Wednesday 18 December 2013

what you get, keep moving on !

Assalamualaikum

esok keputusan PMR akan keluar inshaAllah
bulan 3 tahun depan keputusan SPM dan STPM akan keluar juga inshaAllah
dan keputusan tetap akan keluar bila sesiapa ada menduduki peperiksaan

sebelum peperiksaan , saya yakin semua calon dah buat persediaan yang rapi kan?
paling sedikit pun, tetap ada ulangkaji dan doa kan?
paling tak pun, mesti ada buat solat hajat peringkat sekolah kan?

apa-apa pun, saya yakin semua orang ada cara persediaan yang tersendiri.
ada yang dah belajar dan ulangkaji dari mula-mula belajar,
ada yang ulangkaji lepas habis bab atau topik,
ada yang ulangkaji sebulan/seminggu nak periksa
ada jugak yang ulangkaji malam sebelum hari peperiksaan kan?
tapi sangat teruk lah jika ulangkaji pagi sebelum peperiksaan bermula, tahu apa hasilnya..

apa-apa pun keputusan yang bakal kita dapat, itu semua adalah yang terbaik untuk kita
ada hikmahnya Allah bagi kita keputusan yang baik dan cemerlang
ada hikmahnya juga Allah bagi kita keputusan yang kurang memuaskan dan tak mencapai sasaran
mungkin Allah bagi kita keputusan cemerlang sebab nak uji
sama ada kita bersyukur atau tidak, kita riak atau tidak, ataupun kita sangat bersyukur dan
memanfaatkan keputusan kita untuk dakwah dan islam
mungkin juga Allah tak bagi keputusan cemerlang sebab nak uji
kita putus asa dengan rahmat Allah atau tak? kita bersyukur atau tak? kita nak berusaha lagi atau tak?
dan Allah Maha Mengetahui, jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk diri anda semua
so, keep on moving !

pengalaman saya, upsr tak dapat pun keputusan seperti yang saya sasarkan
tapi saya cuba redha, dan alhamdulillah dapat kelas depan-depan semasa tingkatan 1-3 :)
PMR pula, saya tak sangka, alhamdulillah dapat lebih dari yang saya sasarkan
saya syukur sangat dan saya tetap buat apa yang saya nazar kan :)
SPM pula, alhamdulillah juga, dapat seperti apa yang saya sasarkan, semua lulus
dan sekali lagi saya bersyukur sebab masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran
iaitu stpm dengan keputusan yang ada..
stpm sem 1 pula, memang tak seperti yang disasarkan,
memang jauh sangat tersasar .. tetapi, saya tak putus asa..
ulangan saya cuba lagi.. dan teruskan berdoa, meskipun usaha saya tak seperti sasaran,
tetapi saya percaya, dengan doa yang bersungguh-sungguh, inshaAllah keajaiban boleh berlaku.
kun fayakun !
sem 2 pula, alhamdulillah lebih baik 'sikit' dari yang lepas ..
saya bersyukur sebab maseh boleh ulang bagi subjek yang 'kurang' ..
sem 3 dan ulangan sem1 dan sem2 , saya tengah tunggu :D
MUET pula, tak juga seperti yang saya sasarkan.
tetapi alhamdulillah, dengan band 3 yang saya dapat, inshaAllah dapat bantu kelayakan untuk
melanjutkan pelajaran ke IPTA :)

daripada pengalaman saya dapat keputusan ni, adakalanya saya kat atas,
adakalanya saya kat bawah tapi saya tetap percaya dengan aturan Allah..
sentiasa berdoa dan berusaha serta ikhtiar dan selepas tamat peperiksaan cuma tawakal .
tawakal yang kita perlukan. tawakal adalah kita redha dan terima apa sahaja yang Allah tentukan
ingat.... !
Allah tak tengok hasil, tapi Allah counts the efforts !!!

ingatlah, kita menuntut ilmu ni hanya nak dapat keputusan cemerlang ?
kita menuntut ilmu cuma nak dapat segulung ijazah?
ataupun kita menuntut ilmu kerana Allah dan kita cuba amalkan..
tak semestinya ilmu agama yang dianggap ibadah,
apa-apa sahaja ilmu yang Allah redha inshaAllah itulah ibadah..
dan apa-apa sahaja ilmu yang bermanfaat boleh diamalkan dalam kehidupan seharian
boleh jadi juga kita nak jadi cemerlang supaya dakwah kita dipermudahkan
jadi, jangan lah berputus asa.. teruskan buat yang terbaik.
jadikan belajar dan keputusan ini sebagai satu medium dakwah anda!

last but not least
just keep on moving !
no matter how your result will be ..
tawakal and it is the best for you from Allah :)

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap"
asy-syarh : 5-8

see, dalam alquran pun ada mention, dalam kesusahan pasti ada kesenangan
sama jugalah seperti selepas hujan turun, muncul pula pelangi :)
alangkah indah  dan baiknya Allah !
dan bila Allah dah bagi keputusan kat kita, teruskan lah yang seterusnya.
cuba lagi dan teruskan apa sahaja usaha untuk jadi lebih baik !
ingat, berprasangka baiklah dengan Allah, inshaAllah hasilnya mantap :)
apa pun keputusan yang kita akan dapat, husnudzon dengan Allah ..
kita tak tahu itu rahmat atau musibah, yang kita mampu cuma bersangka baik ..
inshaAllah dengan sangka baik, 'baik' lah yang kita akan dapat untuk seterusnya !

semoga anda yang menanti keputusan, tak kiralah pmr, spm , stpm atau
keputusan untuk final mendapat keputusan yang terbaik!
inshaAllah, tawakal yang penting!
dan bersangka baik dengan Allah :)
keep moving on dear!
bittaufiq wannajah dan semoga Allah redha ~


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...