Tuesday 17 February 2015

Kerana akhirnya aku seorang manusia .

Assalamualaikum.
semoga semua dalam keadaan sihat dan redha Allah.

Dalam hidup seorang yang melalui dakwah dan tarbiyah ini...
Tidaklah selalu indah seperti katil yang ditaburi mawar harum,
tidaklah selalu ada karpet merah yang dinantikan oleh orang ramai,
tidaklah selalu seperti memakan ais krim vanilla-choc + nutella + choc chip

Tetapi tidak juga selalu seperti menusuri jalan yang ditaburi duri
tidak juga sentiasa ada "cik-bawah-berdiri" baca misunderstand ..



Lumrah lah, hidup ditarbiyah Allah akan uji dengan kesusahan & kesenangan
Tak kira lah anda baru atau pun dah lama dalam tarbiyah
Tak kira lah apa pangkat anda dan berapa ramai usrah anda bawa
Standard lah ada masa kita up, ada masa kita down.
Iman itu kan yazid wa yankus.. tapi jangan sekali biarkan down itu selamanya down.
Bila tiba masa nak down, curhat kat Allah, kumpul semangat dan UP balik!
It's okay and it's a normal thing to feel down,
mungkin daripada rasa gelisah itu lah yang akan memperbaiki diri kita.
Allah mungkin tak selalu beri hadiah yang tertutup kemas dan cantik,
barangkali Allah suka juga nak beri hadiah yang lebih bermakna
yang tak dibungkus cantik tetapi kualitinya TOP!

kau budak usrah, kenapa kau selalu buruk sangka?
bukan ke sepatutnya husnudzon itu yg terakhir mampu kita buat..
kau budak usrah, kenapa kau masih dengar lagu & tengok cerita lagha?
juz amma kau tak lepas lagi kan (kata kakak tersayang)?
kau budak usrah, kenapa kau cepat terasa hati?
bukan ke sepatutnya kita diajar berlapang dada dan memaafkan..
kau budak usrah, kenapa kau malas buat amal sunnah?
nak beli baju baru, tapi Dhuha pun kau buat tak tau je kan..
kau budak usrah, kenapa kau banyak tidur?
bukan tanggungjawab kau sepenuh masa lepas bergelar dai'e..?
kau budak usrah, kenapa kau suka buang masa?
bukan ke usia muda ni nanti Allah akan tanya apa kau buat?
kau budak usrah, kenapa masih judge orang and jadi hakim tak bertauliah?
bukan ke islam anjur taa'ruf dan sentiasa muhasabah diri bila tengok orang lain?
kau budak usrah, kenapa kau masih tak jaga ikhtilat?
bukan ke muslimah itu perlu jadi mahal dan muslim itu perlu jadi tegas..?
kau budak usrah, kenapa malas-malas nak ikut program dan daurah?
kalau kau tak ikhlas, hancurlah produk kau bawa, sia-sia..
kau budak usrah, kenapa kau tak seriyes bawa adek-adek riang gembira?
bukan ke dakwah dan kehidupan tu tak dapat dipisahkan..(kata sang murobbi)?
kau budak usrah, kenapa malas bangun malam?
bukan ke jalan dakwah ni banyak bunga dan duri..?

Ya lah memang budak usrah sepatutnya tunjuk akhlak yang mantop,
perlu jadi qudwah hasanah, perlu mengamalkan 10 muwassofat tarbiyah..
Ya lah ada masa memang kita terpesong sikit, lalai dengan sekeliling..
tapi tak bermaksud kita selamanya tersangkut dalam keadaan tu..
muhasabah lah balik, diam dan fikir. kalau nak uzlah, tafaddhal !
imbas kembali apa kita dah buat untuk ummah?
pernah tak kita berkorban?
masih tidak kita sambung tugas Rasul?
atau kita masih manja dalam tarbiyah ni..?
Hmm.. kadang-kadang, orang tak boleh nak paksa sangat, memang kena serius
tapi tengok keadaan orang juga lah.. tak semua boleh jadi sesempurna yang dirancang.
give a high expectation will make them "tertekan" ..
cuba fahami situasi dan dalami peribadi orang tu dgn lbh terperinci..
memang lah kena usaha, but both mesti saling memahami,
baru ada rasa semangat nak usaha dan inshaAllah apa yang dirancang boleh jadi..
kalau semua benda nak push, kang lari budak tu, nak jawab apa?
hati manusia Allah yang pegang, apa-apa pun usaha, kena doa . penting doa.
kalau Allah tak buka hati dia nak berubah, kita tak ada daya nak buat apa-apa.
tapi tak bermaksud kita perlu putus asa. Allah tu kan sweet, kadang
dia tak bagi cash, dia hold dulu.. perfect things will come at perfect timings!
apa-apa pun, budak usrah still manusia biasa.
seorang naqibah still manusia biasa.
seorang dai'e still manusia biasa..

tetapi..

berusahalah untuk jadi yang terbaik,
semoga Allah redha!

peringatan khas untuk diri sendiri terutamanya ..
doakan supaya sentiasa bangkit lepas jatuh,
sentiasa tabah tempuh dugaan,
sentiasa sabar dalam penyelesaian.

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...