Friday 31 July 2015

Budak Jubah VS Budak Kemeja

Assalamualaikum
bismilahirrahmanirrahim.
so, apa khabar hari ni?

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update entry baharu
dan tajuk kali ini, em em mesti dah boleh agak something daripada tajuk tu kan?

"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fi sabilillah hingga ia kembali"
HR Muslim

Subhanallah ganjaran orang yang menuntut ilmu ini ibarat berjihad
sampailah dia kembali ke tempat asal. Tahu tak ganjaran jihad macam mana?
Bila anda belajar sampai dapat dekan, biasiswa menanggung sepenuhnya kos pelajaran?
Eh lebih besar daripada tu! Tapi macam mana pun imaginasi anda,
kalau niat tu salah, memang tak dapat la. So, kena sentiasa tajdid niat sebelum melangkah
ke tempat menuntut ilmu!

Eh itu mukadimmah sahaja .
Isi yang nak disampaikan sebenarnya bukanlah tentang perbezaan pakaian
pemuda zaman sekarang, bukan.
bukan juga nak membezakan pemuda lelaki dan pemuda perempuan
TETAPI
Nak membetulkan fikiran masyarakat tentang belajar agama dan belajar dunia. eh belajar akedemik biasa lah . Rilex, chill.

Judgement be like . . .

Kerja

Hmm.. selalu orang cakap kalau belajar agama ni nanti susah cari kerja.
Kalau belajar akedemik biasa senang cari kerja, peluang kerja pun luas sangat.
okay, mungkin ada benarnya di situ.
TETAPI , anda ni tak percaya rezeki Allah ke?
Tak kisahlah anda belajar agama ke biasa ke doktor ke engineer ke..
Kalau Allah beri rezeki inshaAllah kerja tu memang dapat lah.
ada yang pandang rendah sangat dengan kerjaya orang belajar agama.
"Eleh, jadi ustaz tu berapa je gaji anda dapat.."
"Kerja engineer ni besar gaji tahu, boleh beli kereta, rumah.."
Okay, emm kalau tak silap saya tengok ustaz-ustaz memang ada rumah sendiri dan kereta sendiri, apa bezanya?
come on, rezeki tu datang dari Allah, bukan usaha kita semata-mata.
Jadi, belajar lah apa anda suka dan yakinlah rezeki Allah untuk kita.
Tak payah nak banding beza sangat lah, kalau kerja akauntan dapat jamin masok syurga
boleh lah fikir macam tu.
Change your mentality!

Akhlak

"Eh anda ni perangai macam... belajar agama tapi..."
"Eh biarlah dia buat perangai tak bagus, dia bukan belajar agama pun" -_- tersembur.
Kenapa eh orang suka sangat salahkan apa yang dia belajar kalau akhlak tak mantop?
Tapi bila akhlak betul-betul hancur, dia salahkan agama?
Okay, mesti ada yang akan cakap, pelajaran tu mempengaruhi akhlak. Ya betul,
tapi itu bagi yang benar-benar mengaplikasikan ilmu yang dia pelajari.
Kalau tidak? Haa.
Dan tipu lah kalau cakap orang akhlak tak baik tu tak belajar agama.
tu pendidikan islam kat sekolah rendah sampai menengah bukan belajar agama ke?
Let me share something .
orang yang belajar agama ni ada banyak jenis tahu?

1. yang belajar sebab betul-betul nak mendalami islam
2. yang terpaksa sebab kehendak ibu bapa
3. yang terpaksa kerana keputusan SPM low dan tak minat

