Thursday 23 January 2014

Dakwah itu mudah , come on!

Assalamualaikum
Semoga sentiasa dalam iman yang sihat dan sentiasa dalam lindunganNya.

Zaman sekarang dah bertambah maju, orang-orang pun semakin maju
tetapi pada agama, adakah semakin maju?

Baiklah seteret to the point..
Dakwah ini mudah bukan, dan dakwah ini tanggungjawab setiap yang bergelar muslim kan?
Jadi, adakah anda sudah dan sedang menyampaikan dakwah?
dakwah ini harus diteruskan walaupun Rasulullah S.A.W. telah wafat.
Kalau kita susuri seerah Nabi, dakwah tidak terhenti begitu sahaja,
malah dakwah diteruskan lagi oleh Khulafa' Ar Rasyidin dan diteruskan lagi hingga sekarang!
Persoalannya, adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk
meneruskan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah?
Jika kita tak tahu dan tak pandai nak berdakwah, kan Rasulullah tinggalkan kita dua benda.
Iaitu Al Quran dan As sunnah (hadis) sebagai panduan ..
Dakwah pada kata dasarnya adalah "AJAK" , jadi maksud dakwah ialah
mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menyeru orang lain meninggalkan laranganNya.
Ajak, senang tidak?

Sebentar sebentar, jangan garu kepala jangan serabut.
Dakwah ini mudah jika kita mudahkannya. Dakwah ini mudah jika kita benar-benar faham.

Baiklah, sepatutnya kita perlu tahu bagaimana nak berdakwah pada zaman yang serba moden ini.
Ya dakwah Rasulullah lebih perit sebab mengajak orang untuk menganut agama islam dan tunduk patuh
dan taat pada Allah S.W.T.
tetapi dakwah kita lebih kepada mengajak kembali orang islam untuk kembali kepada fitrah.

Manusia kan banyak ragam, banyak juga bakat dan kebolehan, banyak keistimewaan.
manusi ada banyak pandangan dan pendapat, banyak idea dan kreatif.
Jadi, apa salahnya kita gunakan semua nikmat yang Allah bagi kat kita untuk berdakwah?

Bagi sesiapa yang suka bercakap , fasih dan lantang, subhanallah itu adalah satu nikmat dalam islam.
Dia boleh sahaja berkata-kata lembut mengajak orang kembali kepada fitrah, mengajak orang ke
arah kebaikan dengan kefasihan berbicara yang telah Allah kurniakan kepadanya. Tetapi, jika dia hanya fasih berkata-kata jenaka dan benda yang tidak mendatangkan faedah, amat sukar. Jadi sebolehnya, kita muhasabah diri dahulu, betulkan diri, baru kita mengajak orang lain.
"islam tak kan tertegak selagi dalam diri sendiri islam tidak diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian"
Jadi, kepada yang fasih berbicara ini, dia boleh sahaja menyertai mana-mana program dan sampaikan
apa-apa ilmu yang bermafaat dan mengajak orang ke arah kebaikan.
Zaman dah berubah, kalau tak hadir ke luar, boleh dakwah di rumah, atau di taman.
boleh buat video sendiri, jadi vlogger di Youtiup anda.
seperti Matluthfi, aiman azlan dan yang lain!
See, dakwah itu mudah.

 

Bagi sesiapa yang cinta kepada bidang fotografi dan art , mahir dalam bidang editing..
Ya, andalah yang dicari.
Anda boleh menggunakan bakat fotografi anda itu untuk meng'edit' foto-foto dari lensa kamera
anda , dilengkapi dengan quote-quote osem dari tokoh islam, dari Rasulullah, dari Alquran dan
hadis dan qoute-quote yang akan memujuk hati dan jiwa di luar sana untuk kembali mengingati
Allah dalam apa jua keadaan.
Ingat, dakwah adalah ajak.
Jadi, anda boleh lah jadi pendakwah fotografi , aiwah!

 

Bagi anda yang dikurniakan nikmat tangan yang mahir melukis, subhanallah!
syukur, andalah yang diperlukan. Anda boleh sahaja menggunakan lukisan anda untuk mengajak
orang ke arah kebaikan. Anda boleh sahaja menyertai aktiviti doodle dan
sampaikan beberapa ayat sebagai mesej dakwah anda, tetapi kadang-kadang orang kata
"let picture tell you something"
Jangan sia-sia kan bakat haibat anda itu!

