Friday 9 January 2015

I'll be BACK ...

well, this post are just my opinion.

Hmm, nak kembali kepada kehidupan asrama.
back to dorm, back to Raudhah.
Kenapa la kali ni rasa macam tak semangat sangat.
kalau selalu aku lah yang memang nak datang first tanpa apa-apa
sebab, selain teruja!
tapi kali ni memang berbeza.

Alahai korang, kalau korang asyik cakap tak nak balik asrama,
habis tu kenapa korang menuntut di situ?
korang rasa terpaksa? desakan mak bapak?
maybe that is good for you my dear, syukur lah.
korang tahu tak ramai lagi orang luar sana yang nak menuntut
tempat macam korang sekarang ni, tak pernah lagi aku dengar asrama
semewah dan seselesa ni.

orang kat luar sana ada saja yang nak belajar agama dan nak sambung
belajar ambik ijazah, korang merungut tak best la, lama nak tunggu la..
syukur la.. kalau semua bersikap macam ni, mana lah nak wujudnya
"BEST" tempat yang kamu sedang menuntut ilmu ni..
setiap sorang mesti ubah pemikiran, ubah MINDSET tu.
kalau semua korang rasa tak semangat nak balik asrama, habis aku nak rasa apa?

itu lah manusia, mesti selalu kena nasihat.
tajdid niat tu, betulkan niat, perbaharui niat, ingat balik tujuan korang datang tu pasai pa?
aku memang berbeza dari korang sebab aku tak tentu lagi dapat izin sambung
belajar kat surabaya tu walaupun memang aku dah dapat chance tu..
 dan aku masuk atas 'offer' tuan empunya bangunan.
kalau cakap tentang niat , tujuan mak bapak hantar, mmg aku terasa
sebab aku tak dihantar melainkan aku sendiri nak selepas di offer.
ya lah, Allah dah campak aku masuk medan tarbiyah macam ni.
kena jadi ketua asrama lagi, memang pergh la tanggungjawab aku.
tapi kira okay lah dari jadi warden kan, tu tinggi lagi tanggungjawab.

hmm, nak suburkan balik 'biah solehah' ni bukan mudah.
diri sendiri tu perlu mujahadah memulakan dan mangajak yang lain.
memang satu ujian bila nak kembalikan biah solehah selepas cuti yang panjang.
tak tahu lah iman macam mana, tapi harapnya tak menjunam sangat.
kira dah lama, so korang sepatutnya dah ada fikrah tu..

nak jadi qudwah?
hmm, ini lagi tak mudah.
tahu diri ni ketua, memang akan dipandan, dinilai, dan dicontoh!
dan mungkin jadi qudwah.
dan kalau nak jadi qudwah, mestilah qudwah hasanah kan?
tak kan nak biar mereka ikut benda kurang baik.
hmm..

kena tajdid niat,
ingat tujuan.
jaga akhlak.
rajin tuntut ilmu.
hormat pengajar, warden & ketua.
titipkan ukkhuwah berteraskan keimanan.
jauhkan sifat mazmumah terutama dengki, mengumpat, cakap belakang, sudzon, berpuak!
selalu ingatkan diri untuk husnudzon, berlapang dada kerana nak selamatkan persahabatan
terima perbezaan (kekurangan & kelebihan)
beri masa untuk diri sesama menyesuaikan diri.
sokong perubahan rakan.
niatkan perubahan kerana Allah.
Please Allah , more than human!

inshaAllah aku sendiri akan cuba amalkan semua tu.
aku tak nak berulang lagi. aku nak ukkhuwah yang fillah.
aku nak harmoni.
aku nak asrama yang memang macam taman syurga :'(
jadi, tolong lah..
tolong diri sendiri, tolong aku. tolong mak bapak korang...
semoga Allah permudahkan semua dan pegang hati-hati kami semua
untuk sentiasa mengingatinya dan mencari redhaNya sahaja .. amiin ya rabb!

malam ni back to Raudhah.
masih sunyi.
ya Allah, berikanlah semangat!
berikan kekuatan!


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...