Friday 27 April 2012

Nega Che Chalaga! (I am the best)

Assalamualaikum dan salam Jumuah Mubarak! :)
Apa khabar iman hari ini, pada saat ini..?
Harapnya sihat-sihat sahaja hendaknya.. eh! skema ayat~

Err, mesti ramai orang yang kenal kan tajuk di atas..
i know you lah! tajuk di atas itu bahasa Korea.. biasa lah kan..
okay, saya nak korang sendiri yang cari apa kaitan tajuk tu dengan
entry saya kali ini , deal? -senyumsampaiketelinga-

Sekarang ni kan, saya perhatikan ramai yang cemburu tak tentu fasal..
kenapa boleh jadi macam tu sekali..?
Apakah puncanya..? Apakah faktor utama kejadian.? opps..
 okaylah saya bagi contoh.. oh!
there's so many example!

Ada orang sangat cemburu bila blog si fulan sangat ramai
pengikut.. blog dia? less than 10 person! uhh..
Ada orang cemburu bila tengok post si fulan ni dekat mukabuku
sangat ramai likers and commenters even share..
dia jadi jealous.. sebab post dia tak ada sorang pun nak like
apatah lagi nak comment, share jangan cakap lah!
Ada orang buat page dalam facebook, sangat ramai subscribers
dan likers! tak macam page dia, 100 pun tak sampai.. kesiannya! eh..
Ada orang dia cemburu dengan si fulan ni pandai buat website dan..
viewers dia sangat lah ramai.. mencecah 1K!! woot..
dia cemburu jugak..
itu dalam dunia IT..

kalau dunia sebenar..
ada pula yang cemburu best freind forever dia rapat dengan orang lain..
dia rasa yang dia lah yang layak jadi bff kwn dia tadi.. oh?
ada juga yang jealous kawan dia ada BF yang kacak dan sangat lah
baik hati nye punn.. baiklah sangat..
itu pun dia nak jealous.. ish!
Kalau dekat sekolah, ada lagi yang cemburu dengan rakan yang
sentiasa dapat markah tinggi! perghh.. patut kot cemburu (positif la!)
dalam keluarga, mungkin juga ada yang cemburu terhadap
adik beradik yang lain sebab ibu bapa beri kelebihan kepada
salah seorang adik beradik yang lain yang dia susah nak dapat.. hmm..

kalau dalam aktiviti seperti pogram kat luar..
ada juga yang cemburu sebab kalau si fulan ni buat pogram,
perghh.. satu bas yang datang.. kalau dia buat pogram, satu kereta kancil kot..
takyah cakap pogram agama lah, plan reunion ke..
lepas tu dah ramai yang ikut pogram dia..
so, ramai lah yang puji dan sanjung dia..
ada pula yang jealous juga..
dan tersangat banyak lah lagi perkara yang nak dicemburui tak tentu pasal..


dan yang teruknya cemburu sampai timbulnya rasa dengki
dan dendam.. mulalah syaitan berbisik dan tuppppppp!
Jatuh dalam gaung sebab tak dapat shield diri sendiri dari syaitonirojim
mahupun nafsu diri sendiri!
itu tahap bahaya tahap 5! eh..

okaylah macam ni.. cuba tengok dulu apa yang si fulan
post dekat blog, websites dan juga mukabukunya..
if its about islam, dakwah and anythings good
so, there's no need to be jealous!
apa kata daripada kita cemburu tak tentu pasal sampai jadi dengki..
kita sokong orang tu .. tambah-tambah lagi kalau dia buat dakwah cara moden!
dapat pahala lagii.. inshaAllah.. dan kalau kita tolong share,
orang lain juga dapat manfaatnya, tak ke bagus..?

dan kalau kita rasa orang ramai likers, followers apa semua tu..
kenapa tak kita cuba nak jadi seperti mereka..
kata cemburu, jadikanlah mereka sebagai contoh terbaik kita..
tapi bukan contoh kepada benda yang tak berfaedah okay..
mana tahu ada salah silap yang kita buat menyebabkan orang tak
ramai like dan follow.. aniya..?

Dan kalau tentang best friend forever tu tadi..
buat apa nak cemburu ..? Dia ada hak lah nak berkawan dengan sesiapa yang dia suka.
cuba fikir lah kalau diri sendiri tu rapat dengan orang lain ..
mana ada bff tadi tu cemburu..? sebab dia tahu manusia ni memang
suka berkawan dan akan pasti mempunyai ramai rakan..
nak kata sahabat yang betul-betul sahabat pun bukanlah hanya seorang kan..?
dan yang saya hairan dan kurang senang bila
dia cemburu sebab kawan dia ada BF or GF yang kacak, cantik lagi baik!
eh.. itu baru couple lah!
kalau yang cemburu sebab kawan ada suami atau isteri yang soleh,
baru patut! cemburu lah terhadap benda yang positif..
dan memang patutlah nak cemburu kalau kawan dapat markah tinggi..
apa kata kalau mintak tips dan minta ajar daripada dia..?
kan molek gitu.. -senyumnampakgigi-

wah! panjangnya.. assifun jiddan! hihi..
okaylah kesimpulannya kita hendaklah hormat menghormati antara satu sama lain..eh!!
gurau ..gurau..
as for conclusion.. tengok balik la niat orang tu..
kalau niat dia betul plus plus lah niat kerana Allah, so baguslah..
tak perlu nak cemburu sampai jadi dengki.. tak molek!
dan kalau blog kita tak ramai follower, post kita tak ramai yang like..
cuba reflect diri sendiri.. apa yang tak kena..?
dan tengok juga apa yang kita post, adakah benda yang bermanfaat
atau sekadar luahan.. ish.. kalau nak luah, luah lah dengan Yang Maha Mendengar..
jadikanlah cemburu tu sebagai semangat untuk kita
jadi yang lebih baik serta memperbaiki kelemahan kita!
dan cemburu itu boleh, mesti kena pada tempatnya lah..
dan JANGAN SAMPAI TIMBUL RASA DENGKI.. think positive always!


Dan yang paling pentingnya..
sedarlah Allah cipta kita ni berbeza..
orang itu bakatnya itu, kita ada bakat kita sendiri..
so, apa kata cari dan kembangkan bakat yang kita ada tu
nak bagi orang like, follow, comment even share!
tapiiiii.. niat mesti betul! nanti sesat lah kalau kompas pun dah salah.. eh!
dan percayalah pada diri sendiri,
diri ini yang terbaik!
so, go fot it!! weee..

kalau kipas tu nak berpusing laju mesti  ada pasaknya..
dan kalau kita nak jadi yang lebih baik tahap super saiya paling tinggi,
kena betulkan akidah kita.. akidah itu lah pasak kita kan..
jaga iman! jaga hati! jaga amal!
inshaAllah dapat pusing sampai nombor 6! opps~




saya rasa drama tadi sudah tamat..
so, harapnya dapat kaitkan tajuk tu dengan isi entry ini.. -winking-
saya hadiahkan beberapa quote osem dari Allah S.W.T..

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka
dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan,
mereka pun segera ingat akan Allah, maka ketika itu juga mereka
melihat (kesalahan-kesalahannya)"
Al-A'raf : 201

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah,
niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Muhammad : 7

"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara , kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"
Al-Hujurat : 10

assalamualaikum! peace!
tajuk hanya bunga sahaja! hihi..
semoga bermanfaat.. :)

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...