Assalamualaikum dan hai gais!
I'm back with new content. Aku nak review sikit cerita Sky Castle, sebuah drama korea.
Macam biasa, spoiler alert. Aku unmarried, not really fresh graduated, and belum ada kerja tetap.
Takpa, aku bagi diclaimer awal ja hehe. :)
Drama ni tema dia family of course, also school, friendship, mystery, psychologycal and neighbourhoods. Mula-mula aku ingat cerita ni sama macam The world of married couple, rupanya tak. Tak ada scene curang-curang pun cuma lebih kepada kehidupan satu group sky castle residents ni. mungkin group ni rapat sebab rumah mereka dekat-dekat, sebelah menyebelah. mungkin boleh kata satu lorong lah. overall, aku rasa cerita ni mengisahkan how a parents raise their children, to be focus on acedemic studies.
Bila kau tengok drama ni, mereka adalah golongan pasangan yang mempunyai pekerjaan yang bagus, iaitu jurusan medik dan undang-undang, doktor and law school professor. semua dah ada anak, and anak mereka ada yang middle school and high school (semua senior kat sekolah masing-masing). Nak diceritanya aku sedih, kesian plus rasa marah dengan semua pasangan tu sebab cara mereka mendidik anak, dan mereka melaga-lagakan anak mereka , siapa paling pandai dan berlumba nak masukkan anak ke university no 1 Korea, Seoul National University (SNU) untuk ambik medik. Sinopsisnya ada empat perempuan ni, mereka tinggal kat perumahan orang kaya yang hanya didiami oleh doktor dan professor sahaja, dan mereka semua dah ada anak dan semua nak anak mereka masuk SNU, tapi tiba-tiba satu hari salah sorang dari 4 perempuan tu bunuh diri dan keluarganya berpindah, diganti dengan keluarga doktor baru. Jadi kisahnya, perempuan keluarga baru ni menyelidik masalah anak-anak yang ada study coach yang sangat misteri.
okay sebelum tu aku cerita, fam Sung hye ada 3 orang anak, kakak dapat masuk Havard, yang twins tengah last year high school and bapa mereka law school professor, dia lulusan law. Family Suh Jin, suami doktor, berjawatan tinggi dalam hospital board, dia orang biasa yang menyamar ada keluarga background baik parents di US, anak dia dua orang, sorang high school and sorang middle school. Lepas tu family Jin Hee, dia housewife and suami pun doktor, ada anak seorang middle school. Family Myung Joo pula, suami pun doktor, dia houswife, and ada anak sorang dah dapat masuk SNU. semua isteri dalam ni memang housewife, lepas tu myung joo bunuh diri dan family dia berpindah, diganti dengan fam Sue Im. Suami dia pun doktor dan ada sorang anak, anak tiri dia.
Dalam cerita ni, mungkin Sue Im and suami dia lah yang paling bagus or okay didikan kepada anak. mereka tak push and bagi pressure kat anak-anak untuk study. Apart from hanya study saja, makanan yang sihat juga penting untuk bantu mereka focus dan bertenaga. snack mereka pun buah buahan, jus buah, mungkin ada jus vitamin dipack untuk diminum instant. Makanan sihat saja tak cukup, belaian kasih sayang jangan sekali dilupakan. Bukan sekadar perlu dimanja, tetapi sentuhan belaian yang layak diperolehi oleh semua yang bergelar anak walaupun mereka sedang membesar. Quality time bersama keluarga juga penting, bukan hanya sekadar makan di meja makan bersama, tetapi bergembira bersama, melakukan aktiviti bersama, berbual bersama atau mungkin bercuti bersama. Social skill juga harus diasah, kalau hanya focus belajar saja, belajar lagi dengan private tutor/home school, tak bersosial dengan orang sekeliling pun tiada guna. Kecergasan diri anak-anak juga perlu diambil berat, bahagikan masa untuk bermain, bersenam dan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan (jangan berada di bilik belajar sahaja! dan paling penting adalah, PILLOW TALK. talk asking if they are okay, adakah mereka menghadapi sebarang kesulitan, masalah di sekolah atau di rumah, atau bersama kawan. Tanya kabar walaupun setiap hari jumpa, tanya pendapat, jangan hanya memberi arahan, seperti hamba suruhan. Selami jiwa anak-anak, jika masih kecil memang perlu didik, apabila sudah besar dijadikan kawan. Treat children how we want to be treated.
