Friday 15 April 2016

A little reminder, for precious youth!

Assalamualaikum and alhamdulillah I have time to update my bloggie :) senyum siket

Well, the title was just a title from me,
sebab niat nak share apa yang saya dapat daripada tausiyah oleh Ustaz Ali Fathullah,
tausiyah dia tak ada tajuk, hihi jadi saya create tajuk yang sesuai lah, santai saja.

Bismillahirrahmanirrahim .

Pertama sekali ustaz cakap pasal nikmat. Ya, nikmat ni sebenarnya banyak dan jarang sekali 
manusia nak bersyukur, dan bila ditimpa masalah, mula merungut tak tentu pasal.
Itulah manusia kan, semua serba tak kena. Diberi nikmat, tak cukup. Diberi musibah, lagi merungut.
Allahu, peringatan untuk diri sendiri pertamanya untuk sentiasa bersyukur. 
Eh, kau setiap hari kot lalu gang 8 ni, tiap hari kau lalu rumah orang miskin,
tiap hari kau lalu tengok apa mereka buat. Tiap hari kau lalu tengok budak-budak cuma main 
layang-layang ja. Tiap hari kau tengok mak dan bapak gendong bayi kat luar rumah tengah 
hari panas. Allahu, kenapa masih tak bersyukur. Tiap hari jugak kau lalu belakang UIN tengok nenek
mengemis. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?? *letak kepala dalam kolah * 

Ustaz kata, hidup ni kalau tak ada pertahanan, memang susah. Tapi kalau ada pertahanan, inshaAllah simple & mudah. Apa pertahanan tu? Haa, jaga yang ASAS, sebab yang asas itu lah yang mengukuhkan diri dan iman kita. Kadang-kadang bukan masalah yang datang kepada kita, 
tapi sebenarnya masalah tu kita sendiri yang cipta ! Kalau tak percaya, mostly lah saya pun rasa macam tu, cuba reflect balik masalah yang anda pernah lalui. Berpunca dari apa sebenarnya..? 
Sebab itu lah asas tu penting, kena jaga. Jangan pandang remeh, sebab tu memberi impak yang besar!


SYUKUR 
Ustaz Ingatkan banyak kali untuk bersyukur. Sebab apa? "Jika kamu bersyukur, maka akan Ku tambah nikmatmu, tetapi jika kamu ingkar, maka azabKu sangat pedih" aa tak ingat surah apa hii. 
See, Allah tu Maha Pengasih tau tak? Dah jelas Dia kata siapa yang bersyukur tu, Dia akan tambah nikmat. Bersyukurlah wahai pemuda harapan! Jangan sering mengeluh merungut bila ditimpa kesulitan. Betul masalah datang daripada diri kita. Kalau cakap syukur mesti anda kaitkan dengan duit kan? Nah, bila dompet keluar butterfly merungut sebab duit tak cukup. Orang mintak untuk keperluan dan kepentingan, kata duit dah habis. Tapi cuba reflect balik, duit yang sepatutnya cukup tu guna beli apa? 

Kalau kat Surabaya ni ustaz tanya, siapa yang tak pernah pergi Assalam, Coffee Toffee ?? Haa sentap baq hang! Masalah tu daripada kita sendiri. Kita yang tak berjimat, kita yang tak susun bajet, semua tu kena fikir sendiri, berdikari sendiri. Kalau dah tau diri tak pandai nak jimat, mintak tolong orang yang boleh dipercayai. Hmm, sekarang aku faham kenapa Madrasah tak bagi bantuan kewangan. Pada pendapat saya, madrasah itu mendidik anak muridnya untuk berdikari, menjadi seorang yang berguna sesuai dengan syariat Islam. Madrasah tak bagi sebab mereka dah tolong pelajar melalui baitulmal. Tak semua orang boleh dapat baitulmal dan sekarang baitulmal dah ada kepercayaan terhadap madrasah dan bantuannya, lumayan der! Kau kata tak cukup? Allahu. 
Syukur lah sebab kepercayaan pihak baitulmal tu adalah setelah ada pelajar yang lulus dari UIN, syukur lah mereka dah membuka jalan untuk selesaikan satu masalah besar. Lepas tu, budak sarawak boleh lagi apply yayasan sarawak. Yayasan sarawak bagi lagi banyak kot. Apa lagi yang tak cukup. Emm, saya tak dapat tapi alhamdulillah orang tua masih dapat tampung. Cara nak bersyukur kena mula belajar berjimat. 

Kalau anda tak syukur, cuba tengok orang yang lebih berat lagi kesusahan mereka daripada kita. 
Hmm macam yang ustaz kata, tengok orang depan (maksudnya sepanjang gang majoriti rumah kecik) Mana mereka nak dapat RM800 sebulan? Kadang aku rasa selalu sangat jumpa mereka, mungkin saja mereka tak bekerja, tapi macam mana mereka ada duit? Allahu. Tengok balik nikmat yang Allah dah bagi, jangan cari yang tak ada dan jangan pernah lari dari bersyukur. 



