Wednesday 15 January 2014

Rasulullah S.A.W.

Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad :)

Assalamualaikum ..
sempena hari maulidur rasul, nak juga update something yang inshaAllah bermanfaat, biidznillah!

Benarkah kita cinta pada Nabi Muhammad S.A.W. ?
jika benar, apa buktinya?
saya sendiri pun perlu muhasabah diri.. berfikir dan merenung kembali..
adakah benar saya cinta pada rasulullah..?
apa bukti saya cinta pada rasulullah, sungguh bukti saya belum cukup T_T
tak nak jadi munafik sebab kata cinta pada rasul, tapi bukti tak ada...

Baiklah, saya nak share some tips and how to show our love to the last messenger of Allah,
Nabi Muhammad S.A.W. :

1.Selawatlah kepada baginda Rasul, bukan hanya pada hari maulidur rasul.
   Selawatlah setelah solat, dan kalau boleh bila teringat Rasul, terus selawat..
2. Amalkan sunnah Rasulullah S.A.W. , sunnah baginda sangat banyak..
3. Contohi akhlak mulia Rasulullah , jadikan dia idola dan qudwah untuk kita!
4. Mempelajari sirah baginda untuk mengenali, bak kata orang "tak kenal, maka tak cinta"
    Jadi, kalau tak tahu sirah nabi, benarkah cinta?
5. Teruskan dakwah walaupun sepotong ayat. Teruskan dakwah dan tarbiyah dan menyelami
perjuangan Nabi sewaktu berdakwah dahulu. Suburkan semangat jihad dalam diri.
6. Sunnah paling utama, usrah. teruskan usrah walau banyak halangan, dugaan dan ujian! Teruskan menjadi naqibah untuk memimpin sahabat-sahabat dalam dakwah dan tarbiyah.

Okay, itu adalah beberapa tips daripada saya, yang saya tahu.
kalau anda nak tambah, tafaddhal :)
inshaAllah kita sama-sama cuba untuk jadi ummat Nabi yang dia rindukan dan cinta kepadanya..

Sedangkan Nabi saat sakaratul maut mendatanginya, baginda meminta supaya sakit sakaratul maut itu
biar baginda sahaja yang rasakan, jangan biar ummatnya merasa sakit itu.. Allahu rabbi..
saat-saat terakhir nafas Nabi pun dia masih ingat pada ummatnya,
"Ummati, ummati, ummati !" ummatku, ummatku, ummatku .. Allahu :'(
kita, dalam sehari kita hidup, ada tak kita ingat kat rasulullah?????
tepuk dada tanya iman!

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?" Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah." Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah." Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah." Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah." Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman." Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman." Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui." Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku." Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “sesungguhnya, aku rindukan mereka..."

 
a gift to Rasulullah :)
Rasulullah dalam mengenangmu kami susuli lembaran sirahmu 
pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu untuk ummatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu 
tidak terbalas segala jasamu 
sesungguhnya engkau Rasul mulia 
tabahnya hatimu menempuh dugaan 
mengajar erti kesabaran 
menjulang panji kebenaran
terukir namamu di dalam Al Quran

Rasulullah, kami ummatmu
walau tak pernah melihat wajahmu 
kami cuba mengingatimu 
dan kami cuba mengamal sunnahmu 
kami sambut perjuanganmu
walau kita tak pernah bersua
tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan Rasul sebagai pembela




 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...