Wednesday 6 April 2016

Jaulah : Ziarah Makam wali Indonesia

Assalamualaikum
saja nak share pengalaman kami jaulah ke makam-makam wali di Indonesia
Mula-mula dua tiga nak pergi sebab bukan senang nak dapat izin mak ayah ni,
princess of family kan. kalau prince tu senang je lepas. kan?
Bila fikir balik, ishh rugi ni kalau tak ikut, bukan senang nak dapat peluang macam ni,
ada orang guide, orang yang aturkan trip. kalau sendiri rancang belum tentu jadi. haha

Trip ke makam wali 8
25 -27 Mac 2106

Pagi tu kami berkumpul depan kampus, depan bangunan "twin tower" yang tersergam indah. cehh.
Haha biasalah tu janji melayu, tapi sini janji indo :D
Pengangkutan kami cuma 1 jetbus yg boleh muat hampir 60 orang.
kami anak Malaysia cuma 9 orang, ngam je 3 baris. makasih Mas Makin xpisahkan kami .
Dah semua sampai kami diketuai oleh Mas Makin, ketua rombongan ziarah ni ,
baca doa sebelum berangkat.

Makam Sunan Ampel, Surabaya
Ni makam yang first, ada di Surabaya, dalam setengah jam mungkin dari UIN sunan ampel.
Sebab makam ni dah pernah pergi, jadi tak eksaited sangat. sebab among all the grave, yang ni paling tua dan paling panas hehe sebab tak terlindung dari matahari. Makam yang ni kami tak masuk, duduk luar je sedekah al fatihah cukup la .. Dekat sini memang sesak sangat sebab hari 25 mac ni cuti umum dan apa lagi memang ramai ler orang nak ziarah makam. Boleh lihat sendiri kalau tak dapat bayangkan hehe. Macam-macam jenis dan peringkat umur yang datang. Ada dengan keluarga, dengan kawan-kawan, dengan rombongan sekolah, pesantren (pondok), persatuan-persatuan tertentu dan rombongan UIN (kami ler tu).

Makam Sunan Giri, Gresik
Ni makam yang kedua. Bila tengok entrance makam ni, Subhanallah, ni tempat makam ke?
macam tempat bersejarah. Memang lah kan? haha Kami berhenti kat tempat parkir bas. Nak ke makam kena guna either dokar (kereta kuda) atau ojek (motosikal) . Mestilah kami pilih dokar, best tau first time naik kereta kuda. Jauh la sikit dari tempat parkir tu, bayarnya cuma 5rb sebab kami berlima. Sharing is caring kan. Sini pun ramai sangat, Sesak jugak. Kena naik tangga untuk ke makam. Dah sampai , makam ni baru lah kami "join" tahlil mereka. sedekah alfatihah itu cukup la, yang selebihnya untuk diri sendiri. Ziarah jugak tapi tajdid balik niat, apa saja yang perlu untuk ziarah makam. Kena cari makan jugak lepas ziarah sebab ada dua lagi makam nak di ziarah .Setiap makam kan, luar nya akan ada tempat jual ole-ole, so jangan risau la. Tak susah cari ole-ole. Hehe.  Makam sunan Maulana Malik Ibrahim gresik jugak tapi kami skip sebab tempatnya sangat jauh.

Makam Sunan Drajat, Lamongan
Makam ni dekat ja dengan parkir bas. So tak perlu guna apa-apa transport lagi. Makam ni unik jugak sebab satu-satunya makam yang ada musuem khusus makam sunan Drajat. Mini musuem je la yg memaparkan barang-barang seramik, ada buku, ada al-quran zaman dulu and banyak lagi. Nak katanya kan, sepanjang ziarah semua makam ni, tak sah kalau tak ada pengamen (pengemis), kadang-kadang mereka berbaris sepanjang jalan tu. Tapi kan, kawan kata bagus tak payah bagi sebab takut kalau kita bagi seorang, yang lain nak jugak, melainkan kita memang nak bagi semua. Bukan apa, salah seorang kawan dah kena kejar sebab yang lain nak jugak. Haa, tapi tak pa la dia selamat dan jadikan pengajaran :) Mungkin kita boleh sedekah kat tempat lain. Ada juga pengamen budak-budak yang nyanyi atau dia minta sedekah tapi ayat dia berirama.

