Thursday, 21 May 2020

Hikmah PKP di sebalik musibah virus covid-19

Assalamualaikum. 
Hari ni 28 Ramadhan
Sisa 2 hari lagi kita dah nak sampai ke hari kemenangan, menang ka kita ? 
Syukur kepada yang sudah bertungkus lumus mengerjakan ibadah dan meningkatkan kadar iman yang sering yazid wa yankuz (naik dan turun). 

Alhamdulillah di sebalik musibah virus yang melanda satu dunia, ada hikmah yang sangat berharga untuk kita apalagi kita melalui pkp pada bulan Ramadhan, sangat pertama kali dalam sejarah kan? 


Bagi setiap orang, hikmahnya mungkin berbeza .Bagi setiap orang juga ada yang mengeluh benar dengan musibah ini dan ada juga yang malah berterima kasih sangat kat Allah sebab bagi satu musim macam ni . Bukan lah nak kata kita suka ada virus memgancam nyawa , tetapi di sebalik kesulitan tu, ada kemudahan yang Allah sediakan. 

As for me, I feel grateful because lepas kakak nikah, adik masuk degree kt tmpt yg jauh la. Kakak pun akan pindah ikut husband, aku tak dapat nak banyangkan yang tinggal aku, mak and bapak plus abang ja kat rumah . Huwaaa aku xdapat bayang aku macam kena tinggal dgn 3 org family members ni saja. Ya lah aku xpandai drive lagi so agak susah lah nanti ,lepas tu aku kena buat house chores sesorang la, nak carik kerja pun xtau macam mana, kerja apa sesuai, sebab kena bagi masa nk buat house chores tu. Tak sempat lagi nak cari kerja lepas majlis kakak dah start pkp 😅 Jadinya, kat sini aku bersyukur sangat sebab pkp, kakak aku dkt rumah ja x ikut husband, adik aku pun terpaksa balik awal pkp start. Jadi aku takla kesunyian sangat hehe . Alhamdulillah. 

Second thing is bila kena musibah macam ni, we tend to care our hygiene. Kita tiba tiba amalkan gaya hidup yang extra bersih sebab nak berjaga jaga daripada virus. This is a really good thing actually. Islam pun menganjurkan menjaga kebersihan diri dan sekeliling. 

Third thing is we can spend a lot of time with our family. Bonding tu bertambah la tak kisah korang buat apa. Kalau aku, kami try resipi and masak , buat makanan. Kami main segala permainan yang ada dekat rumah. Hehe . Best lah

Fourth thing, pkp kena bulan ramadhan . This is actually a very huge blessing from Allah. Tau tak sebenarnya hikmah pkp bulan ramadhan ni Allah nak kita lebih fokus sambut bulan mulia ni lebih bagus daripada tahun tahun yang lain. Ya lah kita ada banyak sangat masa kat rumah, kita kurang sibuk dengan aktiviti dunia. Kita tak boleh keluar kecuali ada keperluan. (Applicable utk pkp ya) and certain orang masih merasai hikmah yang sama bergantung pekerjaan mereka. Kita boleh fokus untuk perbaiki diri kita yang banyak buat silap , banyak dosa, lalai dengan dunia . Masa ni lah Allah bagi untuk kita grab the opportunity untuk tambah amal kita, tambah kebaikan kebaikan, dekatkan diri dengan Allah , tambah bacaan alquran , tambah kefahaman bacaan alquran, tambah bacaan harian , tambah zikrullah, tambah amalan sunnah dan macam macam lagi. Wah, yang selalu busy kerja dpt khatam alquran dapat terawikh, yang sering berniaga kat bazaar dh boleh terawikh kt rumah alhamdulillah sebab selalunya mereka masih menguruskan gerai dan restoran setelah maghrib .Yang belajar pun boleh fokus jugak dkt ibadah, tolong mak ayah kat rumah .Yang terkandas pun boleh juga fokus ke amalan ramadhan sebab xboleh keluar dan kepada Allah saja lah mereka mengadu kegelisahan mereka . Such a miracle . Mungkin tahun ni adalah ramadhan terbaik untuk kebanyakan kita atas hikmah pkp ,musibah virus covid-19. Tak ada bazaar, kita boleh belajar berjimat dan merasai kesusahan penjual, pembekal dan mak kita yg dah selalu sediakan makanan untuk dijual dan dihidangkan kepada keluarga. Kita masak sendiri sampai banyak yg tak jadi tapi buat kita happy 😁 masak apa tak jadi kan. Dalam masa sama kita upgrade bakat masak kita macam dalam The Sims tu kan ada level masak, pasti pkp bulan Ramadhan ni buat level masak kita makin naik, am I right? Aku pun sama dah pandai buat bakso and nasi ayam penyet yang aku idamkan setelah bfg dari Surabaya hehe. 
Lepas tu kan , still dapat buat 
jemaa terawikh walaupun tak 
dapat solat dekat masjid. Jadi 
imam terjun je semua 😁 yang tak pernah 
khatam tahun ni boleh 
khatam.. yang tak 
solat jadi solat. 
Yang 
ta pernah qiamullail 
dapa bangun 1/3 
malam .Yang selalu tak sempat 
sah , jadi sempat hehe. 

See... there are many things that we need to be grateful and not to take for granted during this MCOwc. Apa lagi yang kita tak syukur??? Apa lagi yang kita nak keluhkan sangat padahal Allah dah bagi kemudahan. 

Tak lupa nak sama sama berpesa , walaupun dah pkpb, we still need to take precautions, bersihkan tangan, pakaian diri dan tempat tinggal. Jaga social distancing ,jangan jadi IGNORANT please !  Wear mask especially when you are sick. And don't simply go out kalau tak ada benda penting sangat .Virus tu boleh bawak maut, sedia lah saham akhirat kita banyak banyak di rumah. Peringatan untuk diri jugak . #kitajagakita #Allahjagakita #kitajagadiriuntukAllah 

Tuesday, 12 May 2020

Part II : Ada apa dengan Az-Zumar , ayat 53?

Assalamualaikum, hari ni nak sambung part ii 
daripada blog entry hypnoQuran semalam. 
Ada apa pada ayat 53 az-zumar?

okay, aku bagi korang dengar yang versi panjang sikit, sikit ja. 
Haih insert video ni masih error. bagi link ja lah. 


okay, kembali kepada ayat 53 Az-zumar :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Katakanlah, 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap 
diri mereka sendiri! Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, 
Maha Penyayang.'"

