Wednesday 14 March 2012

SYRIA…SIAPA PEDULI ???



Assalamualaikum..dan hai … kepada kaum Adam dan Hawa!


Syria…pastinya terbayang wajah-wajah perit para syahid anak-anak kecil yang berlumuran darah yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Tidak lepas juga wajah-wajah aman para syahid dewasa yang membela agama dan keluarga sehingga ke titisan darah yang terakhir! Allahu akhbar!! Di manakah kita tika mereka memerlukan..? Pedulikah kita dengan saudara di Syria? Di manakah letaknya status saudara seMuslim kita? Adakah hanya cukup dengan berdoa? Di Syria, sekarang ini telah berlaku peperangan hanya kerana saudara seislam kita di sana ingin menegakkan keadilan. Menginginkan pemimpin yang islam lagi adil dan saksama. Kita di sini bagaimana? Mungkin ada yang mengatakan “aku tak suka politik, jadi akau tidak kisahlah”. Wahai muslim, politik itu seharusnya dipandang tinggi kerana politiklah yang akan menentukan keamanan sesebuah Negara. Menentukan pemimpin yang adil yang dapat mencontohi Rasulullah S.A.W. mahupun khulafa’ Ar-Rasyidin dan pemimpin islam seterusnya.

Mahukah kita golongan syiah yang memimpin kita? Mahukah kita?! Golongan syiah yang tidak beriman kepada Allah , yang mempunyai ajaran bertentangan dengan ajaran Allah, ajaran islam. Basyar Al-Assad.. Siapa tidak kenal? Dia lah presiden Syria. Dia lah yang ditentang oleh rakyat Syria. Sampaikan memaksa muslim di Syria mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Basyar assad adalah pesuruhnya! Nauzubillah!!! Tiada lagi rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W. Tiada lagi nabi selepas baginda! Kekejaman mereka.. siapa yang tanggung? Siapa yang merasa? Bukan kita. Kita tidak tahu. Kita tidak mereasainya jika sahaja kita biarkan status bersaudara kita begitu sahaja! Kita masih mampu bergelak ketawa, namun saudara kita di sana menangis, meraung, mengerang kesakitan. Ya Allah, sedarkah kita tentang keadaan saudara muslim kita yang lain bukan sahaja di Syria, Palestin, Gaza malah juga di seluruh pelusuk dunia.

Syria..telah ramai yang terkorban, tidak mengira usia muda dan tua, tidak mengenal jantina lelaki dan perempuan. Ribuan yang menjadi tawanan tentera Assad! Ramai yang memprotes dengan perlantikan Basyar. Namun, apakah tindakan kita, sebagai muslim bersaudara? Walaupun barada beribu batu jauh dari Syria, kita tetap ada tanggungjawabnya kerana muslim itu bersaudara! Tidak kira di mana kita berada, jika kita prihatin, pasti nya dada kita turut terasa ledakan peluru yang tembus ke tubuh para syahid. Namun , siapakah yang peduli semua itu?

Kita mudah sahaja mengeluh. Mudah sahaja berasa letih dan lesu. Mudah sahaja rasa berputus asa. Layak kah kita untuk merasa semua itu? Sedang mereka tidak mengeluh malah berdoa kepada Yang Maha Esa, tidak letih kerana tahu dan menginginkan nikmat syurga dan tidak sekali berputus asa kerana menginginkan keamanan serta keadilan ditegakkan!

Wahai Adam dan Hawa! Apakah cukup usaha kita selama ini? Atau sekadar melihat kekejaman yang dilakukan. Hanya mendengar berita-berita terkini daripada saluran media massa tanpa menyebarkannya kepada saudara muslim yang lain. Malah, masih ada yang masih tidak tahu dan bergoyang kaki di hadapan televisyen dan komputer!

Sedarlah wahai orang yang beriman! Katakanlah ‘Kami Peduli Syria!’. Dan buktikanlah kata-kata itu. Pelbagai usaha kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di Syria. Bagi yang mampu, boleh sahaja salurkan dana melalui tabung Syria, mambaca doa Qunut Nazilah setiap kali selepas solat, adakan solat hajat di setiap surau dan masjid, sebarkan keadaan saudara kita di Syria kepada muslim yang lain agar sama-sama prihatin dan peduli tentang mereka, manusia seagama dengan kita. Zaman semakin canggih! Kenapa tidak kita gunakan kemudahan dan kelebihan kita membuat video, blog, artikel, risalah, karya mahupun laman sesawang tentang Syria. Boleh sahaja semua itu dikira usaha kita kerana peduli dengan penderitaan rakyat Syria sekarang.

