Wednesday 14 March 2012

Maryam, Teladan Wanita Islam !

Assalamualaikum.. and hye to those who read.. :)
hows imaan today..? InshaAllah always in healthy condition!
kalau tak, cepat-cepat ubat hati..

hmm.. guess what.. again.. my second task ..
but.. sangat-sangat berterima kasih kepada mereka.. seriyes ni..
this time, maybe long but inshaAllah worth reading!

-seorang sahaja wanita yang disebut dengan nama dalam Al-Quran..
cuba teka..?-
err.. sah-sah lah anda akan jawab Maryam bukan.. tu di atas sana!
Maryam, siapa tak kenal..? Jujurnya saya pun baru mengenalinya dengan
lebih lanjut.. inshaAllah.. bukan calang-calang orang ni..
wanita pilihan Allah, menjadi teladan wanita islam..

Maryam.. merupakan puteri kepada Imran..
seorang muslimah yang sangat mentaati Allah S.W.T..
dia juga sangat menjaga solat, tekun beribadah, puasa dan
mendirikan solat malam...
ibunya telah bernazar kepada Allah supaya Maryam menjadi
seorang yang sangat mentaati Allah, dan nazar itu diterima Allah..
Kalau dibandingkan dengan diri ini, tiadalah tandingan..
yang sentiasa menjaga ibadahnya dalam suasana keluarga yang soleh..

Maryam... telah diberikan kepada Nabi Zakaria untuk dipelihara..
Maryam juga seorang yang sangat bergantung kepada Allah..
pertolongannya hanya dipinta daripada Rabbnya yang Maha Mendengar..
"Maryam berkata : Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah (Ar-Rahman)
daripada (gangguan) mu kalaulah kamu seorang yang bertakwa "
-Maryam : 18-
di sini, kita lihat sewaktu Maryam didatangi malaikat Jibril A.S.
yang menyerupai seorang lelaki, dia hanya meminta pertolongan
daripada Allah.. tetap meminta agar tidak diganggu oleh orang
yang tidak dikenali.. hmm..
kalau kita..?? terutamanya perempuan.. what will be your action..? *sighh
sedihnya tengok remaja sekarang yang tak jaga batas pergaulan
dengan lelaki yang bukan muhrim..
tetapi, kita tidak boleh diam dan hanya melihat,
kalau boleh kita tegur dengan cara yang berhemah..

"Jika kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah kamu mengubahnya
dengan tangan (kuasa) kamu , jika kamu tidak mampu maka ubahlah
dengan perkataan (teguran lisan ) . Jika kamu tidak mampu (juga)
maka ubahlah dengan hatimu. Demikian itulah selemah-lemah iman "

"..Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi,
dan cukuplah Allah sebagai Penolong ( yang menyelamatkan
kamu dari angkara mereka)"
-An Nisa : 45-

Dan yang paling saya suka dan ingin mencontohi sifat Maryam,
redha dengan pemberian Allah..
Allah S.W.T. telah mengurniakan zuriat lelaki, Isa A.S. tanpa ayah.
memanglah agak terkejut tetapi Maryam menerimanya dengan redha.
try to imagine.. kalau kita diberi sesuatu yang kita tak tahu pun..
tak pernah terlintas di fikiran.. dan memang kita tak ada preparation apa-apa pun..
apa reaksi anda..? tak kisahlah lelaki atau perempuan..
Ya Allah, mungkin tidak sehebat Maryam..
setelah mendapat zuriat, tidak diendah pula oleh keluarganya sendiri..

Maryam tabah dan sabar menghadapi ujian Allah..
sakit melahirkan anak juga ditanganinya kerana tahu janji Allah kepadanya..
Janji Allah itu pasti..
kerana kita tahu..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."
-Al-Baqarah : 286-

Apa sahaja ujian yang kita hadapi jika dibandingkan
dengan Maryam yang mengandunkan dan melahirkan anak
tanpa bapa, dan difitnah pula oleh rakyat dia melakukan maksiat..
tidak tertanding juga ujian yang dilalui oleh para Nabi-nabi
yang menegakkan agama serta berdakwah..
apa saja lah jika dibandingkan dengan dugaan yang kita lalui..
-mataberkacahujan-

Satu lagi sifat Maryam yang saya sanjungi..
khas juga buat semua insan yang bergelar perempuan, mahupun wanita..
Maryam sangat menjaga maruah dirinya daripada gangguan
kaum Adam terutama yang tidak dikenali juga bukan muhrim..
"Maryam bertanya (dengan cemas) : Bagaimanakah aku akan
beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah
disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat"
-Maryam : 20-
maka daripada ayat tersebut kita dapat lihat
betapa Maryam menjaga maruahnya daripada disentuh
mana-mana lelaki sekalipun..
Jika dibandingkan juga dengan manusia zaman sekarang..
-airmatamengalirtakterasa-
sungguh jauh berbeza daripada sikap Maryam yang solehah ..

begitulah kisah Maryam , ummu Isa A.S...
ingin mendalami lebih lanjut, luangkan sedikit masa
membaca tafsir surah Maryam.. :)
inshaAllah akan menjadi teladan kepada wanita islam..

Maryam sangat sesuai dijadikan teladan wanita islam di dunia ini..
wanita yang dipilih Allah, yang dibesarkan dengan didikan yang sempurna..
yang menjaga kehormatan dirinya..
yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Sang Pencipta..
yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah S.W.T..
yang sabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan hidup..
dan pergantungannya hanya kepada Allah Azza wajalla..
semoga Allah merahmatinya.. ameen..

hmm.. inshaAllah anda yang osem membaca tu..
akan dapat something at least ada lah untuk dijadikan contoh..
do correct me if i'm wrong.. :)
dan.. jazakumullahu khairan kerana sudi baca
semoga Allah mengira masa yang digunakan.. inshaAllah..
thats all I think.. siapa yang nak tambah, tafaddhal!! :)
last but not least.. thanks gave me this task ..
assalamualaikum -aman-




inshaAllah sama-sama kita ikut kids di atas! :)

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...