Monday, 27 April 2020

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum. 
Selamat menyambut bulan Ramadhan
penghulu segala bulan
bulan yang mulia
bulan berpuasa
bulan meningkatkan amal
bulan bertaubat. 

Any other name for it? Hehe. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Q.S. Al-Baqarah/2: 183)
telah diwajibkan ke atas kita orang islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan kecuali mereka yang termasuk di dalam kategori tidak boleh berpuasa iaitu uzur, musafir dan haid serta nifas. Jadi awak yang tengah baca ni puasa tak? :)
Jom kita revise balik tentang Ramadhan. apa yang spesial? 
Ramadhan ada tiga fasa iaitu fasa pertama (1-10 ramadhan), fasa kedua (11-20 ramadhan) dan fasa ketiga (21-30 ramadhan). 
Aishah Radiyallahu 'anha berkata : Bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk (fasa ketiga Bulan Ramadhan)  sepuluh hari terakhir beliau bangun dan solat sepanjang malam dan membangunkan keluarganya serta tidak mencampuri isterinya (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi Ramadhan ada  fasa :
Fasa I : Rahmat dari Allah
Fasa II : Keampunan
Fasa III : Bebas daripada api neraka
Ramadhan juga spesial sebab ada malam lailatul qadar :
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar/97 : 1-5]
Jadi pada fasa terakhir tu kita kena struggle sikit sebab semua orang nak buat preparation untuk raya kan, dan dalam masa yang sama lebih banyak ganjaran dan keistimewaan pada fasa terakhir ramadhan, tetapi jangan abaikan fasa pertama dan kedua, kenapa?
keistimewaan ramadhan :
- pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup (malaikat turun ke bumi dan bulan ni lah mereka sangat sibuk, kenapa sibuk? sebab orang ramai berlumba-lumba melakukan kebaikan dan ketaatan "fastabiqul khairat" jadi malaikat are so busy to mark their pahala. ;)
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka."  Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898 (7)
“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup
Hadis Riwayat Bukhari dalam sahihnya, Hadis no. 1899 (8)
-mustajabnya doa  (doa sepertiga malam, doa orang berpuasa, doa menjelang berbuka) jadi bulan mulia ni, nak doa apa, doa ja banyak-banyak, kena yakin doa didengar oleh Allah, dan istiqamah berdoa sampai dapat. 
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)
-ganjaran pahal dilipatgandakan (bayangkan kalau baca alquran, selalu satu huruf satu pahala, kalau baca waktu ramadhan satu huruf 10 pahala? walawehhh tak ke rugi kalau tak baca?)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)(3)
- dosa-dosa lalu diampunkan (bayangkan banyaknya dosa kita sebelum ni kalau kita bertaubat dan minta ampunan daripada Allah necaya Allah mengampunkan segala dosa yang telah lalu)
“Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim)(4)
- solat sunat tarawikh (solat ni just dalam bulan ni ja, xdapat nak buat bulan lain. so do grab this opputurnity while 26days left. kalau tak dapat pergi masjid pun kan boleh jemaah kat rumah, perempuan pun boleh jadi imam kepada perempuan kalau tak ada lelaki di rumah, juga boleh buat solat tarawikh sendiri :))

okay kalau perkara sunnah pada bulan ramadhan pulak apa ya?
~ tadarus dan mengkhatamkan bacaan alquran
~ memperbanyak sedekah
~ solat sunat tarawikh
~ mendekatkan diri dengan Allah atau beriktikaf (RMO ni di rumah je )
~ bersahur dan melewatkannya
~ memperbanyak doa
~ menyegerakan berbuka (on time, bukan sebelum waktu azan maghrib ya )
~ menghidupkan 2/3 malam
~ berbuka dengan makanan atau minuman yang manis, kurma

okay that's all for today's blog entry.
semoga kita berlumba-lumba dalam meraih ganjaran ramadhan
biarpun di rumah dan tidak dapat keluar , bekerja dan belajar,
maka inilah rahmat Allah paling istimewa untuk kita!
kita ada banyak masa di rumah, kita boleh perbanyakkan amal sebagai saham akhirat, kita boleh fokus berdoa kepada hajat hajat kita, doa supaya pandemic covid-19 akan berakhir tidak lama lagi, kita boleh cuba pelbagai menu sambil bersedekah dan tak membazir sebab tak ada bazaar ramadhan, kita boleh berjemaah dengan keluarga, kita boleh makan bersama dan meluangkan masa banyak bersama keluarga, kawan-kawan. yang sentiasa sibuk bekerja tahun-tahun lalu, tahun ni lah Allah bagi peluang!
jangan sia-sia kan ramadhan teristimewa tahun ni. :)

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...