 

Bagi sesiapa yang memang 'terkenal' dan mungkin juga 'hebat' dalam pelajaran dan kerjaya,
itu juga adalah bonus untuk anda menyampaikan dakwah!
Lihat sahaja di mukabuku, siapa yang dapat banyak 'like' walaupun dia hanya post status,
"selamat pagi" dah dapat berpuluh, kalau tak pun beratus like,
ya andalah yang diperlukan.
Jangan sia-sia kan bonus anda itu, bila orang "suka" maksudnya orang baca.
Jadi, apa salahnya kalau anda post mengajak orang lain untuk beramal dan melakukan kebaikan!
InshaAllah Allah counts your effort, bila orang yang 'suka' itu post di 'garismasa' nya,
ada lagi orang yang 'suka', nah! dah ada MLM di situ.
Kalau anda yang pertama post dakwah, anda dapat pahala, apatah lagi kalau orang copy paste
post anda itu tadi, ada pula yang 'like' dan amalkan, nah, pahala mereka pun anda dapat juga!
itulah MLM dalam dakwah islam! rugi tidak?
kalau anda seorang yang mempunyai peringkat ilmu yang tinggi, mempunyai pangkat di tempat kerja anda,  inshaAllah orang memang akan dengar dan percaya, mudah untuk anda berdakwah,
jadi jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri pada anda!

 

Bagi anda yang sangat suka menulis, anda juga boleh berdakwah.
Macam saya sekarang. eh !
Dakwah juga boleh dilakukan melalui penulisan, sama ada buku, majalah, novel , blog, wordpress
dan medium penulisan yang lain. mana tahu penulisan anda boleh mengesan hati dan jiwa orang di luar sana!
tetapi jika penulisan itu boleh menghantar makcik hidayah kepada sang pembaca,
maka penulisan itu adalah dari Ilahi, alhamdulillah!
Penulisan anda yang kreatif dapat menarik minat orang ramai untuk membaca
dan sekaligus ilmu yang bermanfaat hasil tulisan anda akan diamalkan!
Penulisan ini perlu bijak dan mahir memikat hati para pembaca.
Maklumlah, fakta orang islam memang malas membaca. Jadi, anda yang mahir menulis
perlu mempelbagaikan kreativiti penulisan anda, dan anda perlu tahu di mana bakat anda
itu diperlukan. Berdasarkan pemerhatian saya, penulis dakwah amat diperlukan dalam
penulisan blog, page, majalah dan juga novel..
Jadi, cubalah menulis untuk Allah, untuk islam, untuk dakwah! InshaAllah Allah counts your effort!

 

Dan bagi lelaki di luar sana yang mempunyai suara yang merdu dan sedap didengar!
Nah, gunakanlah bakat anda itu untuk menyampaikan lagu yang mengajak pendengar
mengingati Allah!
Lagu dan nyanyian tidak semestinya nasyid. Nyanyian biasa jika liriknya
berunsurkan dakwah, that's it !
Buka minda dengan luas, think out of the box! 


Sebenarnya banyak lagi medium yang anda boleh gunakan untuk dakwah ini.
Dakwah ini mudah, jangan susahkan!
Ingat dakwah adalah ajak, mengajak ke arah kebaikan!
Dan paling senang pun dakwah bil hal, dakwah melalui akhlak.
itu lah salah satu cara nabi Muhammad berdakwah, iaitu menunjukkan akhlak yang baik.
dalam berdakwah, kita mesti mencontohi akhlak Rasulullah dan menjadikan dia qudwah kepada kita.
Pelbagai cara boleh untuk berdakwah..
"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
jangan memandang enteng sepotong ayat, mana tahu dengan kuasa Allah ,
satu ayat yang anda sampaikan itu boleh mengesan jiwa-jiwa yang kering di luar sana! who knows!

"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat(balasannya)
Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat(balasannya)"
Alzalzalah : 7,8

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu" Muhammad : 7
 


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...