Saturday 7 April 2012

StrawBerry-Choc with VaniLLa ice CreaM

Assalamualaikum yang sedang menelan air liur membaca tajuk
di atas.Opps! Kalau nak, pergi order dekat dapur rumah sendiri..

Apa khabar iman hari ini, jam ini, minit ini, saat ini..??
InshaAllah semoga baik dan sihat dan bertenaga.. okay, cukup.

Apa ayam di sebalik sup tajuk di atas tu..??
Oh, okay, saya nak kaitkan kelazatan menu di atas dengan tarbiyah.
Tarbiyah is.. didikan berbentuk islamik dan sebaik-baik tarbiyah
adalah tarbiyah direct no between people (read 'orang tengah')
daripada Allah S.W.T. yang tercinnnta.. :)

Tak, jangan close tab ini dulu..
tak semestinya orang yang dah ikut bulatan gumbira sahaja yang
boleh baca, anda juga yang masih belum tahu dan ingin tahu
dan akan tahu dan mahu juga tahu!
Alhamdulillah saya telah disentuh dengan tarbiyah daripada Allah
di awal usia remaja.. so, how about you..??
don't you jealous of me? *opps ( ME NGA DA!!) jk..

sebenarnya nak kata tarbiyah ini datang, bukan pada
orang-orang yang sudah mengikuti bulatan atau petak atau sfera
atau segi tiga dan etc gembira sahaja..
eh, kamu kena demam chicken poxsss itu pun kira tarbiyah
daripada Allah juga lah, Allah nak menguji tahap keimanan dan
kesabaran kamu dalam menempuhi satu minggu yang
sakit, gatal, lemah mungkin juga tak mandi.. opps..
okay lah ambil contoh lain * ada pula yang geli geleman naik bulu roma
terutama yang belum kena!

contohlah, kita ini sedang menghadapi masalah keluarga..
ibu dan bapa seakan hampir bercerai, cuma menunggu keputusan mahkamah..
anda kini stress (Gary style, aha!) dengan chaos daripada parents anda,
lagi dengan tangisan perit adik anda mahukan susu lagi,
dengan kerja rumah dan homework yang bertimbun lagi..
dengan apa lagi..???
cara anda mengawal emosi, iman, tindakan dan tingkah laku anda..
itulah tarbiyah daripada Allah.. Allah hendak mendidik iman dan jiwa
anda supaya menjadi super saiya tahap paling tinggi *bak kata APG..

okay, itu tarbiyah daripada Allah S.W.T..
so macam mana pula dengan tarbiyah biasa.. biasa.. biasa..??
tak lah sangat biasa.. cuma yang telah ditapis tehnya kerana uncang dah bocor.opps!
i mean, itu lah tadi.. yang saya katakan..
saya terima tarbiyah ini kiranya bermula sejak saya
terperangkap dan terus tertagih dengan bulatan gembira saya.. -smiling-
tarbiyah ini, bukan sahaja didapati dalam bulatan
gembira sahaja, malah juga dengan kehidupan realiti
bukan fantasi di atas bumi yang sentiasa dipijak. its mean reality la..
dalam apa juga perkara yang kita lakukan, semuanya akan
terkait dengan tarbiyah ini.. kita akan  mula berfikir..
kenapa kita hidup di dalam bumi bukan planet Marikh, eh..
kenapa kita diciptakan, sejarah kita..
kenapa kita mesti dan mesti dan mesti sabar setiap  kali
menghadapi musibah dan dugaan berat mahupun ringan daripada Allah..
kenapa kita mesti , harus, sunat, wajib dan have to be grateful to Allah..
kenapa kita mesti menjaga iman daripada terus jatuh ke dalam
gaung sampai tak boleh nak selamatkan diri sendiri,
manakan lagi nak menyelamatkan orang lain..
nak menjaga mata, tangan, kaki dan etc daripada zina..
eh, perlukah saya list up kan semua itu padahal anda sudah mengagak
apa yang seterusnya.. opps.. okay..


haa.. sebenarnya *belum sentuh tajuk!
wah! jalan dakwah dan tarbiyah ini kan.. sumpah lazat!!
selazat strawberry-choc with vanilla ice cream.. bahkan lebih lazat lagi
jika anda merasainya sendiri dengan tutup mata penuh feel.. uhh..
sebab apa??
sebab apa-apa yang berlaku di hadapan, belakang, kiri, kanan,
bawah dan atas diri anda , anda dapat mengawalnya
dengan tarbiyah ini! tabiyah ini lah yang saya katakan.. sangat osem, lazat lagi!
sllrpppp.. opps, meleleh pula, assif..
kenapa lazat..? eh, tak pernah rasa kah...?
anda nak tahu bagaimana lazat nya, carilah tarbiyah Allah
*yang paling senang nak mula, cari lah rakan yang dah join bulatan gembira..
sertai lah mereka.. orang kata kalau tak kenal maka tak cinta..
so, intro-intro lah dengan bulatan gembira itu! baru ana uhibbuki fillah.. err.
kalau tak cari, tak dapatlah.. senangkan?
tarbiyah dan hidayah itu bukan senang-senang jatuh
dari langit dengan riang gembira *bak kata APG..
kita kena cari!! sama juga seperti ilmu.. kena cari..
ilmu tak sampai ke peti surat alamat .... melalui ajussi posman kamu tahu..?!
DUIT okay.. duit..
DOA
USAHA
IKHTIAR/ISTIQAMAH(berterusan)
TAWAKKAL


hihi.. simple and nice kan..?
nak buat strawberry-choc with vanilla ice cream ini senang sahaja
kalau anda nak dan fikir itu perlu dan wajib serta harus!
nak bagi nama menu di atas pun senang macam kacang pis,
tapi agak berguling lidah menyebut..
ah, tak tahu nak ex to the plain macam mana lagi lazatnya tu..
erm.. awak try sendiri nakk tak..? lagi feel tahu! -smiling-
tetapi nak menikmati yang selazat-lazat dan sesedap-sedapnya..
ambik masa juga.. tak pun memang ada orang yang memang dah
feel daripada awal merasai menu itu .. saya.. err..
Ya Allah, belum pro lagi dalam buat menu di atas..
sama-sama lah kita mencuba dan terus mencuba tanpa rasa segan dan silu
serta menanam impian untuk bersama di jannahNya nanti .. InshaAllah!


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam
secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan.
Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu,"
-Al-Baqarah:208-

".... Barang siapa dikehendaki Allah (dalam kesesatan), niscaya
disesatkanNya. Dan barang siapa dikehendaki Allah
(untuk diberi petunjuk), niscaya Dia menjadikannya berada
di atas jalan yang lurus"
-Al-An'am : 39-

*dunia ini tak perlu orang ingatkan! Memang kita sentiasa akan ingat! Kerana dunia ini sudah dihadapan mata bukan? Akhirat itulah yang perlu diingatkan selalu ♥
err.. kalau yang dah cuba tu,
kongsi-kongsi lah upgrade menu itu ya! :)
jangan tunggu menu itu jatuh dari langit ke tujuh ..
-aman-


inilah dia menu di atas! gulp..


yang ini lebihhhh osem!! slrpppp...

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...