Doa : Rahmat Allah kepada Orang islam

 Assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang tengah duduk di hadapan
personal computer ataupun komputer riba anda! :)

Hari ini inshaAllah akan bercerita tentang Doa..
Doa.. siapa tak pernah berdoa..? MashaAllah, 'harum bulak' bak
kata orang Sarawak.. bohong lah kalau kata tak pernah berdoa..
apa-apa sahaja yang kita minta kepada Allah,
semua itu kira doa lah dan kadang-kadang orang cakap apa
yang kita tuturkan pun boleh jadi doa kan..
Haa!! jaga-jaga lah pertuturan seharian anda okay?

Doa ini sebenarnya adalah ramhat Allah kepada semua
umat islam.. doa inilah cara terbaik untuk kita meminta..
memohon pertolongan, memohon petunjuk dan
yang paling penting memohon ampun daripada dosa-dosa kita
tidak kira lah sekecil zarah sekali pun! Dosa tetap dosa kan..?

doa itu rahmat.. rahmat itu lah kurniaan yang agung daripada
Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat!
pernah tak kita bersyukur setelah kita sedar yang
doa kita telah dimakbulkan oleh Allah..??
Ya Allah, bersyukurlah kerana tak semua doa yang
kita panjatkan itu termakbul.. :)

Sebenarnya berdoa ini kan, kalau dilihat dengan mendalam..
doa mengajar seseorang supaya tak pernah putus asa..
ada tak yang tak putus berdoa selagi Dia tak dapat..?
Malah ada juga yang dah dapat pun dia still lagi berdoa..
doa tu juga salah satu cara kita bersyukur kan..?
betul..betul..betul..!! *ipin sound~

tapi..tapi..tapi...
berdoa ini ada juga adabnya..
seperti firman Allah dalam surah Al- A'raf : 55
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut.
Sungguh Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas"

so, lepas ni kenalah ikut apa yang Al-quran ajarkan..
baru hidup cool! baru doa diterima, inshaAllah.. :)
doa ini rahmat kepada orang islam?
seperti yang saya katakan tadi.. doa itu apabila dimakbulkan,
ia menjadi kurniaan (pemberian, nikmat yang terindah) bagi orang islam..
tetapi apabila tidak dimakbulkan, tidak bererti ianya sesuatu yang
negatif. mungkin juga perlu reflect balik dengan keadaan diri
sendiri kan..? macam mana hubungan kita dengan Allah..
macam mana dengan amal ibadah kita..
macam mana hubungan kita sesama saudara seislam..
kadang-kadang mesti jadi marah atau kecewa
jika doa tidak dimakbulkan.. nauzubillah!
berbaik sangka lah, lagi-lagi terhadapa Allah, Pencipta kita ..
Astagharfirullah alazim.. mengucap dulu sebelum cakap
semberono tak tentu hala..

tahu tak putus asa dengan rahmat Allah tu berdosa..
tahu tak, kalau Allah tak bagi doa kita makbul tu..
mungkin Dia hold dulu.. mana kita tahu.?
mungkin Dia nak bagi yang lebihhhhh osem lagi coooolll
yang kita tak akan terbayang sekalipun..
haa.. jangan mudah putus asa, terus dan terus dan teruslah
berdoa walau seberapa kerap sekalipun..
Kerana Allah nak kita meminta kepadaNya..
cukuplah Allah sebagai penolongku dan pelindungku.. :)

"... janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
Az Zumar : 53
Kadang-kadang juga.. kalau kita nak kan sesuatu..
tak cukup jika hanya berdoa.. usaha perlu juga disetakan
dengan istiqamah dan akhirnya tawakkal.
so, lepas dah usaha, berdoa, dah istiqamah dah..
tawakkal sahaja dengan keputusan Allah..
apa-apa yang kita dapat tu, syukurlah.. mungkin itu kurniaan kepada kita.
ada yang lebih teruk dari kita tahu..?!

dan kepada sesiapa doanya telah diperkenankan tu,
jangan, don't , andwe, iboh, luk
lupa nak bersyukur tahu..?! hihi..
dan jangan lah terus leka dan lalai, dan jangan sekali riak!
peringatan untuk diri sendiri terutamanya~

Dan, seringkali nak diingatkan..
tak semua apa yang kita mahukan tu, baik untuk kita..
dan tak semua apa yang kita tak inginkan itu, tak baik untuk kita..
*jangan salah tafsir sudah okay..
mesti dah bosan dengar ayat ni..tetapi bagi sesiapa
yang benar-benar faham.. syukur itu mudah baginya.. :)

okaylah, nak share sikit bila waktu yang mustajab doanya..
~ hari Jumaat inshaAllah..
~bulan Ramadhan, terutama doa sebelum berbuka puasa..
~ doa dalam suara yang lembut, rendah hati..
~ berdoa di tempat-tempat suci, kota Mekah
~ doa orang yang dizalimi
~ doa ibu kepada anaknya inshaAllah..
~ doa yang sungguh-sungguh, bukan ala kadar sahaja..
~doa ketika sepertiga malam (qiamullail)
~malam lailatul qadr
~hari arafah
~ waktu sedang hujan..
~sujud dalam solat, dan lepas solat..
~di antara azan dan iqamah..
~ waktu ajal tiba..

itu yang mustajab.. kalau doa tak dimakbulkan, apa cerita..?
~ tak cukup dengan usaha..
~ makan makanan yang haram, dan juga syubhah(antara haram dan halal-waswas)
~ doa tak sungguh-sungguh..
~ mungkin juga Allah akan makbulkan untuk masa akan datang,
di masa yang sesuai dengan aturanNya..
~ tidak istiqamah (berterusan) berdoa..

Doa ini kadang-kadang seperti perbualan kita terhadap Ilahi..
malah juga, aduan dan cara kita memohon pertolongan kepadanya..
terutama waktu sulit, resah, gelisah, takut dan inginkan sesuatu (hajat)..
dan doa ini membuktikan yang hanya Allah lah yang Maha Pemberi pertolongan..
dan jika Allah berikan kita semua keadaan di atas,
itu maksudnya Allah rindu mendengar kita mengadu dengannya..
meminta hanya kepadaNya.. Allah kan sweet.. :)
Jangan pula kita jadi sombong, tidak mahu berdoa kepadaNya..
tidak mahu pertolongan daripadaNya..



“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)”
 (QS. 27 : 62)

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. 40 : 60).


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2 : 186).

 

~ Doa itu wireless! Coverage nya di mana-mana..
Talian nya tak pernah sibuk walau seketika..
Maka berdoalah, kerana Allah itu Maha Mendengar
segala aduan kita : iluvislam.com ~

Comments

Popular posts from this blog

Akhawat Hebat, Penyebar Manfaat :)

Dari Mata - Zill Qayyim

A tribute to Ohana Henshin 1.0