Wednesday, 4 April 2018

Tribute to Ohana Henshin 2.0 !

Assalamualaikum gais.
Well, alhamdulillah tsumma alhamdulillah, Ohana Henshin 2.0 dah berjaya terlaksana .
sujud syukur jap. really, terharu sebab salah satu impian sebelum wisuda. mungkin kali terakhir
ni aku yang lead. next time, kena pilih orang yang betul-betul berpotensi, jangan salah pilih lagi!

Alhamdulillah syukur dan gembira sangat berjaya buat dan kali ini lebih gempak dan kennot move on lagi, and paling best bila terserlah peserta punya enjoy joining this kind of program. Alhamdulillah
dah dapat bantu mereka rasa program mukhayyam yang selalunya mereka belum berpeluang untuk
join atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah beruntunglah peserta yang dah buat keputusan terbaek
untuk jadi pilihan Allah dan grab this golden opputurnity. You gais are awesome! Jazakumullahu khairan katsiira.

Nak dijadikan cerita, melalui apa yang aku dah banyak lalui aktivit-aktiviti dan program bersama
akhawat di Surabaya dan Malang ni, so I have the idea to recruit volunteers. sebab selalunya yang akan jadi fasilitator dan ajk adalah para nuqaba' (mak mak usrah) sahaja. And why not kali ni aku ajak mereka untuk "bekerja" , bukan ketepikan peranan nuqaba' ya, tapi nak bagi mad'u kita peluang
berjihad jiwa dan harta mereka untuk jalan yang mulia ini. Nak juga mereka rasa apa saja pengorbanan-pengorbanan nuqaba' selama ni yang bertungkus lumus buat program dan aktiviti untuk
mereka. untuk korang gais. Bukan buat untuk kami sahaja, untuk kamu yang ada hak perlu kami penuhi. Alhamdulillah by this way, aku yakin mereka dah berjaya dengan jihad mereka, mereka
dapat pengalaman baru, mereka sudah faham "tugas" nuqaba' yang selalu nak yang terbaek untuk
mereka dan tak lupa mereka ni deserve compliments! Mabruk! Bravo gais! You guys dah buat yang terbaek, even ada beberapa kekurangan tapi itu dah cukup baik pada pandangan aku sebab it's
your first time ! So antunna jangan serik tau jadi volunteers ni, banyak pahala dapat, jangan pandang remeh mungkin setakat design baju ohana je kan, tapi kita tak tau kalau Allah boleh bagi pahala
yang berterusan sebab akhawat guna baju tu menutupi aurat mereka. Who knows? itu boleh jadi
saham akhirat anda!

Aku salute sangat dengan beberapa volunteers yang aku nampak betul-betul buat kerja dia, dan dia betul-betul pastikan yang dia akan buat yang terbaik, not to get recognition but to make sure akhawat dapat hak mereka ! Well done gais. Teruskan kerja dan akhlak yang baik tu, jangan putus asa untuk buat yang lagiiii baik next time! semoga volunteers semua istiqamah "bekerja" untuk akhawat, bahkan untuk ummah, tsabat dalam jalan ghuraba' ni. If I say volunteers tu PIC masuk juga tau. She done a very good job too lead their friends well ! And alhamdulilla I'm happy to know that she can do more than I expected. :) Thanks awak. Last but not least untuk pic and volunteers , semoga tak serik dan isitqamah menyahut seruan macam ni :

" Maka ketika Nabi Isa merasa keingkaran mereka (Bani Israil), dia berkata, "Siapakah yang akan menjadi penolongku, untuk menegakkan agama Allah?" Para pengikut setia (Hawariyyun) menjawab, "Kamilah penolong agama Allah (Ansarullah), Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang muslim".

Al-Imran: 52

I know right , after I send wishes to them, some of them dengan semangat kata "kalau ada program lagi perlu volunteers, panggil saja aku!" MashaAllah my dear ukhti ! Terharu dengar. Barangkali merekalah ansarullah dan hawariyyun untuk ummah zaman sekarang, keep istiqamah gais, pegang semangat asy syabab tu kuat-kuat jangan bagi lepas! Tema nampak simple tapi bagi makna yang sumpah besar! And suprisingly they applied it. Alhamdulillah ya Allah. Jazakumullah again volunteers, sebab dah tolong menjayakan dan memeriahkan "keluarga hijrah" kita !! (wuu fireworkss hehe)

okay back to peserta pulak. Alhamdulillah dapat ramai juga walaupun banyak yang tarik diri last minit, it's okay lumrah program, aku dah lalui dari form 5 lagi so aku sepatutnya dah lali dengan benda tu. hehe. takpa, proses Allah menapis , hanya orang-orang terpilih saja yang berjaya menjejakkan kaki ke tempat program. Alhamdulillah kalau kita termasuk orang-orang pilihan Allah, eh macam tetamu Allah la pulak kan. Ya lah aku tau yang dah datang tu pun ada tugas, ada exam hari isnin, and aku sendiri pun ada kelas awal pagi Isnin, but we made it ! Alhamdulillah. Kalau kita luang masa untuk Allah, inshaAllah Allah bagi kita masa luang tu. Kalau kita kata kita busy, memang Allah akan bagi banyak benda nak buat. Hihi tht's why aku jenis susah nak cakap aku busy. belum tentu buat. no offended right gais!