JAGA YANG BASIC 

Yang basic ni lah kena jaga betul-betul. Apa yang dah diamalkan di madrasah tu jangan tinggalkan.
Madrasah tu medan tarbiyah, dari situ lah kita kena tarbiyah, dan apa sahaja yang baik kita jangan tinggalkan, jangan lupakan. Amalkan di mana kamu dicampak. Sebenarnya madrasah bukan saja-saja dibuat, tapi sebenarnya madrasah tu lah tempat kita sediakan bekalan untuk ke tahap yang seterusnya. Tahap sekarang ni lah, di mana kamu yang beruntung sudah dipilih oleh Allah untuk belajar di perantauan dan ditarbiyah di sini. Ingat, kita dihantar bukan setakat nak penuhkan ilmu di minda, tapi juga nak penuhkan siraman rohani ke dalam hati kita. Memang harapan madrasah nak melahirkan pewaris-pewaris agama yang akan menyambung tanggungjawab mereka dan meluaskan lagi dakwah dan tarbiyah, bukan ke itu perkara yang mulia? Jadi kalau ada teguran tu, jangan la rasa dikawal dikongkong. Madrasah hantar lepas tu bukan lepas tangan, mereka sentiasa mengambil berat seperti anak-anak mereka sendiri. Mungkin kita tak tahu, tapi siapa tahu mereka tak tidur malam sebab risau anak-anak yang mereka hantar kan? Hargailah pengorbanan mereka. Eh aku macam tersasar je dari tajuk haha. 

Basic tu adalah mutabaah amal kita. Bagaimana kita hidupkan biah solehah dalam RI kita ? Bagaimana kita istiqamah untuk berjemaah solat, jangan tinggalkan zikir mathurat, amalan surah al mulk sebelum tidur, makan mengikut sunnah dalam talam, dan yang penting dalam RI ni ada dakwah, ada ukkhuwah. Ukkhuwah ke laut sebab apa? tu tepuk dada! Ukhhuwah tunggang langgang sebab iman di hati tak mantap. Kalau tak tinggal mutabaah amal, iman naik. kalau iman naik, ukkhuwah pun erat. Kalau ukhhuwah pun renggang, nak tegur pun pusing-pusing. Satu rumah dah tawaf, tak jugak tegur. Huhu. 

Wa'tasimu bihablillah. Dan berpegang teguhlah dengan tali agama Allah. Tetap lah beri peringatan sebab nasihat itu salah satu hak sesama muslim. Dalam surah al -asr pun Allah dah jelaskan. Ada 4 kunci utama dalam surah ni yang kalau kita pegang, inshaAllah dah cukup bagus tu. 
Yang pertama adalah iman, diikuti dengan amal soleh. Perasan tak kenapa dalam ayat Al-quran iman selalu dikaitkan dengan amal soleh?? sebab iman itu lah bukti kita buat amal soleh. Amal soleh itulah yang meningkatkan iman. Kemudian, dah buat amal soleh tingkatkan keimanan, saling berpesanlah pada kebenaran dan kesabaran. Beringat selalu untuk perkara yang benar dan saling mengingatkan sesama diri untuk bersabar setiap masa. 


So, nak kata kat sini selalu lah syukur dengan nikmat dan even bila Allah bagi musibah pun kena syukur, sebab tak semua orang ada masa dekat dengan Allah kecuali di waktu susah. kan? 
Dan jangan pernah tinggalkan yang asas sebab itu lah tunjang yang mengukuhkan keimanan dan ukkhuwah kita. 

Ada satu analogi. Dalam kapal ada dua tingkat. Kalau orang bawah tu buat lubang, kapal akan tenggelam kan? So, macam mana nak buat kapal tu tak tenggelam? Haa, kena la pergi cakap kat orang bawah jangan buat lubang, nanti kita tenggelam! Haa sama lah macam dalam kehidupan sebenar, kalau kita biarkan sahabat kita tu dalam kesalahan dia, maka kita akan sama-sama lemas . Tapi kalau kita tegur dengan hikmah, beri nasihat dan beri dorongan untuk mereka berubah, inshaAllah hidup jadi mudah. Tanggungjawab orang yang dekat atas tu adalah tanggungjawab bersama, kalau tak ada sorang pun yang ada kesedaran, tenggelam lah.

Kebahagiaan itu bukan sesuatu yang dicari tapi ia adalah hasil daripada sikap kita sendiri.
kena yakin dan doa kepada Allah untuk setiap perkara. 

"Sesungguhnya seorang sahabat itu adalah orang yang sedih dengan kesalahan sahabatnya, 
bukan orang yang mentertawakannya" - Ustaz Ali- 

InshaAllah semoga bermanfaat. 
Ingatkan diri saya juga andai khilaf. 
teruslah istiqamah jaga benda basic. jaga iman, jaga ukkhuwah.
syukur selalu
Tajdid niat, ingat wajah mak ayah , wajah ustaz dan mama, wajah-wajah ummah 
yang menanti kepulangan kalian! 

Pemuda itu harapan ummah. 
Jadi jangan lah mengecewakan mereka. 
Hamasah as syabab! 

Well, apa pun orang nak kata tentang madrasah, 
tentang UIN, tentang belajar agama ke, tentang sistem ke.
Rasa lah dulu. dekati orang-orang yang berkaitan. 
Jangan main cakap, tapi tak tahu apa yang sebenar berlaku. 
Percayalah apa yang Allah dah tentukan tu, inshaAllah yang terbaik.
Rezeki jangan risau, Allah adalah seperti sangkaan hambaNya, jadi
bersangka baiklah! 
aman tanpa perang yeah! 


No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...