Wednesday, 11 April 2018

Almost 2 weeks. What a holiday?

Assalamualaikum.
Saja nak share pengalaman demam & sakit2 effect dari demam tu.
Mula kena sakit kepala 3, 4 hari. Hari pertama ja yang sakit betul2 tapi lepas
Makan panadol okay. Suddenly fever jumaat malam. Memang panas lah satu badan.
Tak ingat pulak makan panadol ke tak. So the day after that start my nightmares.
Deria rasa kat lidah dah hilang and I lost appetite, automatically juga lost rasa nak
Minum air kosong, apatah lagi ubat sebab dah start mual. Badan tak panas.
Tiba2 malam kedua tidur menggigil and I was like why, aku tak demam panas macam
Semalam pun, tak la sejuk sesangat. So I decided to move to my bro's room and sleep
There with a fan not facing me. For about 2-3 hours jugak baru menggigil tu stop sendiri.
Aku dah rasa macam why dah nak ajal ke? Gila kan. Imagine juga kalau dihantar ke hospital
Malam2 camtu. Aku tak bagitau sesapa, esok tu baru aku bagitau kakak aku, aku menggigil tidur
Sebelah. Tu hari ahad aku masih panas sejuk, ikut jugak kakak and mak jalan cari barang,
Lapar sangat pegi jugak makan order mee jawa tapi tak habis.
Esok tu isnin aku nekad nak g klinik. Tang gi klinik tu pulak tak panas badan.
Lagi2 aku xpaham dengan thermometer modern doc tu guna kertas hitam tepek kat dahi.
So aku bagitau la demam dari jumaat, skt kepala dr ahad tp dah xlagi. Air kencing masih keruh.
Dia kata itu normal kena banyak minum air. Demam biasa, Kak Hawa pn kata demam biasa.
So doc bagi ubat demam & antibiotik. Hmm aku x mkn hbs antibiotik tu sebab memang xboleh nak
Paksa mual nk makan ubat aduyai. Tiba2 pulak la satu hari ni lemah xda tenaga plus diarrhea.
Diarrhea pulak dah, bapak aku terus cari ubat, jumpa. "Ubat lagi ke?" Hmm buat la bubur sendiri
Lepas tu mkn ubat okay dah. Mungkin sebab susu kot. Rasa xsedap badan tu sangat2 tak selesa.
Lagi2 xdapat makan, so perut berangin. Mak g suggest berurut. Ya Allah aku xpernah seumur hidup
Jadi pernah berurut sebab demam kali ni. Dengan saudara blah bapak. Tapi takdala berangin sangat
Pun badan, cuma berangin kat perut xcukup makan. Sblm demam aku pernah juga first time cuba eno sbb
Ingatkan sakit kepala sebab angin juga. Tak tahu lah nak kata berkesan ke tak.
Lepas beberapa hari demam dah kebah, sakit lain pulak datang. Aku rasa macam tak stabil, kepala berpusing
And shaking. Tp utk 3 hari ja alhamdulillah xlama. Mcm symptom vertigo tp mungkin tak kot. Biasa ja.
Tiba2 tengok bapak bawak ubat pening pulak. "Ubat lagi? Huaaaaaaa" aku telan je lah mana tau berkah dari
Orangtua kan...