And aku rasa banyak juga sambutan daripada peserta, I can see peserta yang betul-betul berminat
dengan program yang dibuat dan sangat aktif mengikuti setiap aktiviti dan slot, jazakumullahu khair antunna. kalau antunna takda, program ni takkan berjaya juga. ;) program ni untuk korang, sangat harap korang dapat banyak manfaat dan dapat aplikasi ilmu yang korang dah dapat dan jangan lupa sampaikan kepada orang lain, semoga jadi saham akhirat kita, dan orang yang memberi kita ilmu. Dan dalam program ni juga, bukan kita melalui proses menerima saja, bahkan volunteers dan peserta juga melalui proses memberi seperti sesi nadwah, mereka sangat berpotensi sebenarnya untuk menyampaikan pandangan dengan hikmah, sesi tazkirah ringkas juga sama, apa lagi dalam aktiviti latihan dalam kumpulan, nampak kerjasama dan mereka all out untuk berfikir dan memberi pandangan. mereka juga bukan setakat asah minda, tapi emosi juga sebab ada malam muhasabah, hypnoquran dan jasmani ada aktiviti outdoor jungle trekking di Coban Rais Malang. Mereka turut
berukkhuwah dan hidup dalam biah solehah yang terjaga daripada negativity inshaAllah. Alhamdulillah peserta sangat bekerjasam dan beri komitmen sepanjang program! Mabruk alaik gais.

Sangat teruja bila tengok ramai peserta yang tak dapat nak move on dan tak sabar nak tunggu Ohana Henshin 3.0 . Mungkin nanti program ni boleh jadi acara tahunan yang sangat didambakan akhawat yang bergelar student, untuk sesekali keluar dari dunia belajar dan explore something new out there kan! Thanks to all of you. Jangan serik tau join program macam ni, program khas untuk korang. kalau bukan korang yang datang join, siapa lagi kan? :) Semoga kalian tetap istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah ni tak kira apa yang berlaku, tetap tsabat dalam zaman yang akan kembali asing. Jangan takut dipandang "tak normal" atau "asing" daripada orang lain, kerana beruntunglah orang-orang yang asing pada zaman ini ! (tak caya ke? kan Teha dah sebut hadis tu waktu nadwah hihi)

Tak lupa juga jazakumullahu khair kepada JKSL sebab dah hantar muwajih yang best untuk kami,
dan isi slot-slot khas iaitu slot "Ijazah dan Risalah" dan slot "Fiqh Awlawiyat" . Aku pilih tajuk ni bukan sukahati pilih tapi based on situation di Surabaya dan Malang, semoga hadaf program ni tercapai dengan kefahaman yang korang dah dapat melalui slot ni. Sangat harap korang akan faham
dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. LDK and resolusi tu bukan buat saja-saja, tapi memang
nak korang faham dan apply it. untuk kebaikan antunna jugak kan? Mungkin selama ni ada yang
tertanya-tanya dan tak tahu apa solusi untuk masalah yang berkaitan dengan tajuk slot, alhamdulillah
kalau dah dapat jawab. :) semoga kita bukan setakat menjadi pelajar jurusan islam tetapi juga jadi pemuda yang qowiy dalam dakwah dan tarbiyah. jangan lupa dua benda ijazah dan risalah tak dapat
dipisahkan dalam hidup kita dan kita kena tahu dan bijak buat keputusan berdasarkan keutamaan!

Tak lupa juga terima kasih yang sangat banyak kepada sponsor program Ohana Hensin 2.0 iaitu Baitulmal Sarawak dan Ikram Sarawak! Jazakumullahu khair, tanpa dana dari mereka, dan orang-orang yang telah berinfaq ke tabung mereka, program takkan berjaya juga! Semoga jadi saham akhirat kita semua menjayakan program seperti ini! dan jazakumulllah juga untuk Tabung Dana Akhawat Surabaya dalam sponsor postage baju ohana wikwik :D terima kasih juga kepada Ikwans Akhawat dalam promotion Ohana melalui media sosial Ikwans dan mengumpulkan para peserta dengan jayanya! Dan terakhir terima kasih Mama Nida (murobbiah MAQ) sebab support dan jazakumullahu khair juga kepada nuqaba' sebab lead kumpulan masing-masing dan muayashah dengan mad'u kita, keep up the good works and good manners!

Aku happy tengok semua dah selesai tapi sebenarnya kerja aku yang belum selesai HAHA.
doakan aku gais dapat selesaikan tugas ohana aku dengan baik, dan volunteers jangan lupa kita
masih ada hutang post moterm tau, kita nak Ohana Henshin 3.0 lagi gempak daripada yang ni!
Last but not least, alhamdulillah tsumma alhamdulillah Allah for this memories on Ohana Henshin 2.0. Aku wakil pic and volunteers minta maaf atas segala kekurangan dan salah faham, hehe
thanks isi borang feedback tau! (belum baca sebab belum ready mental lagi hehe, takpa kalau
ada kritikan tu, semoga itu adalah kirtikan yang membina!) Jazakumullahu khairan katsiira semua akhawat ! <3 uhibbukunna fillah abadan abada !!!



it's a wrap ! <3


gambar dan video boleh lihat di Instagram Ikwans Surabya & Ohana Henshin :) 
terima kasih ya Allah! 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...