Tuesday, 31 October 2017

Hamasah Yang Hilang?

Assalamualaikum readers yang osem.
Lama dah tak update, inshaAllah kali ni akan share something to ponder.
Hamasah yang hilang?
Hamasah tu apa? Hamasah tu adalah “semangat” , jadi maksudnya semangat yang hilang.
Semangat apa ni? Hilang ke mana?

Well, hamasah seorang syabab (baca:pemuda)
As we know, pemuda ni kuat dan penuh sekali dengan semangat!
Eh jadi yang tak bersemangat tu dah tak muda ke? (saya tak cakap keke)
Ke mana hilangnya hamasah dalam kalangan syabab zaman sekarang?
Apa saja jihad (baca:pengorbanan) yang telah disumbangkan oleh anda yang bergelar pemuda?
Ingat tak, orang pernah kata kalau di akhirat nanti Allah akan tanya 4 benda.
Dan salah satunya, “apa yang kita lakukan di masa muda?”
Emm agak-agak anda nak jawab apa ya?
Okay mungkin… jihad menimba ilmu (uish), atau power menggunakan social media yang semakin banyak dan canggih! (ohoi),
Atau tak ketinggalan mengikuti trend-trend zaman sekarang (amboi) atau tak pun kumpul duit supaya tua nanti dok rumah senang lenang (mak ai)

Tapi saya yakin anda sudah punya jawapan anda sendiri kan? Eh ke belum?
Jom saya ingatkan kembali tentang kod seorang muslim di dunia ni, iaitu 2:30 dan 51:56 .
Kod apa tu? Bukan kod, Cuma surah dan ayat surah tersebut.
Apa ada dalam ayat 2:30? Yes Khalifah, betul betul betul!
Allah anjur kita di dunia ni untuk menjadi khalifah (Bahasa ringan sikit: pemimpin) haa, anda sekarang sedang memimpin atau tak?
Ya boleh jadi seorang ayah memimpin keluarga, seorang PM memimpin negara, seorang imam memimpin makmum,
Seorang abang/anak lelaki memimpin saudara perempuannya, atau paling koman seorang manusia memimpin manusia lain. Hehe.
Jadi bila dah kasi contoh ni, harapnya anda muhasabah diri, adakah anda sudah menjadi part of leader that were thought in that verse?
Kalau belum, ayuh bangkitlah. Especially for youths, pemuda! Anda sangat diperlukan untuk memimpin anak muda di luar sana.
Lihat sahaja di dada-dada akhbar zaman sekarang, sangat banyak jenayah berleluasa, tak rogol, liwat, kebakaran tahfiz, buli,
Dadah dalam kalangan pemuda, vandalism, mengikuti trend yang ya Allah tah apa-apa sampai boleh mengundang maut.
Astaghfirullah. Mana pemuda ni? Mana hamasah asy syabab???
Sebab apa pemuda yang menjadi harapan? Sebab pemuda penuh dengan semangat, masih kuat dari segi tenaga,
Curiosity tinggi, mampu menegakkan yang haq dengan ilmunya!

Kod yang kedua adalah tentang pengabdian diri kepada Allah. Hidup untuk beribadah.
Dalam memimpin pun boleh jadi part of ibadah. Dan ibadah ni ada dua, ibadah khusus dan umum.
Khusus tu macam solat, zakat, haji and so on. Umum pula apa-apa yang kita niatkan kerana Allah,
inshaAllah boleh jadi ibadah. Sebelum tidur berdoa tu dah kira niat kerana Allah sebab nak recharge energy
supaya senang nak beribadah, berdakwah dan buat aktiviti lainnya yang bermanfaat.
Kalau hidup kita memang kita penuhi dengan ibadah, inshaAllah telah memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Eh apa kena mengena kod dengan pemuda? Dan semangat?
Ya lah, cuba amati situasi masyarakat sekarang ni. Pemuda mana yang mengutamakan pimpinan dan ibadah dalam hidup dia?
Ya memang study tak tinggal, tapi both of that things are more important and we need youths like that to lead the citizens.
Bangkitlah wahai pemuda! Tanggungjawab anda banyak di luar sana.
Kalau tanggungjawab yang dekat dan dalam circle yang kecil pun anda dah hilang semangat,
Mana nak buat tanggungjawab yang lebih besar di luar sana? Kena kuatkan core di dalam sebelum yang di luar.
Kena kerah pasukan pemuda ni supaya sedar dan sama-sama menyelamatkan dunia. (yeah serious talk)
Dalam nak memimpin jangan lupa hablumminallah dulu, beribadah mesti mantap baru Allah mudahkan pimpinan kita.
Don’t depend on others, don’t wait for others to do first!
“tu la orang kita, kalau orang tak buat kita pun tak buat, tak berani nak cuba” petikan kata-kata Teme dalam buku Arkitek Jalanan.
Jangan bagi sorang tolak sorang, bekerjalah di dalam satu saf yang sama! Baru kukuh. (as saff:4)
Titipkan rasa tanggungjawab dalam diri anda wahai pemuda, baru anda akan rasa semangat.
Dan titipkan rasa malu jika anda tidak mahu berkomitmen untuk ummah. Pemuda harapan ummah.
InshaAllah kalau sentiasa tajdid niat, semangat pemuda pasti sentiasa berkobar!

Wallahualam.
Dari penulis yang marhaen , mencuba menjadi seorang pemuda yang menjadi harapan ummah.

Kalau mereka boleh, aku juga boleh! 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...