Monday 29 August 2016

Baiti Jannati (RI)

Assalamualaikum.
Emm tetiba rasa nak share pasal RI (baca : Rumah Islam) bukan Republik Indonesia okay. hehe.
Tah, lately asyik fikir tentang RI. Kadang, nak jugak pergi RI yang lain, nak rasa macam mana suasana mereka, dan nak jugak attend kalau lah ada akhawat nak buat talk tentang RI kan.
Mungkin saya kurang arif tentang RI tapi ada la sikit yang saya alami sendiri dan akhawat yang
lain kongsikan kepada saya. Its not just a tips but more likely to calm myself and to reflect more.
Saya , sejujurnya memang lah mengidamkan sebuah RI yang memang biah solehah dia benar-benar
hidup, bukan sekadar beberapa orang sahaja tapi semua ahli bekerjasama dan bagi komitmen.

Apa tujuan RI? Kenapa mesti RI? Kenapa nak duduk kat RI? and the list of questions continue ...

So how I'm gonna start? okay sorry blur kejap.
Oh ha, sebelum kita masuk RI yang dah sedia ada ataupun rumah baru yang akan menjadi RI,
kita kena faham apa tujuan RI? Sisters sekalian rasa-rasa kenapa mesti wujudkan RI?
okay dah, masa untuk berfikir dah tamat. Eh.

Tujuan kewujudan RI ni sebenarnya nak hidupkan biah solehah (Baca : persekitaran yg baik dan
soleh). Sebab apa kita nak hidupkan biah tu, sebab kita tahu kita punya iman ni yazid wa yankuz (baca : ups and downs) , sebab kita nak diri kita berubah , kalau belum baik berubah jadi baik, kalau dah baik berubah jadi lagi baikk. Kita nak berubah, takkan kita nak berubah sorang-sorang, sebab kalau kita sorang yang berubah, alamatnya kita tak kan kuat. kita perlukan sahabat yang akan
menegur silap kita, yang akan tolong ingatkan kita waktu solat, ingatkan kita untuk baca quran. Bukan berkaitan ibadah sahaja, tapi biah juga akan bantu kita mengeratkan ukkhuwah sesama
bila kita makan jemaah dalam talam, kita sama-sama masak, kemas rumah, tidur pun berjemaah.
Sebab daripada aktiviti berjemaah ini lah nanti biah tu akan benar-benar "hidup".
Kita nak wujudkan RI sebab kita tahu bila hidupnya biah solehah , kita akan sentiasa ingat Allah,
kita akan sentiasa berada dalam persekitaran yang baik, malah Allah pun akan redha dan
sayang dekat sisters sekalian . (kenyitmatasikit) - korang buat jugak eh?

Tapi, kalau niat kita nak masuk RI tu lain, jadi kita kena faham tajdid (baca: Update) balik niat kita.
Kalau kita wujudkan RI sebab nak letak nama - nama islamik yang gah sahaja belum cukup baik
niat tu. atau kalau kita nak duduk RI sebab ada hakak-hakak yang shomel gebu dan baik hati boleh
kasi diabetes sweetnye tu, belum cukup baik niatnya. Ingatan untuk diri sendiri jugak, perbaiki niat kita dahulu. InshaAllah kalau niat dah baik, mari kita teruskan!

