Wednesday, 29 August 2012

My First time doing charity for our love, Palestine!

Assalamualaikum :)
assifun jiddan sebab lama dah tak update..
have no time to typing much.. :(
and yet, tommorow is exam! stpm sem 1 trial..
okay, dun worry be happy .. aha!

a few weeks ago..
saya ada ternampak satu post dalam page Aqsa syarif..
and, saya sangat tertarik!
-->
Senangnya untuk menyumbang...

Ada satu formula yang boleh dicadangkan untuk guru - guru sekolah menggerakkan usaha membantu Palestin ini...

Macam ni.. biasanya purata bilangan pelajar / murid di sesebuah sekolah ( sesi pagi dan petang ) dalam lingkungan 2000 orang...
...

Kalau sebuah sekolah komited untuk turut menyumbang dalam projek misi Ramadhan - contohnya, sumbangan untuk kilang roti kedua di Gaza ( dalam leaflet dinyatakan RM5000 seunit ).. jadi kalau satu sekolah lancarkan projek menabung RM2.50 seorang untuk Palestin, dalam satu hari je dah boleh sponsor satu unit projek kilang roti tersebut ( RM2.50 x 2000 pelajar = RM5000 )... senang kan ?

Jom, gerakkan sekolah masing - masing untuk menaja projek - projek yang dinyatakan... RJ <---
 
 
see.. saya pun tetiba dapat idea untuk cuba buat kutipan tu di sekolah..
so, I asked our Ustaz Aftah.. and he said okay, just do..
yepp, very first saya fikir tggu arahan ustaz..
rupanya ustaz suruh kami sendiri yang organise..
woah, first time nak organise benda macam ni..
so, we made a meeting in a week.
and banyak lah benda yang dibincangkan..
memang kami tetapkan Rm2 untuk setiap pelajar..
kami edarkan risalah, tapi ramai pula yang tak mengetahuinya..
tambah lagi, tarikh kutipan bertukar..
so, tak dapat sangat lah aim Rm2 each person..
xpa, mungkin silap kami juga..
yes..
banyak yang dah usaha..
usaha buat barang-barang untuk jualan amal.
 
first sekali kutipan dekat sekolah.. iaitu 17 Julai..
memang dapat pengalaman baru mengutip derma..
ada yang nampak ikhlas, ada yang macam terpaksa,
ada yang bagi jumlah yang tak dijangka..
dan ada pulak yang nak prank??! oh, sabar sajalah kami...
Ramadhan pula kan, ramai pelajar islam tak ada wang saku..
huhu..
sebelah petangnya lagi mencabar..
ada juga ragam guru yang kurang menyenangkan..
tapi, x apa.. asalkan niat kita betul.. Kesian pulak kat budak tu..
memang banyak halangan dan ujian yang menimpa..
tapi kami cuba tanamkan sifat sabar..
pujuk hati mengingati Allah.. inshaAllah Dia akan permudahkan..
 
hari seterusnya nak buat jualan amal di sekolah dan bazaar ramadhan..
tup2.. plan tak sempurna sangat.. sebab agak lewat.. tapi takpa,
sambutan dari pelajar sangat osem..
malangnya lagi ada guru yang berfikiran sempit...
menghalang pelajar islam pergi ke tapak jualan kami..
and,,, kami bukan hanya menjual makanan,
malah bookmark, brooch dan sebagainya..
tapi tak apa lah.. kami faham..
 
then, alhamdulillah sangat sebab ada yang sudi menjadi
transporter kami ke bazaar.. terima kasih kamu berdua :)
ya.. terpaksa tunggu pukul 4.. dan hari sangat lah panas..
memang menguji iman, mental dan fizikal..
yahhh, skemanya!
then, kami tumpang kat gerai makcik ni..
Dia sangat baik dan tolong aturkan posisi barng-barang
kami supaya lebih attractive..
yess..
ramai yang membantu yang bukan dari kalangan kami..
pekerja di gerai itu turut bantu mempromosikannya..
alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami..
balik agar akhir..
banyak lebih, so kami cadang just sedekah kan yang lebih kepada orang lain..
mungkin bukan rezeki kami dapat menjualkan sehabis baik..
 