Kalau yang dah biasa dengar ayat ni disampaikan dalam mana-mana talk, dia tahulah
kelembutan, kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. 
Look, He uses the phrase "ya i'badi" wahai hamba-hambaKu, maksudnya Dia panggil 
semua hambaNya, tak kisah lah yang baik, yang beriman, yang taat, yang buat dosa,
yang ingkar, semuanya. with only one soothing word, "Ya i'badi" Ya Allah, lembutnya...
Dia tak panggil secara kasar sebab kita dah buat banyak dosa, tak...
Dia tak benci kita, tapi dia tunggu kita untuk bertaubat. 
Daripada post Inche Gabbana, contoh la kalau makpak yang anaknya nakal, 
pasti mak dia akan kata "ni anak hang la ni, nakal sungguh!"
pasti pak dia kata "anak aku tak ada seteruk ni!"
atau kalau kita gaduh dengan sahabat, pasti kita kata "aku takkan maafkan kau 
sampai bila-bila! Aku takdak kawan macam hang!" 
amboi amboi, kasarnya. tapi Allah tak macam tu... T_T
Walaupun banyak mana dosa kita dah buat, teruk mana pun kita hanyut dalam dosa tu,
Dia tetap panggil "Ya i'badi, wahai hamba-hambaKu" Allah.... 

Kedua, Allah tak kata ehhh hambaKu yang berdosa, dengar sini! Haa tak, Allah tak 
panggil macam tu, Allah Maha lembut. Dia lah yang paling lembut dalam bertutur. 
I mean bertutur melalui wahyu - Alquran. 
Tapi Dia panggil dengan sebaik mungkin, sebab nak kita dekat, kembali kepada dia.
Dia pujuk kita tahu tak? Dia panggil, wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas
terhadap diri mereka....." bahasa yang paling lembut nak tarik balik orang-orang 
yang berdosa kembali kepadaNya. Allahu Allah.. 
Kalau kita nak panggil kawan yang pernah mencuri mesti kita panggil "oi pencuri!"
ataupun kawan kita pernah hisap dadah kita pun panggil "oi najis, oi kurus!"
Astaghfirullahalazim.. Allah lah jua yang paling baik, paling lembut, paling tahu!
Allah tahu kita dah buat banyak dosa tapi Allah masih nak tunggu kita, panggil kita
dan nak bagi kita peluang, ampunkan dosa-dosa kita!

Ketiga, Allah pujuk lagi Dia kata jangan putus asa daripada rahmat Allah, 
rahmat tu apa? rahmat adalah pertolongan daripada Allah. Allah janjikan yang 
Dia akan merahmati hamba-hambaNya yang berdosa, yang nak minta ampunan.
Manusia, kita tak lepas dari buat dosa, kita tak lari dari buat kesilapan.
Jadi, kita jangan rasa bila kita dah buat banyak dosa, Allah takkan terima kita. NO!!!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni 
segala dosa selain dari syirik itu, bagi siapa yang dikehendakiNya"
Surah An-nisa : 48

Keempat, Allah akan ampunkan segala jenis dosa kecuali dosa mensyirikkan Allah. 
syirik adalah sebesar-besar betrayal. seteruk-teruk kesalahan. hanya dosa ini 
saja yang Allah taknak ampunkan. Padahal dosa-dosa yang lain?
Allah akan ampunkan segala dosa yang kita lakukan, percayalah.
But there's condition, you must repent. you must back to Him,
you must find Him, cry to Him and ask forgiveness from Him. InshaAllah. 

Kalau korang rasa belum cukup, there's more, Allah selalu pujuk dalam alquran.

"Tidaklah mereka mengetahui , bahawasanya Allah menerima taubat hamba-hambaNya "
At-Taubah : 104

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiya dirinya, kemudian ia 
mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Mengampun lagi 
Maha Penyayang" 
An-Nisa : 110 

Oh kembali kepada video di atas. 
Dia baca Surah Az-Zumar ayat 5-59.

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap 
diri mereka sendiri! Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, 
Maha Penyayang.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu , dan berserah dirilah kepadaNya 
sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Alquran) dari 
Tuhanmu sebelum didatangkan azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak 
menyadarinya. 

Agar jangan ada orang yang mengatakan, "Alangkah besar penyesalanku atas 
kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah, dan sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan agama Allah.

Atau (agar jangan) ada yang berkata, "Sekiranya Allah memberikan petunjuk 
kepadaku, tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa"

Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "Sekiranya aku dapat
kembali ke dunia, tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik"

Sungguh, sebenarnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu 
mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir.

Allah dah bagi amaran, Allah dah bagi petunjuk awal sebelum ajal atau kiamat datang.
Masih kah kita taknak kembali dan surrender kat Allah, untuk Allah hapuskan dosa-dosa
kita? Dalam bulan Ramadhan ni jugak Allah janjikan nak hapuskan dosa-dosa kita 
yang lalu. Tapi kita kena usaha la banyak sikit. Kalau betul kita nak bertaubat, 
kita kena berazam untuk perbaiki diri kita, tingkatkan amalan dan kebaikan, 
minta ampun dan berdoa sebanyaknya kepada Allah, taat perintah dan jauhi laranganNya, 
serah diri kita yang berdosa kat Allah, mengadulah pada Allah sepuasnya, 
minta pertolonganNya untuk teguhkan hati kita supaya tak terjebak dalam dosa yang sama
dan juga dosa-dosa yang lain, minta kat Allah kurniakan kita biah solehah (persekitaran
yang baik) dan minta dikurniakan sahabat dan keluarga yang understanding, supportive 
and selalu ingatkan kita kepada Allah, agar mudah jalan kita nak bertaubat. 

*lepas korang dah buka mata (terapi hypnoQuran), korang boleh muhasabah diri.
Korang boleh baca blog entry ni, korang boleh search tentang taubat, inshaAllah 
dengan cara ni boleh bagi korang semangat dan motivasi untuk terus tinggalkan dosa
dan maksiat tu* 

Jangan lupa tau, buat solat sunat taubat jugak. solat hajat juga, bagitau apa yang 
korang nak kat Allah.. jangan lupa istighfar, cuba lazimi istighfar 100 kali sehari.
jangan lupa baca Al-quran juga beserta terjemahan sebab kalau korang faham isi 
Al-quran, sebenarnya banyak ja ayat-ayat yang memujuk kita, menegur kita dan 
menginsafi kita, bacalah seolah-olah Allah tengah bercakap dengan korang, 
inshaAllah korang akan rasa tenang, insaf dan termotivasi. 

