Sunday 10 January 2016

Kembara Hamka 6.0

Assalamualaikum
alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk hidup
dan menghapdet belog ni ^_^

I would like to share my experiences
for my first mukhayyam I attended in Indonesia
with le akhawats and ikhwahs who study in the wali songo country.

Sebelum Hamka 6.0 tiba, Allah hadiahkan ujian yang pelbagai
Rasa down memang ada, dan bila dah rasa macam tu homesick memang datang T_T
Jadi, dalam hati rasa nak "boleh tak aku balik Malaysia sekarang?"
Dah duduk dalam train, tetiba rasa sebak, hiba.
Ya Allah beri aku kekuatan, ujian ni kecil sahaja
Beri aku kesabaran, beri aku semangat ya Allah sambil mengesat air mata.
Tak lena tidur memang, tapi tak apa, "inshaAllah khair"

Saya suka ingatkan diri dengan words daripada seorang akak sarawak yang pernah pergi
Palestine , dia pernah ceritakan satu kisah seorang tua ni jatuh dari tangga dan mendapat luka
tetapi dia cool saja dan dia cuma cakap "inshaAllah khair"
dengan izin Allah , semuanya akan baik-baik saja, gitu...
keyakinan kepada Allah tu mesti ada di sebalik doa dan harapan.
Itu lah kunci nya !

Tiba di Bandung, alhamdulillah rasa lebih baik daripada dalam train
cuma agak mengantuk dan melelapkan mata dalam kereta
menuju ke Nurul Fikri Boarding School, Lembang .
Subhanallah, selepas kesulitan bersamanya kemudahan, Allah ulang dua kali.
Cantek sungguh pemandangan di pergunungan tu,
this is what I love so much!

Rasa bersyukur sangat sebab selepas bertarung dengan UAS (final exam)
selepas melalui pelbagai jenis mehnah dan tribulasi , eh macam ayat apg pulak.
lepas dah lalui semua yang bitter and sweet tu, Allah hadiahkan something yang menggembirakan.
Eh, sebenarnya kau dah berjaya melepasi semua yang kau rasa bila hadapi tu berat sangat.
tapi bila reflect balik, alhamdulillah di kala sulit, Allah yang kau cari
sesudah itu baru teman seperjuangan.. alhamdulillah kau pilih untuk sabar dan move on!
alhamdulillah kau tetap pilih untuk berada kat jalan guraba' ni . senyum sikit. :)

Mukhayyam kali ni bukan setakat berjumpa dengan orang baru,
malah jumpa jugak dengan wakil ikhwah indonesia bagi talk tentang palestin,
kakak-kakak gojes dari Malaysia dan subhanallah jumpa Naib Presiden Ikram !
Okay, waktu mukhayyam tak rasa sangat, tapi bila dah balik dari Hamka
baru realized, haa jumpa naib presiden, huntong lah hang .

Jadi, saya nak share tak la banyak, apa yang saya rasa saya faham dan apa yang saya highlight kan .
Dalam Hamka 6.0 ni ada banyak slot, dan slot paling saya suka adalah slot
"Memantapkan skill dakwah dan memperkasakan amal ta'rif"
okay slot LDK untuk tajuk ini memang brain storming habis lah
sebab sebelum ni fikir sampai tu je, tak fikir out of the box pun.
sebenarnya banyak je cara untuk kita tarik mad'u -mad'u kita ni
banyak je skill yang kita ada tapi kita tak guna pun, kita tak asah pun.
eh dalam masa nak tarik adik-adik, sebenarnya mengasah bakat terpendam diri sendiri. ewah!
Nak buat something kena ada perancangan, dan buat step by step.
Kita ni ajak untuk kebaikan, yang pegang hati bagi hidayah tu kerja Allah.
Dan kalau nak tahu faktor utama kejayaan dakwah ni adalah..
Usaha untuk mengislahkan mad'u, amalkan positive thinking & tambah ilmu pengetahuan.
Dalam usaha tu semua ada resepi kejayaannya sendiri dan setiap apa yang kita buat
mestilah bermula dari input, baru lah proses dan seterusnya papp! output hihi ~
Daripada slot ni, saya dapat banyak idea out of the box
dan inshaAllah akan diamalkan lepas ni. okay, saya bagi tips,
list all of your skill, and think how you can use it for sisters ? -keceng mata-

