Friday, 3 July 2020

Selamat Tinggal Purnama : Reader's review

Hai Assalamualaikum.
Hari ni saya nak share review selepas tamat membaca "STP" strain 1&2.
Alhamdulillah untuk Strain  1 saya ambik masa 3 (ke 2 hari jugak, lupa ah)
hari habiskan sebab banyak benda nak buat jugak, and Strain 2 saya 
habiskan dua hari ja haha!
Laju kan, I'm not ulat buku yet (that means this books are really awesome)

DISCLAIMER: MAAF, NAK CAKAP SAYA NAK REVIEW MUNGKIN 
ADA SPOILER SIKIT, JADI KALAU AWAK BELUM BACA BUKU TU, 
DIPERSILAKAN UNTUK BACA DAHULU SEBELUM MENERUSKAN
PEMBACAAN REVIEW NI, JANGAN CAKAP HAKAK TAK PAYUNG!

Hehe, semoga dengan review ni, boleh tolong Teme dan IMAN lariskan jualan
sebab well, the books are really sending great contents, to be exact great 
storyline!!! (Haa tepok!) p/s: Kalau beli through saya pun boleh!!!

Okay back to our point, diclaimer sekali lagi, ni my side of view ja tau!
My review is on how I understand the contents and what did I get from it. :)
Maybe will be different from yours, no offends. 

Bagi aku kan, cerita ni memang betul, eh macam mana nak cakap..
Cerita ni sebenarnya menunjukkan realiti dunia hiburan dan media sekarang.
Tak kisah la media sosial ke atau media press, media berita sekalipun.
Inilah realiti yang kita terpaksa telan pada akhir zaman ni. 
Its a bit "sarcasm" but thats the truth. 

Saya baca dengan penuh emosi, paling beremosi Strain kedua. 
Marah, geram, sedih, kesian, sedikit gembira. Marah tu sampai.....emm.
istighfar...Sedih tu sampai berkaca jugalah mata, jap tisu mana??

Mungkin dalam ni tak tekankan masalah depression, sebab kalau tak silap 
lah, kalau cakap tentang mental health orang akan terus kaitkan dengan 
depression, ya betul tapi mental disorder ni banyak cabangnya. salah satu
nya psycopath! Saya boleh agak dia psychopath tapi tak terbayang dia 
hidup dalam pesona palsu yang sangat dahsyat, pity her. :(
Tau tak mula aku ingatkan Eric tu yang jahat sebab dok pujuk-pujuk 
Latif tukar syarikat rakaman, rupanya Omar ya Allah. 
Aku sedih sampai berkaca mata tu memang part jalan hidup Latif.
One thing I want to highlight is, try to get help or try to share your 
problems to someone, at least one person that you really trust!
Jangan biar diri anda sendiri yang mengalami fasa perit , lonely.
No! kita ni manusia , makhluk sosial. Kalaupun kita dah mengadu kat Allah, 
kita still perlu seorang manusia untuk bantu atau at least know what
we endure, cukup sorang then okay, dah cukup okay sangat. 
sebab seorang tu boleh menyelamatkan, inshaAllah. Kesian betul 
kat Latif T_T. I feel disapointed bila dia ambil keputusan tak share
pun benda penting dengan soulmate dia, she's the only one yang dia
boleh rely on, trust and hope. Sebenarnya Latif tu la yang ada simptoms
depression, tapi dia dengan cara ambil dadah sebagai penenang,
as we know typical depression yang lain adalah self-harm, commit suicide
and do everything alone, without anyone's help or company (ada yang
lain jugak la)

Kalau nak review tentang friendship dalam ni, memang best. 
Friendship yang setia, trust each other and willing to sacrifice!
Siapa yang dah baca tahulah macam mana, kalau Teme tulis tentang 
friendship mesti best! Kesian seorang sahabat berkorban nyawa untuk
Latif, dan Latif juga seorang kawan yang sangat mulia hatinya, kan?
Sampai kena pijak-pijak sebab baik sangat. 

Hidup popular ni memang susah, tapi orang still suka.
Some people need/loves fame and wealth.
Aku dah lepas baca buku ni, kesian tengok artis popular sekarang, 
ada ja masalah yang berlaku dalam buku ni berlaku dalam realiti kehidupan.
And ada yang ambil keputusan berbeza, ada yang terus stop.
Ada yang menyendiri, sembunyi daripada kehidupan popular, 
ada yang avoid all of media sosial just to have a healty life.
Betul lah tu, once you dah mulakan langkah dalam kehidupan popular ni, 
you can't step back! 

