Wednesday 7 December 2016

A tribute to Ohana Henshin 1.0

Program Ohana Henshin 1.0
Assalamualaikum
Alhamdulillah program dah berlangsung walaupun tak dinafikan banyak kekurangan.
Ye lah kan susah nak dapat perfection sebab fitrah manusia melakukan kesilapan
Setiap masa. InshaAllah semoga dapat diperbaiki untuk masa akan datang.

Daripada program ni, aku belajar banyak benda.
Paling best tu tolong urus transport muwajih sepanjang dia dan family ada di Indonesia.
Ye lah pengalaman nak cari orang, nak cuba trust orang yang kita baru kenal
Dan kita letak tawakkal kepada Allah saja bila lepaskan driver tu tanpa ada
Travel guide yang dikenali. Huhu risau jugak tapi alhamdulillah they can create
bond between each other. And alhamdulillah pemuwajih sekeluarga enjoy this trip
And enjoy their experience giving lecture to my fellows here. Alhamdulillah.

Second thing is aku belajar macam mana nak buat proposal, macam mana nak buat surat
Mintak dana, macam mana atur bajet. Fuhh, tipu kalau tak serabut bila tiba-tiba
Tersalah kira dan terlebih bajet. Sebulan2 tu tengok nombor, bukak calculator pergi
Bank. Mak ai memang perghhh. Tapi best. Aku belajar macam mana nak cari tempat
Dan deal with them, book earlier and atur transport. Walaupun transport agak
Kucar kacir dengan macet lagi, tapi still okay. Aku belajar banyak bersabar sebab
Tak semua benda jadi macam mana yang kita rancang. Mungkin ini program besar
Pertama yang aku lead dan buat kat tempat orang pulak tu. I never thought of accepting
"Congratulation" wish because am I too focus to that program untill I just feel
Relieved it end smoothly. Smooth la jugak even ada banyak feedback yang lebih
Kepada kritikan yang membina. Takpa. This is our first program.

Ambil kesilapan tu untuk mengajar masa akan datang. Aku banyak belajar sabar jugak
Sebab bekerjasama dengan pelbagai jenis orang. Aku belajar jugak untuk berdikari dan
Berkorban walaupun mungkin orang rasa tu tak cukup lagi nak kata sebagai "pengorbanan"
Kot. Hehe. Takpa Allah know more what I feel. Alhamdulillah for giving me this golden
Opputurnity . Mana taknya, mula-mula nak cari muwajih je dah rasa nak give up.
Serabut sangat sampai salahkan diri sendiri kenapa ada je benda tak kena. Dah jumpa
Muwajih , ada pulak program clash. Jadi ada persaingan kat situ. Nak tak nak bila muwajih
Dah beli tiket, so kena lah mengalah sebab target nak semua orang dapat datang dua2
Program , alhamdulillah kehadiran sangat memberangsangkan! Terima kasih sebab korang
Sudi datang dua2 program (walaupun aku lead satu pgrm je tapi aku tau struggle orang2
Yang lead KFM tu jugak. Kalau ada feedback, mgkn dorang pn dpt feedback lbh krg sama je dan
Mungkin lebih teruk sbb Dr Zaharuddin tak dapat hadir. At least, we've done our best to all of you!)

Daripada program ohana ni jugak aku tau perfection itu susah nak dapat walaupun aku jenis
Yang entah up to you nak kata aku ni cerewet ataupun perfectionist . siapa yang tak nak program
Yang dia lead go smooth the way they want kan? tambah lagi dapat feedback yang emm ye aku tau feedback tu majoriti sebab pengurusan masa. kalau aku nak ikut kepala aku memang aku nak stay buat sabtu- ahad walaupun ada program clash, dan kalau boleh nak buat dari jumaat lagi aku suka. tapi itu la, aku consider jugak, sebab aku pun nak semua dapat datang. once you handle a big program, you'll know how it feel kawan... ; ) Struggle kau bila jadi pengurus + peserta Ya Allah, Allah je tahu rasa nak sangat fokus tapi tak dapat nak fokus sebab nak kan benda tu jadi smooth & perfect. takpa la nanti aku tagih balik ngn hawariyyun aku. Hehe.

Aku harap sangat korang yang datang program ni enjoy it well & ambik iktibar dan manfaat daripada ilmu baru yang korang dapat. semoga dengan ilmu yang dah disampaikan tu kita dapat beramal dengannya bukan sekadar di dalam program tetapi dalam seharian kehidupan kita. moga yang kurang tu jadi ibrah dan yang baik tu dijadikan bekalan. Semoga kita menghargai pengorbanan orang-orang yang menyampaikan ilmu kepada kita.

Mintak maaf sangat dengan kekurangan kelancaran program dari segi pengurusan masa, makanan & transport. Mungkin program akan datang kami akan cuba perbaiki lagi, jangan serik tau! Doakan kita terus berjumpa di program-program akan datang. semoga hati kalian sentiasa tertaut kepada perkara yang dicintaiNya dan dijauhi dari perkara yang dilarang olehNya. Semoga ukkhuwah yang terjalin diikat dengan keimanan kepadaNya. May Allah bless all our effort and may Allah hold their hearts and keep tsabat in this path!
A quote for me and others <3


it's a wrap! 


Jazakunnallahu khairan jaza' 
Ilalliqo' di program akan datang! 

No comments:

Post a Comment

The Penthouse : War in Life review.

 Hi everyone! I'm back, rupanya review sky castle tak publish! Haha Okay takpa, jom kita review Penthouse pulak. Season I dah habis, tak...