Wednesday 29 August 2012

My First time doing charity for our love, Palestine!

Assalamualaikum :)
assifun jiddan sebab lama dah tak update..
have no time to typing much.. :(
and yet, tommorow is exam! stpm sem 1 trial..
okay, dun worry be happy .. aha!

a few weeks ago..
saya ada ternampak satu post dalam page Aqsa syarif..
and, saya sangat tertarik!
-->
Senangnya untuk menyumbang...

Ada satu formula yang boleh dicadangkan untuk guru - guru sekolah menggerakkan usaha membantu Palestin ini...

Macam ni.. biasanya purata bilangan pelajar / murid di sesebuah sekolah ( sesi pagi dan petang ) dalam lingkungan 2000 orang...
...

Kalau sebuah sekolah komited untuk turut menyumbang dalam projek misi Ramadhan - contohnya, sumbangan untuk kilang roti kedua di Gaza ( dalam leaflet dinyatakan RM5000 seunit ).. jadi kalau satu sekolah lancarkan projek menabung RM2.50 seorang untuk Palestin, dalam satu hari je dah boleh sponsor satu unit projek kilang roti tersebut ( RM2.50 x 2000 pelajar = RM5000 )... senang kan ?

Jom, gerakkan sekolah masing - masing untuk menaja projek - projek yang dinyatakan... RJ <---
 
 
see.. saya pun tetiba dapat idea untuk cuba buat kutipan tu di sekolah..
so, I asked our Ustaz Aftah.. and he said okay, just do..
yepp, very first saya fikir tggu arahan ustaz..
rupanya ustaz suruh kami sendiri yang organise..
woah, first time nak organise benda macam ni..
so, we made a meeting in a week.
and banyak lah benda yang dibincangkan..
memang kami tetapkan Rm2 untuk setiap pelajar..
kami edarkan risalah, tapi ramai pula yang tak mengetahuinya..
tambah lagi, tarikh kutipan bertukar..
so, tak dapat sangat lah aim Rm2 each person..
xpa, mungkin silap kami juga..
yes..
banyak yang dah usaha..
usaha buat barang-barang untuk jualan amal.
 
first sekali kutipan dekat sekolah.. iaitu 17 Julai..
memang dapat pengalaman baru mengutip derma..
ada yang nampak ikhlas, ada yang macam terpaksa,
ada yang bagi jumlah yang tak dijangka..
dan ada pulak yang nak prank??! oh, sabar sajalah kami...
Ramadhan pula kan, ramai pelajar islam tak ada wang saku..
huhu..
sebelah petangnya lagi mencabar..
ada juga ragam guru yang kurang menyenangkan..
tapi, x apa.. asalkan niat kita betul.. Kesian pulak kat budak tu..
memang banyak halangan dan ujian yang menimpa..
tapi kami cuba tanamkan sifat sabar..
pujuk hati mengingati Allah.. inshaAllah Dia akan permudahkan..
 
hari seterusnya nak buat jualan amal di sekolah dan bazaar ramadhan..
tup2.. plan tak sempurna sangat.. sebab agak lewat.. tapi takpa,
sambutan dari pelajar sangat osem..
malangnya lagi ada guru yang berfikiran sempit...
menghalang pelajar islam pergi ke tapak jualan kami..
and,,, kami bukan hanya menjual makanan,
malah bookmark, brooch dan sebagainya..
tapi tak apa lah.. kami faham..
 
then, alhamdulillah sangat sebab ada yang sudi menjadi
transporter kami ke bazaar.. terima kasih kamu berdua :)
ya.. terpaksa tunggu pukul 4.. dan hari sangat lah panas..
memang menguji iman, mental dan fizikal..
yahhh, skemanya!
then, kami tumpang kat gerai makcik ni..
Dia sangat baik dan tolong aturkan posisi barng-barang
kami supaya lebih attractive..
yess..
ramai yang membantu yang bukan dari kalangan kami..
pekerja di gerai itu turut bantu mempromosikannya..
alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami..
balik agar akhir..
banyak lebih, so kami cadang just sedekah kan yang lebih kepada orang lain..
mungkin bukan rezeki kami dapat menjualkan sehabis baik..
 
 
keesokan harinya..
masa untuk menhitung jumlah kutipan..
erm, alhamdulillah juga rakan-rakan yang sudi escape kelas
semata-mata untuk tolong cepatkan kerja penghitungan .. hahahah!!
dorang kira hasil kutipan..
saya pulak kira hasil jualan dan kena tolak dengan modal..
ahhh, pening kepala..
tetiba terlupa, kenapa ada banyak lebih???
oh, rupanya modal beli bahan-bahan mee..
nasibla untung yang kami dapat melebihi modal..
*untung jual mee ni :D*
then , dari setiap barang yang dijual, Rm0.50 didermakan untuk Palestine..
yup, selesai sesi perhitungan..
akhirnya..
alhamdulillah..
Allah kurniakan sebanyak Rm2,387 !
wah, memang tak sampai aim kami 5K,,
tapi takpe, 2k tu jumlah yang tak disangka-sangka..
Alhamdulillah sekali lagi sebab wang-wang
tersebut dah dapat disalurkan kepada saudara kita di Palestin sana..
semoga Allah memberkati usaha kalian semua..
dan semoga setiap sen yang kita derma tu dapat meringankan beban mereka di sana..
 
At least kita ada jawapan di akhirat nanti..
jika Allah tanya apa yang telah kita buat untuk Palestine,
yang merupakan tanggungjawab setiap umat islam :)
 
setakat itu saja sharing saya ..
semoga kami berpeluang untuk melakukannya pada masa
akan datang dan mendapatkan hasil yang lebih banyak..
di sini, Rm10 macam sekelip mata boleh habis, tak nilai sangat..
tapi kalau dekat Palestine, Rm10 tu sangat bernilai..
mana lah tahu boleh tolong selamatkan saudara yang kebuluran..
who know..
 
Assalamualaikum :)
freedom for Palestine!


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...