Assalamualaikum semua!
Apa khabar iman? Sihat? hihi... inshaAllah.. :)
tajuk hari ini.. tahu kan..?
Ujian Allah pasti datang... xpercaya?!
Berapa lama dah kamu hidup? huhu~
Hmm.. semua orang yang beriman maklum dengan ujian yang sering
"melawat" kita.. kan..kan..kan?
Bukan lah nak cakap orang tak beriman tak faham ujian..
TETAPI.. hakikatnya orang yang beriman dan faham mengapa mereka
diberi ujian oleh Allah adalah untuk menguji keimanan mereka.
Biasa kan..?
"Tidak mungkin kamu mengaku kamu beriman
jika tidak diuji olehNya"
Sebenarnya kan.. kita sepatutnya bersyukur kalau ditimpa dugaan mahupun ujian.
Why? Kenapa pula? Bweo??
Sebab..because..
Allah sayangkan kita.. sebab tu dia nak uji kita..
nak latih kita menjadi orang yang sabar..
dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar! Subhanallah..
Indahkan kalau bersabar...
dahlah kena uji.. sabar pulak tu.. berlipat ganda lah pahalanya ;)
Hmm.. ujian ni selalunya datang dalam keadaan susah kan..
Ramai yang fikir begitu!
Ternyata tidak!
Ujian ni datang bukan sahaja dalam keadaan susah namun juga di waktu senang..
Tak percaya? Can't believe it? Believe it or not.. chewah! haha..
percayalah... saya bagi contoh eh..
Sorang muslim ni dah berjaya dapat straight A dalam SPM..
dan dapat masuk universiti swasta lagi tu! fuyoo...
and then, dapat kerja gaji lumayan...
dalam keadaan muslim tu sekarang..
kadang-kadang ada orang yang riak padahal kejayaan itu milik Allah, dan kita hanyalah meminjam.
Tak lebih daripada itu..
dan juga.. gaji yang lumayan dia dapat, dia guna untuk apa?
Naqibah saya pernah berkata..
Selagi kita tidak gunakan wang atau harta benda kita ke jalanNya, ke arah islam..
benda dan wang itu bukan MILIK KITA!!!
contohlah.. kalau anda ada gaji yang lumayan..
Anda sedekahkan kepada fakir miskin..
Haa! wang yang anda sedekahkan itulah sebenarnya wang MILIK ANDA! ..
betul.. itulah sebabnya kita perlu menggunakan apa yang dikurniakan
kepada kita hanya untuk kebaikan...
Kalau berlaku pembaziran, tak ke amalan syaitan tu! ish..ish.. nauzubillah..
Tapi ada juga ujian ditimpa kesusahan.. tapi..asyik tapi je! haha..
Ujian dalam bentuk kesenangan lagi susah untuk kita tanggung daripada ujian kesusahan,,
betul tak.. kalau fikir logik.. InshaAllah kita dielakkan la dari
perkara-perkara tak sepatutnya..
Haa! Lupa nak cakap.
Sebenarnya kita manusia ni dah memang dicipta berada dalam susah payah..
Tak percaya? Really? Chinca??!
Yea.. betul.. dalam Alquran ada cakap..
"Sungguh, telah kami ciptakan manusia berada
dalam keadaan susah payah"
-Surah Al-Balad:4-
"Sungguh, telah kami ciptakan manusia berada
dalam keadaan susah payah"
-Surah Al-Balad:4-
Haa! Kan.. ternyata dah dalam Al-Quran cakap kita memang hidup susah..
Haa.. ingat orang kaya raya tu senang ke?
Tak semestinya.. huhu..
Lagi satu..
Selalunya kita ditimpa masalah kan...
dan juga..
selalunya masalah tu datang dari manusia jugak kan..
"Dan kami tidak mengutusmu Muhammad melainkan agar mereka
pasti memakan makanan dan berjalandi pasar-pasar.
Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi
sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?
Dan Tuhanmu Maha Melihat."
-Surah Al-Furqan:20-
Haa!!
kan dah tertulis orang lain tu memang ujian untuk kita..
jadi bersabar lah..
sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.. :)
Memang selalu kan...
Sampai ada yang marahkan orang lain kan..
kira tempias lah tadi kan.. haha..
sabar je lah! tak susah pun..
kalau nak tau macam mana nak sabar dengan orang,
sesamam manusia.. just FORGIVE THEM!!
Allah kan Maha pemaaf, apa salah nya kita ikut sifat Allah yang Mulia itu.. :)
dapat ganjaran lagi tu..
tak nak kumpul saham? hihi..
***
Setiap apa pun yang berlaku..
dah "direkod" dalam Lauh Mahfuz..
tak percaya..??
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,
semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz)
sebelum kami mewujudkannya. Sunnguh , yang
demikian itu mudah bagi Allah"
-Surah Al-Hadid-
tup..tup..
siapa yang tak percaya tadi haa.. :D
dah terang-terang kan Al-Quran
ni petunjuk hidup umat Islam..
Kalau boleh, setiap kali ditimpa masalah..
rujuk lah Allah, rujuklah Al-Quran..
bukan pergi buat benda syirik.. nauzubillahi minzalik!
dan, ada pernah terjadi..
seseorang ni ditimpa masalah..
lepas tu dia bukak je Al-Quran..
mana-mana page pun..
tiba-tiba ayat yang dia baca tu terkena pada masalah
dia tadi.. Subhanallah..
sepertinya Allah sedang bercakap dengan kita kan..:)
So, the moral of the story is..
Bersabar lah..
Sabar itu kan indah..
sabar itu kan separuh daripada iman.. :)
InshaAllah..
bertemu di Part 2..
Wassalam~
No comments:
Post a Comment