Makam Sunan Bonang, Tuban
Bila sampai kat tempat parkir bas, keluar je terus ada bapak tu ambik gambar kami candid tuh! Saya terkejut kot berapa kali entah dia snap dengan flash, amboi rasa artis pulak. Haha. Ni tau sangat dah ni, dia memang akan edit gambar kita pastu nanti dah nak balik, mereka jual kat kita. Nasib gambar candid saya "okay" so saya beli je la, 5rb jugak. Lepas tu kena naik beca nak ke makam. Aaa, I miss this moment cause I love the view. Pemandangan jalan yang tarnya bagus, banyakkk beca dan waktu senja. Bila dah sampai nampak sebuah masjid yang besar dan cantik. feeling di Makkah bak kata salah seorang rakan. Serius cantik . Jadi rombongan bergambar beramai-ramai, lepas tu solat, baru ziarah makam. Lepas ziarah makam boleh lah cari makan dan mandi bersihkan diri. Yang bestnya, kat sana ada sedia tau tempat mandi, tapi bayar la, 3rb je oh my .. murah sangat. Nak cari makan, mungkin sebab tempat wisata (pelancongan) jadi agak mahal la, tapi sebenarnya masih murah dibanding di Malaysia haha. Nak balik kena naik beca jugak, dan jumpa lah bapak tadi tu jual gambar. next...

Penginapan di gunung Muria, Kudus
Perjalanan agak jauh dalam 2 jam lebih kalau tak silap. Semua orang dah letih dan mengantuk dan tidur. Hehe, Dalam bas kan, ada dua tv. yang kurang senangnya bila mereka bukak lagu dangdut. Hmm masih tak faham kenapa pemuda sini suka sangat dengan dangdut even ada je banyak lagi lagu yang modern . Kalau buka lagu afghan ke rossa ke, boleh lagi terima. Haha, sabar je la ya budaya mungkin. Dah semua tidur tv pun tutup. Saya terbangun sebab tiba-tiba rasa macam "eh aircond dimatikan ke?" . Lepas tu tengok luar Allah mak creepy nya. ada rumah-rumah besar tapi tak berpenghuni. tiba-tiba bas berhenti. Mas Makin kata "Doakan kita selamat sampai ya" . Bas pun terus berjalan lagi. Lepas tu kawan sebelah kata "eh, perasan tak. ni rumah yang kita lalu tadi la. kenapa tak jumpa jalan masuk lagi?" Oh my, baik aku sambung tidur daripada fikir bukan-bukan. tapi ada je orang lain lalu. maksudnya tak la sesat cuma confius mungkin tak ada lampu. Alhamdulillah lastly kami sampai jugak kat tempat penginapan. don't expect too much dear! Ingatkan villa, rupanya rumah biasa je, kecil dan Allahu campur pulak tu. tapi still dipisahkan la lelaki dan perempuan cuma campur satu rumah. Hmm nak tak nak kena la ikut kan. takpa tetap jaga aurat, sampai ni semua dah penat jadi memang semua orang terus tidur. Alhamdulillah dapat jugak lena walaupun tidur duduk je, sebab kaki panjang sangat haha kesian orang depan. Bila tengok pemandangan kat luar rumah waktu pagi tu, subhanallah cantiknyaaa. Nampak la pemandangan Gunung Muria mungkin. suasana sejuk sebab lepas hujan.

Makam Sunan Muria, Kudus
Haa, transport nak ke makam ni cuma ada satu je, ojek. Haa kami lebih memilih untuk jalan kaki sahaja sebab ada je jalan untuk jalan kaki tapiiii kena kuat la, sebab naik tangga. Hihi tangga bukan 10, tapi 1000 naik turun. Tangga bukan macam biasa ada tile, tapi tangga batu-batu , lepas hujan kan basah, licin pulak, makam atas bukit, jadi memang tangga tu ada yang curam ada yang biasa. walaweh adventure sangat. Tapi kat sini nampak la ukkhuwah kami hidup. Tengok kawan xlarat, stop kejap. jalan licin we hold hands sebab takut jatuh. Lastly, alhamdulillah sampai jugak. sampai-sampai nasib jumpa student lelaki yang dari rombongan yang sama. so, kami sama-sama lah masuk. Haa rupanya baru nak mula jugak tahlil, so kami tak la lambat kan walaupun jalan kaki . Hihi tapi ada hikmahnya jugak kami mengelak nak membonceng bapak ojek sebab ada kawan yang kata dia takut sebab naik ojek , bayangkan naik motorsikal naik kawasan berbukit, haa mau tak jatuh jantung kan. Lepas ke makam, kami pun turun balik. Eh turun pun sakit jugak, cabaran jugak masih licin. sepanjang tangga tu sebenarnya ada ja orang jual ole-ole. tiba-tiba terfikir, eh macam mana mereka ni setiap hari naik tempat ni Allahu. Dalam keadaan tangga tinggi berbukit tu, boleh jugak mereka guna motorsikal. This is really amazing. Tu la orang sini macam selagi boleh , cuba! Haa. Tapi amaran awal, kalau ada sakit, asma ke tak payah naik ya. Melainkan sanggup guna ojek. hee. eh lupa nak kata tangga ni ada mitos. setiap orang yang naik tak kan dapat kira jumlah anak tangga yang sama.

