Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha
Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak sabar nak tunggu Season II.
Haa semua orang kata cerita ni mirip Sky Castle, tak pun ada sikit The World of married couple. Ada juga orang kata macam cerita Graceful Family (tapi yang ni aku tak tengok lagi lah). Haa betul la tu mirip sky castle, cuma ada beza fokus kat situ which is sky castle, mereka lagakan anak siapa dapat masuk SNU, dalam penthouse mereka lagakan anak siapa paling champion jadi classical singer. Sure ni lebih best sebab nyanyi, kalau study sampai masuk U tu dah biasa jugak lah. Amazed la tengok mereka nyanyi yang high pitch tu kan, betul-betul pandai ka? Hehe. Lepas tu kalau kat Penthouse ni dua orang ja surirumah, 3 orang tu bekerja. Kat sini lebih banyak profession, ada bussinessman, lawyer, doctor and pengetua sekolah haha. Eh kira pengetua la kan Chan seo jin tu. Tapi dalam ni ada twins jugak, cuma twins lelaki dan perempuan. Seok hoon dan seok kyung.
Entalah nak review macam mana, tapi awal episode agak slow sikit la sebab aku first tengok macam alaa tak minat la, sekali dah trending aku gi tengok ep 5 kalau tak silap, eh macam best so pegi la tengok dari episode 1 ulang balik bagi faham sikit haha! Aku paling suka watak Shim Su Ryeon dalam cerita ni, dia watak yang baik suka aku nak sebut "beauty with brain". Cantik sangat, baik dan penyayangnya mashaAllah sangat, macam mana dia boleh sayang sangat kat anak walaupun sakit seumur hidup, lepas tu ada anak tiri kembar yang tiba-tiba tak suka dia, lepas tu tau pulak anak dia tertukar, and anak kandung dia .... (tengok la sendiri). Power of mother love kan, penyayang betul dia. Untung anak dapat mak macam dia (dalam drama kahkah). Dia bijak sangat mengendalikan masalah, dan dia tak biar "orang baik dipijak kepala" yeah! This part aku paling salute. And aku suka friendship dia dengan Oh yoon hee, walaupun kawan dia betrayed, dia tetap nak lindungi kawan dia hingga..... (tengok laa sana taknak spoiled). Berapa kali tah aku kesat air mata last episode tu. Kenapa Si JDT tu tak bersyukur haa dapat isteri macam SSR. Anak kembar dia pun sama gak, dah hilang baru menyesal. Eh.
Okay la aku nak bagi pesanan sikit kat makpak luar sana (yang mungkin ada ciri-ciri makpak dalam penthouse haha) :
- Pantau lah mental health anak anda, sebelum tu pantau juga mental health anda kerana jika anda tidak stabil, akan turun lah ke anak anak (macam Seo Jin and Eun byeol)
- Kenali kemampuan dan impian anak, let them grow happily (and of course kalau anak happy anda pasti happy juga!)
- Bagi anak peluang kejar impian mereka, jangan tetapkan hala tuju luar kemampuan mereka, paling penting don't push over the limit!
- Sayangilah anak kena pada cara, yes parents will do anything for their children, but buat dengan cara yang bagus, baik dan tak bagi bad effect in future. (Don't kill, don't lie, don't bribe)
- Biar anak bersaing secara sihat, jangan main kotor lah.
- Nasihat anak jika ada buat kesilapan, jangan terus nak cover sebab malu. Anda yang mencorakkan peribadi anak anda.
No comments:
Post a Comment