Thursday, 24 January 2019

Akhawat

bismillah.
Assalamualaikum, berhabuk dah blog lama tak update. Hehe

So today what will I share? Or what will I tell you guys?
Alhamdulillah hari ini Allah masih bagi nikmat untuk hidup di dunia.
Allah masih bagi nikmat hati dan iman yang masih teguh dengan
Islam, iaitu percaya kepada Allah dan seluruhnya.
Nikmat Iman dan Islam, word kelisye kan? word taujih usrah kekeke.

Jadi nak straight to the point, aku rindu biah dakwah dan tarbiyah (baca: DnT)
zaman kegemilangan aku enjoy sangat buat kerja dakwah dan lalui proses
tarbiyah tanpa banyak masalah dan stress. ya aku tau ujian dan dugaan tu
sunatullah dalam DnT. Tak ada nya hidup kita ni akan happy all the time kan. Ikr.
seperti dalam Surah Al-Ankabut :2

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Aku rindu.
Dulu aku tak tahu pun siapa aturkan usrah, kenapa aku ditukar-tukarkan usrah,
tukar naqibah juga. aku memang tertanya tapi tu semua tak kisah sebab still
dalam usrah tu dah satu benda harus syukur. bukan kau dibuang usrah pun kan,
tak kisah la tukar usrahmate ke naqibah, they are still "akhawat". there's no point
to be brag about. sebenarnya daripada proses tu, banyak pengalaman aku dapat.
aku pernah usrah dengan sebaya aku, aku pernah usrah dengan hakak-hakak yang
lebih besar usianya dengan aku malah pernah usrah dengan ibu-ibu dah ada anak.
mungkin pengalaman itu lah yang mematangkan kita kan? eh ayat klisye lagi. Fact!
Even dulu aku pernah alami fasa aku kena tinggal ngan sahabat-sahabat sebaya aku,
pergi usrah aku lah paling muda, pergi program daurah aku lah paling muda, bahkan
ada liqo' murobbi rasa macam syuro para senior atau syuyukh je rasa, aku juga
paling muda. Tapi itu lah situasi yang sangat mematangkan, bilamana kau usia muda,
tapi kau dah masuk fasa di mana orang-orang lebih dewasa punya kerja , kau pun
dah boleh buat (pandangan masa tu).

aku rindu.
zaman aku usrah didakwah fardhiyah dengan jayanya seperti menatang minyak
yang penuh mak-mak naqibah aku. Fasa di mana aku terlalu cinta dengan apa-apa
yang berkaitan dengan DnT. Bila dah lama sikit, aku pun ada benda yang ditegur oleh
naqibah dan "akhawat". I accept it and yeah take time nak berubah. Bila "akhawat"
tegur kita tak rasa offended pun. Entahlah mungkin hasil didikan tarbiyah atau
memang mengakui kesalahan itu harus diubah. They know how to advice.
tak tahulah, aura "akhawat" tak buat kita rasa asing atau makin jauh. tapi lebih
kepada kasih sayang dan pujukan. Hmm rindu nak ditegur walau deep sekalipun.
pedas telinga tapi mulut diam, terima dan ubah.

aku rindu.
zaman duk Madrasah paling best sebab "akhawat" selalu ingat kat kami.
kalau ada program kanak-kanak dan remaja, kami lah pilihan pertama jadi fasilitator.
kalau ada program kemasyarakatan seperti i-Bantu kami juga diseru menjadi
sukarelawan. kalau ada program pokoknya yang memerlukan tenaga, pasti kami
diberi peluang untuk berkhidmat, secara tak langsung itu lah medan amal kami
(untuk pemula, newbie walaupun aku bukan newbie dalam DnT sejak madarasah,
tapi kebanyakan mereka newbie dalam DnT kalau masuk madrasah kami).
zaman tu la paling best, nampak kerjasama sesama "akhawat", nampak pengorbanan
lambat tidur, extra energy, kena hadap benda tak sempurna kena sempurna,
dalam masa sama ajar diri untuk sabar dan ikhlas dalam setiap amal.
akirnya, enjoy all program dan pulang dengan keletihan tapi puas. pulang mesti
semua syahid haha nasib weekends, so jadual tak padat.
best pengalaman terutama pengalaman tajmik kanak-kanak dan remaja,
nak kena buat usrah follow up, prgm i-Bantu pergi bagi bantuan kepada
anak-anak sekolah, orang-orang yang kurang berkemampuan, orang yang tinggal
sorang diri, banyak bagi ibrah. pergi majlis ilmu umum pun best kat masjid,
dapat jamuan free. hidup macam tu, tak sempat rasanya nak buat maksiat.
kalau futur pun mungkin waktu cuti ja, tu jihad diri sendiri la bila berdepan
dengan tempat tak ada biah solehah. time has passed. i miss it.

