Monday 23 April 2012

Bulatan gembira episode 3~

Assalamualaikum dan annyonghusayeo!
err, asiffun jiddan lama dah tak update blog..
idea tu tak muncul-muncul dan yang pasti kalau bukan
Allah yang bagi ilham untuk menulis, tak kan ter update lah blog ni.. aniya?

okay, kali ni masuk pula episode 3.. jeng-jeng-jeng!
what is the gift I mention in the first episode..?? *eager to know!
kita mulakan drama episode 3 okay.. start!


Selepas 4 siri program tu, saya telah dihadiahkan keluarga kedua..
keluarga kedua..?? apa tu..??
keluarga kedua.. selain keluarga yang kita sedia ada..
the gift is.. Usrah!! -fireworks- haha..
you know what, as I have this family I'm really grateful!
bweo?? sebab.. dalam usrah ini lah mulanya tarbiyah..
tarbiyah maksudnya didikan.. dan sehebat-hebat tarbiyah
adalah tarbiyah dari Allah S.W.T. -senyum-

Dalam usrah tu, saya dapat dua orang naqibah(ketua)..
juga kawan-kawan yang sama-sama dari pogram hari tu..
dan saya sedar dengan mulanya pogram hari tu,
starts a new chapter of my life! waa.. skema ayat..
di situ lah bermula tarbiyah dan dakwah yang sama-sama
kami raih dan lakukan hanya inginkan redha Ilahi..

saya sangat bersyukurlah sebab Allah dah pilih saya untuk berada
dalam hidayahNya dan dalam tarbiyah Dia juga..
sebab daripada ramai orang , hanya beberapa sahaja yang Allah
dah tapis dan campakkan ke dalam kolam tarbiyah ini.. -winking-
hihi, kalau imagine, rasanya nak tak join usrah ni..?
atau nama glamournya adalah Bulatan Gembira!
sebab, selalunya siapa yang menghadiri usrah ni,
memang akan duduk dalam satu bulatan (5 hingga <10 orang)
best kan..? boleh juga panggil kotak gembira -gelak kecil-

selain dapat kawan baru, ermm jap!
eh, kawan dalam bulatan gembira ni sumpah tak sama dengan kawan
kat luar sana.. se ri yus. . .
sebab, kawan dalam usrah ini, lebih mengingatkan kita kepada Allah :)
inshaAllah..


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)

Harapnya kawan dalam usrah tu macam yang ada dalam ayat kat atas ni la..
inshaAllah, malah saya juga sedang berusaha ke arahnya..
Kadang-kadang kawan daripada golongan ni lah yang lebihhh memahami kita..
dan dia juga sentiasa dapat tolong, dengan bantuan Allah juga..
tak seperti kawan biasa di luar sana, mugnkin kadang-kadang
akan bertindak di luar kawalan,siapa tahu kan..?
tapi tidak kepada kawan dalam bulatan gembira ni.. mereka
selalunya akan memberi nasihat yang berbentuk tazkirah pendek..

Dalam usrah, kita juga ada naqibah atau murabbiah..
mereka lah yang membimbing saya dan sahabat yang lain..
sama-sama mengingatkan diri kepadaNya..
sama-sama memberi teguran secara hikmah..
berkongsi masalah! *ada orang memang suka pendam..
sebab mungkin dia rasa tak ada orang yang dia percaya, selain keluarga..
tak lain tak bukan, mestilah kongsi ilmu..
banyak benda yang kami lakukan..
sangat best! *don't you jealous..?? -gelak kecil-

huh..? boring dengar drama kat atas ni..?
haish, you haven't feel and through it.. :)
once you attend the usrah, pasti nak lagi!! -jelir-
trust me! hihi.. InshaAllah juga..
okay, rasanya episode 3 berhenti di sini.. cut!!

hihi.. harap anda yang belum ada usrah sendiri tu..
harapnya ada rasa jealous.. *oh, bukan main-main ini..
harapnya korang usaha nak cari usrah, or bulatan gembira korang
sendiri.. sumpah osem! :)
dan kalau dah sekali terjun dalam gaung tabiyah ni,
jangan naik ke tempat asal tadi okeh..?? -senyum-
harap Allah kekalkan hidayah yang kita dah dapat ni.. inshaAllah!


... CUMA 3 HARI...

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik
kerana
mungkin ajal kita pada hari kedua
tiada 3 hari...

sekali lagi nak diingatkan..
Hati manusia Allah yang pegang..
hidayah tu tak kan datang dari langit dengan riang gumbira!
hidayah tu kena cari juga.. usaha lah lebih sikit..
inshaAllah Allah sentiasa dengar, lihat dan tahu apa yang kita nak..
dan yang dah disentuh hatinya oleh hidayah tu,
genggamlah dengan erat , jangan bagi lepas!
sebab sekali hidayah tu ditarik, masyaAllah.. sayang..
sentiasa lah top up iman kita, jangan asyik top up credit je okeh..? :)

assalamualaikum!
peace~



to be continued ;)




No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...