Tuesday 14 July 2015

Barney and Friends!

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Mubarak !


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”(al-Baqarah: 183)

Puasa hari ni? Semoga sentiasa istiqamah dalam ibadah even Ramadhan akan pergi ... :(

Pernah tengok cerita Barney and friends? Itu zaman kanak-kanak saya lah. Kegemaran tahu.
Sebab apa jadi kegemaran? Sebab cerita tu tentang kawan, and they love each other <3

Eh berapa kali nak post pasal ukkhuwah ni? -.-' 
Tak apalah, dah berkali post tapi isi tak sama sister!
Haa, kali ini skop apa pulak?

Pertama sekali saya nak hadiahkan satu ayat cinta dari Allah :)

"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa"
 Az- zukhruf : 67

See, Allah dah remind dah dalam surah ni, nak bersahabat tu kena cari yang bertaqwa dan dalam masa yang sama, diri sendiri kena jadi orang yang bertaqwa.. 
sebab apa? 
sebab kalau kita dan sahabat kita tak bertaqwa, rasanya ada hasil tak di akhirat kelak?
Kita kena tahu, sahabat yang bertaqwa ni akhirat nanti, boleh tolong kita untuk masuk syurga berlari-lari riang gembira dengannya. 
Dan, takkan kita hanya mengharap sahabat kita tolong kita, kita tak nak ke tolong sahabat kita yang lain? Haa, jadi istiqamahlah untuk menjadi orang yang bertaqwa. Senyum.

Taqwa itu apa?
Daripada pengalaman ilmu saya, taqwa itu adalah anda takut dan harap hanya pada Allah.
bukan kepada sesama hamba atau makhluk yang lain, tapi hanya Allah.
Taqwa itu ada bila anda benar-benar takut akan Allah, yang boleh menimpakan azab jika kita langgar perintahNya. Taqwa itu ada bila anda benar-benar meletakkan pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah dan bertawakal hanya padaNya. Anda menunaikan segala perintahNya kerana anda mengharapkan redhaNya dan cinta daripadaNya. Haa gituuh.. fahimtum? 

Itu mukadimmah sahaja hihi..
Yang sebenarnya nak kongsi tentang bersahabat kerana apa? 

A: eh aku kawan ngan dia sebab dia baik aa, dia kan selalu belanja aku makan hehe
B: yela best tau kawan ngan dia sebab dia anak Dato', famous gak aku jadi kawan dia -.-
C: aah kawan ngan dia memang superb la sbb kalau dia buat baik kat orang en, aku jadi tercabar nak buat baik kat orang gak laa.. 
D: eh mestilah aku suka kawan ngan dia, sbb dia xpernah tinggal perintah Allah and tak pernah jemu tegur aku kalau lalai tengok fb lambat-lambat solat. Dia tak serik pun hihihi

Itu contoh sahaja, kalau terasa alhamdulillah. itu namanya tazkirah :)

Haa, kita ni bersahabat atas dasar apa? tepuk dada tanya diri.

"Bersahabatlah kerana Allah, atas dasar iman dan janganlah bersahabat hanya kerana dunia & nafsu"

Okay, hadam baik-baik kata-kata tu.. 
Kita ni kadang-kadang terlupa apa niat kita bersahabat dan akrab dengan seseorang.
Rasanya tak ada orang yang saja-saja nak rapat tanpa sebab.. 