Sebenarnya ada satu hari tu aku rasa macam aku ni lupa nak doa betul2 kat Allah,
So lepas zohor tu memang aku doa betul mintak kesembuhan nangeh2 la. Dah xlarat sakit lama..
Lepas tu okay la. Smlm tu aku mintak kakak aku belikan burger mana tau aku dpt makan, tapi half je la.
Esok hari tu aku try chat abang aku pulak "cia pizza mana tahu ada slera makan" and he replied "ok"
Wah gembira rasa doa termakbul. Mmg abg balik bawak pizza tp tu la aku dpt mkn 2 and half je.
Kira bagus tu bagi yang sakit kan. Kalau sihat gerenti habis. Lepas tu aku kata kalau abg aku
 sorang lagi tak ke laut, mesti hari seterusnya aku mintak spon makan dari dia pulak. Hehehe.
No wonder, apa yg kita selalu rungut tu, sebenanrnya kita yg xda effort utk tu. Kita yg xcuba.
Kita yg xappreciate them. Mungkin Allah nak tegur aku something. Thanks Allah gave me my
 family. They are so kind. Lepas tu sekarang dah nak baik
Tapi kadang tetiba sejuk pulak, kadang hari tu tetoba mengigil sekejap. Mual tu masih ada la.
Belum fully recovered. InshaAllah getting better. Hari ni pun bapak offer makan jugak.
"Membuka selera" kata mak aku.
Aku pun apa lagi dahla craving ais jagung ni. Hehe alhamdulillah. Aku xtahu ini nikmat atau musibah tapi aku bersangka baik dengan Allah 😊

Today is 13th day. And i have only 2weeks holidays left. Speedy recovery please!

rupanya hari tu tak publish lagi, so hari ini aku sambung.
after a weeks aku baik , aku melepas tau makan sedaps-sedap lagi, especially abang aku cia.
aku lepaskan craving sushi tunggu adik aku balik, and then makan dgn family kat rahmat cafe,
satu hari lagi last makan shellout dengan makcik and lil cousin. Itu last, sebab tengah hari masa
makan sushi badan dah start panas balik. Aku pun alamak takkan dia datang lagi, sebab
aku tak habiskan antibiotik ke ni? aku try makan ubat lagi. start mual lagi, aku muntah
macam budak kecik lepas dah telan ubat, you know when benda kau dah telan taknak turun,
sekali terkeluar. esok hari aku rasa nak pitam je kat dapur, dah dapat start masak, cepat-cepat
aku masuk ruang tamu duduk kejap berkipas. gila aku tak pernah lagi pengsan seumur hidup.
alhamdulillah dah okay aku sambung balik, aku tak berapa ingat tapi ada satu hari tu,
terkantoi dengan ayah aku , "kau demam lagi ke?" and then aku angguk je. tau tak betapa
gelisahnya aku sebab jumaat dah nak fly, aku tak lalu makan. kejap panas kejap okay. masih
menggigil tidur malam kalau tak makan panadol. hari rabu tu dapat berita anak saudara
sakit jantung berlubang, nak kena operate. aku dah makin risau dengan kesihatan aku,
larat ke aku nak fly dua flight ke Surabaya dengan belum fully recovered ni. muntah tu
memang setiap pagi lepas bangun, rasa lemah sebab tak makan.

hari khamis tu, aku rest tertidur kejap tengah hari. lepas tu adik aku masuk bilik kata ayah
nak bawak pi klinik. waktu tu aku tak tau la badan panas ke tak. tapi still lemah lah.
bila dah jumpa doctor, hensem hehe okaygurauja. doctor tu check suhu aku ya Allah tinggi 39 kot.
aku pun terkejut. doktor tu tanya la symptom apa lagi yang lain. and he suspect me kena
jangkitan kuman daripada makanan tapi bukan food poisoning sebab tak ada diarrhea.
and he said boleh jadi jugak taun atau denggi. and I was like, wah I hope not that worst.
apa yang mengecewakan adalah tak dapat nak ambik darah sebab dah petang and jumaat CNY.
I almost forgot cny, and tahun ni ja aku tak keluar jam 12 pergi tengok fireworks maklum
kejiranan aku chinese banyak. so, doc bagi aku 2 jenis antibiotik, kau tahu dua jenis. Allahu.
dahla satu tu gila gedabak besar plus pahit. first aku telan muntah gila. second and sampai habis
I know aku kena minum dengan air manis. struggle tau tak nak habiskan antibiotik dan aku
betul-betul tekad nak habiskan aku taknak sakit dah. tiba masa untuk fly, ya Allah aku terharu.
satu family hantar aku ke airport termasuk abang first yang tak pernah-pernah nak hantar,
ya lah mungkin juga sebab flight malam, so they have time to. and then otw tu, bff aku
chat kata sempat tak kalau dia dan Miza datang send me off ? I was like yaaa sempat je.
and then aku tunggu sampai Ecah datang baru aku masuk departure. sebak weii sebab big
family datang. bff are part of my family too.

