Friday 29 January 2016

Madrasah Rasulullah

Assalamualaikum.
Rasa terpanggil untuk kongsikan apa yang telah saya terima.
Tapi.. mungkin berbeza dari apa yang disampaikan , sebab saya tulis
mengikut isi penting yang saya boleh tangkap dan olahan daripada
ilmu yang ada di minda . -peace-

Ada empat isi penting dalam madrasah Rasulullah , inshaAllah
kalau korang follow lillahi taa'la, boleh jadi individu muslim yang baik.

AKIDAH
Akidah ni sangat penting, sebab akidah lah yang menentukan pegangan kita
apa yang kita sembah, kita taat pada siapa, adakah Allah atau sebaliknya.
Dan akidah ni perlu diasah setiap waktu supaya tak lalai, biasalah
zaman semakin moden, syaitan pun moden juga tau! Eh.
Kita tahu bahawa akidah kita adalah islam, akidah orang islam hanya satu,
mentauhidkan Allah. Mungkin kita tak buat syirik, tapi amalan-amalan taghut
(baca: menjauhkan kita dari ingat Allah) itu sangat bahaya.
Okay, contoh simple yang saya selalu kena kat madrasah dulu :
Kalau azan dah bunyi, adakah anda terus duduk depan tv, pegang hp atau segera
ambil wudhu' dan solat? Allahu, tepuk dada, tanyalah iman anda.
Dari situ je kita boleh nampak kita meletakkan Allah yang pertama atau tidak.
Peringatan untuk tangan yang menaip juga. Andai leka, tegurlah.

PRINSIP-PRINSIP ISLAM
Okay yang ini penting juga, sebagai seorang muslim, kita memang dah tahu
apa rukun islam, rukun iman, hukum hakam dalam islam, yang halal dan haram.
Semua tu penting sebab semua tu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Setiap hari kita makan dan minum, berbelanja jadi kita kena ada ilmu tentang
halal dan haram. Setiap hari kita solat, baca quran dan kita kena tahu kenapa kita
buat semua tu. Arahan Allah, atau sekadar buat? atau buat sebab nak dekatkan diri
dengan Allah sekaligus upgrade iman kita. kan? Dalam hidup mesti ada kepercayaan.
kepercayaan terhadap apa? Allah, Rasul, Kitab, Hari Akhir, Malaikat yang sentiasa
buat kerja dan percaya takdir Allah. Bila kita buat apa Allah suruh, kita percaya
kuasa Allah dan kita hindar apa yang boleh mendorong kepada maksiat,
inshaAllah kita akan sentiasa dilindungi di bawah lembayung rahmat Allah.

UKHUWAH
Yang ini juga penting. Tak ada orang yang suka hidup bersendirian di dunia, hatta dia sakit
kemurungan sekalipun, jauh di sudut hati lumrah manusia memerlukan teman selain keluarganya.
Dalam dunia ni banyak manusia , jadi kita kena lah berinteraksi sesama manusia.
Dan dalam AlQuran ada sebut 'sesungguhnya muslim itu bersaudara' . Saudara?
Ya lah saudara seagama, persaudaraan yang ikatannya terjalin kerana keimanan yang
ada dalam hati masing-masing, ikatan yang terjalin kerana ingin sama-sama taat
perintah Allah. Subhanallah, hebat kan peranan ukhuwah ni. Jadi, update lah niat anda
berukhuwah dengan orang lain. Dan ukhuwah ni bukan antara sahabat sahaja tau, tapi
ukhuwah tu antara masyarakat dengan masyarakat, rakyat dengan pemimpin, kita dengan keluarga
besar kita. Luas persaudaraan ini sebenarnya, sebab kita sama dari manusia pertama , iaitu
Nabi Adam & Hawa. Ukhuwah Islamiyah ini penting sebab dari ikatan yang kuat ini lah
kerja-kerja dan amal-amal kita berjalan lancar . Beramal jamaie selaras dengan ukhuwah yang
terbina . Panjang pulak kan kalau pasal ukhuwah. Hihi. Ukhuwah ni mengajar kita untuk aplikasikan
akhlak mulia seperti sentiasa berhusnudzon, berlapang dada dan itsar. Jika ikatan ukhuwah
berlandaskan keimanan yang sebenar, inshaAllah proses tarbiyah itu mudah hadam.



JIHAD
Jihad adalah salah satu mujahadah ( baca: pengorbanan) dalam hidup. Allah anjur muslim
untuk sentiasa berjihad. Jangan salah faham, jihad bukan hanya di medan perang tau.
Tapi jihad ada banyak dan paling penting sebelum tu kita kena niat kerana Allah.
Bermusafir menuntut ilmu juga adalah sebahagian daripada jihad, melahirkan anak juga jihad,
dan yang paling berat adalah jihad melawan nafsu. Manusia ni memang tak lari dari nafsu, sama ada baik atau buruk, tapi yang selalunya buruk lah.
"Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit dari jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya .." ( Imam Al-Ghazali )
Haa, kan. Infiru! Berangkatlah kamu baik dengan rasa berat atau rasa ringan, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu. Yang demikian itu amatlah baik bagimu, jika kamu mengetahui" at taubah : 41
InshaAllah kalau kita aplikasikan jihad ni, hidup kita akan jadi lebih disiplin dalam redha Ilahi. Aiwah!

Panjang juga, ingat nak buat ringkas. takpa yang penting orang faham kan.
InshaAllah sampaikan sebab tak nak amalkan sorang-sorang. jom lah amalkan sesame :D
Luruskan niat, amalkan sikit-sikit, asalkan istiqomah.
semoga jadi bekalan untuk terus perbaiki diri. Keep calm and stay istiqomah.
Apa yang aku tulis, Allah mesti uji. Jadi, doakan aku untuk istiqomah jugak .


Sebenarnya ini disampaikan khas untuk bekalan budak-budak yang belajar luar negara,
bekalan untuk mereka yang hidup berdikari, tanpa pengawasan murabbi,
untuk tarbiyah dzatiyah juga. Semoga semakin matang dan sedia menerima fikrah islam
sebagai panduan hidupmu kawan-kawan. :)
Salam jumuah mubarak! peace be upon you~

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...