Baiklah, Sahabat kerana nafsu & dunia. Astaghfirullah ala'dzim. 
Rasanya Allah redha tak persahabatan kita kalau kita bersahabat ni sebab pangkat kawan kita, sebab hartanya, sebab elok rupanya atau sebab nafsu semata?
Heh, kalau kita berkawan setakat nak kan semua tu, tak lama lagi Allah akan tarik dia dari kita.
Allah tak redha, apatah lagi nak tolong kita kat akhirat nanti. 
Sahabat kerana dunia dan nafsu ni tak kan beroleh apa-apa pun, mungkin cuma nikmat bersahabat yang apa istilahnya.. ISTIDRAJ , nauzubillah.. 
nikmat yang Allah beri sementara, dalam masa orang itu bergelumang dengan maksiat. 
buat maksiat pun Allah bagi nikmat? Haa, pandai-pandai lah fikir.
Kembali kepada hadis 1 arba'in. pasal niat.
Haa, kalau kita bersahabat dengan sahabat kita sebab dunia dan nafsu, maka 
itu sahaja lah yang kita dapat. Kita cuma dapat famous, dapat harta, dapat puaskan nafsu, dapat nikmat dunia sahaja. TANPA redha Allah. jelas? TANPA.. 
sia-sia je lah kan kita berkawan sebab nak kan semua tu kan, tapi last-last Allah tak redha pun. Allahu. :( jadi, kalau nak kan redha Allah dalam bersahabat, haa.. 

Bersahabatlah atas dasar keimanan. 
Macam mana tu?
Haa, kita bersahabat ni kerana Allah semata, kerana kita sama-sama beriman kepada Allah dan nak kan redha Allah. 
bersahabat kerana Allah ni, kita sentiasa make sure diri kita ikut perintah Allah dan tinggalkan laranganNya sekaligus kita ajak sekali sahabat kita tu. 
Dalam istilah yang senang nak faham, kita ajak sahabat kita sama-sama menuju redha Allah. 
Kita sayang sahabat sebab Allah, Allah jugalah yang menimbulkan rasa sayang tu.
Kita rindu sahabat sebab kita rindu nak sama-sama capai apa yang Allah suka.
Kita bersahabat sebab nak jadi muslim yang terbaik, yang akan tolong satu sama lain di akhirat kelak.
Eh tak nak ke dapat pertolongan daripada sahabat akhirat nanti, dan tak nak ke jadi asbab sahabat kita masuk syurga sama-sama dengan kita , buat apa kita suka kat syurga nanti?

Sahabat kerana Allah ni, bila kita tengok dia kita ingat Allah.
Bila dia beramal, kita rasa nak ikut serta. 
Bila dia beri nasihat, kita dapat terima sebab kita percaya itu teguran daripada Allah.
Bila dia buat salah, kita berani tegur bukan sekadar taknak persahabatan jadi renggang tapi makin erat! 
Bila susah, kita tolong. bila senang, kita tumpang gembira.

Dalam bersahabat ni kerana Allah ni, keep in mind :
*turunkanlah ego tu bila berselisih, kata orang kita minta maaf tak kira lah kita salah ke tak salah, sebab kita nak selamatkan persahabatan, dan Allah tak suka orang yang memutuskan silahturrahim

*turunkan ego tu bila sahabat tegur, tak kira lah sahabat tu sama umur ke, muda lagi ke, tua lagi ke.. sebab nasihat tu hak setiap muslim kot.. 

*sayang sahabat tu mestilah kerana Allah, bukan kerana nafsu. Sayang sebab sama-sama nak perlindungan dan redha Allah tu.

*dan yang paling penting dalam bersahabat kerana Allah ni, kena praktikkan husnudzon, berlapang dada dan kalau boleh itsar sekali. haa, barulah jadi sahabat yang hoyeahhhh bak kata apg . senyum.

*dalam bersahabat ni, jadilah macam barney and friends! lepas berjumpa, nak berpisah akan shake and hug each other, tapi kita cipika cipiki la.. hehe jadilah macam barney and friends yang lepas berselisih pun akan tetap forgive and forget. 

InshaAllah, kalau ada tambahan boleh tinggalkan di ruang komen :)
Dalam menghasilkan entry kali ni, sangat best sebab berlatarbelakangkan cerita 
"dalam pelukan ramadhan" , pasal kawan yang dapat hidayah melalui sahabatnya . manis sangat!
Jadi, ingatlah siapa sahabat kita, kenapa kita bersahabat dengannya dan kita nak sahabat yang macam mana, terpulang :) nasihat lebih kepada diri sendiri yang dahagakan kemanisan ukkhuwah yang sebenar, sebenar-benarnya berasaskan iman pada Sang Khaliq. 

Wallahualam. 
Sahabat, inni uhibbukum fillah :') 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...