Sebenarnya slot pertama tentang amal jamaie..
Amal jamaie ni boleh je buat sorang-sorang dengan syarat dari arahan orang atasan
formal pulak bunyi kan. yang penting amal jamaie ni salah satu kunci kejayaan jugak
Dalam apa pun kita buat, kita ditarbiyah dan mentarbiyah, amal jamaie jangan tinggal!
Ada 4 elemen amal jamaie yang perlu untuk jadi rujukan para daie :
syura dalam setiap perkara berbangkit, kena taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin, isti'zan
dan istisyarah (eh teringat pulak bunyi dikir barat )
Haa, yang 4 elemen ni penting untuk memastikan amal jamaie yang kita lakukan
berkesan dan membantu proses dakwah dan tarbiyah kita inshaAllah
Lepas tu, kena tahu lah apa halangan-halangan untuk beramal jamaie ni
dan sediakan langkah-langkah untuk atasi halangan yang ada.
Actually kita buat simple thing , dah kira amal jamaie such as makan bersama-sama.

Slot yang kedua dibuat secara Nadwah.
Mabruk semua ahli panel, sangat amazed, macam mana dorang boleh cakap spontan
menjawab soalan eh? Okay, thats not my speciality. Allah give us different skill.
Tentang ukkhuwah islamiyah. Baik, ukkhuwah ni bukan antara kita dengan
sahabat sahaja tahu? Tapi ukkhuwah ni luas sampai ke masyarakat dan pemimpin.
Kalau pemimpin tak ada tali ikatan ukkhuwah dengan rakyat memang susah la kan.
Dan ukkhuwah ni ada banyak jenis dan yang paling suci lagi murni adalah
ukkhuwah fi dinul islam. persaudaraan sesama muslim.
pertalian ni sangat w.o.w subhanallah, ikatan terjalin atas dasar keimanan.
ukkhuwah ni adalah persamaan, persamaan di mana setiap muslim itu
sama-sama taat kepada Allah dan mengikuti ajaran Rasulullah.
Ukkhuwah diikat kasih keranaNya, cun-cun jugak lagu berkumandang part ukkhuwah. aiwah!
Sebagai orang yang di dalam tarbiyah ni, ukkhuwah sangat penting.
Daripada ukkhuwah lah akan terlaksananya amal jamaie.
Dan disebabkan ukkhuwah lah, perselisihan faham tak akan kekal lama.
Daripada ukkhuwah juga lah , kita dapat tengok tahap iman seseorang.
Eh nak buat sajak lagi? rindu Hawariyyun lah tu ^_^
Kesimpulannya, persaudaraan kerana Allah ni nikmatnya bila bersama-sama
berada dalam jalan guraba' ni, susah dan senang setia bersama! Ewah hihi

Sharing Palestina tu sebenarnya nak tekankan bahawa dalam kita sibuk buat
dakwah dan tarbiyah sesama kita di kawasan masing-masing,
kita jangan lupa dengan saudara kita di sana. Mereka juga sedang berdakwah dan tarbiyah.
Malah, ujian yang mereka hadapi lebih berat lagi tapi mereka tetap kuat menjaga
tanah berkah Palestina itu. Jangan lupa doa untuk mereka dan kalau boleh ambiklah
semangat pemuda-pemuda Palestina yang sentiasa berani, bersungguh-sungguh,
ada cita-cita syahid dan mereka tabah menghadapi musuh. Eh ni ibrah saya sendiri
bukan dari ikhwah indo tu, hehe.
okay, ibrah daripada penyampaian dia yang saya dapat adalah bagaimana cara mereka 'bergerak'
kita boleh mencontohi bagaimana cara dan usaha mereka untuk menggerakkan ummah dan pasukan tentera al qassam yang sangat subhanallah, tak tahu nak cakap apa, memang tabik spring lah!
Jihad mereka memegang senjata mempertahankan bumi berkah,
dan inilah jihad kita, mengislahkan ummah yang sedang tenat dengan duniawi.
Emm, berat pulak rasa kan, banyak lagi tanggungjawab tak terlaksana.

