Monday 20 February 2012

Bila syaitan mula berbisik!

Assalamualaikum and.. hye!! Annyong~
senyum sikit.. :)
haa.. baru kurang rasa tertekan..
rasanya apa yang saya nak ceritakan dalam post saya kali ini?

semestinya tentang seseorang yang apabila syaitan mula
membisikkan kata-kata manisnya di telinga sang hamba yang lemah
yang memerlukan pertolongan Allah..
Ilham ni tak lain tak bukan, datang dari Allah jugak.. -senyum-

Jadi.. dalam post ni saya nak sentuh lah macam mana
seorang hamba ni berhadapan dengan bisikan syaitonirojim ni!
Pertamanya. Allah memang melarang hambaNya bersendirian
tatkala dibelenggu oleh sesuatu masalah yang mungkin akan
membuatnya terpedaya dengan janji 'manis' syaitonirajim..
dalam islam, muslim kan bersaudara.. jadi, kenapa nak bersendirian?
carilah teman, untuk membimbingmu mengingati Allah yang Maha Pengasih..

So, nak kata kat sini.. jangan sorang-sorang ..
syaitan lebih suka dengan manusia yang suka bersendirian..
senang dia nak catch and capture! -geram-
mesti taknak masuk perangkap tikus syaitan kan..? eh!
haa.. perangkap jahat syaitan.. hihi..

" 'Dan perdayakanlah sesiapa sahaja diantara mereka yang engkau(iblis)
sanggup dengan suaramu (yang memukau) , kerahkanlah pasukanmu
terhadap mereka , yang berkuda dan yang berjalan kaki , dan
bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu berilah
janji kepada mereka' Padahal Syaitan itu menjanjikan
tipuan belaka kepada mereka"
-Al-Isra' : 64-

Seorang hamba memang tak lepas dari melakukan dosa..
sama ada kecil atau besar.. seriously kan.. mungkin setiap hari..
sebab itu lah kita digalakkan menunaikan solat sunat tabat..
dan kalau nak lagi best, kita dirikanlah solat malam..
tahajjud, hajat, taubat, witir..

"Just in remembering Allah, hearts will find rest and peace"
haa. dah terbukti kan.. kalau tengah rasa macam down tu..
cepat-cepat ingat Allah S.W.T. ..
kalau rasa gelisah, risau, tak tenteram..
cepat-cepat cari ketenangan daripada Allah..
macam mana nak cari ketenangan ??
mudah sahaja.. cara-caranya ialah.. jeng..jeng..jeng..

" Laksanakanlah salat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam
dan (laksanakanlah pula solat) Subuh. Sungguh solat Subuh itu
disaksikan  (oleh para malaikat) "
-Al-Isra' : 78-

So, kalau nak adu kat Allah, nak cakap kat Allah.. nak cari
ketenangan dari Allah, solatlah.. solat kan ibarat kita bercakap dengan Allah..
solat kan tiang agama, kalau tak solat, tak terbinalah agama!

dan jugak..

"Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR
dan rahmat bagi orang yang  beriman, sedang bagi orang yang zalim
(Al-Quran itu ) hanya akan menambah kerugian"
-Al-Isra' : 82-

Haa.. korang orang yang beriman tak?
Kalau beriman, so ikutlah perintah Allah..
nak cari ketenangan, penawarnya Al-Quran..
just buka dan baca.. fahamkan..
*kadang-kadang terkena dengan masalah yang kita hadapi..
mashaAllah.. subhanallah.. best kan..
dan.. tadi kita cakap dengan Allah melalui solat.
kalau baca Al-Quran pula?
analoginya seperti Allah yang berkata-kata kepada kita..
mashaAllah.. hebatnya kuasa Allah menurunkan mukjizat teragung
kepada Rasulullah S.A.W..


jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitonirajim!
hihi.. memanglah kadang-kadang kita rasa down sesangat..
dan kita tak tahu pun apa puncanya..
dan saya selalu berpesan pada diri sendiri..
kalau something goes wrong, check up ourselve!
check balik amal ibadah kita.. check balik dosa kita pada orang..
atau pada Allah.. check balik salah silap kita..
check kenapa kita jadi down se down nya sampai
rasa gelisah tak tenang nak nagis..kan?

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan satu godaan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sungguh Dia lah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
-Fussilat :35-

Rasanya itu je yang saya dapat kongsikan setakat ni..
saya cuba sedaya upaya sebab saya juga pernah
mangalaminya.. dan tak sangka pula banyak je
ayat Al-Quran yang boleh tabiyah diri kita yang lemah ni..
Actually I'm delivering this post special to my friend
yang sedang 'down'.. saya risau juga..
so, sama-sama lah kita doa supaya dijauhkan dari gangguan
rejim syaitanirojim ni!! A'uzubillahi minassyaitonirrojim!!

Wallahualam.. Assalamualaikum  peace! :)

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...