Taqabbalallahu minna waminkum, syiamana wa syiamakum,
kullu 'Am wa antum bi khair. Masih seminggu Syawal kan.
Ada lagi 3 minggu, boleh buat puasa 6. Tak berterusan pun tak apa :)
Puasa 6 dulu, baru qadha' puasa pun okay boh! ;)
Apa kabar ibadah anda, amalan anda dah seminggu Ramadhan tinggalkan
kita? Semoga sentiasa istiqamah, walaupun berkurang tetapi berterusan.
Blog kali ni pada bulan Syawal, pasti nak buat tribute untuk Ramadhan
paling special tahun ni kan hehe.
Kalau untuk aku, Ramadhan dalam pkp dan pkpb ni sangat special.
Bak kata ustazah dalam Forum Perdana tadi, kita ada banyak sangat
masa "me time" dengan Allah, betul tak? setuju tak?
Ya aku akui, kalau sebelum ni, aku mungkin masih belajar, kadang letih
malam terawikh kat rumah saja, baca Alquran pun setakat yang mampu
tak sampai satu juz. Tak pun, busy dengan aktiviti di rumah tah pape haha.
Tapi Ramadhan kali ni, aku mula rasa risau juga tau sebab bagi aku dulu
kalau terawikh kat masjid baru ada feel Ramadhan. Tu la point paling
penting untuk naikkan semangat dan keimanan aku cewah poyo betul.
Haa tapi untuk Ramadhan dalam pkp, mana boleh pergi masjid!
Aku risau jadi timbul idea (pastinya ilham daripada Allah) untuk buat
satu group sharing sessions, so aku ajak la kawan-kawan aku masuk aku 6 orang.
Aku pilih yang memang aku yakin mereka boleh bagi komitmen, dan aku
percaya mereka akan sambut baik ajakan aku ini (pastilah juga ini ajakan
oleh Allah yang memegang hati manusia ;) dan ini juga pasti pilihan Dia )
Dalam group tu aku tanya persetujuan mereka dahulu sebelum aku add masuk
group, aku survey tanya sorang-sorang, ada sorang ja yang undur diri awal
sebab dia tak yakin boleh komit, but guess what, I'm not sad but I am happy
that she also share banyak benda kat twitter, whatsapp status and facebook dia.
Alhamdulillah mungkin dia dapat komit yang itu ja, yang lain dia mungkin
buat ikut goals dia. semoga Allah berkati sharing kamu sahabat <3
Oh sambung, dalam group tu kami ada goals.
Aku memang set kan goals supaya kami jelas dan mampu buat (terjangkau lah, possible
to be done hehe) kami kena share anything asalkan bermanfaat setiap jam 10 malam.
Nak cerita, ya Allah aku tak sangka sharing mereka ni memang bagus gila!
Ada yang kita tak pernah tau, ada yang kita selalu pandang enteng padahal kita
buat salah tau! Ada yang menusuk kalbu, berair mata apabila baca dengan hati.
Fuhh aku ingatkan sekadar share resipi makanan ke, review buku ke atau motivational
quotes ke atau video apa apa lah, rupanya lebih lagi dari tu! Even better than
I imagined mashaAllah tabarakallah... aku jadi segan pulak sebab aku share yang
beshe-beshe ja. Hehe
Second goals is one day one juz, tapi kami target 20juz ja sebab kan perempuan period
takut tak terkejar. Aku sendiri kalau nak tahu, aku tak pernah nak ikut ODOJ ni, sebab
aku tau aku tak rajin (kuat) baca Alquran. So kami update la setiap malam tu juga, kami
berjaya tak baca satu juz pada hari tu, ada ja kadang kami tak habis sambung esoknya :)
Tapi kan korang percaya tak, huaa I wanna cry, I managed to khatam the last day T_T
Ya Allah aku tak sangka aku mampu sebenarnya, tambah dengan semangat bersama
group "Ramadhan Kareem" ni. Bila aku ajak, aku bear in mind "kau dah ajak orang kau
kena buat baik-baik tau, kena capai target!" dan kawan yang lain pun macam tu jugak,
mereka kata ada group ni rasa macam push jugak , push dalam erti kata positive, ada
rasa tanggungjawab nak baca Alquran tu, kalau tak habis satu juz tu rasa bersalah ,
alhamdulillah aku percaya tu sebenarnya rasa yang Allah hadirkan supaya kita bersemangat
terus manambah amalan di bulan Ramadhan lebih dariapada biasa ;) ada kawan aku sorang
dah share awal yang dia pun sama kurang baca Alquran, atau memang tak sekuat orang lain
dapat senang one day one juz, we're in same boat babe :D alhamdulillah we managed to
achieve our goals! aku yakin semua dah lepas target, alhamdulillah ya Allah.