Cukuplah sorga sebagai motivasi terhebat untuk kita mengejar redha Allah :)

Aku pun masih merangkak ni, sama-sama kita doakan supaya Allah ampuni 
segala dosa dan kesalahan kita . T_T

ingat, 
kalau kita merangkak ke Allah, Dia berjalan ke arah kita.
kalau kita berjalan ke Allah, Dia akan berlari ke arah kita.
kalau kita berlari ke Allah, Dia pasti sekelip mata dah depan kita. 
analoginya. 

Nah aku hadiahkan korang ayat alquran, aku pernah hafal dulu waktu first naqibah 
aku sampaikan dalam usrah, untuk merawat kesedihan. :)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka 
sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila
dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,
agar mereka memperoleh kebenaran" 
Al-Baqarah :186 

Monday, 11 May 2020

Part I : HypnoQuran

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.
Hari ini dah 18 Ramadhan, 2 hari lagi nak menjelang 10 hari terakhir Ramadhan. 
Hmm, cepatnya masa berlalu, tapi amalan kita macam mana? Puasa kita?
Semoga kita masih bersemangat untuk berlumba hingga ke garisan penamat (Aidilfitri)
Bagi yang belum solat terawikh, masih ada 11 malam berbaki, ianya hanya special
di bulan Ramadhan saja tau!
Bagi yang belum khatam Alquran, masih ada masa lagi nak baca, tak yah laju-laju
yang penting tarteel. inshaAllah.
Bagi yang belum bersedekah, masih ada banyak waktu untuk melaksanakannya, 
jangan lupa bayar zakat fitrah walaupun pkp, masjid dan surau tak buka tapi ada
banyak alternatif yang lain. online pun dah boleh sekarang!
Bagi yang belum bertaubat, there's still time as long as you are still breathing!
not just in Ramadhan but your whole life. 

Semoga, semoga kita semua dikurniakan istiqamah walaupun Ramadhan bakal
berakhir, istiqamahlah dengan amalan-amalan kita sebagai saham akhirat nanti.
Istiqamahlah dengan kebaikan-kebaikan yang anda lakukan walaupun bukan di 
bulan mulia. spread the postives vibes any time!

Cuma nya, ganjaran di bulan Ramadhan ini extra, Allah bagi lebih,
jadi tak hairanlah kalau bulan mulia ini kita bersemangat dan rajin.
Rugi lah bagi orang yang mensia-siakan pahala besar yang Allah janjikan. 
cukup rasanya mukadimmah untuk hari ini hehe. semoga bermanfaat.

HypnoQuran? pernah dengar tak?
Bagi kawan-kawan yang sama tempat belajar aku mungkin tahu dan pernah
sekali di dalam dewan yang sama menyertai satu seminar terapi HypnoQuran
oleh geng Bahtera, senior aku di universiti dahulu. 
Seminar tu macam kursus jugak lah atau pelatihan, training haa. 
HypnoQuran ni salah satu projek senior aku untuk dia lulus dapat sarjana muda sosial. 
Terapi ni dia yang jumpa, hampir sama lah seperti Quranic Healing. I guess. 

Sebenarnya korang boleh buat sendiri terapi ni, especially bila korang berada 
pada fasa yang "kurang happy" which is sad, frustrated, sinned, ashamed, dissapointed 
and the list go on. Untuk kali ni, aku pilih fasa yang banyak buat dosa, nak bertaubat.
Sebab aku pilih fasa tu sesuai dengan ayat al-Quran yang digunakan sewaktu 
terapi hypnoQuran diadakan. aku sangat tersentuh.

hypnoQuran ni tak lah macam hypnotis sangat, sampai kau berada dalam alam 
bawah sedar (baca : unconciousness) dan kau boleh buat something under your
therapist control. tapi hypnoQuran ni boleh berlaku even kau masih sedar, concious. 
sejak tu, ayat ni jadi ayat favourite aku tau bilamana aku rasa down dengan dosa
dan silap aku buat dalam hidup. well, we endure different type of trials and phases. 
we do mistakes, again and again, and we want to repent. 

okay, aku akan ajar sikit macam mana nak buat terapi ni sendiri. 

okay first, 
Senior ajar untuk tenang, duduk dengan selesa, tarik nafas bagi tenang.
buatla beberapa kali, duduk ke baring ke asalkan korang tenang, dan tenang.

Lepas tu senior akan bagi beberapa kata-kata untuk kita mula focus dengan diri.
Contohnya :
"Pejamkan mata anda, anggap anda sedang duduk bersendirian.
tarik nafas dan hembus, sampai rasa lega dan tenang.
Abaikan bunyi-bunyi yang mengganggu, sama ada bunyi kipas, bunyi kerusi, 
bunyi kawan kat sebelah. abaikan. fokus kepada diri anda. fokus.
Apabila anda sudah berasa tenang, selesa dan fokus, 
anda boleh cuba bayangkan dosa dan kesilapan yang anda telah lakukan.
dengan mata yang terpejam, anda bayangkan apa yang dah anda lakukan.