Cuma nak cakap kat sini, artis still manusia. kita peminat juga manusia.
Dah kalau sesama manusia, jangan harapkan manusia lain sempurna maksum,
there is no one perfect in this dunya. Except our Prophet Muhammad SAW.
If we struggle to be perfect, we will tired and frust.
Then, we just have to be better day by day, better than yesterday. Sederhana.
Jangan paksa diri untuk jadi sempurna, dan jangan memaksa orang untuk 
jadi sempurna. This kills people slowly if you never want to accept weakness, 
or kesilapan. Berpadalah kalau minat/idolakan orang especially artis. 
Sebab kalau kita terlebih sangat, once orang tu buat salah kita akan kecewa.
Sebenarnya kitalah yang mengecewakan diri sendiri!
In other side of views, jangan terlalu bagi harapan tinggi dekat manusia 
walau berbakat/berpotensi pun mereka. Because in the end, we were human being.
Tak lari dari kesilapan dan kelemahan. Berpada juga untuk memberi harapan.

But one thing that I really didn't expect is (maybe this too happens in life),
cerita ni langsung tak ada kaitkan hubungan dengan Allah. Tak ada nak berdoa, 
tak ada shows solat taubat ke, atau solat tahajjud ke sebab dah berada pada 
tahap nak putus asa dengan hidup. At this point, people always search for Him, 
but not in this story. hehe. Just ada cakap pasal islam sebagai agama Latif,
zina dan dadah sahaja. Mungkin begitulah nanti, bila zaman dah semakin maju,
hanya orang-orang yang asing masih mengamalkan islam secara sempurna,
hatta undang-undang dunia pun tak dititikberatkan, apalagi undang-undang islam.
Malah, persepsi manusia yang boleh MEMBUNUH manusia lain! 
(They are so sick!) Aku yang jadi takut bila baca, sebab perkara macam ni
sedikit sebanyak dah berlaku, cuma kita tak adalah kolar tu kan. 
Maybe, Teme wants to bring up justice or awareness for cyberbullying cases!
Ya, kalau anda perasan dalam ni banyak kes cyberbully, mental bullying also!
And cyberbullying cases among popular people memang boleh affects mental 
health, and may lead to suicide and death. Mungkin ada yang kita rasa dia kebal
dengan kritikan, isu panas dan fitnah, tetapi di sebalik tabir siapa yang tahu kan. 

Oh ya almost forgot, pasal kolar-kolar ni teringat cerita What happen to Monday
tapi tu tentang limitation of human being in that country, but dalam cerita STP 
kolar menunjukkan level seseorang, dari hitam sampailah bersinar. 
Kesiannya kolar hitam, bagaikan hukuman mandatory. Tak ada banyak masa nak 
melakukan perubahan, kalau tak maut menjemput. Kolar macam ni menyebabkan
manusia jadi tamak dan sanggup buat apa saja untuk hidup, dan hidup senang. 
Ya memang lah, banyak duit boleh bahagia kata kebanyakan orang. 
Tetapi sebenarnya kebahagiaan yang macam tu sementara ja Allah bagi. 
Apa yang kita dah prepare untuk bawa sekali ke akhirat kalau kita mati nanti?
Mana boleh bawa pangkat tinggi, kolar sinar, harta yang banyak alahaii.. :(
Tetapi ada  3 benda yang kita boleh try collect and simpan macam saham 
untuk akhirat nanti, ilmu yang bermanfaat, doa anak yang soleh dan amal jariah
sepanjang hidup. Begitulah jalan cerita ni bila hidup tak bergantung kepada 
Allah, rasa kosong sangat, rasa sia-sia, rasa tak perlu hidup. How sad it will be.

Hmm rasanya so far tu ja lah nak review. mungkin anda ada point of view 
masing-masing. If you don't mind to share, just comment!
Semoga setiap pembaca mendapat ibrah (lesson learnt) daripada kisah 
Latif Purnama!! 

Congratulations Teme Abdullah on this brilliant storyline and genre!!
And congratulations to IMAN team dah berjaya publish and sending all
books pre order to it's owner :) 

And congratulations to me and all readers yang dah baca! Hehe.

from 10, I'll give 8 star for this books!!! 
Satu kurang sebab Allah yang punya kesempurnaan, 
satu lagi manusia tak akan pernah sempurna (Teme kan tak suka orang puji lebih lebih!)

Thanks dah baca!!! 
Semoga ada manfaat!


Jangan lupa like FB: Khalil's Journey Books šŸ¤—






No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...