Entahlah dari aku bfg, aku nak cuba rajin baca Alquran balik tu, nak tau cara? Haha
aku pergi ambik rehal dan mushaf Alquran yang aku guna waktu zaman budak-budak
dulu belajar ngaji dengan ustaz yang datang rumah. Tak tahu lah, cara tu memang bagi
aku semangat nak baca Alquran, mungkin ada benarnya orang kata baca guna mushaf
ni feel dia lebih sikit daripada baca dekat Alquran terjemahan atau dekat fon punya, kan?
Ada juga aku dengar sebaya aku cakap mak mereka dah khatam awal dari mereka,
ya Allah malunya kita orang muda ni tak laju macam makcik pakcik :(
Third goal, kami akan update zikir istighfar 100 kali sehari. Rasa macam banyak kan, tapi
kalau korang bahagikan setiap satu solat wajib baca 20 kali pun dah cukup hehe. Jadi
alhamdulillah zikir ni semua senang buat, semoga dah jadi biasa mulut kita untuk dibasahkan
dengan zikir istighfar ni sebab kita boleh kata setiap hari ada ja silap atau dosa kecil yang
kita buat tanpa sedar. zikir lah selalu, aku kadang lepas solat terus doa ja, tapi bila ada goal
yang ni, at least sebelum atau selepas aku doa aku selitkan zikir ni 30 kali. Biar lebih
asalkan tak kurang, aku kalau nak cakap ikhlas atau tak, betul-betul hayati atau tak zikir
ni, aku rasa tu Allah ja dapat nilai. Even nak kata diri sendiri ikhlas, pun macam tak tahu
aku ni ikhlas ke tak sebenarnya. Takpa, kita buat ja. ikhlas atau tak tu luar kawalan kita,
macam puasa juga, biar Allah saja yang nilai. Kalau bab zikir ni aku tak nampak sangat
apa hasil atau effectnya, tapi aku percaya ada cuma aku yang tak sedar hehe. Mungkin
dekat orang lain dapat melembutkan hati, tundukkan diri depan Allah dan mengaku atas
kesalahan dan dosa yang dilakukan, macam mendorong diri untuk bertaubat. Kita manusia,
memang tak lepas dari dosa dan kesilapan, kelalaian. Aku dok selalu ulang kan, sebab
aku tau kita memang tak mudah lepas dari benda ni, aku ajak korang amalkan istighfar
setiap selepas solat, banyakkan dari biasa sedangkan Rasulullah yang maksum pun
isitghfar 100 kali "salahkah aku nak jadi hamba yang bersyukur?" kata baginda, ya Allah
apalagi kita yang manusia biasa. Aku amazed dengar ada orang cuba buat 1000 kali sehari,
walaweh! Tu lagi best. Kalau mampu apa tunggu lagi?!
Fourth goal, kami buat sharing session via video call (Google Hangout) dan ajak someone
untuk bagi sharing, once a week. Ya Allah alhamdulillah you helped us to fulfill all those
four in a month! Kami dapat ajak dan buat sharing via VC empat kali, walaupun yang ni
ada seorang ahli tak dapat join sebab line kat kampung dia tak okay, tapi kami akan share
balik kat dia melalui tulisan dan audio haha, at least dia dapat jugak inti sharing tu!