aku rindu.
"Akhawat" di mana ikatan ukkhuwah tu sangat terasa manisnya.
bukanlah nak kata dalam berukhuwah ni sentiasa happy sweet ja, ada ja
guruh kilat, pelangi, hujan ribut, salji bunga, eh macam 4 musim pulak.
Ha ah memang ada musim-musimnya. Tapi kalau dengan "akhawat" dulu
entahla mungkin sebab first experience kita dah "mindset" kan
"oh akhawat macam ni rupanya" and it will stay in our mind forever.
I mean bila berukhuwah dengan "akhawat" in my frist circle of DnT life,
entahlah, they are so kind. aura dorang tu memang bagus sangat.
kalau "akhawat takda nya nak buruk-burukkan orang sangat, jaga aib orang.
kalau dorang tegur pun tak kasar, they know the best way to. kalau
bab makan pun akhawat sebenarnya tak berkira, aplikasikan itsar,
melebihkan orang lain daripada diri sendiri. kalau dengan "akhawat"
kita malu nak buang masa, malu nak buat maksiat. Even kita rasa macam
hipokrit sekalipun tapi aura "akhawat" ni lah yang buat kita ada rasa
malu dan masih ada iman yang kuat lagi di dada. kalau kita sedih, mereka
yang tenangkan, kalau kita gelisah, mereka tolong bagi solusi atau pendapat
seadanya, kalau kita rasa nak marah, mereka ingatkan untuk istighfar.
kalau bergurau pun tak melebih-lebih. Sokay, kalau ada orang label
"akhawat" ni jumud ke, orang asing ke, ketinggalan zaman ke apa.
Tak kisah lah apa orang nak kata, tapi bagi aku mereka ni lah yang
bawa kita dekat dengan Allah. Walaupun kadang nasihat mereka tu
pahit nak ditelan, tapi itu lah yang berguna sangat dan menjadikan diri
aku ni manusia, muslimah. "Akhawat" kalau kita kata rahsia, memang
akan simpan. kecuali kalau terdesak nak cari solusi kepada permasalahan,
kita berniat untuk bantu bukan sebar aib, kena faham. Ada orang yang kurang faham,
dorang ingat kerja nuqaba' (para naqibah) ni susun usrah, nilai prestasi dan
selesaikan masalah atau isu as 'mengumpat' dan rasa mereka saja yang betul, maksum.
Fulaweh. Istighfar meh banyak-banyak sikit. Kalau kita tak tahu, kita jangan
easily assuming tau, buruk sangka. Setiap jemaah ada sistem, kita tak buat
sukahati, kita ikut arahan dan kita ikut sistem DAN nak buat semua proses tu,
bukan senang tau sebab kena hadap dengan orang-orang yang assuming tadi lah.
kalau "Akhawat" tak kan buat macam tu, kalau tak ada benda salah,
orang takkan mempersoalkan dan tanya macam-macam sekadar nak tanya,
atau lebih kasarnya nak hentam. Astaghfirullah. Kalau "akhawat" adalah orang
yang mudah kita nak percaya, takkan khianati kita, rang yang jadi rujukan bila
kita perlukan, orang yang kita percaya akan bantu kita kalau kita buat salah
atau kita terpesong jauh dari jalan lurus Allah. Kesimpulannya, dalam mindset
aku ni "akhawat" akhlaknya bagus, ya mungkin ada satu,dua sifat mereka mungkin
kurang/xbaik, tapi most of the things, they are so kind. Kalau sikap-sikap
tak baik tu, tak ada pada "Akhawat". aku rindu mereka semua. kalau masih
banyak keburukan dan kekurangan yang negatif tu, hmm belum layak bagi aku
nak digelar "akhawat" apatah lagi dai'e. Itu kamus aku. No offended.
Aku pun, even dah lama dalam Dnt, tak ada istilah makin lama dlm Dnt,
makin malaikat, TAK! you know the esistence of syaiton dan hawa nafsu,
haa mereka ni lah yang perlu kita lawan sehabis baik untuk jadi "akhawat".
Kadang orang ingat makin lama dalam medan ni, mungkin ujian dah makin
berkurang atau pun langsung tak ada, absurd! tak masuk akal.

aku rindu.
bila kita pertama kali berjumpa dengan "akhawat", rasa macam dah lama kenal,
kita pun tak kekok, kita tak segan nak sembang, nak minta tolong ke.
tu la aku ulang, aura mereka ni best!. even kalau kau dah kenal "akhawat" ni
dan kau pun salute dengan dia, tiba-tiba satu hari kau tahu keburukan dia,
kau takkan tinggalkan dia, kau takkan ubah ke salute an kau kat dia hanya kerana
satu,dua keburukan yang baru timbul. Gais, "akhawat" tetap manusia,
sedang Nabi Muhammad pun ada silap dan ditegur oleh Allah dalam Surah Abasa,
apalagi seorang hamba biasa yang tak ada keistimewaan apa-apa macam Nabi.
"Akhawat" tends to forgive and forget, macam mana buruk pun, we still accepted by
them in this journey. mungkin sesetengah "akhawat" di luar dia nampak macam
takkan maafkan ke apa macam jahat kan, tapi kita tak tahu kan apa yang dia fikir.
ada orang akan pandang mereka ni as malaikat sangat sampai benda sepatutnya
buat secara keras pun they are still lemah lembut. sebab apa? sebab taknak orang
makin jauh dengan perjalanan tarbiyah ni. entahlah, aku rindu sangat kemanisan
dalam berukhuwah yang lama dah aku tak rasa betul-betul.

Panjang sangat lah. lama dah tak menulis.
as for conclusion, I miss my "akhawats" all around the world.
I miss to be in their cirlce, bukan satu biah saja, bukan satu umur saja,
tapi banyak benda, banyak perbezaan bercampur jadi satu. happily!

Assalamualaikum akhawat, ana uhibbukunna fillah abadan abada. :)

-hamba yang marhaen-




No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...