Apa yang ada dalam RI? Akhawat buat apa je?
RI is stand for rumah islam. rumah, buatlah rutin macam anda di rumah .
Tapi rutin ni mungkin lain sikit dari rumah, sebab tak semua family berjemaah di rumah.
Di RI inshaAllah berjemaah tu satu perkara penting, sebab dari situ lah wujudnya RI.
Kalau "dewe-dewe" (baca : alone) tu bukan RI , except for certain things la. You know what it is.
Solat jemaah, baca al-mathurat jemaah, baca al-mulk jemaah.
kenapa mesti jemaah? La, kan solat berjemaah tu lebih besar ganjaran nya. Nak 1 ke 27?
Kalau baca mathurat jemaah, takla mengantuk sangat kan (hakikatnya ada ja yang ngantok)
Baca al-mulk jemaah biar kasi hidup aura Al-quran dalam rumah tu. hoyeahhh.
Rumah yang dibaca al-quran inshaAllah dilindungi dan bercahaya.
Kemas rumah bersama, ya lah dah duduk serumah, tak ada service maid, semua kita buat sendiri.
Bila kemas rumah bersama, kita dapat rasa kerjasama dan kematangan kat situ.
Kalau nak buat assignment berjemaah pun dialukan, bila ada masalah boleh bertukar pendapat
atau tanya kawan-kawan yang lebih arif. Indah kan duduk RI kalau semua ahli bagi komitmen
macam ni? (loveloveeyes)
Tak lupa jugak, RI ni mengamalkan syura (baca: perbincangan dan bertukar pendapat) so that
kalau ada timbul apa-apa masalah ke, perselisihan faham ke, anythings about the RI,
dengan syura inshaAllah semuanya boleh diselesaikan. dengan rasional dan matang.
Kalau tak ada syura, agak susah sebab tak ada komunikasi. masalah pun tergendala macam tu ja.
Syura ni kalau tak ada penyelesaian, jangan segan tau mintak pandangan murobbiah atau senior-senior, sebab mungkin ada hal mereka lebih berpengalaman. Just don't ego and accept others opinion.
Kalau ada yang perlu ditegur dengan sikap seseorang, lebih baik personal sebab tu boleh jaga aib
dia. tapi kalau nak bagi pengajaran kat ahli lain, so why not just don't obviously mention who's fault.

Apa cabaran duduk RI?
Wuih jangan ditanya, hidup ni pun bukan perfect, jadi memang akan ada masanya Allah akan uji.
Uji ukkhuwah kita, uji tahap kesabaran kita, uji macam mana kita berfikir dan bertindak, how we endure the trials and tribulations. But most of all, its about patient. Sabar kena banyak.
Sebab kalau kita expect semua orang boleh buat apa yang RI tetapkan, you'll just get frustrated.
Bak kata sorang akhawat ni, kita kena ada mindset "banyakkan memberi" . Jadi bila semua orang
ada mindset macam ni , orang pun akan banyak menerima. Kita duduk RI bukan semua yang
dah 'faham' kan. Dan selalunya RI ni banyak sangat miscom, sebab kita banyak assume tapi tak pernah clarify. Kita anggap semua akhawat jadi semua faham, tapi kita tak tahu sejauh mana mereka faham kan. Jadi kalau ada sikap yang tak berkenan atau jauh dari islam tu, kita try
slow talk, or kita tegur dengan berhikmah. Ingat, kat sini berhikmah tak semestinya lembut.
Berhikmah maknanya luas. Ada jenis orang tak boleh ditegur direct, ada jenis orang kena
betul-betul baik dengan dia baru senang nak tegur. Atau mungkin juga kita tengok ada orang
jenis dia terus berdiam diri selepas ditegur, maybe she takes time to heal and make a change kan?
Dalam hal macam ni, kita semua kena banyak bersabar, sentiasa berlapang dada dan husnudzon
(baca : bersangka baik) dengan semua orang.  Komunikasi tu perlu lancar dan toleransi antara ahli
RI kena selalu 'upgrade'. Kalau ada masalah, berterus terang dan tanya apa masalah , lepas tu
sama-sama cari penyelesaian. Take positive action, rather than assuming and backbitting.
Tapi jangan ignore juga kalau ada orang yang tegur kita, terima lah. Sebab kadang-kadang
kita tak nak nampak apa silap kita, jadi Allah jadikan sahabat kita tu pengantara untuk tegur
kesalahan kita. Jangan sesekali ada perasaan yang hanya kita boleh menegur, tapi kita tak nak
terima teguran.

Memang la akan jadi personality clash. Sebab manusia kan banyak ragam, and we have to tolerate to it no matter what. Sebab kita dah duduk serumah kan? Manusia biasa sahaja yang ingin ubah diri dia sahaja, tapi kalau kita nak jadi luar biasa, kita ajak lah sahabat yang lain untuk sama-sama berubah.
That's what RI should be. Akhawati fillah, dalam kita sibuk memperbaiki diri dan orang sekeliling,
kita jangan sesekali lupa untuk berdoa. Sebab doa kan senjata muslim dan Allah tu dengar setiap
apa yang kita ungkapkan , walau terdetik dalam hati pun Allah dengar.
Lepas solat selalu bacakan doa rabitah, bayangkan wajah-wajah sahabat kita, sebut nama mereka,
tak pun waktu kita masak, doa supaya hati mereka lembut, waktu kita nak makan sama-sama,
waktu kita tahajjud lagi Allah dengar. InshaAllah Allah akan kabulkan, just now or later saja.