 
keesokan harinya..
masa untuk menhitung jumlah kutipan..
erm, alhamdulillah juga rakan-rakan yang sudi escape kelas
semata-mata untuk tolong cepatkan kerja penghitungan .. hahahah!!
dorang kira hasil kutipan..
saya pulak kira hasil jualan dan kena tolak dengan modal..
ahhh, pening kepala..
tetiba terlupa, kenapa ada banyak lebih???
oh, rupanya modal beli bahan-bahan mee..
nasibla untung yang kami dapat melebihi modal..
*untung jual mee ni :D*
then , dari setiap barang yang dijual, Rm0.50 didermakan untuk Palestine..
yup, selesai sesi perhitungan..
akhirnya..
alhamdulillah..
Allah kurniakan sebanyak Rm2,387 !
wah, memang tak sampai aim kami 5K,,
tapi takpe, 2k tu jumlah yang tak disangka-sangka..
Alhamdulillah sekali lagi sebab wang-wang
tersebut dah dapat disalurkan kepada saudara kita di Palestin sana..
semoga Allah memberkati usaha kalian semua..
dan semoga setiap sen yang kita derma tu dapat meringankan beban mereka di sana..
 
At least kita ada jawapan di akhirat nanti..
jika Allah tanya apa yang telah kita buat untuk Palestine,
yang merupakan tanggungjawab setiap umat islam :)
 
setakat itu saja sharing saya ..
semoga kami berpeluang untuk melakukannya pada masa
akan datang dan mendapatkan hasil yang lebih banyak..
di sini, Rm10 macam sekelip mata boleh habis, tak nilai sangat..
tapi kalau dekat Palestine, Rm10 tu sangat bernilai..
mana lah tahu boleh tolong selamatkan saudara yang kebuluran..
who know..
 
Assalamualaikum :)
freedom for Palestine!


Sunday, 19 August 2012

Layakkah Kita untuk meraikan Aidil Fitri ?

Assalamualaikum warahmatullah..
asiffun jiddan sebab lama tak update and in ramadhan pun tak update :'(((
xpa.. di kesempatan yang ada, saya 2 in 1 kan :)
Apa macam Ramadhan kali ini..?
menyeronokkan atau menyeramkan atau menyedihkan atau lagi gempak..?
saya harap yang positif lah kan.. inshaAllah :)

Ramadhan..alhamdulillah sebab Allah dah bagi kita rasa sampai
di bulan Ramadhan kali ni.. dan dah syawal dah pun.. alhamdulillah :)
rasanya apa yang specialnya Ramadhan korang kali ini..?
saya, mungkin ada yg sgt special dan first time sy buat .. wah!  terujaaa..
apa tu..? eh, rahsia lah.. hanya Allah yang tahu .
dan harapnya pahala setiap amal yg kita buat tu
Allah berkati dan lipat ganda kan.. inshaAllah ameen!
3 fasa ramdhan dh pun berlalu.. sayu je rasa hati ni..
sebab pembuka dan penutup ramadhan xdpt diraikan dgn ibadah puasa terutamanya..
juga Qiamullail.. xpe, ada hikmah di sebaliknya
kalau kita bijak mengetahuinya ;)

so, apa yang kita dah buat..?
puasa, yup of course.. tapi anggota badan yg lain turut berpuasa x..?
tepuk dada, tanya iman sendiri :)
solat.. harapnya 5waktu yang stret full ..
plus solat sunat.. rawatib, terawih, qiamullail dan lain-lain solat sunat..
lagi..? bersedekah.. yup! sedekah, yang lebih baik lagi ber waqaf kan harta kita yang kita ada :)
then, buat amal ibadah yang lain seperti
baca al-quran sampai khatam, tapi sy gugur.. :(
berzikir dan diperbanyakkan ..

