Saturday 7 December 2013

Sedarkan aku, ingatkan dia

Assalamualaikum

Pengalaman sangat mematangkan
Pengalaman yang diterima sukar dilupakan
Pengalaman kali ini amat hebat
Pengalaman yang bercampur baur suka duka pahit manis
Pengalaman yang memberi pengajaran
Pengalaman mengenali lebih ramai orang
Pengalaman kali ini berkaitan hubungan.

Pengalaman apakah ini?
Mengapa kesudahannya amat perit?
Jika dapat dijangka dari awal, tentu sudah dijauhkan
atau yang lebih baik, diperbaiki.
tetapi...
mengapa nasi sudah menjadi bubur baru ditegur?
mengapa berada di pihak yang ditinggalkan?
mengapa terjadi semua ini?

Jika dapat diduga, ambil langkah berjaga-jaga
malangnya, semua tidak terjangka
lalai, leka, hanyut ... mungkin
kedua-duanya sekali
mengapa satu yang menanggung derita?
mengapa tidak kedua-duanya?
adilkah itu?

mengapa perlu ditarik kata-kata?
mengapa perlu terpaksa setelah sekian lama?
jika benar, teguran itu sepatutnya yang pertama dalam bertindak
mengapa perlu menahan rasa dan terpaksa,
tidakkah itu menunjukkan rela?
Nah, sama sahaja!

salah faham sering menyapa
kata maaf sering didengar, dari pihak yang berani dan benar
tawar hati perkara biasa, mengapa perlu lama-lama?
yang tua selalu mengalah
yang muda tak tahulah
apa sahaja cara menjadi usaha
doa menjadi senjata
untuk menyelamatkan ukkhuwah fillah

salah faham sering berlaku
ambil berat dikata kongkongan
kasih sayang yang dizahirkan dianggap salah
melampau dan berdosa
Ya Allah, tidak terlintas untuk melampaui batas!
pemberian dianggap merimaskan
perlukan perhatian dan berkelakuan manja tidak disukai
sifat sensitif sangat dibenci

Alah!
semuanya berbalik kepada diri sendiri
manusia tidak sempurna
manusia sentiasa alpha , lalai dan leka
manusia terkadang hanyut dengan bisikan dan nafsu
manusia kalanya ingin diberi peluang
manusia mahu berubah sesudah ditegur, tanda mereka menerima teguran
manusia akan meminta maaf jika benar salah mahupun tidak
manusia ingin menyelamatkan hubungan
manusia perlu diberikan peluang!

Mengapa tidak dihentikan dari awal?
mengapa perlu memberikan harapan?
mengapa perlu  menjadi terlalu rapat?
mengapa perlu bermesra seperti saudara kandung?
mengapa perlu membina seribu kenangan?
itu perit
itu sakit
jika kenangan dapat dibuang, alangkah senang
jika ingatan dapat dihenti dan diperbaharui, alangkah senang
sunguh, ini memerlukan kesabaran.. Allahu

Itu bukan pantun, bukan syair, bukan seloka
tetapi itu hanyalah sebuah kisah
sekadar untuk berkongsi pengajaran
untuk semua manusia yang mempunyai teman rapat

setelah lama berfikir panjang, duduk termenung sendirian
masih tidak jumpa jawapan kepada semua persoalan
hanya mampu mendidik diri untuk redha dengan ketentuan Allah
mendidik diri untuk sentiasa husnudzon (bersangka baik)
mendidik diri untuk sentiasa berlapang dada walau apa pun yang diterima
Mungkin benar ada salah, tetapi percayalah bukan hanya pada seorang
mungkin benar berkaitan dengan iman dan diri, tetapi bukan hanya pada seorang
mungkin benar ingin memperbaiki diri, tetapi benarkah ini caranya?
mungkin juga... seperti apa yang dinyatakan di dalam buku DDU
"Ia membenci salah dan kelemahanmu, yang sebenarnya ada pada dirinya sendiri"
ya, mungkin juga ..
boleh sahaja berkata jujur dan menegur secara hikmah sejak awal ..
sehingga tidak perlu menyakitkan yang seorang,
kerana hanyut dalam erat perhubungan
hati sentiasa membenarkan, namun lisan dan perbuatan tidak
bisa dipura-pura..
itu rahsia Allah, Allah sahaja yang tahu apa di dalam hati kami
di sini mendidik diri supaya hindari sudzon, berlapang dada
dan jangan putus asa dengan rahmat Allah,
doa dan usaha jangan dihentikan, kerana percaya
Allah mendengar , mengetahui dan tahu apa yang terbaik untuk hambanya
barangkali tersalah cara dalam menjadi saudara angkat
atau.. tersalah cara dalam mendakwah fardhiah..
mungkin juga ada kalanya terpesong sedikit, namun..
ia bisa ditegur saat itu, untuk tidak diulangi, untuk disedari dari awal
bukan setelah semuanya sudah berlalu

