Thursday, 19 July 2012

Change Your Mentality! PleasE~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Fisrtly, assifun jiddan (sorry so much) long time no update..
biasalah dah mula study balik, so curi-curi masa nak update blog ni..
Apa khabar diri dan iman..? sihat or tenat..? gulp!
kalau tenat tu, inilah masanya.. Ramadhan kan hampir tiba..
so, grab that time to cure your imaan! inshaAllah.. :)

So, like the title, change your mentality..
apa yang sy nak sampaikan melalui tajuk tu.. anyone guess..?
huhu.. okay, just guess it, and you'll know the answer at the end of this entry
-senyumsampaitelinga-

haa.. kita selalu dengar pandangan orang terhadap sesuatu kan..
so, saya nak tekankan yang kadang-kadang pandangan orang tu
tak semestinya betul dan kadang-kadang memang tak berkaitan or tak tepat..
banyak lah perkara yang orang bagi pandangan sama..
kalau tanya 10 orang mungkin jawapan yang sama..
so, kat sini saya nak perbetulkan apa yang saya tahu berdasarkan
ilmu yg ada dan pengalaman sy..
di sini sy senaraikan beberapa contoh.. :)
hopefully korang akan lebih faham apa yang saya nak sampaikan ..


Situasi pertama :
Selalu dekat surau or masjid.. orang dewasa mesti nak halau budak-budak
kecik yang nak gi sembahyang buat bising terutamanya solat sunat terawih..
Q : kenapa mesti halau, tak boleh ka tegur atau tegas ? kenapa sampai nak halau..
for me la.. dah kira bersyukur kita, budak2 tu dah pandai nak
dekatkan diri ngan rumah Allah ni.. tak payah lah nak halau , marah2 dorang..
budak2 ni masih kecil lagi, belum matang..memang lah dorang akan buat bising..
tegur dan tegas cukuplah.. tapi kalau sampai marah2 tu, budak mana yang tak lari..?
dia ada perasaan juga.. kalau dah sampai halau keluar tu.. memang tak patut..
kalau dorang ambik hati and tak akan pernah menjejak kaki lagi ke surau atau masjid lagi
APA JADI NANTI..?
tolong lah orang-orang di luar sana.. berilah peluang kepada budak2 ni..
bimibinglah mereka, tegurlah secara hikmah.. sedangkan Rasulullah sangat kasih dan sayang
dengan budak2, apatah lagi kita..?

situasi 2:
saya baru tahu beberapa tahun yg lalu yg dkt Sarawak ni, kalau
orang meninggal, memang dorang akan buat kenduri arwah (tahlil)
dan dekat semenanjung tak ada pun kenduri arwah ni..
so, sy pun rasa ada logiknya kenduri ini tak wajib..
dan kadang-kadang ianya membebankan keluarga arwah..
kalau jiran2 dan saudara mara yg tlg organise, its okay la..
tapi yg selalu sy tgk.. family arwah tu sendiri yg organise, masak apa semua..
saya rasa cukuplah sekadar bertahlil, baca Yassin..
hidangkanlah air dan roti sahaja.. dah memadai kan.. sebagai hormat tetamu..
dan yang paling tak best nya, orang dah jadikan ianya adat..
adat siapa buat..? manusia buat.. bukan Allah..
jadi, kenduri arwah ni tak ada dalam hukum, xada dalam Al Quran..
so, janganlah ada yg terus berburuk sangka dgn para ustaz
yg nak betulkan pemikiran kita tentang adat dan hukum islam..
memang saya tahu orang ramai memang susah nak buang adat..
dan kadang-kadang adat tu ada juga yg membawa kpd khurafat..
berhati-hatilah.. :)
jangan terlalu ikutkan adat hingga hukum agama kita lupa..

situasi 3 :
"eh, dia guna jubah la.. dah jadi alim dah weiii! "
"amboi, dia tu skrang dah guna baju muslimah, tudung pun dah labuh dah..
alim nampaknya ya"
"waa, dia post tentang agama la kat fb, dah insaf jadi alim dah dia"
Oh no.. kenapa mesti fikir sampai macam tu sekali..?
wahai... tak semestinya lelaki yang berjubah itu alim..
tak semestinya guna baju muslimah dan tudung labuh itu alim..
jubah, baju muslimah dan tudung.. itu cuma PAKAIAN..
alim itu ada pada hati.. ada jika imannya mantap..
dan tak ada siapa boleh tahu alimnya seseorang melainkan Allah S.W.T.
kita.. xada hak nak menilai kealiman seseorang..
huhu.. post kat fb.. siapa2 pun boleh la ..
tak kira alim ke tak selagi dia islam ? :)
apa salahnya.. tapi jangan cepat menilai dari status fb..
huhu.. hanya Allah yang tahu keikhlasan dlm apa jua yg kita lakukan ..


situasi 4 :
"ishh.. apa dorang tu jalan pun pegang2 tangan, padahal sama perempuan"
"eeih, selalu je aku tengok dorang tu duduk sama, gi rehat sama,
gi jalan lepak sama, peluk2 bahu lagi tu, sama lelaki pula"
Oh.. okay.. this.. memang orang pandang negatif terus kan..
kenapa ya..????
salah ka bestfriend itu berjalan sambil berpegangan tangan sama jantina..
mungkin itu cara mereka shows thier love to each other..
sama jantina.. apa salahnya.. daripada berlainan JANTINA yg tak malu luar sana.. kan?
salah ka duduk lepak ngn kwn. dah itu bestfriend dia..
lelaki, mestilah peluk bahu, tak kan nak pegang tangan juga kot..?
kan.. cuba lah think more to postive..
kawan kan.. korang tak sayang kawan korang.? korang ada bff tak..?
okay yg lbh best korang ada tak Best Friend Till Jannah BFTJ ? aku ada, kau ada? :P
haa, kalau dah bff tu, sah2 lah rapat dan mungkin sentiasa berkepit..
normal lah kalau girls sma girls sweetfight, hold hands..
normal lah kalau boys sama boys duduk sama lepak,
gi jalan peluk bahu, sweetfight juga.. normal as friendship love la.. :)
xsalah kan nak sayangi rakan macam sayangi diri sendiri..?
jgn fikir sempit okay..? luaskan pemikiran! inshaAllah..


Diriwayatkan daripada Anas r.a:
“ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

okay, saya rasa cukup lah 4 contoh situasi ..
dan ada banyak lagi perkara.. semestinya..
sy rasa itu sudah cukup untuk memahamkan anda :)
hihi.. kalau ada silap, tolong betulkan..
so, hopefully semua orang dapat change our negatif mentality..
I try too :) and jom la. be positive okay..
dan cuba terima kebenaran :)
wallahualam.. semoga bermanfaat.. maaf jika terkasar bahasa ..
inshaAllah see ya for the next post!
Assalamualaikum :)
saya akhiri blog post kali ini dengan ayat 104, surah Al-Imran

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan
mencegah dari mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung"
selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! :)
how about your guess? true or false ? :)


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...