okay, itu semua korang pun tahu kan..
so, korang rasa cukup ke amal yang kta dah buat..?
untuk bulan Ramadhan yang mulia..? dan tercapai x azam ramadhan kita..?
yah,, i think I'm not enough worshipping for Allah :'(
forgive me... Allah.. forgive me... Allah..
but, don't lose hope, Allah still give us life to
fix whats bad and not perfect.. if fasting..
Syawal kan ada puasa 6.? so, why don't we try our best..
sebab puasa 6 tu ibarat berpuasa setahun.. subhanallah !
kalau ibadah yang lain tu, kita try la istiqamah, tambah sikit2 asalkan berterusan..
yang sedikit itu, jika berterusan Allah suka <3
xpala pahala yg kita dapat tu hanya itu tak berganda-ganda
seperti di bulan Ramadhan..
sapa suruh tak buat betul-betul..? padan lah muka!
ya,, serve you right eymah!!! err..

apa-apa pun, macam mana2 pun Ramadhan korang,
redha lah.. redha juga dengan pemergian ramadhan tahun ini.. :'(
ya.. harapnya kita berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan..
emm.. hari ni first day syawal..
hari raya tu kan hari kemenangan..
maksud kemenangan di sini, yang saya faham..
menang apabila kita berjaya melawan nafsu kita yang err.. tak payah cakaplah -_-
then, kita berjaya memperbanyakkan amal ibadah kita, rayalah..
kita berjaya capai azam kita, rayalah :)
tapi kalau semua tu kita tak berjaya macam mana..???
layakkah kita nak meraikan hari kemenangan Aidil Fitri..???
-_- yes.. I admit, saya rasa saya tak layak nak raikan hari kemenangan ni..
sebab I'm not doing my best in Ramadhan :'(

so, apa apa pun! kita tetap kena sambut jugak kan..
dalam-dalam kita rasa tak cukup tu, saya pasti mesti
ada at least one thing yang kita buat special ataupun lebih baik daripada
tahun-tahun yg lepas :)
pesanan saya, jangan jadikan 1 Syawal pemusnah amalan muliamu
di bulan Ramadhan..
continue.. let's continue..
jangan makan banyak sgt, jgn ziarah rumah orang terlalu lama
sampai menyusahkan orang rumah..
jaga dan kawal lah nafsu :)
tak susah kalau kita betul-betul nak, syaitan tu..
minta lah perlindungan dari Allah.. A'uzubillahi minassyaitonnirrojim!
lindungilah Aku dari rejim syaitonirojim!
jagalah solat, jangan asyik beraya, tak singgah masjid..
dah semestinya rumah org yg kita ziarah tu islam kan,
apa salahnya pinjam tempat nak solat? easy right..?
jagalah adab.. terutama pergaulan antara bukan muhrim..
jaga jangan tak jaga! *remind for myself too ..
aurat satu hal.. laki perempuan tetap kena jaga aurat..
jgn asyik ckp perempuan je x ttp aurat, laki pon ada tau?!

okay-okay.. tak nak panjang-panjang..
nanti tak siap-siap..
takabbalallahu minna wamikum! :)
semoga Allah memberkati amal ibadah kita di Bulan Ramadhan..
dan semoga Allah kurniakan istiqamah dalam diri kita sehingga
akhir hayat kita, amin ya rabb al amin :)
so, sapa yang kenal diri ni, sudi-sudi kan diri
datang menziarahi saya yang sudah lama
tidak bertemu muka bersua gembira.. ewah!
haha.. okay, selamat hari raya..
Happy Eid Mubarak..
berpada-pada lah ingat saudara kita di Palestine, Syria,
Somalia dan Burma..
jangan lupa doakan mereka juga ya.. :)
assalamualaikum warahmatullah ..


me with ma girls siblings :D


with my lil cousin :D



The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...