Saturday, 6 October 2018

Ibrah Munafik 2 !

Assalamualaikum
Anda pasti sudah menonton movie terbaru Syamsul Yusuf kan, Munafik 2.
Movie yang disiarkan pada 30 Ogos 2018.
Katanya sambutan memang sangat hebat sampai boleh mengalahkan
movie Hantu Kak Limah! Hihi.
Hantu mana menang ni? Keke.

Kalau aku dah tengok dua kali.
Pertama di Malaysia, kedua aku temankan kawan aku di Indonesia.
So, bila tengok kali kedua aku ingat nak buat ringkasan ibrah (pengajaran)
yang aku dapat dari movie Munafik 2.

So the first thing that buat aku tersentuh sangat adalah tentang persahabatan.
Persahabatan antara Adam dan Azman tu. Mereka dah kawan lama dan dah
berjanji setia untuk tetap bersahabat dan berdakwah ke jalan Allah. Tetapi
ternyata Azman selama ni dengki dengan Adam. Kesian kan Adam dah
percaya kawan dia dan anggap tu adalah kawan sehidup semati dengan dia
berdakwah dan tolong orang sakit kena sihir. Akhirnya Azman mengkhianati
Adam dan mengiyakan fitnah yang dilemparkan kepada Adam, tak bantu Adam
pun waktu Abuja siksa Adam. What a selfish friend! Memang lumrah kadang
dalam persahabatan memang akan ada pengkhianat sejenis Azman ni.
So, moralnya adalah dalam bersahabat kita kena lah ikhlas, sayang sahabat
kerana Allah dan saling memerlukan. kalau kita tak dapat sahabat yang baik,
tak salah kalau kita cuba jadi sahabat terbaik untuk kawan kita kan.

"Pada hari itu, sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh
kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya
disandarkan kepada taqwa kepada Allah" Az-zukhruf : 67

Kedua adalah bagaimana Adam menghormati ibunya dan mentaatinya.
Apabila dia harus mendapatkan keizinan oleh ibunya, dia tetap
meminta dengan cara yang baik dan bersungguh untuk memahamkan
ibunya agar ibunya tidak terguris lagi. Redha Allah itu terletak pada
redha ibu bapa. Mak bapak mana yang tak support kalau anak dia
buat kerja baik kan, nanti anak yang soleh dan solehah, buat kerja dakwah
dan tarbiyah ni, anak yang taat tu boleh jadi asset mak bapak masuk
sorga! Haa, semoga mak bapak aku juga faham dengan apa yang aku
buat sekarang. Aku nak jadi anak yang terbaik supaya jadi asset mak bapak
masuk sorga. senyum hihi.
ingat selalu dalil ni , An-Nisa : 36

Third, never ever give up in dakwah!
Jangan pernah berhenti buat kebaikan, selagi nyawa belum dijemput.
Walau macam mana berat sekalipun kita rasa ujian yang Allah bagi,
sebenarnya memang nak tinggikan darjat kita, nak jadikan kita lebih
kuat dan dalam masa sama banyak ganjaran menanti bagi seorang
yang bersungguh-sungguh meneruskan dakwah dan sebar kebaikan.
Dan percayalah janji Allah tu benar, kemenangan akan berpihak kepada
kebenaran! Kalau rasa lemah semangat macam aku sekarang ni kan,
haa movie ni la salah satu cara aku nak naikkan semangat dakwah.
Pergilah bersama orang-orang beriman, kembali kepada panduan
hidup kita yakni Al-quran dan hadith. Kembalilah kepada Allah,
banyakkan istighfar dan ingat Allah tu dekat, dia Maha Mendengar.
Nah hadiah, Al_Baqarah : 286

keempat, Kalau ada orang sampaikan sesuatu tak kisah lah, berita ke, nak ajar ilmu,
atau apa saja (khabar angin plg pasti) , kena lah selidik dulu kecuali yang
kita biasa dengar dan tahu itu betul , takda masalah. Kalau yang kita rasa
macam ada keanehan atau kita tak tahu benda tu sahih ke tidak, ada baiknya
kalau kita selidik dulu, bertanya yang lebih arif atau tabayyun (tanya kepada
orang yang berkaitan). Don't simply trust without knowledge. Jangan
terus percaya bulat-bulat apalagi berkaitan dengan akidah kita, bahaya gais!
Tetaplah dengan kebenaran, dengan agama Islam walaupun kita rasa
doa kita lambat dimakbulkan, walaupun banyak ujian dalam hidup kita,
tetaplah teguh dalam Islam! Hanya Islam agama yang benar dan diredhai Allah.
Al-Imran : 19

Next, meminta dan merayu lah pada yang Maha Kuasa, kepada Allah.
Jangan merayu pada manusia, kerana sesungguhnya hati manusia itu Allah
yang pegang jadi memintalah dan bergantunglah kepada Allah sahaja.
Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat, Maha Mengetahui.
Jadi kepada Allah saja kita layak untuk meminta dan bergantung harap.
sebak kot dengar dialog Adam
"Jangan merayu pada manusia Ayah, merayulah pada Allah!"

Jauhilah sihir dan ilmu hitam. Lawanlah nafsu dan godaan syaitan dengan
apa cara sekalipun selagi tak bertentangan dengan syara'. Jauhi sihir tapi
belajarlah rukyah. Kalau tak bantu orang lain pun bantu diri sendiri.
Minta pertolongan daripada Allah, bukan makhluknya, bukan syaitan.
Jangan takbur nanti azab Allah menanti...
orang yang dizalimi pasti dibantu oleh Allah, kemenangan pasti ke pihak
yang benar dan azab Allah menanti orang-orang yang zalim dan melampau
batas terhadap Allah dan dirinya sendiri. bertaubatlah sebelum malaikat maut
menjemput. carilah cara berdakwah yang paling sesuai dengan mad'u (orang
yang didakwahi) secara hikmah agar mereka dapat faham Islam secara syumul.
Dan last but not least, jujur lah dan belajar untuk ikhlas dalam melakukan
segala hal, niatkan kerana Allah agar kita dipimpin oleh Allah ke jalan
yang benar.

Sekian saja ibrah yang saya nak kongsikan.
semoga movie ini bukan sekadar movie seram yang menakutkan
tapi lebih kepada movie yang membawa keinsafan dan jika diizinkan
oleh Allah, menjadi salah satu hidayah bagi orang yang terbuka
pintu hatinya oleh Allah untuk terima Islam secara keseluruhan.
Dan hidayah untuk orang-orang yang merindukan taubat,
kedekatan kepada Allah.

semoga Allah berkati usaha Syamsul Yusof :)
keep it up! Wait for next movie!
















No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...