Wednesday 8 February 2012

Bilal bin Rabah

Assalamualaikum...
Seperti yang anda lihat pada tajuk entry kali ini.. adalah berkenaan dengan
pemuda yang bernama Bilal bin Rabah. :)
Beliau juga merupakan sahabat Nabi Muhammad S.A.W..
Saya amat meminati beliau kerana keimanannya yang begitu kuat..

Saya hampir sahaja mengalirkan air mata setelah membaca kisah
beliau di internet. dan pernah juga mendengarnya melalui bual bicara dengan
sahabat se ukkhuwah.. kisah Bilal ini juga sangat memberikan pedoman kepada
setiap yang membacanya mahupun mendengarnya..

Kisah Bilal yang terpaksa berpisah dengan abang kandungnya iaitu
Sahib kerana telah dijual oleh majikan mereka kepada
orang kaya yang tidak mempunyai anak..
Setelah kejadian itu, beliau diuji lagi dengan lebih besar dugaannya
apabila ibunya, Hamamah meninggal akibat terlalu rindu dengan Sahib
dan kerana selalu dipukul oleh majikannya..
diikuti pula dengan kematian ayahnya yang sakit tenat..
Bilal hanya mampu bersabar dengan ujian yang menimpa.
Apakah tindakan kita jika kita berada di tempat Bilal?
Kenapa masih ada anak muda kini yang sanggup
menderhaka kepada ibu bapa sendiri??
Tidak pernahkah terdetik rasa sayang di hati mereka kepada
yang melahirkan dan mencari nafkah untuknya??
Bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa..

Kisah Bilal yang menjadi hamba kepada Umayyah bin Khalaf sangat menyentuh hati saya..
seperti di entry sebelum ini.. sangat 'terkesan' di hati saya apabila membacanya..
Umayyah yang sangat berang apabila mendapat tahu bahawa
Bilal telah memeluk islam telah mula menyiksanya.
Saya sangat kagum dengan keimanan Bilal terhadap Yang Maha Esa.
walaupun diseksa dengan dipukul serta diarak keliling kota Mekah, juga
dijemur di atas padang pasir yang mataharinya terik memancar,
dipakaikan pula dengan baju besi, disebat pula dengan cemeti dan ditindih tubuhnya
dengan batu besar yang berat..
hampir sesak pernafasan Bilal..
TETAPI BILAL TETAP MENEGUHKAN KEIMANNYA..
ALLAH..ALLAH..ALLAH.
AHAD..AHAD..AHAD..
itu saja yang mampu beliau lafazkan..
*Andai kita berada di tempat Bilal..
mampukah kita bersabar?!
mampukah kita teguhkan iman?!
mampukah kita menahan siksa Umayyah?!
mampukah kita mempertahankan kalimah Allah S.W.T.??!
Ya Allah.. keimanannya sangat perlu dicontohi umat islam..
juga kesabaran serta kegigihannya menegakkan agama Allah..


setelah Bilal dilantik menjadi muazzin (tukang azan),
beliau sangat rajin dan sentiasa menjalankan tugasnya.
Hinggakan 5waktu solat setiap hari dialah yang menjadi muazzin.
Saya juga sukakan semangat jihad Bilal yang rela
berperang dengan tentera Islam hanya untuk mempertahankan
agama Allah iaitu agama Islam!
tetapi kewafatan Rasulullah memberik kesan yang mendalam kepada dirinya..
jika kita??
hinggakan Bilal tidak mahu menjadi muazzin lagi..
kerana tibanya perkataan Muhammad, air mata Bilal akan bercucuran.
samakah kita dengan Bilal?
Rindukah kita dengan Rasulullah?
Terdetik kah keinginan kita untuk bertemu Rasulullah di akhirat kelak???
setelah dipujuk, akhirnya Bilal kembali menjadi muazzin.
Saya amat kagumi rasa cinta Bilal terhadap Rasulullah..
Bagaimana dengan kita?
Tinggikah rasa cinta kita terhadap Rasulullah??

Dan yang paling dikagumi adalah cita-cita
Bilal yang ingin bertemu dengan Rasulullah..
tambah-tambah lagi Rasulullah menyatakan bahawa
dia mendengar hentakan spatu bilal di syurga.
alangkah bertuahnya Bilal bin Rabah..
Sikapnya yang begitu sabar, gigih dan bersemangat mencintai
utusan Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W..

semoga semua yang membaca mendapat manfaat
daripada kisah Bilal ini..
dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama
dengan Rasulullah di akhirat kelak.. ameen!

Haa.. harapnya saya dapat mencontohi Bilal..
Saya amat tertarik dengan kisah riwayat hidupnya..
Sebenarnya sangat berterima kasih kepada Rayyan Bookstore
kerana kalau mereka tak adakan 'pertandingan' ni,
saya masih tercari-cari siapa sahabat Rasulullah yang saya gemari..
Bilal adalah salah satu daripadanya.
Dan ia juga mengajak saya membaca lebih banyak artikel tentang
sahabat Nabi S.A.W.
-gelak kecil-

Assalamualaikum! :) peace!

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...