Assalamualaikum..
Post ni saya ambik dari Solusi..
sangat menarik dan ingin pula nak share sebab
rugi kalau saya sorang yang tahu..
tak lah saya sorang yg baca solusi.. :)
Allah menciptakan 7malaikat sebelum menciptakan
7 langit dan bumi.
Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.
Pada setiap pintu-pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia
akan ditahan oleh mereka utk memastikan sama ada amalan
manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya
ataupun sebaliknya.
PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat membawa amalan seseorang hamba yang
mempunyai nur seperti cahaya matahari.
Berkata malaikat penjaga pintu langit ,
"Pukullah amalan ini ke muka orang yg mengerjakannya.
Akulah malaikat penjaga GHIBAH(MENGUMPAT).
Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan
orang yg mengumpat itu dpt naik ke langit seterusnya."
nauzubillah.. see! kalau mengumpat je dah amalan tak diterima..
itu baru langit pertama..
ya Allah, jauhilah aku daripada gangguan syaitan
dan perkara yang membawa kepa ghibah ini..
PINTU LANGIT KEDUA
Selepas berjaya melalui pintu langit pertama,
malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dgn membawa
amalan yg dilihat baik dan banyak. Kata malaikat,
"Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka
org yg mengerjakannya kerana dia
BERHARAP AGAR DENGAN AMALANNYA DIA MENDAPAT
KEUNTUNGAN DI DUNIA"
Astaghafirullah alazim..
ni dah xdapat naik langit ketiga..
mohon dijauhi dari sikap ini.. ameen!
LANGIT KETIGA
Malaikat membawa amalan berupa pahala dan sedekah,
solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat
amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua.
Tetapi ditahan di langit KETIGA..
Malaikat berkata:
"Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan
orang yang TAKABBUR dapat melintasiku.
Orang itu suka membesarkan diri di majlis
orang ramai"
nauzubillahi min dzalik!
takabbur.. jauhilah aku daripadanya Ya Allah..
apatah lagi nak naik langit keempat..
PINTU LANGIT KEEMPAT
Amalan berupa tasbih, solat, puasa
haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi
pintu langit keempat.
Berkata malaikat, "
Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku.
Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya,"
ish..ish..ish..
minta dijauhi daripada ujub..
ameen!!!!
LANGIT KELIMA
Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit:
"Berhenti dan buangkanlah amalan ini pada muka org yg mengerjakannya.
Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu
dan beramal seperti amalannya."
jangan hasad..
amalan tak diterima!!
LANGIT KEENAM
Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah , jihad dan puasa
yang bercahaya seperti bulan purnama.
lalu berkata malaikat penjaga langit:
"Pukullah amlan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia
TIADA BELAS KASIHAN kepada hamba-hambaNya
yang menghadapi kesusahan"
Ya Allah.. kalau kita mampu, apa salah nya kita beri bantuan..
muslim kan bersaudara..
takkan tak nak tolong saudara sendiri..
kita patut bersyukur diberi kekuatan, kemudahan dan nikmat yang pelbagai..
LANGIT KETUJUH
Berkata malaikat Sum'ah (ingin mahsyur):
"Aku akan menghalang amalan orang yang RIYAK
daripada sampai kepada Tuhanku.
Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan
Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut"
Astaghafirullah alazim!
buat apa nak riak..
kita sama je di sisi Allah..
amal yang kita buat kena ikhlas keranaNya..
tengok.. percuma je buat amal,
tapi tak diterima..
Mohon dilindungi dari amalan riak ini Ya Allah!
KETIKA BERTEMU ALLAH
Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan
seorang hamba yg berupa solat, zakat, haji, umrah
akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir.
Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga
dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah.
Ketika itu Allah berfirman yg bermaksud:
"Kamu adalah yg bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini.
Aku lebih mengetahui segala isi hatinya.
Dia TIDAK IKHLAS kepada-KU dengan amalannya.
Dia boleh menipu orang lain,
menipu kamu
tetapi tidak boleh menipu Aku."
Subhanalallah! Allah Maha Mengetahui segalanya.
Ya Allah.. mohon keampunan dariMu..
sungguh ikhlas tok anatara Allah dengan manusia jak..
Manusia xlayak nak mempersoalkan keikhlasan..
harap kita snetiasa ikhlas beramal hanya kerana Allah S.W.T.
sekian sajeee..
itulah yang saya dapat dari majalah solusi..
tengoklah.. amalan kita..
sampai mana agaknya..
first2 lagi mengumpat..
susah kan nak elak, just be silent lah kan..
:) peace upon to u!
No comments:
Post a Comment