*masih dalam keadaan yang sama, kita sudah mula membayangkan dosa-dosa kita,
kesilapan yang telah kita lakukan, sama ada meninggalkan solat, mengumpat 
seseorang dan mengejinya, tidak menjaga ikhtilat, meninggikan suara kepada
ibu bapa, mungkin kita pernah terjebak dengan zina, dadah dan arak, 
atau mungkin kita pernah mencuri, membunuh seseorang,
atau mungkin sekadar dosa yang kecil tetapi jika sering dilakukan 
akan menjadikannya dosa besar. bayangkan saja apa pun dosa yang 
pernah anda lakukan dan anda ingin bertaubat daripadanya*

senior mula mengalunkan ayat 53, surah Az-zumar (39)

masa korang dah bayangkan tadi, korang bukak link youtube ni, 
korang cuba tengok ayat dan terjemahannya sekali, dan lepas tu 
korang ulang-ulang ayat ni beberapa kali sampai korang rasa hati tu semakin lembut, 
semakin lama dengar semakin meresap ke dalam jiwa, sambil korang 
bayangkan dosa-dosa tadi sambil korang memahami terjemahan ayat 
seolah-olah Allah sedang bercakap kepada anda, hayatinya. 
inshaAllah dapat melembutkan hati dan memberi semangat untuk terus bertaubat.

alamak blogger error taknak loading insert video. 
korang cuba tekan link youtube ni je la. 


okay sambung, lepas tu dah korang fokus, bayangkan dosa-dosa,
lepas tu bukak youtube tu, dengar berulang-ulang kali sambil memahami terjemahannya,
sampai la hati korang rasa lembut, mengalir air mata taubat. 

lepas tu bila korang dah rasa puas, korang dah bercakap dalam hati, ampunkanlah aku 
ya Allah, ampunkanlah aku Ya Allah, ampunkanlah aku....
aku telah melampaui batas terhadap diriku sendiri ya Allah, ampunkanlah aku.
ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan ya Allah...
bantulah aku, hambamu untuk memperbaiki kesilapan diri ini ya Allah
ya Allah ya Rahim ya Rahman...
ampunkanlah dosa-dosa laluku.... 

perlahan-lahan buka mata, kesatlah air mata.
tarik nafas, duduk dengan selesa. 

(terapi bersambung, tambahan dari aku sendiri)

nak ceritanya, waktu tu aku menangis tau. walaupun rasa macam malu, sebab senior tu 
terapis kan, mesti dia tengok semua peserta-peserta yang diterapikannya. 
tak tahulah mungkin sebab aku sendiri yang betul-betul nak diterapi masa tu.
datang memang la dengan kawan-kawan ramai, tapi dah ada peluang, fokuslah.
dan dalam masa yang sama aku merasakan ada dosa-dosa yang buat aku down.
jadi memang ngam lah! dengan bantuan suara dia yang boleh tahan la macam 
syaikh mansur tu jugak (rujukan dia), Allah bagi lembut hati aku, rasa keinsafan.
somehow I think this is a good therapy for repentant. untuk orang yang nak bertaubat.

see ya part II.

Tuesday, 5 May 2020

Forgiving Heart

Assalamualaikum.
Fasa pertama Ramadhan dah pergi. Kita sekarang berada di fasa kedua.
Jadi, don't waste it!

Kalau korang belum lagi start baca Alquran , masih sempat tau.
Kalau korang belum dapat solat on time, masih boleh cuba.
Kalau korang belum bertaubat, Allah masih tunggu tau, sweet kan Allah :)
Kalau korang belum minta maaf kat orang yang korang buat salah, atau
korang belum maafkan orang yang dah buat salah kat korang, pun masih
belum terlambat!
Selagi masih dapat bernafas, selagi itu lah masih ada kesempatan.
Apalagi di bulan mulia ini, bulan penuh barokah, bulan dipenuhi ibadah,
bulan bercahaya, bulan penuh pengampunan dan bulan paling sesuai untuk
bertaubat dan berubah, make a turning point now. :)

Alhamdulillah masih dapat berada di bulan Ramadhan tahun ni, hari ni.
Jangan lupa ucap syukur. puji dan syukur hanya ke hadrat Ilahi.

Emm sebenarnya nak cerita sikit, eh nak share sikit kot.
Kisah tentang kemaafan atau forgiving.
I am truly sorry, forgive me.
I made a huge mistake, let it slide please.
I will accept your sorry.
I forgive your mistake.
Don't do it again.
Sounds familiar right?

Dalam kehidupan kita ni, pasti kita tak lari dari masalah,
tak lari dari kesilapan dan dosa, tak lari dari salah faham.
Begitu juga dengan orang disekeliling kita,
mereka juga tak jauh daripada masalah, salah faham,
kesilapan terhadap kita, dosa terhadap kita dan kepada Allah juga.
That's life, human are born to be test and every people tested differently.
And not to forget that Allah mention this in one of the verses in Quran, which is :

"Dan kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan
orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami
jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain,
supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah)
adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Furqan : 20

Allah dah state sebagian dari kita adalah sebagai ujian dan cubaan untuk
sebagian yang lain. Maksudnya manusia juga diciptakan untuk menjadi
ujian bagi manusia yang lain, adakah kita nak bersabar?
Allah bagi manusia untuk bermasalah dengan kita, kita sabar tak?
dan... Allah bagi kita untuk jadi masalah kat dalam hidup orang lain, kita sedar tak?
Haa lebih kurang macam tu lah kan, kalau fahaman kita secara umumnya.

Pernah tak kita, betul-betul rasa nak minta maaf atas kesalahan yang kita buat kat orang?
Tapi orang tak layan, dan tak maafkan kita? Pernah tak rasa keadaan tu?
Mesti rasa serba salah kan. rasa tak sedap hati, rasa apa lagi eh?
and on another side, bila ada orang yang buat jahat kat kita sampai kita susah
nak maafkan orang tu, bila dia minta maaf, kita tak nak layan pun,
kita kata kita taknak maafkan orang tu sampai bila-bila! Pergh super saiya sangat ni.
Eh gurau je, no offended.
sebenarnya aku blur ni, nak susun ayat haha. jap, aku share something la,
nanti dapat sambung apa yang aku nak sampaikan.