di sebalik semua yang terjadi, ada juga baiknya hubungan ini lama dan rapat
solat sentiasa dijaga, dan jika tertinggal, qada' dan peringatan sentiasa diberikan
ilmu agama turut dikongsi, berbagi bahan untuk meningkatkan ilmu
hadiah sering diberi tanda mengikut sunah Nabi dan mengeratkan ukkhuwah
qiam bersama-sama, walaupun tidak sebumbung
sentiasa mengambil berat, tetapi perlu berwaspada, agar tidak disalahtafsir
kata-kata manis sering diungkap, mengatakan rindu dan sayang
tetapi akhir-akhir ini, ungkapan itu perlu dirahsiakan, biar Allah sahaja yang tahu
kata-kata manis juga hampir seperti janji, menjadi janji manis
tidak semua terlaksana, kerana akhir-akhir, satu demi satu hilang sekelip mata
akhlak kadang-kadang dijaga, tetapi yang bergelar manusia
tetap tersasar tiba masanya..

"Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap sahabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri."

InshaAllah , diri ini akan sentiasa berfikiran luas, positif dan logik
diri ini akan cuba untuk redha dengan sunatullah yang telah Allah tentukan
diri ini akan cuba untuk terus bersahabat dalam ukkhuwah
yang didasari dengan keimanan kepada Allah, dengan izinNya
diri ini akan cuba untuk melupakan apa yang menyakitkan
diri ini akan berubah, berubah, berubah menjadi yang lebih baik!
seharusnya, persoalan-persoalan itu tidak perlu ditanya
jadilah bijak, mencari hikmah di sebalik ujian, walaupun perit, sakit
jika dihiasi dengan sabar, usaha, doa yang berterusan dan redha serta tawakal
inshaAllah, khair inshaAllah!
percayalah, Allah akan menunjukkan kebenaran dan petunjuk
percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang
percayalah suatu hari, doamu dimakbulkan
percayalah sayang, tabahkan hatimu, kuatkan imanmu
Semua yang terjadi di atas izin dan kuasa Allah,
maka Allah sahaja lah tempatmu meminta pertolongan 
ingatlah, Allah uji tanda kasihNya kepada kita,
tanda rinduNya kepada taubat dan rintihan kita dalam doa

hargailah orang yang menyayangimu
yang benar-benar mengambil berat tentangmu
yang ingin bersamamu di jannahNya, inshaAllah

kubaca firman persaudaraan
"sungguh setiap orang mukmin itu bersaudara"
Al Hujurat :10

"tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya dari dosa?
Atau ia ingin mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi
manfaat kepadaNya?"
'Abasa : 3-4

".. Dan Allah yang mempersatukan hati para hamba beriman.
Jikapun kau nafkahkan perbendaharaan bumi seluruhnya
untuk mengikat hati mereka, takkan bisa kau himpunkan
hati mereka. Tetapi Allahlah yang telah menyatupadukan mereka.."
Al-Anfaal : 63

"Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)"

ya, itu sahaja yang mampu kukongsikan
doakan diri ini akan sentiasa bersangka baik, berlapang dada
dan tetap menyayanginya dan ingin bersama-sama menjadi yang lebih baik
doakan diri ini akan sentiasa berlembut dengannya
doakan diri ini akan kuat menghadapi segala mehnah yang akan menerpa
doakan diri ini agar terus bersabar
doakan diri ini untuk tulus ikhlas bersahabat dengannya
doakan diri ini untuk sentiasa jujur dan amanah 
hanya kerana Allah s.w.t.
amiin ya rabb !
isytaaqo ilaik :'(
ana uhibbuki fillah :')
 sampaikan kepadanya ya Allah ~

“Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)







No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...