Ada jugak kawan yang lain tak dapat join pada sharing vc atas sebab tertentu, tetapi vc tetap
jalan dan mereka pun tetap dapat inti sharing tu. First sharing tentang perang Badar, second
tentang syukur dan redha, third tentang kita dengan Alquran dan last but not least, tentang
solat, sedekah (zakat) dan sabar. Perang Badar tu seperti yang kita tau terjadi waktu Ramadhan,
tak semua yang kita rancang, akan terjadi lancar ja. Kita jangan lupa Allah juga merancang,
Allah rancang mereka bertempur dengan bilangan musuh yang lebih banyak dan Allah
bantu , sweet kan Dia bagi rasa ngantuk, bagi hujan renyai rasa sejuk, bagi rehat sebelum
berperang. Dari kisah syukur dan redha tu, aku paling terkesan bila pakcik tu cakap lebih
kurang macam ni la "kenapa kita nak sedih kalau Allah dah kata tu memang bukan rezeki kita?"
Ya Allah we always questioning why me ya Allah, why this very hard trials you gave me?
T_T siapalah kita nak menolak ketentuan Ilahi . Syukur lah selalu, dan belajar redha.
Daripada share tentang Alquran tu dipetik dari buku seni berfikir yang hilang, kita sebenarnya
sangat kurang berinteraksi dengan Alquran, kita tak jadikan Alquran manual kehidupan kita,
jadi lepas ni kita kena buat Alquran jadi bff kita yang setiap hari kita nak baca, kita nak
belajar tadabbur dan ambil manfaat daripadanya. Dan yang terakhir kami ni baru dapat tau
yang bayar zakat tu walaupun kau belum kerja, kau boleh bayar sendiri tapi make sure
duit tu sumber yang halal. Kalau nak bayar sendiri boleh mintak izin ayah cakap ayah saya
ada duit, saya nak mula bayar zakat sendiri, boleh kan yah? Mesti ayah bangga kat korang
haha, kami gelak sebab semua baru tahu. Untuk vc terakhir ni kami dapat nama baru, haha!
Geng gerak khas sebab akak tu tanya siapa je geng gerak khas ni, yalah sebab korang
macam khas sangat :D Alhamdulillah aku yakin Allah tak hantar orang
saja-saja nak bagi sharing tapi memang nak sampaikan sesuatu kepada kami, nak sentuh
kembali hati-hati kami ni terutama aku, yang dah lama lemau.
Alhamdulillah selain tu, apa yang aku suka waktu Ramadhan adalah, keluarga aku akan
makan satu meja pada waktu yang sama, sebab kalau waktu biasa mak makan dengan bapak,
aku makan dengan kakak, sekali adik , kadang abang join. tak sama waktu makan. atau kadang
kalau dah lapar dan penat lepas masak terus makan haha! Waktu Ramadhan jugak alhamdulillah
kami masih dapat solat terawih jemaah, macam-macam pengalaman jemaah
kat rumah, alamak aku rindu T_T jap tisu mana? Ya lah aku appreciate sangat
masa macam ni sebab aku tahu I was not born in "so religious" family,
aku bersyukur sangat ya Allah. Dua benda ni paling aku suka dan syukur sangat, thankyou Allah ;)
Dan pagi raya pun kami berpeluang solat jemaah alhamdulillah, I managed to follow all
the sunnah alhamdulillah. mandi sunah, sarapan, solat sunat aidilfitri, bermaafan bervideo call
dengan abang yang tengah kuarantin nak turun laut, kakak yang tak dapat balik rentas negeri
tanpa sebab munasabah. Alhamdulillah Allah kirim rasa syukur dan bahagia. Tak lupa doakan
keselamatan juga kepada kakak ipar yang dah sarat mengandung, tak lama lagi jadi imoo
(baca : aunty) yeay!
hehe doakan.
Balik kepada group "Ramadhan Kareem" ya Allah aku takkan lupa kenangan Ramadhan
during MCO ni, kita risau tak semangat tetapi Allah bagi diluar jangkauan ya Allah alhamdulillah.
