Allah, I wanna have a “short rest”
Bismillahirahmanirrohim
Assalamualaikum. You can tell based
on the title right?
Dah seminggu aku cuba untuk “rehat”
, I just took a short escape of everything except attending classes. Bukan aku
suka-suka nak bersendiri, bukan seronok duduk diam seorang diri dalam bilik,
dah rumah ni macam gua dah rasa bertapa dalam gua hira’ pun ada jugak. Ni la
mungkin aku boleh share sikit kot apa je yang aku dapat selama escapism ni.
Huhu. Tapi tak la totally 100% aku dapat.
Seminggu ni memang la aku tak layan
fon sangat, bukan ada orang cari sangat kan? Tapi tak la sampai tak bersosial
langsung. Zaman modern kot, bukan zaman Nabi ni . tapi entah la, aku lebih
memilih untuk reply yang perlu je dan aku chat orang-orang tertentu untuk bantu
aku cari solution for all the mess I have. Mintak maaf sangat sebab tak respon.
inshaAllah lepas ni aku respon, tapi take time.
Aku banyak chat orang-orang yang
aku percaya boleh bantu aku. Tapi sebenarnya tak semua pun reply, tak semua pun
ada waktu aku perlu, tak semua nak beri perhatian. Sokay, aku hargai sangat
orang yang tolong aku dan buat-buat ada walaupun jauh. Sayang korang. Hmm. Nak
kata apa benda la yang aku jadi serabut sangat tu kan, hmm biarlah rahsia. Tapi
yang penting, aku curhat kat org yang sesuai la, sesuai dengan pengalaman yang
dorang ada. Nak curhat dengan mak, memang tak lah. Mak mana faham mende macam
tu . sigh. Kalau ikut hati nak sangat Allah peluk , tapi apakan daya kan.
“peluklah sabar dan Allah akan memelukmu” kata-kata ni sangat segar dalam ingatan.
Nak peluk mak, hmm mak jauh. Nanti mak kata “ko ni dah kenapa, buang tebiat?”
-.-‘ habis nak peluk siapa? T_T okay takpa, Dora kan ada.
Sedikit sebanyak orang-orang yang
respon kat aku tu inshaAllah dapat la tolong sikit. Memang la sebenarnya apa
yang dorang kata tu aku dah tau dah pun. Huhu. Cuma tu lah, manusia kan. Mudah
lupa. Lalai, leka . kadang-kadang terfikir jugak, apa yang kau nak sebenarnya?
Hmm. Tak pe lah, at least dalam seminggu ni walaupun tak la tenteram mana pun,
tapi ada la muhasabah sikit. Mungkin la semua aktiviti aku ignored, tapi satu
je yang aku pegang. Mutabaah amal. Aku rasa satu paling best, aku jadi addicted
untuk baca quran. Ye la, dah fon kau tak layan, kau baca quran buat kau tenang,
jadi nak lagi nak lagi je. Maaf lah aku tak ikut Jemaah, sebab aku rasa dalam
sujud terakhir aku nak lama-lama sikit. Sebab aku nak doa banyak-banyak. Kalau
Jemaah macam tak fokus pulak. Tapi lepas ni aku Jemaah la balik, jangan risau.
Aku masih waras. Dan assignment aku jadi laju je aku nak buat kan, dah sebab
kau bosan jugak dok sorang-sorang. Dah pulak assignment tentang psikologi
kepribadian, haa memang makin faham dengan diri sendiri.
Dalam muhasabah diri ni, sebenarnya
boleh je aku buat kesimpulan sendiri. Apa yang masih kurang? Apa yang perlu aku
perbaiki? Kenapa aku tak boleh putus asa.. ya aku tahu semua tu. Cuma sekarang
ni kan, I just need someone that can : cakap kat aku, bagi aku sentap dgn
masalah yang buat aku mess up, lepas tu pelok aku biar aku nangis macam mana
pun and lastly dia bagi kata-kata semangat & bagi aku some tips or ways to
slove my problem. Bagi nasihat tu memang dengan hikmah dan hasanah lah. Runtun ego
sebab dapat terima nasihat dia. Yes. That’s it. I just want it now. Tapi..siapa
boleh?
Eh sebenarnya bagus jugak berdiam
diri ni, tak banyak cakap jadi tak ada nak buat ketupat ke, cakap benda sia-sia
ke. Kan? Nampak perbezaan di situ. Tu reality lah, tak payah nak kutuk aku kaki
umpat ke apa. “Falyaqul khair auliyasmut”
Sebenarnya aku dah target satu
benda selama seminggu escapism ni. I just want my “hamasah” back to normal. I
just want that thing. Mungkin selama ni, niat aku menyimpang, tak pun aku belum
cukup ikhlas, atau belum dapat diistilahkan mujahadah bagi apa yang aku dah
buat, hmm atau mudah nak kata aku mungkin kurang sabar. T_T tengok la keadaan
macam mana. Aku mungkin susah nak faham orang lain, aku mungkin ikut pendapat
aku je. Aku ikut assumption aku je. Masalah aku ni boleh la aku bagi clue sikit,
boleh kaitkan dengan kisah Nabi Musa, kisah Nabi Ibrahim, kisah Nabi Nuh .
bukan la nak kata apa tapi aku punya masalah ni, aku better ambik pengajaran la
daripada kisah dorang. Macam nak contohi mereka ya? T_T
I never say I wanna quit , but I
just need time to get back on track.
Tak kisah lah orang nak kata apa.
Childish ke apa, lemah lah and so on. Ini diri aku, so aku tau kemampuan aku
macam mana. Dan aku pun tau escape tak boleh lama-lama nanti jadi fa wau ta wau
ro. Nauzubillah. Astaghfirullahalazim.
Bak lirik lagu areef – jika rasa :
Nak jatuh tu boleh, tapi nak jatuh sampai
bila?
Kadang mungkin kalau orang tu
jatuh, jatuhnya lemah sangat.
Tapi kita tak tau macam mana dia
kembali bangkit kan?
"bersama kesulitan ada kemudahan
dan bersama kesulitan ada kemudahan"
Insyirah :5&6
Allahu, ayat ni memang aku suka, and sangat boleh jadi penyejuk hati.
Bukan nak kata selepas kesulitan, tapi dalam kesulitan tu ada kemudahan.
Alhamdulillah, aku baru je nak okay tapi aku dapat berita yang hmm.
And at the same time mungkin luahan aku didengar dan dimakbul Allah.
Semoga istiqamah semuanya.
They say, jangan tinggal tahajjud, banyakkan doa supaya diberi kekuatan & kesabaran.
Allah dah pilih kita, tak kan kita nak tolak. Tu la kadang memang perlu diam sekejap
supaya otak dapat berfikir, scan balik dan cari cara untuk perbaiki.
Luruskan balik niat tu, inshaAllah Allah sentiasa ada untuk bantu.
Allah bagi ujian ni bukan nak melemahkan kita kan, tapi nak kita jadi lebih kuat!
Pandai je aku cakap, tapi ya Allah I am trying T_T
Doakan aku tsabat dalam jalan ni. Amiin.
End.
Dah, jangan diam-diam lagi tau,
orang rindu senyuman & gelak tawa kau tu. Eh. *icon monyet tutup mata*
No comments:
Post a Comment