Kali ini aku nak kongsikan kenapa aku memilih buku-buku dari Imanshoppe
atau lebih aku suka buku-buku Iman Publication?
Emm sebenarnya aku tak berapa ingat aku dapat tau kedai ni dari siapa,
tapi kalau tak silap dari zaman aku mula-mula join tarbiah, of course
daripada naqibah dan kakak-kakak usrah. Mungkin... dulu aku bermula
dengan koleksia Majalah Jom, waktu tu masih siri berbelas rasanya, lepas
tu aku lost count haha. Apa yang aku ingat jugak, ada seorang sahabat
yang bagi aku buku Hamasah As-Syabab, karya Afiq Sazlan yang diterbitkan
oleh Iman Publication juga. I like that book, thanks sis! Tu mungkin
first buku Iman yang aku miliki, rasanya lah kalau tengok koleksi buku-buku
Iman yang aku ada sekarang. Lepas tu mungkin diikuti dengan buku kanvas
Muharikah tapi bukan penerbit Iman, buku tu diterbitkan oleh deenprints,
yang ni pun penerbitan buku islamik yang trending sewaktu itu hehe.
and as you know time tu la aku kenal dengan yang nama penanya Muharikah.
Kak Aisyah, dia penulis dan founder IMAN. Dia juga seorang doktor, tapi
aku tak sure doktor bidang apa tapi tinggi juga lah tahap pendidikan beliau.
Lepas tu aku sendiri beli buku Lagenda Budak Usrah. Best buku tu rasa macam
jadi buku rujukan usrah haha, ada satu benda dalam tu aku betul-betul buat
tapi aku buat dalam keadaan merisaukan orang hehe sorry. Tapi alhamdulillah
aku pulih daripada panduan itu :) Tak lama lepas tu aku dah suka dengan Imanshoppe
ni, eh aku rasa sebelum tu buku Terbang tapi berjalan by Afiq Sazlan la, baru
buku lagenda ni. Menarik penangan Afiq Sazlan haha. After that aku beli buku
tarbiah (Sayonara Jahiliyah and Dudel Tarbiyah). Mungkin lepas tu aku beli Sedangkan kiblat pun
berubah by Inspector Saahab. Tapi tak habis baca lagi hehe. Lepas tu barulah
aku kenal buku-buku lain Muharikah (semua aku ada kecuali Dilema ni tunggu
masa nak beli), buku-buku Mato and Raudhatul Hifza
(Hiatus and Detour), kenal Mato dari sahabat yang bagi buku tadi juga, lepas
tu kenal Teme Abdullah dari sahabat sama batch, and terus follow buku Teme
dari Pelukis Jalanan sampai Selamat Tinggal Purnama (tapi STP ni belum
sampai T_T) sabar! Kita orang Sarawak kena sabar sikit kan, hehe. Alahai
Poslaju. Haa lepas tu buku Denyut nadi dakwah sahabat baik aku bagi, tapi
belum baca ya Allah teruknya haha sorry, akan dibaca jangan risau.
Lama nak tunggu kedai kat sini jual buku-buku imanshopee tau.
So time tu rasa macam koleksi buku sangat berharga! Hehe.
Kembali kepada kenapa aku pilih Imanshoppe, Iman Publication.
(Based on buku-buku yang aku dah baca , dan pengalaman bersama mereka)
1- Sebab aku yakin buku keluaran penerbitan ni adalah buku-buku
terbaik, intinya berkualiti dan banyak mesej baik yang disampaikan.
Macam mana eh nak kata? Walaupun kedai ni kedai islamik, tetapi
buku-buku nya tak lah terlalu berat untuk dibaca umum (umum : yang
belum terbiasa dengan dakwah dan tarbiyah). Sesuai dibaca oleh sesiapa
sahaja. Jadi korang jangan lah rasa macam ala kedai buku agama, tapi
buku-buku kat situ mcm buku-buku yang lain jugak, ada novel juga,
ada komik juga cuma ceritanya mungkin berbeza dan banyak buku motivasi
yang best! Aku ada bukti, macam buku-buku Teme Abdullah, sapa yang follow
buku-buku dia betul kan buku dia tak heavy and tak terlalu islamik atau agama
sangat? *kenyitmata* Bila mereka kata misi mereka adalah menyampaikan
"Great Contents Matter" betul-betul lah mereka mementingkan kualiti
content sesuatu buku.
2- Sebab aku dah kenal founder dia, yang dah jadi idola aku. Tak ada lah taksub
sangat, tapi aku amazed la dengan dia. Aku pernah jumpa Kak Aisyah ni
dekat hometown aku sendiri, hehe. Waktu tu pun dah inspired sangat dari dia.
Bayangkan lah dia punya multitask tu perghhh, macam superwoman.
Dia seorang doktor, dia juga menulis buku, dia juga berusaha keras untuk
syarikatnya (IMAN) kira businesswoman juga lah kan? dan dia juga pendakwah!
Wah, siapa tak kagum? Aku yang free ni masih terkial-kial nak stabilkan semua
tu, apalagi menulis, impian dari dulu nak buat buku sendiri dan kalau boleh under
penerbitan Iman Publication, moga-moga suatu hari nanti inshaAllah! Bila kau
dah kenal orang kuatnya, pastilah kau akan support apa yang dia buat, dan orang
sekelilingnya buat iaitu support buku-buku dan program yang mereka buat :)
3- Layanan. Aku suka sangat layanan yang mereka bagi. Tak pernah aku rasa nak
condemn family Iman ni sebab rasanya tak ada yang salah (part aku lah, tak tau
kalau pengalaman orang lain hehe). Kalau follow ig atau twitter mereka,
macam positive vibes ja semua, worth to be followed. Bukan Iman Publication
saja, tapi penulis-penulis nya juga. Alamak sorry aku belum kenal mereka
punya staff, tapi aku pernah pergi satu program mereka akhir tahun lepas.
