Friday 17 January 2014

Believe it or not!

Allahumma sholli alaa Muhammad waa'la alihi Muhammad !
Assalamualaikum...

Hari ini inshaAllah nak cakap fasal percaya, TRUST!
Seperti yang kita tahu percaya ini sangat penting..
yang pertama sekali mestilah kita percaya dengan kewujudan Allah..
dan kemudian akan percaya dengan kewujudan Nabi dan para sahabat serta sirah mereka
percaya dengan hari akhirat, percaya dengan qada' dan qadar Allah, percaya dengan kitab Alquran
dan percaya kepada malaikat.. maaf tak ikut susunan, saja nak test memory :)

haa, anda semua dah benar-benar percaya ke dengan rukun iman yang ada enam semuanya?
InshaAllah nak jadi muslim, kita mestilah beriman kepada keenam-enam rukun iman itu..
some ask how to trust that Allah exist..?
simple, anda rasa tak angin? tapi anda tak nampak bukan?
nah, begitulah sepatutnya, anda mesti yakin bahawa Allah itu wujud tapi anda tak nampak, itulah namanya percaya, beriman. anda rasa Allah itu wujud..
Kalau anda tak percaya kewujudan Nabi pulak, mengapa ada sirah-sirah nabi?
mengapa ada Ini Sejarah Kita?
anda juga perlu percaya bahawa Alquran adalah mukjizat kepada Rasulullah , wahyu daripada Allah
dtinggalkan untuk kita, ummat Rasulullah sebagai panduan hidup..
kita juga mesti percaya dengan kewujudan malaikat, yang sangat taat beribadah kepada Allah dan
menjalankan tugasnya tanpa ada pilihan..
kita mesti percaya qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan untuk setiap hambanya..
dan kita mesti percaya akan ada hari kiamat, yang menjadi rahsia Allah.
fuhh, believe it or not, if you are muslim, so you MUST BELIEVE..

itu hanya mukadimah, hihi..
sebenarnya nak cakap, kita mesti letakkan kepercayaan kita kepada Allah!
Apa-apa pun yang Allah takdirkan untuk terjadi kepada kita, kepercayaan yang Allah tahu
apa yang terbaik untuk kita tu penting..
Sama ada kesenangan atau kesusahan, percayalah Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu..
bila anda dah berusaha untuk sesuatu, maka letakkanlah kepercayaan anda kepada Allah,
iaitu tawakkal.. we have done our best effort, so the next step is to trust Allah will handle the rest !
Allah tak tengok hasil kan, Allah tengok usaha kita.. jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

Antara sesama manusia pula.. percaya itu amat sukar untuk dilakukan bila kita baru kenal..
tapi apabila kepercayaan itu sudah wujud, jangan sesekali menghancurkannya
kerana...
"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hilang percaya" inteam~
apabila orang dah ada tsiqah kat kita, sepatutnya kita perlu hargai dan syukur
sebab tak mudah untuk seseorang mempercayai manusia lain.. 
same goes to diri sendiri kan?
senang tak nak percaya kat orang?
tapi setuju tidak kalau saya cakap percaya ini berkait rapat dengan bersangka baik?
pendapat saya, bila kita bersangka baik dengan seseorang, maka akan timbul rasa percaya..
sahabat yang sejati memang akan saling percaya antara satu sama lain :)

percaya ini boleh diterangkan dengan jelas dalam aktiviti ini..
andaikan anda diminta untuk merebahkan tubuh anda ke belakang dan ada dua orang rakan
akan menangkap anda..
pada saat itu, anda rasa anda akan merebahkan tubuh anda dengan yakin atau tidak?
ada orang tidak akan merebahkan tubuhnya, ada pulak yang akan melompat dan menoleh ke belakang..
tetapi bagaiman pula dengan orang yang menutup matanya sambil benar-benar merebahkan
tubuhnya tanpa ragu rakannya akan menangkapnya..
kuncinya adalah kepercayaan.. apabila anda percaya, inshaAllah semuanya berjalan lancar
dan selamat..

untuk harta pula,
bila kita memarkir kereta atau motosikal kat tempat yang terbuka ,
kita mesti rasa takut kehilangan dan kadang-kadang kita letak something untuk "menjaga "
kereta dan motosikal kita.. kenapa kita tak letak kepercayaan kita hanya pada Allah..
apa pun harta yang kita peroleh, itu milik Allah..
ingatlah harta tu akan jadi milik kita hanya apabila kita menggunakannya di jalan Allah..
kalau dah memang Allah nak bagi kereta kita hilang, motosikal kena curi, memang akan jadi..
jangan sampai harta memiliki kita bukan kita yang memiliki harta :)



begitulah , kepercayaan kita kepada Allah harus mengatasi kepercayaan kita kepada manusia..
sesungguhnya Allah tak menghampakan hambanya, tapi manusia, yaa... 
Allah tak makbulkan, mungkin bukan masanya, atau Allah saja nak bagi yang lebih osem lagi..
so, be patient and put your trust in Allah.. 
 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...