"Menghadapi orang sulit selalu merupakan masalah
terutama jika orang sulit itu adalah diri kita sendiri
jika kita merasa bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita,
tidakkah kita curiga bahawa diri kita inilah masalahnya?"
- Petikan dari buku Dalam Dekapan Ukhuwah by Salim A. Fillah -

Jap tadi aku cari bab yang sesuai, nak bagi idea tapi terbaca pulak bahagian
bab yang betul-betul cun dengan tajuk blog ni.
Bab "Thalhah, sebuah kenangan atas cinta"

"kita semua, anak Adam, pernah melakukan kesalahan
dalam dekapan ukhuwah, kelembutan nurani memberi kita
sekeping mata uang yang paling mahal untuk membayarnya
di keping uang itu, satu sisi bertuliskan "akuilah kesalahanmu"
sisi lain berukir kalimat, "maafkanlah saudaramu yang bersalah"

Haa kita review sikit.
Dalam bab ni dia cerita tentang kisah sahabat-sahabat Rasulullah yang
pernah buat silap, wei kesalahan mereka bukan calang-calang tau,
kesalahan membunuh dan suka terhadap isteri orang.
kisah Khalid al walid yang membunuh Bani jadzimah yang telah berserah diri
dan mengecewakan Rasulullah dan sahabat yang lain tapi bagaimana respon
Rasulullah? Baginda berkata kepada para sahabat agar berhenti menghina
dan mencela khalid, malah gelarannya sebagai pedang Allah juga tidak dicabut!
Betapa sabarnya Rasulullah terhadap kesilapan besar Khalid, satu kesalahan
besar Khalid tidak melenyapkan seribu kebaikan yang lain di mata Rasulullah.
Dan kisah Thalhah, yang berbincang dengan Aisyah, isteri Rasulullah dan
menimbulkan rasa tidak senang pada Rasulullah lalu Aisyah disuruh masuk ke bilik.
Thalhah pun ada niat nak menikahi Aisyah jika Rasulullah wafat.
Maka turunlah wahyu untuk menegur Thalhah di dalam Surah Al-Ahzab :53
Thalhah yang mengakui kesalahannya terus menangis, lalu memerdekakan
hamba, menginfaqkan 10 untanya di jalan Allah dan menunaikan umrah dengan
berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
tetapi Thalhah melakukan kesilapan kali kedua dengan mengajak Aisyah berperang
bersama setelah kewafatan Rasulullah. Maka hal ini ditegur oleh Ali bin Abu Talib,
Ali berkata apakah kau tahu wahyu kemarin diturunkan untuk engkau Thalhah,
maka mengapa sekarang engkau membawa Aisyah turut berperang?
sekali lagi Thalhah mengakui kesilapannya, menangis dan berasa sangat malu dengan
tindakannya. setelah itu mereka sepakat untuk berdamai, dan pada perang melawan
musuh, Ali dengan sedih menggali kubur untuk dua sahabat terchintanya yang
gugur di medan perang. maka lahirlah puteri Thalhah dan Ali membisikkan kepadanya
"nak, aku sungguh berharap agar aku dan ayahmu termasuk orang-orang yang difirmankan
oleh Allah di dalam Surah Al-Hijr : 47

"Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka
merasa bersaudara duduk berhadapan di atas dipan-dipan"

Wah alangkah indahnya persahabatan ini. perhubungan ini.
Saling membuat salah dan saling memaafkan.
Berani mengatakan yang benar (teguran) dan berani mengakui.
Saling mendoakan, meminta maaf dan memaafkan.

Korang pernah tak rasa situasi macam ni?
To be honest, I have endure this, just before I post this entry.
and just before I found this story in that book. ;)

Bagi kita mungkin kesalahan orang pada kita tu, sangat sakit, perit, ada parut yang tak hilang.
Bagi kita mungkin memberi maaf itu seperti hilang nya kuasa yang paling ampuh.
Bahkan sebenarnya kita salah! Justeru memaafkan itu merasakan suatu kelegaan,
memaafkan itu suatu kedamaian, memaafkan itu suatu keajaiban.
Aku tak tahu kenapa aku terdetik nak cari orang yang buat salah kat aku.
Aku tak tahu kenapa aku terdetik nak minta maaf kat orang yang aku rasa both sides wronged.
Aku tak tahu kenapa bulan ni aku ada satu goals yang bagi aku unik, tak tau dari mana
datang idea (last Ramadhan aku share apa goals tu).
Bila aku cuba cari orang yg buat salah kat aku long time ago, aku cuma berserah kat Allah
saja, apakah dia akan respons atau tak. Tapi bila dia betul-betul respons dan mengakui
kesalahannya dan mahu memperbaikinya, Allah! Allah! Allah!
Rasanya tak dapat digambarkan. Aku menangis ya Allah, aku rasa lega.
Rasa macam akhirnya Allah dengar apa yang aku nak selama ni, mungkin sebelum ni
cara aku tu yang salah. Syukur sangat, tak tahu nak explain macam mana.
Just aku nak cakap, kalau ada orang nak minta maaf kat kita, don't ignore it.
Kalau kita rasa susah nak maafkan orang, periksa balik hati kita.
Betullah orang kata Hablumminallah, hablumminannas. jika kita perbaiki hubungan kita
dengan Allah, inshaAllah Allah akan perbaiki hubungan kita dengan manusia.
Nak ceritanya, sebelum aku cari orang yang buat salah kat aku, aku cuba mintak maaf
kat seorang yang aku mention kat atas (both sides wronged) maksudnya dua-dua ada salah
tapi aku nak cuba minta maaf, niat aku nak free. free from hatred and revenge.
tapi orang tu tak nak layan pun, mungkin juga taknak maafkan aku. so aku terfikir lah jugak
macam mana orang yang buat salah kat aku tu kalau dia nak minta maaf kat aku tapi
takut aku tak maafkan dia. Ouch, I know how it feels. and unfortunately, today aku cari
orang yang buat salah kat aku (different person), tup tup dia respons ya Allah aku happy
sangat. tak tergambar dengan kata-kata. I don't know why.

Entah, mungkin itu lah yang dinamakan forgiving heart.
Itulah perasaan yang Allah beri jika kita melapangkan dada memaafkan kesilapan orang.
Itulah hadiah termulia bagi orang yang sanggup merendahkan egonya, memberanikan
diri menjadi baik seperti teladan Sang Rasul.
Entah mungkin sebenarnya Allah yang menuntun hati untuk memaafkan.
Daripada hari tu tengok tadabbur juz 9, ada tentang kemaafan.

