa yang paling lembut nak tarik balik orang-orang 
yang berdosa kembali kepadaNya. Allahu Allah.. 
Kalau kita nak panggil kawan yang pernah mencuri mesti kita panggil "oi pencuri!"
ataupun kawan kita pernah hisap dadah kita pun panggil "oi najis, oi kurus!"
Astaghfirullahalazim.. Allah lah jua yang paling baik, paling lembut, paling tahu!
Allah tahu kita dah buat banyak dosa tapi Allah masih nak tunggu kita, panggil kita
dan nak bagi kita peluang, ampunkan dosa-dosa kita!

Ketiga, Allah pujuk lagi Dia kata jangan putus asa daripada rahmat Allah, 
rahmat tu apa? rahmat adalah pertolongan daripada Allah. Allah janjikan yang 
Dia akan merahmati hamba-hambaNya yang berdosa, yang nak minta ampunan.
Manusia, kita tak lepas dari buat dosa, kita tak lari dari buat kesilapan.
Jadi, kita jangan rasa bila kita dah buat banyak dosa, Allah takkan terima kita. NO!!!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni 
segala dosa selain dari syirik itu, bagi siapa yang dikehendakiNya"
Surah An-nisa : 48

Keempat, Allah akan ampunkan segala jenis dosa kecuali dosa mensyirikkan Allah. 
syirik adalah sebesar-besar betrayal. seteruk-teruk kesalahan. hanya dosa ini 
saja yang Allah taknak ampunkan. Padahal dosa-dosa yang lain?
Allah akan ampunkan segala dosa yang kita lakukan, percayalah.
But there's condition, you must repent. you must back to Him,
you must find Him, cry to Him and ask forgiveness from Him. InshaAllah. 

Kalau korang rasa belum cukup, there's more, Allah selalu pujuk dalam alquran.

"Tidaklah mereka mengetahui , bahawasanya Allah menerima taubat hamba-hambaNya "
At-Taubah : 104

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiya dirinya, kemudian ia 
mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Mengampun lagi 
Maha Penyayang" 
An-Nisa : 110 

Oh kembali kepada video di atas. 
Dia baca Surah Az-Zumar ayat 5-59.

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap 
diri mereka sendiri! Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, 
Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu , dan berserah dirilah kepadaNya 
sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Alquran) dari 
Tuhanmu sebelum didatangkan azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak 
menyadarinya. 

Agar jangan ada orang yang mengatakan, "Alangkah besar penyesalanku atas 
kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan agama Allah.

Atau (agar jangan) ada yang berkata, "Sekiranya Allah memberikan petunjuk 
kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa"

Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "Sekiranya aku dapat
kembali ke dunia, tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik"

Sungguh, sebenarnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu 
mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir.

Allah dah bagi amaran, Allah dah bagi petunjuk awal sebelum ajal atau kiamat datang.
Masih kah kita taknak kembali dan surrender kat Allah, untuk Allah hapuskan dosa-dosa
kita? Dalam bulan Ramadhan ni jugak Allah janjikan nak hapuskan dosa-dosa kita 
yang lalu. Tapi kita kena usaha la banyak sikit. Kalau betul kita nak bertaubat, 
kita kena berazam untuk perbaiki diri kita, tingkatkan amalan dan kebaikan, 
minta ampun dan berdoa sebanyaknya kepada Allah, taat perintah dan jauhi laranganNya, 
serah diri kita yang berdosa kat Allah, mengadulah pada Allah sepuasnya, 
minta pertolonganNya untuk teguhkan hati kita supaya tak terjebak dalam dosa yang sama
dan juga dosa-dosa yang lain, minta kat Allah kurniakan kita biah solehah (persekitaran
yang baik) dan minta dikurniakan sahabat dan keluarga yang understanding, supportive 
and selalu ingatkan kita kepada Allah, agar mudah jalan kita nak bertaubat. 

*lepas korang dah buka mata (terapi hypnoQuran), korang boleh muhasabah diri.
Korang boleh baca blog entry ni, korang boleh search tentang taubat, inshaAllah 
dengan cara ni boleh bagi korang semangat dan motivasi untuk terus tinggalkan dosa
dan maksiat tu* 

Jangan lupa tau, buat solat sunat taubat jugak. solat hajat juga, bagitau apa yang 
korang nak kat Allah.. jangan lupa istighfar, cuba lazimi istighfar 100 kali sehari.
jangan lupa baca Al-quran juga beserta terjemahan sebab kalau korang faham isi 
Al-quran, sebenarnya banyak ja ayat-ayat yang memujuk kita, menegur kita dan 
menginsafi kita, bacalah seolah-olah Allah tengah bercakap dengan korang, 
inshaAllah korang akan rasa tenang, insaf dan termotivasi. 

Cukuplah sorga sebagai motivasi terhebat untuk kita mengejar redha Allah :)

Aku pun masih merangkak ni, sama-sama kita doakan supaya Allah ampuni 
segala dosa dan kesalahan kita . T_T

ingat, 
kalau kita merangkak ke Allah, Dia berjalan ke arah kita.
kalau kita berjalan ke Allah, Dia akan berlari ke arah kita.
kalau kita berlari ke Allah, Dia pasti sekelip mata dah depan kita. 
analoginya. 

Nah aku hadiahkan korang ayat alquran, aku pernah hafal dulu waktu first naqibah 
aku sampaikan dalam usrah, untuk merawat kesedihan. :)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka 
sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,
agar mereka memperoleh kebenaran" 
Al-Baqarah :186 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...