Wednesday 28 October 2015

Good Life, trying...

Assalamualaikum
its been a while and almost two months I'm in Surabaya.
Far away from hometown just to study and gain more experiences.
well, I really miss to update new entry
and Alhamdulillah today I have the chance
even a lot of works are waiting for me.
nevermind just have a break with the new update!

So, today I'm gonna share about new life, maybe?
what kind of life? Uni life eh? Haha ~
Well, I have been here almost two months, and of course I've gained
a lot of happiness, miserable, frustrated, mix feeling of course yeah!
But I bet all of it teach me something.

tukar bahasa ya :P
Percayalah semua yang terjadi , tak kira lah baik dan buruk, pasti ada hikmah yang terselit.
tinggal kita ja yang nak bijak mencari hikmah disebaliknya atau terus menerus
memberontak, bersedih dan tertekan. well, come on!

Memang benar manusia itu Allah jadikan sebagai cubaan untuk manusia yang lain.
tak percaya? Alquran ada, jom buka..
"Dan kami jadikan sebagian kamu sebagai cubaan bagi sebagian yang lain.
Maukah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat" -Furqan:20-
Yes, memang manusia ni Allah ciptakan berbeza, jadi kita kena terima dan raikan
perbezaan yang ada.
Manusia berbeza, pendapatnya, cara berfikirnya, tindakannya dan apa sahaja .
Mungkin ada yang sama, dan yang berbeza itu pasti ramai.
Jadi, perbezaan yang ada ini lah menjadi ujian untuk kita.
mungkin daripada perbezaan ini lah Allah nak jadikan kita ini
orang yang sabar, matang dalam bertindak, bersifat terbuka dan menerima seadanya.
eh, the goods you take, and the bad will be lessons.
Give and Take!
Itu seharusnya menjadi prinsip kita. apabila berani memberi, berani pula menerima.
Bukan hanya pandai memberi tetapi menerima langsung tidak.
 Raikan perbezaan, jadikan pengajaran. :)

Ya, tak semua yang kita suka tu tak baik untuk kita.
Dan tak semua yang kita suka tu baik untuk kita.
Ya, mungkin saya ditempatkan di tempat berbeza dengan mereka sebab
Allah nak tarbiyah cara lain-lain. Nak ditarbiyah ni  macam-macam cara.
I have to accept it , and believe that Allah will show me something worth
for stay in my condition now. Mungkin 'anda' yang meletakkan saya di sini
cuma pengantara Allah sahaja. Percayalah, semua pun memang Allah yang susun.
Dan susunan Allah tu tak pernah silap, pasti ada yang baik disebalik ketidaksenangan kita.

Saya terima hakikat bahawa saya dan kawan seangkatan belum dapat berdikari 100%.
Tapi inshaAllah kami sentiasa mencuba untuk berdikari sebagai pelajar pengajian tinggi
dan sebagai pelajar luar negara. pelajar asing katakan, cabaran memang mantap.begegarrrr!!
Jangan tak rasa jadi orang luar, jadi perhatian sebab "rare" di mata mereka.
Tetapi manusia ini tak sempurna, jadi masa itu sangat diperlukan
apatah lagi nak membiasakan diri dengan tempat baru, yang memang "baru" sebab negara orang.
Jadi, normal lah kalau pada masa mula-mula ni buat silap,
atau terlalu meminta pertolongan, tak bermaksud bergantung sepenuhnya tetapi
inginkan tunjuk ajar agak tak buat silap. wajarlah sering bertanya jika ada kesulitan.
Jangan tak tanya sudah, nanti sesat jalan EH!

Dalam dunia baru sebagai pelajar juga kami memang perlu sokongan kuat sebagai tulang belakang.
Sebab duduk negara orang ni, tak ada siapa-siapa kecuali kawan dan senior.
Dan kawan dan senior lah keluarga anda di luar negara ni !
Even tak sama pendapat dan cara bertindak, kadang-kadang perlu bersikap terbuka.
Even ada perbezaan, sebenarnya perbezaan itu lah Allah cipta agar kita saling melengkapi.
Ada orang hebat dalam bidang ini, ada orang mahir dalam urusan ini. ada orang tak reti langsung. ada jenis orang yang boleh jadi mahir jika diberi tunjuk ajar dan sokongan. Nah, saling melengkapi bukan saling menyalahi. Eh. Berirama pulak .

Timbulnya perbezaan dari segi tempat tinggal mungkin terselit hikmah yang besar.
Ya, duduk asrama memang tak senang . Mungkin Allah nak kita tahu macam mana nak
terjun ke dalam masyarakat, sebab kena pisah dengan kawan-kawan setanah air kan...
Mungkin juga Allah nak kita bersyukur sebab at least kita dapat peluang dalam universiti
walaupun kita orang luar, mungkin di tempat lain asrama untuk orang luar tidak disediakan.
Atau mungkin juga kehidupan asrama ini lah yang akan menentukan kita berdikari atau tak.
Ada lagi perbezaan, jadi sama-sama lah 'merasa' tempat kita sendiri dan cuba untuk memperbaiki
diri dan berdikari seperti mahasiswi yang lain. Dugaan di asrama mungkin berbeza dengan dugaan orang yang menyewa atau memang tinggal dengan keluarga. Allah beri ujian yang kita mampu.
Ujian mungkin berbeza tapi tujuannya tetap sama. Nak uji sama ada kita sabar atau tak,
kita bersyukur atau tak, kita dapat berdikari atau tak. Siapa yang bersabar, dia lah yang beruntung!

Taknak cakap banyak lagi laa, cukuplah tu sebagai sharing :)
Nak tekankan kat sini bahawa semua yang terjadi tu pasti ada hikmahnya. percayalah.
dan Allah uji kita berdasarkan kemampuan kita.
Mungkin apa sahaja yang kita lalui akan menjadi pengalaman berharga dan pengajaran
untuk masa akan datang. ayat main..
dan pengalaman-pengalaman itu lah yang akan mematangkan kita, inshaAllah!
Bersikap terbuka lah dan sabar hadapi segala "gendala" di mana jua kita berada. Aiwah!

 Jadi, nak dapat "good life" ni kena lah bersyukur.
Bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kat kita sekarang.
Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban... Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Semua orang inginkan kehidupan yang baik dan setiap orang mampu mendapatkannya.
Minda dan hati kena setting dengan betul supaya hidup dalam keadaan yang
ceria, senang dan sentiasa bersemangat !
Memanglah manusia tak sempurna, tapi nak menuju kesempurnaan itulah yang penting!
Maaf andai ada yang terasa, tak terniat cuma ingin berkongsi pengalaman dan pengajaran.
aman tanpa perang! - smile -

Wake up and try to smile like baby
Put aside worries and be happy
Always grateful and don't forget the "five"
May you have a good life

Thank you God for the good life.. good life
Allah I wanna thank You for the good life..
I leave it all in your Hands, ohh ~~~

inspired by Harris J song, but memang nak post pasal ni pun
cuma baru ada masa! peace!








No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...