sampai je klia kan, aku dah tak larat sangat. dalam flight aku tak dapat lelap. nak muntah juga
kalau hisap skittles tu je. aku menggigil otw balik rumah kakak aku, dengan tak cukup tenaga
angkat luggage and kotak , Allah je tahu perasaan nak nangis time tu, tapi tahan je. sampai
rumah kakak aku memang muntah. makan tak lalu. aku baring kejap, amazingly kan aku baring
je gigil tu hilang. what the? pastu aku keluar makan ubat. and then masuk tidur balik. aku tak dapat
lelap sebab perut berbunyi and meragam. berangin. bangun subuh okay je, bangun jam 9 tu terus gi
toilet diarhea. ergh. and then aku makan ubat before gi klia. panadol, baru demam kali ini je
aku rasa panadol memang berkesan hilangkan panas dalam badan, sejuk susah, panas susah.
dah dalam klia panadol tu beraksi, weii aku panas gilaa. peluh and ada satu part tu aku dah tak tahan,
berhenti depan kk mart, aku kata kat mira "mira tolong beli air jap, tak larat" . at that time
aku rasa kalau aku teruskan berjalan, I may fainted. kesian mira dapat teman travel sakit , hehe
sorry mira and thanks so much btw. aku nak makan and aku beli spaghetti, tau tak waktu tu
ada rasa fobia nak makan makanan luar but I need to isi perut. aku makan lebih sikit dari suku
spaghetti tu, okay lah tu. and then ya Allah dapat gate yang jauh, aku motivate diri sendiri,
sikit je lagi nak sampai. nanti dalam flight tidur la, kalau dapat. -_- rupanya ada lagi yang lebih
sakit dari aku, they found a woman fly alone macam nak pengsan, bapak tu bawak dia guna trolley sebab dia tak larat jalan, macam short of breath. aku rasa bersyukur sangat time tu aku tak
sakit teruk. even aku rasa demam kali ni paling worst, alhamdulillah belum sampai admitted lagi.

sampai surabaya tu okay, tapi lemah jugak dah hilang tenaga. sampai je rumah mira, aku
terus gi toilet muntah, muntah angin je sebenarnya. benci sungguh muntah angin tu.
esok hari tu aku and mira rehat je kat rumah, aku belum rasa okay lagi. try makan mee je.
lepas tu hari isnin, aku masih belum larat nak turun kuliah, first day aku lah paling lega
kalau lecterer tak masuk, untung la. dan hari tu jugak aku jangkit dengan si mursy, period.
period pain la jugak. nak balik rumah sendiri tak larat lagi. so bila dah dapat habiskan antibiotik
yang terakhir aku rasa lega gila siot! rasa freedom! esoknya selasa tu pun aku tak turun lagi
kuliah, aku balik rumah sendiri malam tu. and I decided to have a cooked meal and terharu
sebab bila kakzi masak even simple, aku selera makan. alhamdulillah and that time aku yakin
aku dah nak sembuh dah. slowly. seminggu dua aku masak je kat rumah, tak beli luar dulu.
alhamdulillah Allah beri kesembuhan total, tak ada sakit teruk.

I know that my family loves me and so my friends. but kekadang kita tau family ni dia punya
style sayang tu tak seperti yang aku inginkan, but actually mungkin the way that I need.
Allah knows best for me. aku appreciate sangat family waktu sakit ni except adik aku haha
sebab dia asyik salahkan aku ja sebab tak jaga minum, sampai gaduh adik beradik. tapi last day
dia masakkan bubur :) and sorry aku dapat makan 2,3 suap je. heheh
mungkin ada hikmahnya yang besar Allah bagi aku sakit time cuti tu.

sekali lagi ulang, aku tak tahu ini nikmat atau musibah, tapi aku bersangka baik kepada Allah :)
syukur alhamdulillah dah sihat sekarang. 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...