Hari ini dah 18 Ramadhan, 2 hari lagi nak menjelang 10 hari terakhir Ramadhan.
Hmm, cepatnya masa berlalu, tapi amalan kita macam mana? Puasa kita?
Semoga kita masih bersemangat untuk berlumba hingga ke garisan penamat (Aidilfitri)
Bagi yang belum solat terawikh, masih ada 11 malam berbaki, ianya hanya special
di bulan Ramadhan saja tau!
Bagi yang belum khatam Alquran, masih ada masa lagi nak baca, tak yah laju-laju
yang penting tarteel. inshaAllah.
Bagi yang belum bersedekah, masih ada banyak waktu untuk melaksanakannya,
jangan lupa bayar zakat fitrah walaupun pkp, masjid dan surau tak buka tapi ada
banyak alternatif yang lain. online pun dah boleh sekarang!
Bagi yang belum bertaubat, there's still time as long as you are still breathing!
not just in Ramadhan but your whole life.
Semoga, semoga kita semua dikurniakan istiqamah walaupun Ramadhan bakal
berakhir, istiqamahlah dengan amalan-amalan kita sebagai saham akhirat nanti.
Istiqamahlah dengan kebaikan-kebaikan yang anda lakukan walaupun bukan di
bulan mulia. spread the postives vibes any time!
Cuma nya, ganjaran di bulan Ramadhan ini extra, Allah bagi lebih,
jadi tak hairanlah kalau bulan mulia ini kita bersemangat dan rajin.
Rugi lah bagi orang yang mensia-siakan pahala besar yang Allah janjikan.
cukup rasanya mukadimmah untuk hari ini hehe. semoga bermanfaat.
HypnoQuran? pernah dengar tak?
Bagi kawan-kawan yang sama tempat belajar aku mungkin tahu dan pernah
sekali di dalam dewan yang sama menyertai satu seminar terapi HypnoQuran
oleh geng Bahtera, senior aku di universiti dahulu.
Seminar tu macam kursus jugak lah atau pelatihan, training haa.
HypnoQuran ni salah satu projek senior aku untuk dia lulus dapat sarjana muda sosial.
Terapi ni dia yang jumpa, hampir sama lah seperti Quranic Healing. I guess.
Sebenarnya korang boleh buat sendiri terapi ni, especially bila korang berada
pada fasa yang "kurang happy" which is sad, frustrated, sinned, ashamed, dissapointed
and the list go on. Untuk kali ni, aku pilih fasa yang banyak buat dosa, nak bertaubat.
Sebab aku pilih fasa tu sesuai dengan ayat al-Quran yang digunakan sewaktu
terapi hypnoQuran diadakan. aku sangat tersentuh.
hypnoQuran ni tak lah macam hypnotis sangat, sampai kau berada dalam alam
bawah sedar (baca : unconciousness) dan kau boleh buat something under your
therapist control. tapi hypnoQuran ni boleh berlaku even kau masih sedar, concious.
sejak tu, ayat ni jadi ayat favourite aku tau bilamana aku rasa down dengan dosa
dan silap aku buat dalam hidup. well, we endure different type of trials and phases.
we do mistakes, again and again, and we want to repent.
okay, aku akan ajar sikit macam mana nak buat terapi ni sendiri.
okay first,
Senior ajar untuk tenang, duduk dengan selesa, tarik nafas bagi tenang.
buatla beberapa kali, duduk ke baring ke asalkan korang tenang, dan tenang.
Lepas tu senior akan bagi beberapa kata-kata untuk kita mula focus dengan diri.
Contohnya :
"Pejamkan mata anda, anggap anda sedang duduk bersendirian.
tarik nafas dan hembus, sampai rasa lega dan tenang.
Abaikan bunyi-bunyi yang mengganggu, sama ada bunyi kipas, bunyi kerusi,
bunyi kawan kat sebelah. abaikan. fokus kepada diri anda. fokus.
Apabila anda sudah berasa tenang, selesa dan fokus,
anda boleh cuba bayangkan dosa dan kesilapan yang anda telah lakukan.
dengan mata yang terpejam, anda bayangkan apa yang dah anda lakukan.
*masih dalam keadaan yang sama, kita sudah mula membayangkan dosa-dosa kita,
kesilapan yang telah kita lakukan, sama ada meninggalkan solat, mengumpat
seseorang dan mengejinya, tidak menjaga ikhtilat, meninggikan suara kepada
ibu bapa, mungkin kita pernah terjebak dengan zina, dadah dan arak,
atau mungkin kita pernah mencuri, membunuh seseorang,
atau mungkin sekadar dosa yang kecil tetapi jika sering dilakukan
akan menjadikannya dosa besar. bayangkan saja apa pun dosa yang
pernah anda lakukan dan anda ingin bertaubat daripadanya*
senior mula mengalunkan ayat 53, surah Az-zumar (39)
masa korang dah bayangkan tadi, korang bukak link youtube ni,
korang cuba tengok ayat dan terjemahannya sekali, dan lepas tu
korang ulang-ulang ayat ni beberapa kali sampai korang rasa hati tu semakin lembut,
semakin lama dengar semakin meresap ke dalam jiwa, sambil korang
bayangkan dosa-dosa tadi sambil korang memahami terjemahan ayat
seolah-olah Allah sedang bercakap kepada anda, hayatinya.
inshaAllah dapat melembutkan hati dan memberi semangat untuk terus bertaubat.
alamak blogger error taknak loading insert video.
korang cuba tekan link youtube ni je la.
okay sambung, lepas tu dah korang fokus, bayangkan dosa-dosa,
lepas tu bukak youtube tu, dengar berulang-ulang kali sambil memahami terjemahannya,
sampai la hati korang rasa lembut, mengalir air mata taubat.
lepas tu bila korang dah rasa puas, korang dah bercakap dalam hati, ampunkanlah aku
ya Allah, ampunkanlah aku Ya Allah, ampunkanlah aku....
aku telah melampaui batas terhadap diriku sendiri ya Allah, ampunkanlah aku.
ampunkanlah dosa-dosa yang telah aku lakukan ya Allah...
bantulah aku, hambamu untuk memperbaiki kesilapan diri ini ya Allah
ya Allah ya Rahim ya Rahman...
ampunkanlah dosa-dosa laluku....
perlahan-lahan buka mata, kesatlah air mata.
tarik nafas, duduk dengan selesa.
(terapi bersambung, tambahan dari aku sendiri)
nak ceritanya, waktu tu aku menangis tau. walaupun rasa macam malu, sebab senior tu
terapis kan, mesti dia tengok semua peserta-peserta yang diterapikannya.
tak tahulah mungkin sebab aku sendiri yang betul-betul nak diterapi masa tu.
datang memang la dengan kawan-kawan ramai, tapi dah ada peluang, fokuslah.
dan dalam masa yang sama aku merasakan ada dosa-dosa yang buat aku down.
jadi memang ngam lah! dengan bantuan suara dia yang boleh tahan la macam
syaikh mansur tu jugak (rujukan dia), Allah bagi lembut hati aku, rasa keinsafan.
somehow I think this is a good therapy for repentant. untuk orang yang nak bertaubat.
see ya part II.
No comments:
Post a Comment