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"
Al-A'raf : 199

Lepas tu teringat pulak kita dah kat fasa kedua, fasa apa tu? Fasa pengampunan.
Ya Allah, siapalah aku tak memaafkan salah orang sedangkan Allah Maha Pengampun.
rasa berdosa pulak bila musahabah diri kita ni berdendam, taknak memaafkan orang :(
tapi kan aku nak bagi satu tips lah inshaAllah.
kalau kita nak maafkan orang tu memang bukan senang, apatah lagi kesalahan orang
tu cukup besar dan bagi impak besar kepada kehidupan kita.
cubalah perbaiki diri sendiri. cuba dekat dengan Allah. cuba banyakkan amalan wajib dan sunnah.
dan cuba sucikan hati, bersihkan hati, lembutkan hati.
muhasabah diri banyak-banyak, dan kena jelas kenapa kita nak maafkan orang tu.
dan bila kita maafkan orang tu, kita kena tanam rasa nak berdamai dan berbaik semula.
dan jangan lupa mintak doa kat Allah, inshaAllah Allah akan bantu :)

Last but not least, aku bagi sikit puisi "Forgiving Heart" yang pernah aku nukilkan bulan
Ramadhan 2018 dekat persatuan pkpmi official.


aku tak sangkat ayat last tu , huaa mana tisu???
doakan aku tau, supaya jadi seorang yang pemaaf. ;)
nak promote sikit, kalau korang ada masalah dengan manusia,
korang baca lah buku Salim A. Fillah tu, Dalam Dekapan Ukhuwah.
buku tu memang dah jadi pemujuk hati aku bila ada masalah besar dengan manusia. 
semoga bermanfaat. 
ramadhan kareem!!!




Monday, 27 April 2020

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum. 
Selamat menyambut bulan Ramadhan
penghulu segala bulan
bulan yang mulia
bulan berpuasa
bulan meningkatkan amal
bulan bertaubat. 

Any other name for it? Hehe. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Q.S. Al-Baqarah/2: 183)
telah diwajibkan ke atas kita orang islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan kecuali mereka yang termasuk di dalam kategori tidak boleh berpuasa iaitu uzur, musafir dan haid serta nifas. Jadi awak yang tengah baca ni puasa tak? :)
Jom kita revise balik tentang Ramadhan. apa yang spesial? 
Ramadhan ada tiga fasa iaitu fasa pertama (1-10 ramadhan), fasa kedua (11-20 ramadhan) dan fasa ketiga (21-30 ramadhan). 
Aishah Radiyallahu 'anha berkata : Bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk (fasa ketiga Bulan Ramadhan)  sepuluh hari terakhir beliau bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarganya serta tidak mencampuri isterinya (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi Ramadhan ada  fasa :
Fasa I : Rahmat dari Allah
Fasa II : Keampunan
Fasa III : Bebas daripada api neraka
Ramadhan juga spesial sebab ada malam lailatul qadar :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar/97 : 1-5]
Jadi pada fasa terakhir tu kita kena struggle sikit sebab semua orang nak buat preparation untuk raya kan, dan dalam masa yang sama lebih banyak ganjaran dan keistimewaan pada fasa terakhir ramadhan, tetapi jangan abaikan fasa pertama dan kedua, kenapa?
keistimewaan ramadhan :
- pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup (malaikat turun ke bumi dan bulan ni lah mereka sangat sibuk, kenapa sibuk? sebab orang ramai berlumba-lumba melakukan kebaikan dan ketaatan "fastabiqul khairat" jadi malaikat are so busy to mark their pahala. ;)
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka."  Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898 (7)
“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup
Hadis Riwayat Bukhari dalam sahihnya, Hadis no. 1899 (8)
-mustajabnya doa  (doa sepertiga malam, doa orang berpuasa, doa menjelang berbuka) jadi bulan mulia ni, nak doa apa, doa ja banyak-banyak, kena yakin doa didengar oleh Allah, dan istiqamah berdoa sampai dapat. 
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)
-ganjaran pahal dilipatgandakan (bayangkan kalau baca alquran, selalu satu huruf satu pahala, kalau baca waktu ramadhan satu huruf 10 pahala? walawehhh tak ke rugi kalau tak baca?)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)(3)
- dosa-dosa lalu diampunkan (bayangkan banyaknya dosa kita sebelum ni kalau kita bertaubat dan minta ampunan daripada Allah necaya Allah mengampunkan segala dosa yang telah lalu)
“Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim)(4)
- solat sunat tarawikh (solat ni just dalam bulan ni ja, xdapat nak buat bulan lain. so do grab this opputurnity while 26days left. kalau tak dapat pergi masjid pun kan boleh jemaah kat rumah, perempuan pun boleh jadi imam kepada perempuan kalau tak ada lelaki di rumah, juga boleh buat solat tarawikh sendiri :))

okay kalau perkara sunnah pada bulan ramadhan pulak apa ya?
~ tadarus dan mengkhatamkan bacaan alquran
~ memperbanyak sedekah
~ solat sunat tarawikh
~ mendekatkan diri dengan Allah atau beriktikaf (RMO ni di rumah je )
~ bersahur dan melewatkannya
~ memperbanyak doa
~ menyegerakan berbuka (on time, bukan sebelum waktu azan maghrib ya )
~ menghidupkan 2/3 malam
~ berbuka dengan makanan atau minuman yang manis, kurma

okay that's all for today's blog entry.
semoga kita berlumba-lumba dalam meraih ganjaran ramadhan
biarpun di rumah dan tidak dapat keluar , bekerja dan belajar,
maka inilah rahmat Allah paling istimewa untuk kita!
kita ada banyak masa di rumah, kita boleh perbanyakkan amal sebagai saham akhirat, kita boleh fokus berdoa kepada hajat hajat kita, doa supaya pandemic covid-19 akan berakhir tidak lama lagi, kita boleh cuba pelbagai menu sambil bersedekah dan tak membazir sebab tak ada bazaar ramadhan, kita boleh berjemaah dengan keluarga, kita boleh makan bersama dan meluangkan masa banyak bersama keluarga, kawan-kawan. yang sentiasa sibuk bekerja tahun-tahun lalu, tahun ni lah Allah bagi peluang!
jangan sia-sia kan ramadhan teristimewa tahun ni. :)

Saturday, 11 April 2020

#251096#

Hey there! Its been a long, really long time since I didn't post anything in this blog.
Well now I want to write something.
That's the code in the title.

Let's play code again.
I knew her in my sixth semester .
Masa tu aku sorang je orang Malaysia. Dia mula sapa masa persediaan pergi
kampung kat sana, macam bakti sosial.
Dia yang ajak aku gi mana-mana, pokoknya dia lah kawan aku kat situ.
She understand me well than others.
Semenjak tu lah aku mula rapat dengan dia, we're in same rooms.
Tapi waktu diberi tugas kumpulan, tugas membersih dan masak, we're not
in same group. hahaha.