Haa, daripada 3 golongan ni, memang mereka ni terjamin ke akhlak mantap?
tak kan.. latar belakang banyak beza dan mungkin ada yang masih merangkak nak berubah.
come on, jangan judge akhlak mereka berdasarkan apa yang mereka belajar.
budak belajar agama pun manusia biasa, bukan malaikat yang sentiasa taat kepada Allah.
budak belajar agama pun ada pilihan macam budak yang belajar akedemik biasa ,
nak jadi baik atau tak.
Ada baiknya jika anda ubah mindset anda dan cuba sangka baik,
bagus lagi kalau anda mendoakan agar budak-budak tu tak kisahlah belajar apa
jadi budak baik semuanya. Kan elok?
tak payahlah sampai cop budak belajar agama ni macam nabi pulak takda dosa, tak buat silap.
akhlak sentiasa bagus, tak buat maksiat. opps, okay terlupa pulak surah abasa.
even Rasulullah pun Allah tegur silapnya, apatah lagi budak belajar agama yang belum tentu
lagi maksum macam nabi.. kan?
kita sepatutnya, tengok maksiat ke tengok salah ke, kita tegur dia secara persenel,
bukan melabel dan menghakim. tak kisahlah dia belajar musik sekalipon.
Nasihat tu hak individu muslim. Jadi, apa salahnya kita nasihat daripada melaknat?

Masa depan

Orang selalu cakap belajar agama tak ada masa depan.
kalau belajar akedemik biasa masa depan cerah.
masa depan macam mana tu?
masa depan dunia ke masa depan untuk akhirat?
Masa depan tu kan rahsia Allah, Allah sahaja yang tahu macam mana
kita untuk masa akan datang. Apa yang kita lakukan, kerja apa, anak berapa. . .
There's no need to compare it that way,
just bear in mind that Allah will give us the best life for us
in this dunya and in the akhirah.
well, don't simply judge because we are human, not Lord.
Kalaupun masa depan anda nanti yang belajar agama tidak cerah,
ingatlah hidup kita ni sentiasa diuji. tak diuji dengan manusia, diuji dengan dunia.
diuji dengan pangkat, harta, anak-anak.
Dan disebalik setiap ujian yang datang, pasti terbungkus dengan hikmah yang baik.
Percayalah pada Allah, bergantung haraplah padaNya.

Low standard

Belajar masuk universiti biasa high standard woo..
belajar agama, okay low standard sebab selalu jadi pilihan terakhir
dan selalu tak femes kan. sebab tu anda cakap low standard.
tapi sebenarnya dari segi pemandangan islam, belajar agama ni high standard woo!
sebab apa? sebab hari-hari ilmu dia mendekatkan dia dengan Allah.
hari-hari dia belajar, ada malaikat kiri kanan.
hari-hari dia belajar, ganjarannya seperti berjihad.
hari-hari dia belajar, dia bukan sahaja dapat kenyangkan perut, tapi dapat kenyangkan rohani jugak!
Amacam? mana lagi standard?
belajar agama pun ada dihantar ke luar negara. indonesia, yaman, madinah, jordan, mesir.
belajar agama pun ada peringkat pelajarannya. ada sijil, diploma,degree,master,nak phd pun ada.
apa bezanya sangat? sama je belajar kan, sama je dapat kerja kan. sama je dapat graduasi kan. sama je dapat kahwin kan? eh!

Haa, cukuplah judgement-judgement tu, tentu anda dah dapat agak apa seterusnya.
Eh ke anda yang suka judge? sambar petir.

saya taip entry berkenaan tajuk ni bukanlah saya menyebelahi budak belajar agama
dan menyalahkan budak belajar akedemik biasa. tapi sekadar nak betulkan mindset anda
yang berfikiran close minded haa.(baca : pemikiran sempit)
saya menulis entry ini pun berdasarkan pengalaman
kerana saya seorang budak belajar agama dan mungkin akan belajar akedemik biasa.
tengoklah rezeki Allah nak kasi kat mana. doakan ya!
Peranan ibu bapa pun penting, jangan lah fikir sempit. Dan janganlah jadikan
belajar agama tu pilihan terakhir setelah gagal memilih yang biasa.
belajar agama ke, belajar biasa ke semuanya ada pros and cons masing-masing.
tapi kalau boleh, pilihlah belajar agama itu sebagai yang pertama
sebab kita orang islam, kita bukan lahir terus tahu semua hukum, sunnah dan cara beribadah.
Beruntunglah orang yang belajar agama kerana dia sentiasa disisi Allah.
Beruntunglah orang yang belajar akedemik kerana pengetahuannya meluas.

This is just my opinion, no offended :)
if you're about to choose, choose wisely.
only humans Allah give us choices in everything we do in life.
hope the good come to you, my reader! inshaAllah :)
forgive my wrongs, and correct my mistakes!
Barakallahu fik






No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...