Dan slot yang terakhir adalah daripada Naib Presiden Ikram
tentang kepimpinan. Semangat dia sampaikan slot untuk pemuda-pemuda
ansarullah di bumi Hamka ni. inshaAllah ansarullah!
Paling best part ibrah daripada para nabi dan anbiya serta sahabat-sahabat Rasulullah
Banyak sifat kepimpinan daripada mereka yang kita boleh contohi, tengokla yang sesuai
dengan diri sendiri. Dan saya paling suka part Nabi Musa dan Harun . Hawariyyun gituu :)
Saya harap sangat ada orang sudi jadi hawariyyun saya sebab lisan saya tak selancar Harun
pengakuan berani mati ker? Tak apa, skill dakwah dan amal ta'rif kan banyak,
inshaAllah boleh membantu ! Lepas tu 10 muwassofat tarbiyah jangan lupa, kena amalkan selalu.
Barulah betul-betul menjalankan tugas. Eh, betul ke? fikir lah sendiri -peace-
Dia ada share 5 principle of exemplary:
- model the way ( kena jadi qudwah all the time)
- inspired a shared vision
- challenge the process ( lakukan apa yang dah dirancang)
- enable others to act ( give chances)
- encourage the heart ( give compliment)

Hmm, tu kot serba sedikit yang saya boleh share.
Sebenarnya memang rasa berat, tapi bila dah terima cabaran jadi 'Ansarullah'
ni kena lah bulatkan tekad , inshaAllah Allah sentiasa bersama!
Banyak lah pengalaman yang mematangkan semasa mukhayyam berlangsung
terasa ukkhuwah tu terjalin walaupun baru bertaa'ruf kan.
Belajar untuk berkomunikasi, tak diam saja ( hakikatnya masih diam hihi)
belajar untuk think out of the box, kena berfikiran jauh kalau tak , tak ke mana . EH!
menulis ni entry sambil ulang-ulang dengar lagu ansarullah, baru semangat.
suasana di Lembang masih fresh di ingatan. semoga semangat ni kekal inshaAllah.
lirik lagu ansarullah sangat bermakna dan sangat inspired! tahniah dah pilih lagu tema
yang terbaik dari ladang!
Macam banyak je nak share sebenarnya, tapi tak pa lah,
kita jumpa kat entry seterusnya!
Hamka 6.0 jazakunallah dan semoga terus cemungud!

"Berangkat kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yand demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
at taubah : 41
Infiru! Ayat ni waktu dalam train memang rasa tertembak sangat .
Dengan rasa berbelah bagi nak pergi Hamka 6.0 perlu jugak kuatkan hati.
Huhu, kena kuat lepas ni untuk jihad harta, masa dan jiwa.
Kena travel tambah ilmu dan tingkatkan iman. inshaAllah :)
Sebenarnya Allah dah bagi kekuatan dari dalam train lagi..
kalau tak, tak da nya hafalan ayat2 tu dan xda nya mind map untuk slot ukkhuwah islamiyyah.
sweet kan Allah, Allah bagi ujian tanda Allah bagi perhatian kat kita. (mata love love)
Allah bagi sentap sebab Allah sayang, tak nak kita jauh dari Dia.
Do correct if I'm wrong ~
Wallahualam.




Rindu Hawariyyun... dan Khaulah al-azwar ^_^


Jazakunallah akhwat dan ikhwah Msia-Indo :)


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...