Takdalah. Aku just nak cakap dia ni baik sangat.
Tak pernah aku jumpa kawan sebaik ni selain 'akhawat'.
She's Indonesian. From Banyuwangi. tempat kat hujung Pulau jawa
sebelum ke Bali. first sight, korang mesti rasa dia macam
ada mix cina tapi tak pun, memang dia ada mata sepet :D

orang kata tak kenal maka tak cinta,
bila dah kenal, semakin kenal lepas balik dari kkn,
sumpah lagi jatuh cinta. ceh . ye lah sayang sebagai kawan.
ni first time kot aku dapat bff indonesian.
kawan sekelas mana nak rapat ngan aku haha, aku kan beshe-beshe jer. haha

korang tahu, dia ni la banyak bantu aku di saat takda orang lain nak tolong.
kalau aku sakit, dia lah rawat. kalau aku nak ke mana-mana dia lah teman.
ingat lagi waktu bakti sosial tu, syifa kan sebelah kampung aku ja
dan dia pun ada kawan kat situ jugak , so dia salu bawak aku jumpa syifa
sebab dia tau aku sorang je malaysia, mesti rindu family jauh, rindu kawan-kawan,
kita malaysia semua kena campak asing-asing kat setiap kampung.
that's why dia selalu bawak aku jumpa syifa even sebelum balik dari kampung tu

kalau aku bosan nak jalan dia jugak lah yang selalu 'ON' kan jum aku tu.
bila selalu bertukar hadiah, maka semakin eratlah persahabatan.
apa yang paling aku suka, dia jarang lah menolak apa aku pelawa.
ada la dua tiga kali dia tak dapat sebab ada hal jugak, so aku okay ja.
tapi most of the time she'll answer 'ayo' .

tapi tipulah kalau persahabatan tu tak ada angin, ribut mahupun taufan.
ada masa kami berbalah, masing-masing menangkan ego, end up tak komunikasi
langsung for a long time, tapi lepas tu pasti ada salah sorang yang
akan mengalah dan berbaik semula. berapa kali aku pun tak ingat. haha.
memang lack of communication dalam persabatan ni.
komunikasi unless benda dah teruk, atau benda dah jadi . huhu.

tapi dalam kekurangan kami, ada banyak kelebihan.
dan aku memilih untuk mengingat sebanyak kebaikan yang dia dah buat kat aku.
there are so many. too many that i can't forget her kindness.

macam mana rasa bila kita berkawan, dah rapat dan akan tahu pasti berpisah.
sebab terpisah oleh dua negara yang berbeza. bila dah rapat, dah lalui
suka duka bersama, dan tau satu hari kalau aku dah convo pasti akan berpisah.
oh damn i hate seperation. especially in this frienship.
bila balik rumah tu la selalunya akan timbul masalah komunikasi haha.
kadang rasa macam apa lah , bipolar ke apa. kejap bagus, kejap tak bagus.
haha tapi normal lah kan. tak ada nya tak pernah bergaduh atau tersinggung la at least
dengan bff kita kan? tak pernah tak kan... that's the norm in frienship.
perit. perpisahan tu pedih, perih, sakit. tapi harus juga berlaku.
dan kita pun harus yakin setiap pertemuan ada perpisahan.
kakwa selalu cakap setiap perpisahan pasti akan ada pertemuan yang baru. haha
ataupun. kita takkan terpisah walaupun berjauhan kecuali ajal saja yang
dapat memisahkan kita. alhamdulillah kami masih bersama walaupun terpisah
antara dua negara saja. :)

very good things that i always remember is how she treat me in the 'bakti sosial',
how she treat me when i got my gastric pain for the first time,
how she treat me when i got my fever and flu.
how she treat me when she got her paid at end of month,
how she treat me when i'm sulking hehe.
and most of the time she fullfill my needs in terms of 'what i need from a true friend'
takyah cakap banyak la, yang penting dia adalah sahabat terbaik aku dari negara lain.

salam rindu,
salam sayang,
untuk kamu yang jauh di sana.

May Allah protect you everywhere you go,
May Allah gives you so many rizk,
May Allah grant you someone better than me to be your new bff,
May Allah grant you the chosen husband to guide you to Jannah,
May Allah forgive all your sins.
bahagia dunya wal akhirah.
amiin ya rabb.

assalamualaikum. :)






Thursday, 6 June 2019

Review Ramadhan & Syawal 1440H :)

Assalamualaikum. I'm back!
Salam lebaran, aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin!
Selamat tinggal Ramadhan, ilalliqo' !

Sebenarnya salah satu goals Ramadhan adalah post at least one entry berkaitan Ramadhan,
tapi seriyes lah tak sempat langsung. Haha ni dah 2 Syawal baru ada kesempatan,
Alhamdulillah.

Betul kata Muharrik Daie, Ramadhan penat, dah datang Syawal baru nak rest.
Tapi jadi perempuan mana dapat rest sampailah 2 atau 3 Syawal. Haha
Ramadhan penat sebab kita bekerja prepare for raya dan malamnya kita
kerahkan tenaga untuk beribadah kepada Allah. penat kan, tapi biar lelah jadi Lillah.

So I'm gonna give some reviews of my Ramadhan this year.
Alhamdulillah masih diberi peluang bertemu bulan mulia ni. thank you Allah.
I have a few goals for past Ramadhan tapi tak semua dapat dilaksanakan dan
sebab taknak rasa menyesal so I  decide to sambung jadi Syawal goals, boleh kan? cool!
Syawal pun masih "bulan ibadah", ada solat sunah raya, ada puasa 6 , boleh ganti puasa
bagi kaum wanita, banyak sunnah Rasulullah yang boleh kita buat. kan?
Paling comman adalah mengeratkan kembali silaturrahim dan ukkhuwah sesama Islam.

Alhamdulillah Ramadhan kali ni aku dapat balik berpuasa kat rumah lama sikit.
Bila kat rumah ibadah rasa senang and selesa sikit nak buat, terutama traweh sebab
masjid dari kecil lagi aku ke situ, so masih setia sebab selesa dan linkungan yang aku kenal.
So aku dapat la pergi solat traweh, ada bersama mak, kakak, adik and sorang-sorang hehe.
And sebab mereka traweh sampai 8 ja, so aku aim satu hari at least aku solat sampai habis
20 rakaat alhamdulillah I made it. tak tau lah rasa happy and tenang ja.

