Tuesday, 5 May 2020

Forgiving Heart

Assalamualaikum.
Fasa pertama Ramadhan dah pergi. Kita sekarang berada di fasa kedua.
Jadi, don't waste it!

Kalau korang belum lagi start baca Alquran , masih sempat tau.
Kalau korang belum dapat solat on time, masih boleh cuba.
Kalau korang belum bertaubat, Allah masih tunggu tau, sweet kan Allah :)
Kalau korang belum minta maaf kat orang yang korang buat salah, atau
korang belum maafkan orang yang dah buat salah kat korang, pun masih
belum terlambat!
Selagi masih dapat bernafas, selagi itu lah masih ada kesempatan.
Apalagi di bulan mulia ini, bulan penuh barokah, bulan dipenuhi ibadah,
bulan bercahaya, bulan penuh pengampunan dan bulan paling sesuai untuk
bertaubat dan berubah, make a turning point now. :)

Alhamdulillah masih dapat berada di bulan Ramadhan tahun ni, hari ni.
Jangan lupa ucap syukur. puji dan syukur hanya ke hadrat Ilahi.

Emm sebenarnya nak cerita sikit, eh nak share sikit kot.
Kisah tentang kemaafan atau forgiving.
I am truly sorry, forgive me.
I made a huge mistake, let it slide please.
I will accept your sorry.
I forgive your mistake.
Don't do it again.
Sounds familiar right?

Dalam kehidupan kita ni, pasti kita tak lari dari masalah,
tak lari dari kesilapan dan dosa, tak lari dari salah faham.
Begitu juga dengan orang disekeliling kita,
mereka juga tak jauh daripada masalah, salah faham,
kesilapan terhadap kita, dosa terhadap kita dan kepada Allah juga.
That's life, human are born to be test and every people tested differently.
And not to forget that Allah mention this in one of the verses in Quran, which is :

"Dan kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan
orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami
jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain,
supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah)
adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Furqan : 20

Allah dah state sebagian dari kita adalah sebagai ujian dan cubaan untuk
sebagian yang lain. Maksudnya manusia juga diciptakan untuk menjadi
ujian bagi manusia yang lain, adakah kita nak bersabar?
Allah bagi manusia untuk bermasalah dengan kita, kita sabar tak?
dan... Allah bagi kita untuk jadi masalah kat dalam hidup orang lain, kita sedar tak?
Haa lebih kurang macam tu lah kan, kalau fahaman kita secara umumnya.

Pernah tak kita, betul-betul rasa nak minta maaf atas kesalahan yang kita buat kat orang?
Tapi orang tak layan, dan tak maafkan kita? Pernah tak rasa keadaan tu?
Mesti rasa serba salah kan. rasa tak sedap hati, rasa apa lagi eh?
and on another side, bila ada orang yang buat jahat kat kita sampai kita susah
nak maafkan orang tu, bila dia minta maaf, kita tak nak layan pun,
kita kata kita taknak maafkan orang tu sampai bila-bila! Pergh super saiya sangat ni.
Eh gurau je, no offended.
sebenarnya aku blur ni, nak susun ayat haha. jap, aku share something la,
nanti dapat sambung apa yang aku nak sampaikan.

"Menghadapi orang sulit selalu merupakan masalah
terutama jika orang sulit itu adalah diri kita sendiri
jika kita merasa bahawa semua orang memiliki masalah dengan kita,
tidakkah kita curiga bahawa diri kita inilah masalahnya?"
- Petikan dari buku Dalam Dekapan Ukhuwah by Salim A. Fillah -

Jap tadi aku cari bab yang sesuai, nak bagi idea tapi terbaca pulak bahagian
bab yang betul-betul cun dengan tajuk blog ni.
Bab "Thalhah, sebuah kenangan atas cinta"

"kita semua, anak Adam, pernah melakukan kesalahan
dalam dekapan ukhuwah, kelembutan nurani memberi kita
sekeping mata uang yang paling mahal untuk membayarnya
di keping uang itu, satu sisi bertuliskan "akuilah kesalahanmu"
sisi lain berukir kalimat, "maafkanlah saudaramu yang bersalah"

Haa kita review sikit.
Dalam bab ni dia cerita tentang kisah sahabat-sahabat Rasulullah yang
pernah buat silap, wei kesalahan mereka bukan calang-calang tau,
kesalahan membunuh dan suka terhadap isteri orang.
kisah Khalid al walid yang membunuh Bani jadzimah yang telah berserah diri
dan mengecewakan Rasulullah dan sahabat yang lain tapi bagaimana respon
Rasulullah? Baginda berkata kepada para sahabat agar berhenti menghina
dan mencela khalid, malah gelarannya sebagai pedang Allah juga tidak dicabut!
Betapa sabarnya Rasulullah terhadap kesilapan besar Khalid, satu kesalahan
besar Khalid tidak melenyapkan seribu kebaikan yang lain di mata Rasulullah.
Dan kisah Thalhah, yang berbincang dengan Aisyah, isteri Rasulullah dan
menimbulkan rasa tidak senang pada Rasulullah lalu Aisyah disuruh masuk ke bilik.
Thalhah pun ada niat nak menikahi Aisyah jika Rasulullah wafat.
Maka turunlah wahyu untuk menegur Thalhah di dalam Surah Al-Ahzab :53
Thalhah yang mengakui kesalahannya terus menangis, lalu memerdekakan
hamba, menginfaqkan 10 untanya di jalan Allah dan menunaikan umrah dengan
berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
tetapi Thalhah melakukan kesilapan kali kedua dengan mengajak Aisyah berperang
bersama setelah kewafatan Rasulullah. Maka hal ini ditegur oleh Ali bin Abu Talib,
Ali berkata apakah kau tahu wahyu kemarin diturunkan untuk engkau Thalhah,
maka mengapa sekarang engkau membawa Aisyah turut berperang?
sekali lagi Thalhah mengakui kesilapannya, menangis dan berasa sangat malu dengan
tindakannya. setelah itu mereka sepakat untuk berdamai, dan pada perang melawan
musuh, Ali dengan sedih menggali kubur untuk dua sahabat terchintanya yang
gugur di medan perang. maka lahirlah puteri Thalhah dan Ali membisikkan kepadanya
"nak, aku sungguh berharap agar aku dan ayahmu termasuk orang-orang yang difirmankan
oleh Allah di dalam Surah Al-Hijr : 47

"Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka
merasa bersaudara duduk berhadapan di atas dipan-dipan"

Wah alangkah indahnya persahabatan ini. perhubungan ini.
Saling membuat salah dan saling memaafkan.
Berani mengatakan yang benar (teguran) dan berani mengakui.
Saling mendoakan, meminta maaf dan memaafkan.

Korang pernah tak rasa situasi macam ni?
To be honest, I have endure this, just before I post this entry.
and just before I found this story in that book. ;)

Bagi kita mungkin kesalahan orang pada kita tu, sangat sakit, perit, ada parut yang tak hilang.
Bagi kita mungkin memberi maaf itu seperti hilang nya kuasa yang paling ampuh.
Bahkan sebenarnya kita salah! Justeru memaafkan itu merasakan suatu kelegaan,
memaafkan itu suatu kedamaian, memaafkan itu suatu keajaiban.
Aku tak tahu kenapa aku terdetik nak cari orang yang buat salah kat aku.
Aku tak tahu kenapa aku terdetik nak minta maaf kat orang yang aku rasa both sides wronged.
Aku tak tahu kenapa bulan ni aku ada satu goals yang bagi aku unik, tak tau dari mana
datang idea (last Ramadhan aku share apa goals tu).
Bila aku cuba cari orang yg buat salah kat aku long time ago, aku cuma berserah kat Allah
saja, apakah dia akan respons atau tak. Tapi bila dia betul-betul respons dan mengakui
kesalahannya dan mahu memperbaikinya, Allah! Allah! Allah!
Rasanya tak dapat digambarkan. Aku menangis ya Allah, aku rasa lega.
Rasa macam akhirnya Allah dengar apa yang aku nak selama ni, mungkin sebelum ni
cara aku tu yang salah. Syukur sangat, tak tahu nak explain macam mana.
Just aku nak cakap, kalau ada orang nak minta maaf kat kita, don't ignore it.
Kalau kita rasa susah nak maafkan orang, periksa balik hati kita.
Betullah orang kata Hablumminallah, hablumminannas. jika kita perbaiki hubungan kita
dengan Allah, inshaAllah Allah akan perbaiki hubungan kita dengan manusia.
Nak ceritanya, sebelum aku cari orang yang buat salah kat aku, aku cuba mintak maaf
kat seorang yang aku mention kat atas (both sides wronged) maksudnya dua-dua ada salah
tapi aku nak cuba minta maaf, niat aku nak free. free from hatred and revenge.
tapi orang tu tak nak layan pun, mungkin juga taknak maafkan aku. so aku terfikir lah jugak
macam mana orang yang buat salah kat aku tu kalau dia nak minta maaf kat aku tapi
takut aku tak maafkan dia. Ouch, I know how it feels. and unfortunately, today aku cari
orang yang buat salah kat aku (different person), tup tup dia respons ya Allah aku happy
sangat. tak tergambar dengan kata-kata. I don't know why.

Entah, mungkin itu lah yang dinamakan forgiving heart.
Itulah perasaan yang Allah beri jika kita melapangkan dada memaafkan kesilapan orang.
Itulah hadiah termulia bagi orang yang sanggup merendahkan egonya, memberanikan
diri menjadi baik seperti teladan Sang Rasul.
Entah mungkin sebenarnya Allah yang menuntun hati untuk memaafkan.
Daripada hari tu tengok tadabbur juz 9, ada tentang kemaafan.

"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh"
Al-A'raf : 199

Lepas tu teringat pulak kita dah kat fasa kedua, fasa apa tu? Fasa pengampunan.
Ya Allah, siapalah aku tak memaafkan salah orang sedangkan Allah Maha Pengampun.
rasa berdosa pulak bila musahabah diri kita ni berdendam, taknak memaafkan orang :(
tapi kan aku nak bagi satu tips lah inshaAllah.
kalau kita nak maafkan orang tu memang bukan senang, apatah lagi kesalahan orang
tu cukup besar dan bagi impak besar kepada kehidupan kita.
cubalah perbaiki diri sendiri. cuba dekat dengan Allah. cuba banyakkan amalan wajib dan sunnah.
dan cuba sucikan hati, bersihkan hati, lembutkan hati.
muhasabah diri banyak-banyak, dan kena jelas kenapa kita nak maafkan orang tu.
dan bila kita maafkan orang tu, kita kena tanam rasa nak berdamai dan berbaik semula.
dan jangan lupa mintak doa kat Allah, inshaAllah Allah akan bantu :)

Last but not least, aku bagi sikit puisi "Forgiving Heart" yang pernah aku nukilkan bulan
Ramadhan 2018 dekat persatuan pkpmi official.


aku tak sangkat ayat last tu , huaa mana tisu???
doakan aku tau, supaya jadi seorang yang pemaaf. ;)
nak promote sikit, kalau korang ada masalah dengan manusia,
korang baca lah buku Salim A. Fillah tu, Dalam Dekapan Ukhuwah.
buku tu memang dah jadi pemujuk hati aku bila ada masalah besar dengan manusia. 
semoga bermanfaat. 
ramadhan kareem!!!




No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...