Aku rasa nak nangis ja bila kenang komitmen mereka T_T they are so kind, yet very
supportive and inspired me :) semoga Allah berkati segala usaha dan amalan kalian,
semoga kalian menjadi saksi perjuangan kita untuk menjadi individu muslim yang lebih baik
dan menjadi sahabat sorga untuk aku ;) terima kasih, jazakunallahu khairan katsiira
geng gerak khas Ramadhan Kareem ! Aku tak sangka sangat Allah bagi ilham, bagi pinjam
makhluk baik dan kirimkan penyampai sharing yang best-best semua! Special thanks to Allah,
to them also , ana uhibbuki fillah abadan abada. semoga dapat bertemu dan berjuang lagi di
Ramadhan akan datang, amiin ya Rabb!
Oh aku lupa, aku ada dua lagi goals yang aku berjaya buat. wah penat dah jap. sambung esok :D
okay, meh sambung haha.
First goals aku, aku tetiba dapat idea nak contact sorang bff aku yang memang dah 3 tahun
lost contact. So before Ramadhan start, aku dah senarai nama-nama orang yang aku
akan contact dalam bulan Ramadhan. Ada 30 hari means ada 30 orang! hehe
tapi aku ada hari tak da contact orang, just at the end of month, I make sure to contact
all 30 persons. Tak kisah la siapa, kawan aku ke, naqibah aku ke, atau lecturer aku ...
Nak jadi cerita, tak semua pun balas chat aku ni haha sobs. aku memang pilih yang dah
lama aku tak contact tanya khabar more than 2months ada yang paling lama tu la 3years,
tup tup dah beranak dia haha kawin dia pun aku tak tahu teruknya aku haha.
Ada yang sekadar jawab salam, haha ada yang lambat respon tersenyum jugak aku,
ada yang memang excited gila nak bercerita dengan aku, ya Allah I've appreciate it so much!
And, ada juga berkaitan post aku yang
aku cuba contact dia, nak cakap yang aku maafkan dia alhamdulillah dia balas :)
dan aku juga ada cuba contact orang yang aku nak minta maaf, tapi tak kesampaian :D
issokay hehe, tapi mostly I'm happy to contact all of them, like I'm happy too when
someone ask me too . Aku rasa bahagia bila orang happy aku kembali tanya kabar mereka.
rindu tu tak dapat nak cakap, lagi-lagi yang pernah rapat kan.
ada sorang special tanya kabar siap bagi video, alhamdulillah walaupun aku tak
mengharap balasan dari dia tapi dia balas juga katanya nak menyempurnakan aidilfitri
bermaafan seperti standard nya hari kemenangan itu cewah :D
Kalau korang baca ni, dan korang rasa aku ada chat korang tetibe bulan ni, haa
korang lah masuk list aku tu !
Second goals yang berjaya jugak adalah aku aim update blog ramadhan series.
sama macam vc, once a week kena update blog. sebab nak aktif balik menulis kan,
susah jadi penulis buku, kita jadi penulis aktif blog pun boleh!!!
semoga Allah berkati tulisan aku dan bermanfaat untuk yang baca :)
terima kasih tau dah baca tulisan aku yang marhaen ni hehe
And last but not least, I am blessed too, dapat dengar crush punya
tadabbur alkahfi, haha aku tak missed satu pun, cuma aku tak on time dia live.
alhamdulillah dapat jugak ilmu, kalau rajin aku buat mind map ringkasan tadabbur
alkahfi hehe.
baiklah, sekain saja untuk tribute Ramadhan 1441H, very special Ramadhan
yet we always complaint it will be less because tak dapat pergi masjid, tak ada
bazaar, tak dapat beraya sakan haha. tak dapat nak iftar jamaie, iftar dengan kawan kawan.
tapi kita pakat buat masak sedap sedap cuba menu baru hoyeahhh!
Semoga bermanfaat hendaknya .
No comments:
Post a Comment