And aku ada satu goals yang takla dalam likgkup ibadah tapi still bermanfaat.
haha baca habis buku Teme, Empayar 2 and alhamdulillah I finished it before the busiest day!
Haha, bukan senang nak curi-curi masa habiskan baca novel ni, cause I'm not fast reader.
sebenarnya target dua, satu lagi buku Signature Jalanan, so I will finish it in this month.
It's okay to aim goals like this , at least everyone want to make a change or make an
improvement for this Ramadhan or in life. Everyone wish if this year could be better than last year.
And of course, eh asal aku tukar bahasa ni? Haha.
Pasti, semua orang nakkan yang terbaik untuk diri sendiri.
Goals aku jugak nak khatam 20 juz tadarus Al-quran tapi aku tak mampu, sampai 18 juz
saja alhamdulillah, sebab aku tau tu bukan kemampuan aku hehe. So aku bagi-bagi la goals
untuk Ramadhan, separuh khusus ibadah, separuh lagi benda-benda bermanfaat.
And aku rasa bersyukur dan beruntung sebab mursyid madrasah panggil kami untuk
sumbang tenaga dan pengalaman dalam konvoi sampaikan bantuan untuk asnaf yang terpilih.
Aku paling suka bila dapat back on track macam ni, pengalaman dengan masyarakat
lebih best untuk membina dan membentuk diri. Apa lagi social skills and way of think.
Dan pasti program ni ajar kau bersyukur dengan apa yang ada, jangan bazirkan dan
selalu ingat rezeki Allah kasi bukan untuk kita sorang, tapi dalam rezeki kita pun ada tercatat
rezeki orang lain. So jadilah pemurah :)

By the way, aku ada dengar kira 2,3 kali jugaklah pencerahan tentang "syaitan diikat"
Sebenarnya bukanlah benar-benar syaitan tu diikat walaupun pintu neraka memang tutup.
Aku dengar pencerahan daripada Ustaz Ebit Lew, dia kata bukanlah syaitan tu yang diikat.
Itu cuma istilah untuk menggambarkan keadaan dan suasana Ramadhan sebagai bulan
ibadah, bulan mulia yang dihormati dan bulan baik untuk segala kebaikan.
Kalau kita perhatikan ramai orang mula memenuhi masjid dan surau untuk solat terawikh.
Semua orang berpuasa menahan lapar dan dahaga, menahan hawa nafsu tak kisah lah nafsu
apa pun, semua orang bersedekah berbagi rezeki dan juadah berbuka, ramai orang yang
minum arak, dah tak minum. Yang maaf , berzina dah stop sebab kena puasa. Yang malas
and jarang datang masjid, muncul di masjid. Yang menganggur bantu keluarga berjual di bazaar,
bantu jadi sukarelawan hantar bantuan dan sumbangan. See? semua orang tahu kedatangan
bulan mulia dan semua orang fastabiqul khairat! Berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.
Berlumba-lumba nak rebut pahala daripada amal ibadah yang dijanjikan berganda ganjarannya.
Semua orang nak berubah jadi lebih baik kerana tak ada yang akan judge atau pandang pelik jika
perubahan yang dilakukan adalah pada bulan Ramadhan. Contoh peristiwa-peristiwa seperti inilah
yang dikatakan "syaitan diikat" kerana Allah memberikan rahmat (pertolongan) kepada
setiap hambaNya untuk kembali taat dan patuh kepadaNya di bulan yang mulia. Ya Allah Ramadhan
bulan barokah, semoga semua yang kita niatkan kerana Allah akan beroleh ganjaran yang
berlipat kali gandanya. Jangan malu nak buat kebaikan, malu lah jika kita tak dapat apa-apa
walaupun sedikit kejayaan atau perubahan di bulan mulia ini. Jadi bila dah datang bulan Syawal, jangan biar "syaitan terlepas!"

Ada lagi satu yang aku highlight daripada salah satu tazkirah Terawikh yang aku dengar.
Ustaz ni kata manusia tu bila 1 Syawal ibarat bayi baru lahir. Suci daripada dosa.
Tapi takla semua. Depends on  how well you do in Ramadhan. Ustaz kata Ramadhan
ibarat kita cuci diri kita daripada dosa, maksiat dan lain-lain perkara yang Allah tak suka.
Semakin banyak kita bertaubat, melakukan penyucian hati dan diri, which is kita bertaubat.
banyak buat ibadah, inshaAllah kita akan keluar daripada Ramadhan seperti bayi yang baru lahir,
suci tanpa dosa. Malah dikatakan juga oleh banyak artikel, tazkirah dan penyampaian  ceramah
bahawa Fasa pertama Ramadhan adalah fasa rahmat, fasa yang kedua adalah fasa pengampunan
dan fasa terakhir adalah fasa dijauhkan daripada api neraka. (correct me if I'm confius).
See, dalam Ramadhan tu Allah beri pertolongan seterusnya pengampunan dan ada extra!
dijauhkan daripada api neraka. Walaweh siapa taknak ni?! Dan akhirnya kita sendiri lah
yang dapat hisab diri kita sendiri adakah kita sudah cukup mensucikan diri di bulan lepas
sebelum penghisaban di akhirat oleh Allah. Taqabbalallahu minna waminkum, semoga
semua amal ibadah dan puasa kalian diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Aaamin!

Last but not least, there's a lot of things that I wanna improve and add as a new routine.
I hope that we will not give up on our dua's. Even Ramadhan already left, masih ada waktu-waktu
yang mustajab doa dimakbulkan seperti waktu hujan, sepertiga malam, hari jumaat lepas asar,
antara azan dan iqamah dan sebagainya. Jangan putus asa dengan doa sampai kamu dapat apa
yang kamu hajatkan! Dan pasti Allah juga akan menguji jika hajatmu sudah dimakbulkan.
Bersyukurlah jika Allah dah makbulkan doa kita dan bersabarlah jika belum, pasti ada hikmah.

Semoga kita diberikan rezeki bertemu Ramadhan akan datang dan jangan sia-siakan bulan Syawal
dengan dosa dan maksiat! Jaga diri dan terus istiqamah dengan amalan di bulan Ramadhan.
Semoga Allah merahmati dan memberkati.
Selamat Hari Raya.
Maaf zahir dan Batin. 

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...