Sunday 18 September 2016

Move on, please?

Assalamualaikum

Emm, rasanya kali ni nak post entry tentang apa eh?
entah. mungkin random. apa yang tangan nak taip. itulah dia.

Baru-baru ni dah khatam baca buku "Heartshot buatmu ikhwah"
Buku tu sangat best sebab das tembakan dia tu tak pandai habis tau tak? -.-'
Memang bagus dibaca untuk jiwa-jiwa yang tengan kering,
iman yang up & down , tak stabil, untuk dai'e yang hampir jatuh gaung (futur)
Allahu, memang lumrah ada part dalam hidup akan ada masa-masa
macam ni, tak kan selalunya kita di atas, takkan selalunya dan setiap masa
iman kita berada di graf yang paling atas, kan?

Banyak juga lah benda yang baru tahu, pengajaran dan pengalaman baru
yang dilalui bila dah hadam buku tu. Kena heartshot tu memang pedih tau,
memang sangat sakit bila ada part yang buat kita rasa sangat deep. Mak ai
susah nak move on kalau baca sorang!

Kadang-kadang kita rasa nak futur sebab kita tak keluar dari "comfort-zone" kita.
Sebab kita malas nak berkorban, tak ada usaha nak baiki diri, baiki orang lain
apatah lagi kan? comfort-zone buat kita buang banyak masa. Sampai kita rasa bosan.
Padahal sebenarnya banyak je tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Kata hati kering, tapi tak tambah pun mutabaah amal,
hati kering marathon pulak tengok movie kan? Dok sembang benda tah apa-apa
boleh je berjam-jam, nak ajak bincang tentang RI, tentang planat dnt,
muka jadi resah, tak ada masa lah, tak tau nak bincang apa.
Kata hati kering, tapi yang kau cari tu kesenangan je, keseronokan sahaja.
Padahal yang bagi hati tu basah kalau kita ingat kat Allah.
Nak bagi hati tu basah, cari balik Allah, Allah kat mana dalam hati kita? Allahu.

curhat ke apa ni? hehe. tak lah. cuma cakap benda realiti. bukan imaginasi mahupun fantasi.
Bagi saya, kalau dah semangat tu, tak dapat nak semangat sorang-sorang.
Kalau semangat nak buat dnt, nak baiki diri dan org lain tu sorang-sorang
memang tak istiqamahlah jawabnya. Kan? sebab kita perlukan bantuan sahabat-sahabat
yang sefikrah untuk jalankan "misi" kita.
Kadang saya terfikir paksaan tu lebih baik lagi dari rela.
Sebab bila benda tak dipaksa taknak buat, malas buat. dan paling teruk taknak buat.
Tapi bila rasa terpaksa kadang akan buat walaupun berat hati kan.
Dan sangat berharap selepas dah lama rasa terpaksa tu, kerelaan akan timbul dengan
sendirinya tanpa disedari. Tu la yang orang kata kemanisan dalam beribadah dan buat dnt.
Allahu rindu sangat perasaan tu. "ke ko nak orang paksa kau sekarang ni?" eh emm. . .

Kadang kita rasa berat je sesuatu benda yang kita lalui, apatah lagi sesuatu benda
yang perlu keputusan kita. Yes, kadang memang susah nak buat keputusan.
Sebab kita yang dah ada fikrah ni perlu berfikir rasional dalam keadaan fikrah itu sendiri.
Faham ke? maksudnya apa-apa keputusan kita mestilah berdasarkan fikrah yang kita
dah ada sekarang. kalau kita fikir macam orang biasa fikir, memang rugi lah kan.
Ee senang je aku kata macam ni kan, padahal hati ya Allah berat sangat.
Kadang ada keputusan syura yang kita sebenarnya tak dapat terima, tapi kita tak
berani nak suarakan sebab kita rasa malu kalau nak kata "taknak".
Atau kadang kita perlu terima keputusan syura sebab keadaan yang membuatkan
kita mesti terima. "sami' na wa ato'na " ya Allah ungkapan ni boleh bergetar jiwa.

"Dan kami tidak membebani melainkan menurut kesanggupannya, dan pada kami
ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya , dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)"
Al-mu'minun : 62

Allah pujuk dengan ayat cinta dari Dia. T_T
Walau kita rasa berat sekalipun kan, tapi sebenarnya kita mampu je buat benda tu,
terima keputusan tu. Sebab kita kadang tak tahu apa hikmah disebaliknya,
kenapa Allah pilih kita, bukan si fulan. Kenapa Allah bagi tugas ni kat kita, bukan si fulan.
Allah dah kata yang kita tak kan dirugikan pun kalau kita ikut apa yang diperintahkan.
Dan ada satu lagi ayat yang memang tak boleh nak kata "taknak" .


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan AlQuran. Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. " [QS.At-Taubah:111]

Allahu, Allah dah kata dia beli diri kita dan harta kita untuk dnt ni. 
Allah dah offer nak beli, tak kan kita taknak jual? Sebab kita tahu kalau kita jual 
kita akan dapat comission nya yang tak ternilai besarnya iaitu sorga yang abadi. 
Tak rasa spesial kah kita bila yang dipilih itu, kita, diri kita bukan orang lain?
Tak rasa istimewa kah kita bila yang dipilih untuk galas amanah dan tanggungjawab 
yang besar itu diri kita, bukan orang lain? 
Tak ke rasa kita ni orang yang di-thiqahi? 
Dan ayat cinta Allah yang sangat romantik tu, "bergembiralah dengan jual beli yang telah
kamu lakukan, tiu adalah kemenangan yang besar" Allahu, masuk habuk ke mata tu? 
Memang kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi inshaAllah kalau kita betulkan niat, 
ikhlaskan diri, mujahadah lillahi taa'la, di sana nanti kita dapat meraikannya. Amiin. 


Image result for move on


Allahu , please move on. Anda ingat move on ni untuk orang putus cinta sahaja kah?
Nak tulis entry ni pun berat sebenarnya, sebab ni nak nasihat diri sendiri terutamanya.
Nak bagi sejuk sikit hati, sendiri pujuk diri lah senang kata. 
Tapi saya tulis bukan untuk saya seorang, saya harap sesiapa yang baca boleh 
move on daripada apa jua "hard times" yang dia tengah lalui. 
Dan saya harap yang baca ni juga kalau mengenali saya, boleh bantu 
saya untuk move on, sentiasa beri dorongan dan push saya demi kebaikan kan.
Dan tak lupa untuk sama-sama move on dengan saya dan kembalikan 
hamasah seperti suatu ketika dahulu! aiwah! 

"entry penyejuk hati" 

the end 

Image result for move on islamic quotes

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...