I'm back to my passion.
Assalamualaikum!
I am so excited to review a book named Aleppokalips by Inche Gabbana, Angel Pakai Gucci blog author. orang femes takkan tak kenal? Lagi-lagi dalam dnt. EH.
Okay first of all nak rate 4/5.
Kira dah bagus sangat dah tu. Takut kalau bagi 5 nanti ehem.
Bukan calang lah saya boleh habiskan novel dalam masa yang sangat singkat.
Dan saya lupa novel apa yang last sekali saya baca sebelum novel ni.
Kata IG, Akhi tu belum layak jadi novel, so yang ini lah paling pantas.
Sebab apa saya kata pantas, I am picky reader and I am slow to read a novel
than other non-fiction books yang macam motivational, cerpen. Haa kalau yang tu
saya memang laju ah. Hihi.
Jalan cerita Aleppokalips sangat best! Penuh debaran dan emosi.
Tapi saya tak nangis pun sebab babak yang sedih terganggu dengan
rengekan anak kucing yang baru berapa hari lahir menangis. Opps.
Okay takpa tapi itu tak menghilangkan mood saya.
Alhamdulillah I made it to end. Done reading dan puas hati dengan ending cerita ni.
Kalau boleh, nak ja request bole tak buat Aleppokalips ni jadi movie?
Mesti ramai orang minat nak tengok! Serious macam novel Hero by Hilal Asyraf.
Hamzah dan Salman ni boleh jadi hero yang luar biasa daripada kebiasaan
genre movie dan drama Malaysia. At least dalam ni ada jugak yang
buat saya
bangga dengan Malaysia bila TUDM bantu mereka di Aleppo!
Siapa sangka kalau buat movie boleh buka mata pemuda dan pemimpin negara di luar
sana kan?
Mula-mula baca agak typical jugak sebab sebelum ni baca Hiatus by Mato ,
sama ja budak study obesi, anak orang kaya, kurang kasih sayang bapa. Hihi.
Tapi bila dah masuk separa daripada pertengahan buku jalan cerita semakin cantik.
Dah dapat cover benda typical tadi tu. Mabruk!
What I got from this book storyline is that....
Sebenarnya bagus dah cara dakwah dan "DF" ustaz Abu Ayyasy tu tapi sayang sebab
fikrahnya belum benar. Ini antara anasir taghyir yang perlu dibantu untuk tidak
rugikan potensi yang ada pada diri dia. Eh masuk dnt sorry.
Lepas tu bila cakap pasal hidayah, memang kadang tak boleh jangka datang dari mana
dan datang dari siapa. Mungkin kalau ikut pengalaman diri sendiri datang dari sahabat.
Suka dengan semangat pemuda macam Hamzah walaupun banyak kekurangan ilmu dan
pengalaman, tapi usaha nak tahu kebenaran. pemuda macam ni masih wujud tak zaman sekarang?
kalau masih di mana kalian? Dan paling win kalau IG cerita pasal ukkhuwah.
Tak pernah tak win. Jeles sangat bila la boleh berukhuwah dengan seikhlasnya
seperti persahabatan Hamzah dan Salman. Memang Salman tu, ciri-ciri yang ada pada dia
sangat perfect untuk dijadikan sahabat dunia akhirat. How I wish I have one and I can be one too!
Lepas tu respect la sbb watak Hamzah ni tunjuk seorang lelaki yang fitrahnya memang cepat
tertarik dengan wanita dan even dah pernah couple secara tak halal, tapi bila dia dah dapat
kebenaran, dia berubah dan lebih respect kepada perempuan bila Hamzah bgtau Ahmad
Salleh yang dia nak kawin dengan Aiyla, dia tak bgtau pun dulu ke dengan Aiyla tapi
straight to her wali. Ini memang respect lah! Tu baru betul-betul gentleman. Hehe.
Daripada buku ni baru tahu ISIS tu sebenarnya macam mana..
baru dapat gambaran Daesh ni sebenarnya nak apa.. huhu.
seram sejuk juga bila fikir benda ni betul-betul terjadi di Malaysia juga.
dan baru tahu penyerang bom berani mati. sumpah gila, kerja tak masuk akal.
nampak macam pejuang tapi sebenarnya dah digunakan. kesian.
bila tahu ISIS ni hebat ajak anak muda masuk jihad mereka,
tiba-tiba termuhasabah dengan dnt dekat waqi' sekarang , masih lagi student.
memang semua pemuda. belum cukup lagi usaha dakwah nak tarik
pemuda kat luar sana! Jangan kalah dengan anasir tahgyir yang belum jumpa kebenaran
yang sebenar. kita yang dah jumpa kebenaran yang hakiki inilah perlu all out
lagi supaya nasib pemuda dan kaum muslim seluruhnya dapat diselamatkan.
memang jihad yang sebenar itu mengangkat senjata menyerang musuh,
tapi ikut kemampuan kita jihad sebenarnya ada di mana-mana.
tinggal kita yang memilih untuk benar-benar berniat jihad dengan apa saja
yang kita lakukan untuk Allah, rasul dan ummah!
Haa satu lagi suka dengan watak Hamzah sebab dia sangat aplikasikan ilmu yang
dia dah belajar kat sekolah. Memang bijak la budak ni. Dan eksaited tu bila baca kisah
Hamzah waktu kecil, jatuh basikal lutut berdarah & jatuh sampai koyak dagu!
exactly same with me Haha nakal sangat.
Yang paling menyentuh hati sebenarnya tentang kekeluargaan.
Saya selalu idamkan kasih sayang yang macam tu :')
pengorbanan orang yang betul-betul sayangkan kita tu sangat luar biasa!
bukan setakat family Dato' Sulaiman tapi family Ahmad Salleh pun best!
Itu baru baitul muslim sebenar.
last but not least, best! buatla movie please. haha
I am waiting for your next book!
I have all of it termasuk ini cerita pendek aku!
diehardfans inche gabbana :D
inche gabbana blh tlg ajar tips menulis dengan istiqamah?
No comments:
Post a Comment