Yalah, ada jenis ibu bapa berlumba nak anak dapat semua A, dapat no 1 di dalam kelas, dapat jadi top student, dapat masuk university. Ibu bapa perlu menyelidik kemampuan anak masing-masing, jangan terkejar sangat dengan orang sekeliling yang dah berjaya atau sama-sama berlumba. Oh my God, anak nak dilaga-lagakan, nak dibanding-bandingkan. Kalau anak tak pandai, tak mampu, mereka tak boleh jadi anak ka? That is all because of GREED AND EGO. Disebabkan ketamakan ibu bapa nak perfect, anak jadi mangsa. kalau anak mampu, tak apalah. bagaimana kalau anak tak mampu? of course akan affects mental health mereka. Ada ibu bapa yang datang dari keluarga yang kurang berada/ kurang senang, sebab taknak anak mereka dapat nasib sama macam mereka, jadi mereka pun push anak-anak untuk hidup lebih baik di masa depan dengan hanya memaksa untuk belajar, masuk univerity, baru dapat kerja bagus! Eh jangan tak tahu, ada juga ibu bapa yang bila anak mereka tak mampu/ tak memiliki karakter yang baik, mereka mula push anak-anak dan claim mereka daripada keluarga bagus dan kerja yang elok, anak-anak pun wajib ikut cara mereka dan kerja mereka! Kah, peraturan siapakah ini? undang-undang mana pula dipakai mengatakan wajib mengikuti jejak mereka? third generation of doctor macam dalam drama ni. Huh, kesian cucu jadi mangsa, ya nenek pun ambik kisah dalam hala tuju cucu! Ada jenis ibu bapa malu kalau anak mereka tak perform dalam akedemik, apabila malu bukan mau membantu, malah mengherdik menghina anak sendiri dan mengagung anak orang lain yang lebih bagus, kah ibu bapa jenis apakah ini? Even anak autistic, kalau kita cari bakat dia, memang ada sesuatu yang dia mahir, apatah lagi anak yang normal. Akedemik bukanlah segalanya, bukan berjaya akedemik sahaja yang boleh bagi mereka gaji, boleh naikkan nama mereka. Kalau mereka tak mampu dalam akedemik, cuba cari bakat yang lain. Ada anak suka melukis dan lukisan dia cantik, itu pun satu kejayaan. Ada anak yang pandai menyayi, hantar ke sekolah seni tambahkan, asahkan bakat sehingga menjadi seorang penyanyi terkenal, berjaya juga kan? Ada anak suka berjual, hantar la pergi sekolah bisnes, mana tau suatu hari dia memilik syarikatnya tersendiri, berjaya juga kan? Ada anak dihantar ke sekolah agama, jangan di downgrade hanya kerana mereka tak ambil silibus standard, tetapi merekalah yang lebih dekat dengan Tuhan dan biah mereka terjaga, anda tak bahagia kah?
Melalui pemerhatian aku, anak-anak yang ada ibu bapa STRICT ni selalunya mereka hormat ibu bapa mereka, bukan hormat kerana sayang, tetapi hormat kerana "Takut". Be honest, did you enjoy being a strict parent, that your child are afraid to you? Are you enjoying torture your kids with what you order them to (always have to follow your rules and order without any objection)? Did you enjoy being strict? Aku rasa kan, anak-anak yang ada ibu bapa strict ni, semakin dia takut , semakin banyak benda dia buat tanpa pengetahuan ibu bapa. Macam dalam drama ni, Se Ri sebenarnya tak masuk Havard tapi menyamar saja dan dia buat benda yang dia suka tanpa pengetahuan keluarganya. Mereka akan berani menipu dan jika tidak dikawal, mereka akan menjadi lebih liar di luar, obedient in front of you. Did you enjoy this? When you are too strict, kids will be afraid to talk to you, to have your opinions, no, to voice their opinions, afraid to get your permissions and even to tell their problems to you. Anda terlalu strict sampai anda tak mengenali anak sendiri, anda tak beri ruang untuk grow, anda mengongkong mereka, anda tak beri mereka explore alam luar dan dapatkan sebanyaknya pengalaman, YES pengalaman juga salah satu benda penting dalam pertumbuhan atau didikan untuk anak-anak. Nak main tak boleh, nak keluar dengan kawan tak boleh, nak pergi program luar tak boleh, nak ikut aktiviti sekolah yang bermalam tak boleh, nak hadiah tak kasi, bagitau sakit pun kena marah, bagitau ada masalah atau mengadu pun dimarah. What? Jika apa yang anak inginkan, yang harusnya mereka dapatkan daripada ibu bapa, tetapi mereka tak dapat.... jangan hairan kalau mereka mencarinya di luar. Cari dari kawan, cari dari boyfriend atau girlfriend, cari abang atau kakak angkat atau guru atau senior yang boleh jaga mereka lebih baik daripada ibu bapa. Kalau ibu bapa tak percaya anak, anak pun tak percaya ibu bapa, no wonders they will search for strangers trust. Dalam drama ni Yeh Suh lebih trust Coach Kim daripada mak dia sendiri. Hatta dalam keadaan yang teruk sekalipun, mak bapak ni tetap suruh anak focus study, bayangkan ada kawan meninggal and kawan kena tangkap polis kerana dituduh padahal innocent, boleh mak bapa tu kata jangan fikir pasal tu, kamu dah final year, fokus belajar! belajar! belajar! nak gila aku tengok cerita ni haha. and you know, when your child dare to say i will kill you in anger, you should be afraid but wise. sebab there must be something wrong. jangan bila anak dah merajuk, nak lari dari rumah baru kita sedar. jangan anak dah mengamuk baru kita nak sedar. benda boleh buat secara tenang, kenapa nak tunggu air mendidih? benda boleh ubah dari awal, kenapa nak tunggu nasi dah jadi bubur? tak, kau tahu tak walaupun anak tu dah mengamuk, mengadu yang dia depress, stress boleh lagi bapa kata anak tak kenang budi lah, mak kata aku kan suruh study je, kenapa sampai macam ni? Ya Allah, aku takut ni salah satu punca orang muda sekarang banyak kena depression. Kenalilah anak anda, kalau sayang belailah, gunalah cara yang betul. bila anak dah menipu, baru nak kecewa, padahal kita yang menempah kekecewaan tu.
No comments:
Post a Comment