Makam Sunan Kudus, Kudus
Makam ni tak jauh dari makam sunan muria. Bila sampai orang macam penat, pening terutama kami yang belum sarapan tadi naik turun tangga. Transport ke makam ada angkot (van), land (macam lori) dan beca. tapi waktu kami sampai tak banyak beca so kena lah guna angkot. Allahu berpadat lah kat situ. Hari panas huhu berpadat tu sampai kaki terkeluar dari van kot. hee tapi tak apa, orang sini toleransi kuat, tak kan langgar punya. Dah sampai makam tu, kenapa rasa macam creepy jugak. Rasa seolah-olah baru ada kematian. tapi sebenarnya tak ada pun, sama je. Makam ni biasa je, tapi pintu gerbang dia macam ukiran Hindu la. Lepas tu balik lagi guna beca. kesian lah kat bapak-bapak beca ni, bekerja tengah hari panas. Huhu. Kalau ada duit lebih, bagi la extra sikit walaupun dia kata 20rb je.

Makam Sunan Kalijaga Demak
Haa makam ni, sampai je kena solat dulu sebab dah masuk waktu kan. Lepas tu baru singgah makam. Tempat ni tak la sesak sangat tapi lumayan lah. Haha. Kat sini tetiba jumpa budak sama maahad. Baru perasan sebenarnya banyak ja rombongan yang sama dari makam sunan ampel tadi, bas-bas yang sama jugak lah. mungkin mereka trip yang sama jugak. Makam ni pun tempat ole-ole nya wuuh panjanggg . Kena keluar nak cari makan. Waktu tu  saya dengan seorang kawan lagi, berdua je. Waktu makan kan, ada 4 orang jaga kami haha takut kami sesat mungkin. Mas-mas sama rombongan tu tunggu sampai kami habis makan, baru gerak sama ke bas. Hari sangat panas, so memang dah penat jugak la. next adalah Jogja, yang paling ditunggu!

Malioboro, Jogjakarta
Dah malam, kami sampai kat parkir bas. nak ke Malioboro (pasar ole-ole) , dalam 2 km. Kalau percaya bapak beca tu cakap 2km, aku naik beca tau -.-' . Jauh kot. tapi tak pa. bila dah sampai, wah sesak jugak. tapi meriah . sepanjang jalan tu ada je kedai ole-ole. tapi masalahnya kami lapar dan tak jumpa kedai makan. Haha bila dah nak give up nak cari kedai makan guna beca, last-last bapak beca tunjukkan kedai makan, lah dekatnya -.- haha. Allah uji kesabaran sebab dah penat dan lapar. lepas makan cepat-cepat beli ole-ole sebab masa terhad. nak ke tempat penginapan ada dalam sejam lagi. Sedihnya tinggalkan jogja dalam masa 2 jam je singgah sini. till we meet again k?

Jabalkat, Klaten & Makam Sunan Bayat
Sampai tempat penginapan. sekeliling tempat parkir bas tu kedai ole-ole jugak, bukak sampai tengah malam kot. tapi kami tak kisah, sebab dalam minda nak mandi dan tidur. haa rumah ni pun dua kali lima, dan kesiannya lelaki tidok luaq. haha. Ada akak pesan, bercampur jangan melebur! Tetap kena jaga aurat dan ikhtilat. Jangan sesekali abaikan walaupun keadaan macam tu. Alhamdulillah mereka bagus, tak jadi apa-apa pun. Tapi lain kali, kalau plan tu kalau boleh asingkan lebih selesa. Kalau sampai malam, memang tak perasan lah suasana sekeliling kecuali kedai-kedai. Rupanya boleh nampak tempat makam atas bukit dari tempat parkir bas. So, kami pun naiklah , naik tangga lagi. tapi tangga ni okay lagi, tak adventure sangat. Dah sampai, kami bergambar untuk kali yang terakhir. Sebab ni adalah makam yang terakhir kami ziarah. Makam ni pun rasa macam betul-betul tahlil orang baru meninggal , mungkin sebab masih awal pagi sunyi lagi. Haa, makam ni banyak gerbang, dan gerbang-gerbang nya ada nama tersendiri tau.