Sisters, kita memang akan kecewa kalau apa yang kita expect lain daripada yang kita hadapi.
RI tu diduduki oleh akhawat dan mungkin ada sahabat-sahabat yang baru bergelar akhawat
masuk duduk serumah dengan kita dan mereka juga akan sama-sama mencorakkan rumah tu
menjadi RI. Bila dah letakkan nama rumah tu, biar ada makna. Bila semua ahli tahu apa makna nama
rumah, so biarlah kita semua mengambil iktibar dan motivasi untuk menghidupkan nama rumah
tersebut. Biar nama rumah bukan sekadar nama, tapi nama rumah tu sepadan dengan ahli-ahlinya.
Just improve ourselves and impact others untuk sama-sama jadi baik. Sisters kena betul-betul
jelas dengan function RI supaya nanti lebih mudah untuk hidupkan biah. Ingat, akhawat bukan
malaikat (kenapa nak kaitkan dengan malaikat walaupun manusia lebih tinggi darjat dari malaikat), sebab malaikat sentiasa taat kepada Allah dan tak buat dosa. Tapi manusia ni Allah sentiasa bagi
pilihan. Its their choice to change or not. Kalau ada masalah, duduk makan sama,
cuba slow talk jadi pendengar yang setia, dan try solve the problems.

Last but not least about RI
Tugas nak hidupkan biah dalam RI ni bukan tugas individu tau, bukan cuma tugas ketua rumah.
Itu adalah tugas semua ahli untuk dapatkan biah tersebut. Kalau kita betul-betul nak , kita lah yang
mencorakkan RI tu dan ajak sekali ahli yang lain. Sekarang inshaAllah dah faham apa tujuan RI,
jadi semua ahli sesebuah RI tu kena sama-sama all out untuk hidupkan biah, untuk jaga ukkhuwah
dan untuk sama-sama merasa bahagia. Hehe.

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ


"Siapa yang kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan jadikan orang itu fakih terhadap dien." (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya, dari Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiyallahu 'Anhu)

Maksudnya jika Allah nak beri kebaikan kepada kita, Dia akan ganjari dengan kefahaman kepada agama. :)


وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka [orang-orang yang beriman]. Walaupun kamu membelanjakan semua [kekayaan] yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (anfal: 63)

Kita boleh usaha, kita boleh bagi apa saja untuk sahabat kita, dan kita pun boleh
doakan mereka, tapi above all of it, Allah sahaja yang dapat mempersatukan
hati kita. So, have faith and keep on praying. Never lose hope. :)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

See, kalau kita tak ada usaha nak ubah diri sendiri dan orang sekeliling, jadi macam mana 
Allah nak tolong kan. Bila kita usaha maksudnya kita mahu, jika kita tak usaha maknanya 
kita tak mahu. Think about it. :) 

Wallaualam.
Itu sahaja yang saya mampu dan setakat itu lah kefahaman saya terhadap RI.
Yang saya sendiri alami dan saya pergi ke RI yang lain dan sharing RI daripada hakak-hakak
yang baik hati . 

Or, kalau nak baca lebih lagi , boleh tengok kat sini - > https://muharikah.wordpress.com/2011/02/09/rumah-islam/ 
tulisan Muharikah, seorang akhawat juga . 
Dalam ni Muharikah ada beri 3 tahap RI, jadi memang perlu untuk anda juga baca.

Juga di sini - 
> https://books.google.com.my/books?id=gmkIBAAAQBAJ&pg=PA89&lpg=PA89&dq=Rumah+Islam+(RI)&source=bl&ots=_RdTX0aGtL&sig=tBJUB_NBQoMdrilyB4beHZMEVzA&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjY85fDgubOAhVLtI8KHfm8AHUQ6AEIUzAI#v=onepage&q=Rumah%20Islam%20(RI)&f=false

tulisan akhi Aizzat. 
dalam tulisan tu dia jelaskan sejarah RI , syarat RI dan apa tonggak utama RI. 
Perlu juga anda baca, mana tahu jadi pelengkap tulisan saya. hehe.


Jazakillah akak-akak yang share 
dan jazakillah untuk post-post tentang RI. 
semoga dapat RI seperti yang diidamkan. Amiin.

Alhamdulillah dapat menulis dengan tenang. ini sebenarnya entry yang kedua.
Entry pertama berbaur luahan dan rasa macam tak sesuai .

Semoga Allah redha. 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...