Ayuhlah para muslimin dan muslimah! Tiada alasan untuk anda tidak peduli Syria. Kita muslim, yang bersaudara. Andai gugurnya air mata mengenangkan keadaan saudaranya di Syria, maka bantulah, pedulilah tentang mereka di sana. Andai air mata itu juga merupakan usaha kita untuk menyedarkan orang lain, maka itulah sebaiknya. Sedarlah, kita diperlukan rakyat Syria!! Allahu Akhbar!!!
edited* 

Saudara kita di Syria tak perlúkan kita untuk datang ke sana tapi mereka sangat perlukan doa-doa yang banyak daripada saudara Muslim di seluruh negara. Doa itu senjata muslim. Tahukah anda kuasa doa? doa itu ada power tahu tak? 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." 
Al-Baqarah : 186 

See, Allah sendiri kata dia sangat dekat dan dia dengar orang-orang yang berdoa kepadaNya. Dan Allah menyeru supaya kita tunaikan perintahNya agar peroleh kemenangan! Dan kita tahu doa seseorang kepada seorang saudara tanpa diketahuinya, malaikat mengaminkan untuk kita. Dalam berdoa tu doa sungguh-sungguh, yakin yang Allah akan mengabulkannya. 

Seterusnya rakyat Syria dan Gaza tak minta kita datang untuk serang tentara Assad, tapi mereka seru kita supaya didik anak remaja kita taat perintah Allah dan didik mereka untuk bela agama, tegakkan kebenaran, bangunkan mereka dari kelalaian dunia akhir zaman! ambiklah ibrah dari pemuda di sana , usia sekolah rendah sudah matang tak seperti kebanyakan remaja di negara lain yang lalai dengan trend-trend yang tak memberi manfaat. cemburulah dengan kepribadian anak remaja di syria dan gaza. Allahu, malu T_T

Kalau ada rezeki lebih tu rajin-rajin la pergi atm machine, tengok internet banking. salurkan lah sebahagian rezeki anda kepada mereka, walaupun tak pasti dapat sampai ke tak ke syria dan gaza, tapi kalau boleh sampai ke tempat pelarian pun dah kira okay, cukup sangat. pelarian pun perlukan bantuan kita jugak. dan ingat, check dulu saluran NGO yang kita nak derma, pastikan yang kita tahu memang berdaftar dan ada update daripada mereka. Seperti MyCare, Aman palestine dan lain-lain. 

Sebarkanlah berita-berita tentang kekejaman rejim Assad dan Israel dan tak lupa juga kepada saudara di Rohingya. Semua mereka yang dizalimi memerlukan doa-doa dan bantuan dari kita yang "FREE" ini. Jangan scroll tanpa share, kita tak tahu video atau gambar mana satu yang akan buat orang lain tersentuh dan terkesan lalu sumbang doa, sumbang rezeki dan teruskan sebar melalui media massa. 

Kalau anda ada organisasi, boleh lah buat satu program khas cerita tentang Syria, palestine dan Rohingya. Boleh juga buat aktiviti amal untuk jana derma , bantu dari segi makanan dan keerluan asas. Timbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang keadaan mereka sekarang dan apa tanggungjawab kita sebagai saudara semuslim. InshaAllah setiap usaha kita, Allah tak kan sia-siakan. yakin dan percayalah kemenangan akan berpihak kepada orang Islam. 

Akhir sekali, ini mungkin usahaku untukmu saudarku di sana. Aku malu aku tak mampu buat banyak dan aku rasa sangat loser bila hanya mampu tekan butang play dan share di media sosial. T_T 
maafkan aku saudaraku, semoga perlindungan Allah bersama kamu semua, amiin. Stay safe there, have faith and may Allah grant all of you syahid and syurga firdaus! amiin ya rabb. please i beg all of you out there, take action!


Image may contain: 1 person, text and close-up
































No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...