Aku tak pernah pergi Imanshoppe tau sebab aku orang Sarawak, jarang pergi
area sana. Tapi once hari tu hati aku terdetik kuat nak pergi jugak, sebab tu ja
masa yang sesuai (sebab stranded dekat KL urus visa belajar kat Indo ,
mata tengok atas) haha. So aku pergi la tanya kat twitter Iman, boleh tak bagi
petunjuk macam mana nak pergi sana naik KTM (kalau naik KTM takla
rasa jauh sangat kihkihkih) tapi kalau aku cerita kat orang mesti mereka
terkejut dan akan cakap "jauhnya awak berjalan!" Like I Care hehe impian kot!
Lepas tu Kak Iman pun reply dan aku betul betul sampai kat kedai tu
(Wah Allah ja tau betapa aku happy) , lepas tu penjaga kedai pun layan baik ja,
siap tanya dari mana, and aku ajak bergambar pun dia ON! Lepas tu kan
aku jadi amazed gila sampai aku tak tau nak beli buku apa, rambang mata haha!
Aku pun beli la buku Letters to God, karya Norhafsah Hamid, tak habis baca
(icon monyet tutup kedua mata) lepas tu penjaga kedai tu ajak pergi program tu.
"Great Contents Matter" . Eh aku baru buka balik archieve story haha gigih tu,
program Lepak bersama Iman, ya Allah pelupanya aku haha. Aku pun cakap la,
emm tengok la nanti sebab program tu kat Subang, WORQ. Tu satu lagi tempat
aku kena tanya direction, tau tak mereka buat video tunjuk arah tau, exactly
and aku tak sesat, sebab aku perasan ada seorang perempuan aku agak dia
nak pergi tempat yang sama tapi dia membelok ke sana, aku yakin jadi aku
tak ikut dia :D akhirnya jumpa jugak aku dia kat situ. Waktu ni aku dengan
gigihnya dah decide nak pergi jugak, sebab mungkin ni ja rezeki aku dapat
join, dengan beg beratnya aku pergi sana, tah macam aku sorang la pakai
beg galas macam traveller backpacker tapi takla besar sangat macam mat salleh!
Aku alone, tapi aku tak rasa alone sangat sebab dorang saling menyapa ;)
Best tau program tu, apalagi dapat sign dari penulis fav, dapat bergambar
dengan kak Aisyah Muharikah <3
Eh sorry tershare pengalaman pulak.
4- Aku suka IMAN ni sebab dia macam buat bond dengan pembaca dan pembeli.
Bukan setakat jual buku saja, tapi mereka anjurkan program-program jugak,
dekat kedai tu selalu ada event. Macam lepak bersama IMAN, sesi sharing
dengan penulis, workshop melukis kalau tak silap, sharing dengan jemputan
pun ada. Dorang pun ada buat program agen and dropship, aku lah tu salah
satu dropship. :) Layanan untuk orang-orang yang jadi dropship ni pun mantap!
Aku suka tengok mereka (staff staff) kalau la IMAN tu dekat, aku nak apply
kerja kat situ! Hehe.
5- Buku-buku hasil IMAN la yang buat aku rajin membaca. Aku takla ulat buku
sangat, tapi buku-buku IMAN Publication la salah satu yang buat aku suka
membaca , sebab buku-buku dia kena ngan jiwa aku. hehe. Ada jugak buku-buku
yang lain aku suka, macam Penerbitan Wahai, Muassis dan yang lain. Penulis
favaourite aku pun ramai dalam IMAN. Jadi kalau aku yang tak ulat buku
boleh minat baca buku ni, korang kena cuba lah baca buku-buku keluaran IMAN.
6- Oh aku lupa IMAN ada youtube channel juga, tapi aku belum pernah follow lagi.
Dan semenjak PKP, IMAN ada buat seminar melalui web, video call. namanya
IMAN+ webinar. Esok ada satu bersama penulisnya Norhafsah Hamid. Mereka buat
apa saja bukan hanya untuk jana ekonomi syarikat saja tetapi nak sebarkan great
contents matter untuk orang ramai. Aku percaya mereka boleh pergi jauh dan maju
lagi, dengar dengar Muharikah nak buat sesuatu lagi, aku lupa apa, jap tengok twitter
haha! nak buat novel seterusnya tentang Iman Lifecare. Wah, semoga dimudahkan!
So tu la sebab kenapa aku memilih Imanshoppe :)
Semoga manfaat daripada great contents matter, bukan hanya aku yang dapat.
Tapi semoga korang pun merasainya sekali, jadi beli lah buku-buku imanshoppe
dari saya! hehe
tengok fb : Khalil's Journey Books
Salam. Dah lama tak baca blog. Baca blog awak ini buat saya terharu sangat. Teruskan menulis. I'm sure you will be great author one day. Awak ambil course apa? If you ever think of join us in KL, drop me your CV at draisyah@imanshoppe.com. All the best!
ReplyDelete-Aisyah Z