Pasar Kelewer, Solo.
Ni tempat terakhir kami, sebelum pulang ke Surabaya. Ni pun tempat ole-ole jugak, murah kat sini, ada banyak batik, kain pelikat, baju kebaya dan banyak lagi lah. Tapi kami tak berminat, jadi kami singgah PGS je, tah apa nama penuh mall tu. tak la mall sangat tapi banyak jual pakaian, beg and so on. Dah tengok baju-baju tu baru tahu sekarang ni tempat tu nama solo rupanya haha. Sampai-sampai tau pasar tu je, tak tahu pun nama daerahnya. Solo. Lastly, kami berhenti kat tempat makan dan solat, Jatim. Waktu ni je kami makan buffet. bareng-bareng (sama-sama). Lepas tu, kami pun berangkat pulang ke surabaya. sampai agak lewat malam.

Allah panjang, hehe sorry kalau cerita pengalaman ni tangan tak dapat berhenti typing tau. penat tapi pengalaman memang best! kami cuma ziarah 7 makam sunan wali, 1 makam sunan Bayat dan 2 pasar ole-ole. Ukkhuwah kami makin erat. kawan-kawan indo pun dah kenal kami dan sangat caring. layanan mereka first class terhadap kami anak Malaysia ni. terutama keselamatan. Lepas tu, nampak la ramai pengamen kan, kesian tengok. Nak bagi pun serba salah. Kesian jugak tengok bapak-bapak beca yang megayuh tengah hari panas. Bersykurlah dengan apa yang kita ada sekarang kan. Bersyukur sebab kita diberi kehidupan yang senang. Jangan takut nak berbagi rezeki, bukan akan habis malah akan bertambah! Walaupun bukan sesama ikhwah akhawat, ikhtilat tetap kena jaga. Kalau kita layan, orang pun akan layan kita, tak gitu? Hihi. Akhlak tu penting jugak, kena jaga. Orang sini tinggi adab nya. Apalagi bahasa jawa yang penuh sopan santun tu. Rugi la kalau tak explore tempat orang kan belajar budaya dan adat mereka. mungkin ada yang bertawasul kat makam tu, tapi sebenarnya kubur bukan lah tempat kita minta hajat. boleh je bertawasul kat mana-mana , sebab Allah tu kan Maha Mendegar isi hati setiap hambaNya. Ikut jugak tapi jangan lemas dalam adat yang mungkin bertentangan, sama jugak macam di Malaysia kan. Dekat mana-mana pun pasti ada adat yang unik tapi kena waspada la. tajdid niat balik.

By the way, nak ucapkan terima kasih kat kawan sebab promote rihlah ni, dan terima kasih jugak kat mak sebab bagi izin. hihi. dan terima kasih jugak buat Mas Makin, Mas Muhammad dan Mbak Nisa yang lead kami punya rombongan rihlah wali 8 ni. sangat berbaloi sebab mereka cuma minta 225k rupiah sahaja untuk trip tu. murah sangat. terima kasih Allah bagi peluang berharga ni, dapat macam-macam pengalaman, dan mungkin dapat banyak juga ibrah, menguji iman dan sabar. Hehe.
Ramai yang dah bfg kata, rugi tau kalau korang tak explore tempat orang ni sebelum balik ke tanah air. So, mak pak izinkanlah anakmu ini merantau mejelajah negeri orang agar bertambah matang, banyak pengalaman, berfikiran terbuka, banyak kenalan, bertambah ilmu dan yang penting boleh bawak ole-ole hihihi . InshaAllah mana pun kita pergi, Allah sentiasa ada, dekat lagi tu. hii

Dah, sekian saja sharing saya.
semoga bertemu lagi di sharing tempat lain mungkin? inshaAllah amiin!

Rombongan UIN sunan ampel Surabaya  




                                                                           Dokar

Senarai Wali Songo Indonesia 



Gunung Muria 

                                                    

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...